Saturday, 23 February 2013

Love Riddles 23

Saturday, 23 February 2013
. . .


Tuk..tuk..tukkk..

            “As’salam...woi Dila. Bangun lah!!” Merah dah kut tangan dia. Dari tadi duk ketuk pintu ni aje. Kenapa lah Dila ni tak buka lagi? Tidur ke apa?

          “Huarghh”. Mulut ditutup. Serabai sangat dah. Muka memang jelas nampak baru bangun lah ni. Mesti kes tidur balik lepas subuh tadi kan.

            “Nak apa ni Naural? Apa ni kacau aku pagi-pagi”. Jelas tak puas hati. Dah lah semalam dia tidur lambat.

            “Kejap lah Dila..ada hal aku nak cakap ni. Hal penting!” Sengaja ditekankan. Nak bagi Dila tahu yang dia ni memang tak main-main.

            “Hal penting??” Mata dia luas terbuka. Hal penting apa pulak ni?

            “Yup! Penting”. Naural melangkah masuk. Kalau tunggu Dila ni yang jemput dia tak ada lah kan. Tadi pun macam pending aje. Biasa lah mamai lagi tu.

            “Hal apa ni?” Dua-dua duduk bersimpul atas katil. Port gosip dia orang ni..dah lah panas aje katil ni. Sebab tuan dia bangun lambatkan, tu yang panas aje.

              “Aku dengan Luth”.

            “Hah? Serius? Bila-bila? Kenapa aku lambat tahu ni?” Muka memang excited tak boleh tahan.

            “Tahu apa ni?” Kepala digaru. Apa yang Dila ni maksudkan pulak? Dia dah tahu dulu ke apa?

              “Yang kau dah couple dengan Luth kan?” Kening diangkat-angkat.

            “Eh? Bila masa ni? Aku tak ada apa-apa dengan dia lah. Setakat hari ni kawan aje lah”. Macam bagi hint kan? Tadi Naural sebut ‘setakat hari ni’. Kalau esok mungkin boleh ubah status kawan jadi lain ