Wednesday, 30 January 2013

Love Riddles 13

Wednesday, 30 January 2013
. . .



Dah sebulan...

Tapi kenapa tak ada khabar pun dari laki bertopi tu. Apa dah jadi sebenarnya. Dia dah kena tipu ke? Ke aku yang salah? Sebab aku tak terima dia ke dia jauhkan diri? Kenapa lepas dia dah confirm dengan perasaan aku, laki tu pulak menghilang. Sakitnya penantian ni. Semua tempat dia mencari tapi tak jumpa pun.

Bilik piano? Mungkin dia ada dekat situ kut. Naural bersiap ala kadar. Dengan rambut diikat tinggi. Gitar pun sempat dicapai tadi. Dia berlari turun. Langit dah makin nak gelap ni, baik gerak cepat sikit. Tadi terjumpa dengan Dila pun dia tak sempat nak tegur.

Debaran di dada makin terasa. Sakitnya, kuat sangat dengupan ni. Boleh jumpa dia dekat sini ke? Konfem dia akan ada ke? Takutnya...

Tombol pintu dibuka, Naural terduduk...air mata dia mengalir. Apa dah jadi sebenarnya ni? Ni semua balasan untuk dia ke? Semua tu mimpi aje ke? Pipinya dicubit.. Sakit! Betul lah realiti, tapi kenapa macam mimpi?

Naural melangkah masuk. Kenapa bilik ni kosong? Mana piano yang ada sebelum ni? Apa dah jadi sebenarnya? Air mata makin deras. Ya Allah. Apa semua ni?

Segenap ruang bilik tu tak ada apa-apa. Macam kosong. Kosong! Tak apa satu tanda pun tunjukkan yang bilik ni pernah ada piano dulu. Penuh dengan debu lagi. Tapak kaki dipandang, tadi dia tak pakai kasut masuk. Sebab sebelum ni, bilik ni ada karpet. Kotor! Hitam! Jelas tunjukkan yang bilik ni dah lama terbiar. Naural berlari keluar. Tak mampu lagi dia duduk situ.

******

Pokok tu jadi tempat dia lepaskan perasaan. Air mata dia tak nak berhenti walaupun dikesat berkali.

            “Tolong lah...tolong lah jangan mengalir lagi”.

         Naural duduk bersandar. Apa yang dah jadi ni semua dia tak faham. Kemunculan laki bertopi tu dengan tiba-tiba. Lepas tu cara dia, tingkah dia seakan nak menjaga, melindungi Naural. Tapi yang dia tak faham kenapa lepas dia dah betul-betul sedar dengan perasaan dia sendiri laki tu menghilang. Kenapa bilik tu kosong? Macam selama ni laki tu tak wujud. Ke selama ni aku ni barang mainan dia aje? Tengok aku macam ni buat dia happy ke?

        Dia panggil aku sayang. Dia kata air mata aku buat dia sakit. Tapi apa yang dia buat sekarang? Sebab dia aku menangis. Sebab dia aku jadi lemah macam ni. Semua ni buat Naural jadi makin sakit. Dengan kehilangan Faiza, kehilangan laki bertopi.. Kenapa awak tinggalkan saya? Apa salah saya??

         Gitar dicapai. Dia nak menangis. Menangis lagi. Hanya dengan lagu dia boleh lepaskan semuanya. Lagu The Scientist dimainkan, nyanyi sekali. Sepanjang tu, air mata dia tak berhenti mengalir.


Come up to meet you, tell you I'm sorry
You don't know how lovely you are
I had to find you, tell you I need you
Tell you I set you apart
Tell me your secrets, and ask me your questions
Oh let's go back to the start
Running in circles, coming up tails
Heads on a science apart

Nobody said it was easy
It's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard
Oh, take me back to the start.


Hujan turun membasahi bumi, mungkin menangisi nasib si Naural ni juga. Pilu kalau dapat tengok keadaan Naural sekarang. Pilu sangat. Walaupun basah kuyup dengan hujan dia masih duduk lagi bawah pokok tu. Menyanyi. Menyanyi untuk kebodohan dia sebab percayakan laki tu. Laki yang dah buat hati dia terseksa, sakit sekarang. Sepanjang menyanyi semua memori mereka terimbas kembali. Buat dia makin sakit.


I was just guessing at numbers and figures
Pulling the puzzles apart
Questions of science, science and progress
Don't speak as loud as my heart
And tell me you love me, come back and haunt me
Oh and I rush to the start
Running in circles, chasing our tails
Coming back as we are

Nobody said it was easy
It's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard
Oh, take me back to the start.


            Mata Nuaral dah makin merah. Dia dah menggigil kesejukan, tapi walaupun menggigil tuan badan tak sedar pun. Dia tak rasa sejuk, apa yang dia rasa sakit aje sekarang. Sepanjang dia menyanyi tu, ada sepasang mata juga yang basah. Merasa pilu yang sama. Dia sedih tengok Naural macam tu. Dari tadi dia rela basahkan diri, dipayungkan gadis tu. Tapi Naural tak sedar. Sayang jangan risau..saya akan jaga awak. Tak kan bagi sesiapa sakitkan awak lagi..maafkan saya...maafkan saya.. Dia menangis. Menangis melihat kesedihan Naural. Tak patut gadis ni rasa sakit macam ni. Kalau lah dia boleh ganti tempat Naural..

            “Arrgghhh!!!!” Kuat Naural menjerit. Nak lepaskan semua yang terpendam. Sakitnya kena tinggal. Dalam keadaan macam ni lagi. Rasa tertipu...

 ******

“Naural? Apa dah jadi ni? Kenapa kau basah? Baju kau?” Risau Dila tengok keadaan kawan dia ni. Tadi masa keluar nampak ok aje, kenapa bila balik jadi macam ni pulak?

          “Aku ok”. Lemah aje langkah Naural. Masa nak masukkan kunci pun nampak tak larat. Berkali-kali juga kunci jatuh.

             “Sini, biar aku yang tolong”.

            Naural hanya biarkan. Dia dah tak boleh fikir apa sekarang ni. Hanya jasad dia aje dekat situ, tapi roh dia dah berayau merata. Mencari ketenangan yang tuan badan dia sendiri tak boleh bagi mungkin.

           Naural menapak masuk, terus dibaringkan badannya di atas tilam. Gitar dicampak ke bawah. Memang dah tak peduli pun kalau gitar tu rosak.

            “Naural, jangan macam ni. Bangun dulu, tukar baju. Aku tak nak kau demam macam ni lagi. Tukar baju dulu”. Almari Naural dituju. Sepasang salinan baju tidur dikeluarkan.

            “Pakai ni”. Dila berpaling, bagi peluang Naural tukar.

            Pergerakan Naural lambat sangat. Berkali juga Dila dah pusing tapi terpaksa pusing tempat lain balik. Ingatkan dah tadi.

            Lepas dah salin tu, terus Naural rebah balik. Dia memang dah tak larat nak buat apa-apa pun. Nak berdiri pun dah tak mampu. Tadi Naural jalan kaki balik dari padang yang ambil masa dalam 20 minit tu. Dia jadi 20 minit sebab Naural ni jalan perlahan, kalau tak tambah tolak 10 minit macam tu dah sampai.

            Dila duduk atas katil, sebelah baringan Naural. Dipandang raut yang baru terlena tu. Dahi gadis tu dirasa, dia nampak tubuh Naural menggigil. Terus aje dia melangkah keluar. Masuk aje, dah ada satu besen air dengan kain kecil. Nak letak atas dahi Naural ni.

           Dahi Naural diusap, kain yang dah diperah tadi diletakkan atas dahi Naural. Dia memandang lama raut yang sedang lena tu.

         “Apa dah jadi sebenarnya Naural? Aku tak pernah nampak kau macam ni. Kau buat aku risau”. Air mata dia mengalir. Sedih tengok keadaan Naural sekarang ni. Memang lah dia orang tak rapat, tapi sekarang semua dah berubah. Dah jadi rapat, tersangat lah rapat.

            Sepanjang malam Dila jaga Naural. Nak pastikan keadaan kawan dia ni terkawal. Terkawal maksudnya demam dia tak main tinggi lah. Dia tak nak tidur. Tak rasa nak tidur pun. Mata yang nak lelap pun ditahan. Sampai sanggup dia minum bercawan-cawan kopi nak jaga Naural. Tapi yang paling terharu dia tak study apa-apa pun untuk kuiz esok. Sebab nak jaga Naural punya pasal. Untungkan kalau dapat kawan macam ni.

         Dekat luar ada yang menemani juga. Dari Naural balik tadi, dia ikut Naural. Tapi bukan dengan kereta, dia jalan kaki juga. Tak kisah lah basah, yang penting Naural harus dijaga. Jarak antara dia dan Naural tak lah jauh pun. Nak payungkan gadis tu macam tadi, takut dia kena marah pulak.

          Lepas berjam tunggu dekat bawah blok Naural ni, dia terpaksa juga hubungi Amir hantarkan kereta dia. Dia dah tak tahan sejuk. Kalau dia juga sakit siapa yang nak jaga Naural nanti. Betul tak?

         Lepas tunggu ada lah dalam 20 minit, sampai juga kawan dia ni. Dekat belakang ada satu lagi kereta dah sedia tunggu Amir.

         “Kau tak nak balik ke?” Sempat lagi Amir ni tanya. Tadi masa sampai terkejut juga lah tengok keadaan Luth ni. Nak tanya, tapi bukan masa yang sesuai kut.

            “Malam ni aku tak balik. Ada hal”.

            “Hal? Pasal dia ke?”

         “Haah. Sorry tak dapat join perbincangan nanti. Kau orang teruskan lah tanpa aku, aku memang tak dapat datang”. Ada benda lagi penting aku kena buat. Ayat tu hanya disambung dalam hati. Kalau cakap nanti mesti ada aje yang Amir ni nak tanya. Dia kan blur sikit. Nanti aje lah.

            “Ok tak apa. Aku faham”. Amir berlalu. Kalau pasal gadis tu, memang lah dia diutamakan dari yang lain. Dia dah cukup kenal kawan dia ni. Tak ada lah blur sangat Amir ni macam yang Luth cakap kan.

            “Rehat baik-baik sayang. Saya nak lepas sayang bangun nanti semua sakit tu hilang. Dah cukup lah saya nampak air mata sayang tadi. Saya tak sanggup tengok sayang dalam keadaan macam tu lagi”. Masa cakap matanya setia memandang ke arah satu bilik. Dia tahu tu bilik Naural. Sebab dia pernah nampak gadis tu sebelum ni.

            “Rehat baik-baik...saya akan hilangkan semua rasa sakit tu nanti...”

******

Dila keluar, dia nak tambah air lagi dalam besen. Baru aje kaki dia nak jejak ke lantai ada sesuatu yang menarik perhatian mata dia. Ada bungkusan. Bungkusan siapa ni? Untuk siapa pulak? Tapi secara logiknya, kalau letak depan bilik Naural maknanya untuk Naural lah kan. Tapi...sekarang ni Naural demam. Boleh tak dia buka tengok? Ermmm....darurat ni. Buka aje lah.

            Mata Dila membulat? Bungkusan lagi? Apa orang ni rajin sangat sampai nak balut banyak kali. Menyusahkan aku aje lah. Tapi kan. Dia sendiri yang cari susah tu kan. Sepatutnya bukan untuk Naural ke?

            Balutan tu dikoyak lagi. Masih tak putus asa walaupun dari tadi asyik bising. Terbuka aje bungkusan tu mulut Dila terlopong. Serius? Bukan aku aje ke yang tahu? Siapa pulak yang bagi ni. Ubat!

            Naural yang sedang terlena dipandang. Naural ada bagitahu sesiapa ke? Paket-paket ubat dibelek. Ada dalam empat paket. Ubat demam, selsema, batuk dengan antibiotik. Baiknya hamba Allah ni.

            Sedang belek-belek, ada satu kertas jatuh melayang. Dikutip balik, sebelum dibaca.


            Ubat ni untuk Naural, tolong bagi dia makan ikut masa dia. Tolong jaga dia baik-baik. Jaga dia untuk saya. Terima kasih. Kalau ada apa-apa yang tak cukup boleh mesej dekat nombor ni 010-0000000.
           

“Terima kasih..terima kasih”. Terasa ringan bahu Dila ni. Nasib baik ada yang bagi ubat. Tapi kenapa dia dapat rasakan laki yang bagi ubat ni. Peminat Naural mungkin? Ke laki bertopi tu?
           
******

Lepas kejadian tu, Naural jadi pendiam. Dia tak banyak cakap. Dari Naural yang gila-gila berubah menjadi gadis pendiam. Kalau lah dia mampu pergi jauh, hilangkan rasa perit. Tapi semua tu mustahil. Ni final sem dia...dia kena bertahan juga.

            Dila mengeluh. Apa dah jadi dengan Naural sebenarnya? Tangan Naural disentuh. Tapi tak ada apa reaksi pun dari gadis tu. Mungkin dia pandang depan. Ke arah pensyarah, tapi Dila tahu bukan dekat situ perhatian dia. Fikiran dia jelas tengah melayang.

            Berapa kali dah Naural ni seperti sengaja membiarkan diri dia basah di bawah hujan. Dah berkali dia tegah, tapi tiap kali hujan mesti macam tu juga keadaan Naural. Menangis. Dia yang tengok pun rasa sedih. Bukan sikit tapi banyak.

            Bagi pihak Naural pulak dia berharap sangat tiap kali hujan tu ada yang akan payungkan dia macam dulu. Dia setia tunggu seseorang. Seseorang yang dah mendapat tempat dalam hati dia. Laki bertopi!

  Awak dekat mana? Kenapa kali ni awak biarkan saya basah? Awak tak nak payungkan saya ke? Tolong lah...tolong jangan tinggalkan saya...

  Tiap kali bangun dia rasa semua ni macam mimpi, tapi jaket tu. Jaket tu ada. Bahan bukti yang dia orang pernah berjumpa dulu. Semua tempat yang dia pernah pergi dengan laki topi tu dijejaki kembali. Mana tahu dapat jumpa nanti.

“Dila boleh tolong aku?”

Hah? Boleh aje. Nak tolong apa?” Lega juga sebab Naural dah mula bercakap.

“Bawa aku pergi Sunway Pyramid boleh?”

 Dahi Dila berkerut. Bukan Naural ni tak suka sangat keluar ke? Tapi dia tahu pulak nama tempat ni kan.

“Boleh aje. Kau nak pergi bila? Sekarang ke?” Dia tanya pun sebab nampak keadaan Naural yang macam tergesa-gesa ni.

 “Haah. Sekarang. Aku ada hal dekat sana”.

           “Ok, aku tanya Mira kejap”. Mira aje dalam geng tu yang ada kereta. Harap Mira ni tak ada perancangan apa-apa lah. Kalau tak kesian pulak Naural.

            “Kau nak kita orang teman tak?”

             Naural hanya menggeleng. Dia nak pergi sendiri.

            “Ok, dah selesai nanti mesej aku. Aku datang sini nanti”. Risau juga nak tinggalkan Naural sendiri dalam mall ni. Tapi nampak macam Naural pernah datang sini aje. Tak ada masalah kut.

            “Thanks”.

           “Tak ada hal lah. Ok Naural, aku gerak dulu. Lapar lah nak pergi makan. Betul kau tak nak ikut kita orang ni?”

            “Tak”.

            Berlalu aje Dila, Naural terus menapak ke satu tempat. Tempat yang simpan kenangan dia dengan laki bertopi. Ice skatting!

        Naural berdiri. Di luar gelanggang. Mencari bayang seseorang. Tapi tak ada. Dia mula melangkah ke dalam. Digagahkan diri juga walaupun dia tak lah mahir sangat luncur atas ais ni.

           Baru aje menapak, semua kejadian lepas berlayang kembali. Saat dia gembira sangat berada atas ais ni dengan laki tu. Laki yang sama sanggup jatuhkan diri untuk selamatkan dia dari malu kerana pandangan mata umum. Laki yang sama memegang kedua-dua tangan dia untuk pastikan dia tak jatuh. Laki yang sama yang kini tinggalkan dia.

            Setapak lagi dia melangkah. Air mata dah mula mengalir. Awak ada dekat mana? Awak ada dekat mana? Datang lah sini...datang sini jumpa saya. Dah puas saya cari awak.

            Dia melangkah lagi, tapi entah mana yang silapnya dia terjatuh. Kuat! Semua memang dah pandang dia. Tapi beza dengan yang dulu, kali ni dia tak malu, dia tak segan. Sedih tu dah tutup semua perasaan lain. Dia menangis. Meraung. Kuat.

            “Laki bertopi!!! Awak ada dekat mana??”

            Mulut Dila melopong. Dia kenal suara tu. Naural! Terus dia berlari. Dia tahu Naural dalam kesusahan. Dalam nada suara dah dapat kesan semua tu.

            “Naural? Apa dah jadi ni? Kenapa kau duduk atas sini. Bangun..bangun”.

            “Dila..aku rindu dia..”.

            “Bangun dulu Naural, jangan macam ni. Bangun dulu. Nanti baru kita cakap”. Dipapahnya tubuh Naural. Lemah sangat nampak Naural ni. Macam dah tak terdaya nak buat apa-apa.

         “Aku rindu dia Dila, kenapa bila aku dah start sayang dia, dia tinggalkan aku. Mesti dia marah sebab aku tak bagi jawapan hari tu”.

            Dila pegang tangan Naural. Cuba nak bagi semangat.

            “Aku tak tahu apa yang sebenarnya dah jadi Naural, aku tahu kau sedih. Tapi aku tak suka tengok kau macam ni. Tak kan hanya sebab seorang laki kau berubah macam ni sekali. Kau tak boleh jadi lemah semangat macam ni, kau kena bangun teruskan hidup. Fikir mak bapa kau dekat rumah sana. Kau rasa dia orang suka ke tengok kau jadi macam ni”.

            “Tapi aku tak boleh. Lepas aku dah suka dia, dia tinggalkan aku. Aku rasa kena tipu Dila”..

            “Anggap semua ni pengajaran. Supaya masa depan nanti kau tak salah memilih lagi. Bukan aku nak cakap taste kau ni teruk tapi, dia datang tiba-tibakan. Dia pun kau tak tahu siapa. Semua kejadian ni ada hikmahnya”. Dila dapat rasa yang semua ni mesti ada kaitan dengan laki bertopi tu. Sebab laki tu kawan dia jadi lemah sekarang. Tapi apa yang dah berlaku sebenarnya? Kalau laki bertopi tu yang buat Naural macam ni, bukan dia lah kan yang bagi ubat tu?

            Naural pandang Dila. Air matanya dikesat.

            “Aku ni bodohkan”.

        “Tak lah. Kau tak bodoh, laki tu yang bodoh. Kalau aku jumpa dia nanti memang aku kerjakan dia habis-habis sampai lunyai”. Siap tangan-tangan lagi gerak Dila ni. Over!

             “Tapi aku tak kuat Dila, aku tak mampu”.

            “Kau kena kuat juga. Ni final sem kita, tak kan sebab dia kau nak selamanya jadi lemah macam ni. Mana Naural kawan aku yang gila-gila dulu? Mana Naural yang kuat dulu? Aku rindu Naural yang tu”.

              “Naural yang dulu?”

            “Haah, dah jom bangun Naural. Sejuk lah duduk sini. Seluar kau pun dah basah tu. Jom, aku tolong”. Dipapah tubuh Naural.

              “Thanks Dila”.

               Dahi Dila berkerut. Kenapa pulak ni?

              “Untuk?”

            “Ada masa aku susah macam ni”. Air matanya dikesat. Kalau Dila tak ada tadi mesti dia dah meraung. Tapi kini dia dah sedar. Aku kena kuat!!

            “Tu gunanya kawan kan. Dah jom belanja aku ais krim. Upah!”
            

Tuesday, 29 January 2013

Love Riddles 12

Tuesday, 29 January 2013
. . .


“Letak tangan dekat cawan ni. Macam yang saya buat”.

           Naural ikut, dua-dua telapak tangan dia diletak tepi cawan. Panasnya! Best! Dah kurang rasa sejuk tadi.

            “Nak datang sini lagi nanti?”

          “Nak. Tapi kalau ada yang nak bawa lah”. Sekarang ni dua-dua tengah duduk dalam restoran KFC. Nak tengok suasana luar.

            “Jangan risau pasal tu. Kalau nak keluar nanti, saya bawa”.

         “Awak? Boleh aje. Lain kali biar saya pulak yang belanja ok”. Sebenarnya walaupun dia suka ada yang belanja, tapi jauh dalam sudut hati ni ada rasa bersalah juga lah.

         “Tak payah lah, tak macho kalau awak yang belanja. Saya kan laki mana boleh”. Dia tertawa. Seksinya suara!

             “Macho, tak macho. Tu aje ke yang kau orang laki ni fikir. Saya pun tak faham, rezeki tu. Orang nak belanja ada ke tolak pulak”.

            “Tak ada lah, bukan nak tolak pun. Dapat keluar dengan awak ni pun dah kira rezeki kut. Beruntung saya kan. Ada gadis comel cantik macam ni sudi keluar dengan saya”.

           “Banyak lah awak”. Pipi Naural dah jadi merah. Apa lah laki bertopi ni ada ke patut puji dia. Segan lah.

            “Apa nama awak eh?” Ok...lega.. akhirnya Naural tanya juga.

            “Nama saya? Awak tak tahu ke?”

          Naural garu kepala. Dia pernah bagitahu ke sebelum ni? Rasanya macam tak pernah. Ke telinga dia ni yang ada masalah?

            “Tak tahu. Awak pernah bagitahu saya ke?”

            “Belum lagi rasanya..”

          “Hah! Betul lah tu, patut lah saya tak ada apa-apa memori pasal nama awak ni pun. Bagitahu lah saya. Apa nama awak ni sebenarnya laki bertopi”. Opss...terlepas cakap lah pulak.

             Laki tu tertawa. Laki bertopi. Sebab aku pakai topi lindung muka ni ke?

          “Ermmm..best jugakan nama tu. Panggil saya laki bertopi aje lah. Saya pun tak kisah sangat”.

             “Hah? Awak tak ada nama ke? Bukannya sedap pun nama laki bertopi tu”.

            “Tak apa lah. Awak patut rasa terharu, sebab awak seorang aje yang panggil saya macam tu. Mana ada orang lain panggil saya laki bertopi”.

            “Ermmm...”. Jari diletak tepi bibir. Nak berfikir kononnya.

            “Kalau tu yang awak nak laki bertopi. Ok lah”. Naural tergelak diakhir kata. Kelakar pulak guna ganti nama tu.

            “Sebelum kita balik hari ni, ada something saya nak minta. Boleh tak?”

       “Apa-apa aje. Boleh”. Naural senyum. Untuk laki bertopi ni boleh aje. Sebab apa ya? Mungkin dia dah betul-betul terjatuh kali ni.

            “Sudi awak jadi kekasih saya?”

             Mulut Naural melopong. Apa? Aku dilamar jadi kekasih dia? Kekasih laki bertopi? Serius ni bukan mimpi? Lama juga diberfikir. Hati dia memang dah tahu jawapan, tapi akal?

            “Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal kan? Kenapa tiba-tiba?”

            “Mungkin awak baru kenal saya, tapi saya dah lama kenal awak. Awak sudi tak?”

          Naural teragak. Memang dia suka laki ni, hati dia tak nafikan. Tapi kemunculan laki ni dalam hidup agak baru sangat. Boleh ke dia terima laki ni untuk masuk dalam kehidupan dia nanti?

            Nuaral mengeluh. Kalau teragak tu, rasanya apa jawapan dia?

         “Sorry laki bertopi. Bagi saya masa. Semua ni terlalu cepat untuk saya. Saya tak boleh terima lagi. Bila saya dah buat keputusan nanti saya bagitahu awak. Sorry”.

          “Ermm...tak apa lah. Dah habis minum? Jom kita gerak balik sekarang ni”. Lemah aje dengar suara dia. Kecewa kut. Kecewa sebab terasa macam kena tolak. Dia nampak muka Naural teragak-agak tadi. Dah nampak jelas jawapan gadis tu. Dia memang bukan untuk aku ke?

            Naural hanya ikut. Kalau tadi dia orang jalan seiringan. Tapi bila balik ni laki bertopi jalan depan, Naural dekat belakang. Ada bermacam rasa dalam hati masing-masing sekarang ni. Sedih, kecewa, tak tahu nak buat apa, keliru... Semua aje selain gembira.

******

Naural merebahkan diri atas katil. Penatnya badan. Semua ni sebab main ice skating semalam ke? Ice skating? Perkataan tu buat dia ingatkan seseorang. Dah lah semalam lepas Naural turun, kereta laki tu terus meluncur pergi. Tak sempat nak cakap thanks pun. Betul ke apa yang aku buat semalam?

              Tuk..tuk..tuk..

            Pintu dibuka. Muka Dila yang tersengih-sengih muncul depan dia. Apa yang Dila ni nak? Sejak dia punya persahabatan dengan Faiza dah putus di tengah jalan, terjalin pulak persahabatan antara dia dah Dila and the geng. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Tapi semuanya rahsia Allah SWT.

            “Siapa laki semalam tu?” Sedap aje Dila ni baring atas katil dia. Mana lah aku nak baring ni?

            “Laki mana?” Dia duduk dilantai. Tak apa lah, kita dahulukan tetamu yang menyibuk ni dulu.

            “Yang hantar kau semalam tu. Siapa dia? Aku tak nampak sangat lah muka dia, cermin kereta dia gelap”.

            “Kalau gelap macam mana kau tahu dia lelaki pulak?” Ermm...siapa pulak yang bawa mulut ni kan.

            “Pagi tu ada yang nampak kau dengan satu laki ni. Dia cakap laki tu pakai topi. Betul ke?”

            “Betul lah tu, kawan aku aje lah. Tak payah nak kecoh ok”. Tapi betul ke kawan?

          “Kalau kawan tak ada apa lah. Kau dah siap tutorial? Aku nak tengok kejap”. Patut lah rajin Dila ni datang. Ada sebab rupanya.

            “Ada atas meja tu. Pergi lah cari sendiri. Aku malas nak bangun lah”. Bila Dila bangun aje, cepat Naural beralih tempat. Dia baring atas katil tu pulak. Dila? Biar lah dia. Bilik dia sebelah aje kut.

            “Ok dah jumpa. Bila kau buat ni?” Dia ambil tempat duduk. Duduk atas kerusi pun tak apa lah.

            “Semalam, ter-rajin pulak. Tu yang aku buat. Kau satu pun belum start ke?”

            “Ada lah dua tiga soalan. Yang lain tu aku tak faham, tu yang nak tengok macam mana kau buat ni”. Baik punya alasan. Bukan nak meniru ke?

            “Ermm..ambil lah. Kalau rajin tolong hantarkan esok sekali”.

            Kenapa dengan Naural ni? Dengar lemah aje suara dia. Tadi pun masa berdiri nampak lesu sangat. Sakit?

            “Kau tak datang kelas ke esok?”

         “Entah lah Dila, badan aku ni rasa panas lah. Macam nak demam aje ni. Kalau aku tak dapat datang kau tolong hantarkan eh”.

           “Kau nak pergi klinik tak? Aku boleh mintak tolong Mila hantarkan. Badan kau panas sangat ni”.

            “Tak payah lah susahkan dia, lepas makan ubat ni aku ok lah. Tak ada apa pun. Ni sebab sejuk semalam tu”.

            “Sejuk semalam? Kau main hujan ke? Tapi semalam ada hujan ke? Aku pun dah tak ingat”.

             “Ada lah, tapi renyai-renyai aje”. Tangan Dila atas dahi dia ditolak. Rimas pulak.

            “Ye ke? So, memang betul lah ni kau main hujan? Apa tak puas ke main masa kecil dulu? Hisshh..tak faham lah aku dengan kau ni. Geramnya!”

          Macam over aje? Naural pandang Dila pelik. Apa kena dengan kawan aku ni. Over lah pulak.

             “Aku ok lah Dila, kau ni apa lah. Melampau ok bagi reaksi macam tu”.

            “Mana ada melampau, kau tu lah. Orang nak elakkan sakit, kau pulak pergi cari penyakit. Apa lah tak kena dengan kawan aku seorang ni”. Kepala digelengkan. Masih tak percaya dengan apa dah jadi dengan Naural.

             “Aku tak main hujan lah semalam. Kan aku keluar, mana ada can nak mandi hujan pun”.
            Aik? Betul juga kan. Habis tu apa yang dah jadi? Tadi Naural cakap sejuk. Sejuk kena apa?

           “Aku main ice skating semalam. Lama juga lah dekat gelanggang tu. Sampai terjatuh-jatuh. Tapi nasib baik ada yang pegang tangan aku ni..”. Eh? Macam terlampau banyak pulak aku bagitahu ni.

          Dari reaksi Dila ni dah tahu yang dia mesti nak serang aku dengan soalan-soalan dia tu nanti. Bersedia lah!

       “Laki yang bertopi tu kan? Kau tipu aku lah tadi tu. Sampai hati kau Naural. Bagitahu..bagitahu aje cepat. Aku nak tahu. Cepat lah”. Excited betul si Dila ni. Suka sangat lah nak bergosip tu. Tak faham kenapa bila bab-bab macam ni perempuan semua excited nak tahu.

            “Tak ada apa lah Dila, kau balik bilik lah. Aku nak tidur ni, pinggang aku ni rasa sakit lagi”. Dia tutup satu badan dengan selimut. Harap-harap Dila ni faham lah kenapa aku buat macam ni. Nak halau dia lah...

            “Hah! Aku ada tawaran baik ni”.

             Diam...

            “Nak tahu tak?”

             Diam...krikk..krikk..

            “Apa kata aku urut kau. Nak tak?”

           “Nak!!! Mesti lah nak, gila tak nak”. Cepat aje Naural ni dah duduk tegak. Tersengih-sengih pandang Dila.

            Dila senyum jahat.

            “Tapi...”

            Senyuman Naural mati. Ada lah tu balasan dia kan.

           “Sebagai pertukaran dia aku nak tahu pasal laki tu. Laki yang tolong kau bangun, siapa dia? Boyfriend kau ke?”

           “Kena ke? Tak payah lah Dila, urut aje lah. Banyak pahala dapat kalau tolong aku ni. Insan tak berdaya”. Dila mencebik. Banyak lah Naural ni.           

       “Larrhhh...tak boleh tahu ke?” Dalam tak puas hati tu bergerak juga tangan si Dila ni. Memang betul kan kawan yang sebenar hanya akan nampak masa kita susah aje. Nasib baik dia sempat kenal Dila ni masa sem akhir. Kalau tak dia juga yang rugi.

            “Ye lah..ye lah..kau nak tahu apa?”

            “Kau suka dia?”

            “Suka kut”.    

           Dila sengih suka. Untung lah, dapat juga jumpa someone. Dia ni tak ada siapa pun yang nak. Tapi tak lah sampai tahap jeles. Dia happy kalau Naural dah bertemu jodoh dia.

            “Macam mana kau kenal dia?”

              Naural tersenyum. Semua memori dia dengan laki bertopi tu terlayang.

          “Aku pun tak tahu sejak bila, tapi aku ingat dia sejak kejadian dia payungkan aku masa hujan. Dia aje yang tolong aku. Kau pun tahu aku ni susah nak ingat orangkan, tapi dia ni tak. Senang aje lekat. Tapi dia ada cakap lah yang dia dah lama kenal aku”.

            “Wooohh..bestnya Naural. Aku pun nak satu laki macam tu. Dia ada adik tak?”

            Naural tertawa. Apa gatal sangat kawan aku ni. Bukannya dia ni tua sangat, baya aku aje pun. Tak payah nak tergesa sangat cari boyfriend lah..

            “Yang tu aku tak tahu, aku bukan kenal dia sangat. Jarang kut jumpa dia”.

            “Jarang? Dia fakulti mana?”

            “Entah...”. Bahu dia terangkat sikit. Memang tak tahu pun.

            “Dia senior ke?”

            “Entah...tu pun aku tak tahu”.

            “Then? Apa yang kau tahu? Jangan kata tak ada satu pun. Nama dia kau tahu tak?”

            “Tak”.

          “Serius Naural. Beranikan kau keluar dengan laki yang kau tak kenal langsung. Tak takut ke?”

            “Tak, aku rasa selamat. Hati aku kata dia baik, baik sangat. Aku rasa dia macam jaga aku sangat-sangat. Semua pasal dia tu kemudian baru tahu pun tak apa kan”. Naural dah duduk. Sakit pulak dada cakap masa baring macam ni.

             “Selamat? Kau betul-betul percayakan dia? Tak takut dia ada niat jahat ke?”

           “Niat jahat?” Naural tertawa. Apa Dila ni dah kena pengaruh drama melayu ke? Yang kalau tiba-tiba jumpa aje mesti ada niat jahat lah. Orang ketiga lah.

            “Ye lah..mana tahu dia tu perogol bersiri ke? Penculik bersiri-siri ke? Kita tak tahu kan”.

            “Woiii..mulut. Jangan cakap sebarang ok! Aku tahu dia baik”. Yakin Naural cakap.

            Dila hanya diam. Dia suka tengok Naural happy tapi apa jaminan laki tu orang baik? Boleh percaya ke? Dah lah muncul tiba-tiba. Kau orang tak pelik?

******

Shussh...ada tuan puteri nak masuk lah. Diam-diam”.

         Yang lain dengar dah gelak-gelak. Ada juga lah ada beberapa ketul budak laki pun yang gelak sama.

           Naural buat bodoh. Dila dekat sebelah dia dah panas. Apa masalah Faiza ni? Nak cari gaduh apa?

          “Kau tahu ada budak tu semalam pergi dating lah. Siap bukakan pintu lagi. Gedik aje aku tengok”.

           Dila nak bangun bersuara. Tapi Naural cepat-cepat halang. Lantak lah dia orang nak cakap apa. Sebab dia aje yang tahu apa sebenarnya dah berlaku.

             “Lepas tu apa jadi?”

            “Yang tu aku tak tahu lah. Tapi kau tahu aje lah kan, budak tak pakai tudung ni mana lah baik sangat. Mana tahu dia pergi hotel dengan laki tu ke, buat benda tak senonoh ke. Tak ada mak bapak pantau macam ni lah jadinya”.

           “Astaghfirullah al adzim”. Perlahan dia mengucapkan kalimah tu. Apa yang Faiza nak buat ni? Dia tak tahu ke menfitnah tu lagi teruk dari membunuh. Dia tak sedar ke dia dah letak beban dekat bahu kiri dia. Tak tahu hukum dekat akhirat nanti ke?

      Sedihnya..kawan yang baik dengan dia dulu dah berubah sampai macam ni sekali just disebabkan seorang laki. Satu laki aje punca persahabatan dia putus. Dia hilang Faiza yang dulu.     
 
            “Naural? Kau boleh sabar ke? Aku yang dengar ni dah geram. Kau tenang aje kan”.

          “Sebab aku tahu aku tak buat semua tu. Kenapa aku nak marah pulak, mulut orangkan Dila. Dia boleh cakap apa aje, yang penting kita jangan cepat melatah. Melatah tu sama macam kita mengaku benda yang kita tak buat tu. Diam lagi baik”. Mulut Dila melopong. Sejak bila Naural ni jadi pandai cakap? Serius dia yang dengar pun jadi kagum. Betulkan, pengalaman mendewasakan seseorang. Tapi cukup dewasa ke Naural ni? Macam tak aje...

            

Kehidupan seorang penulis © 2014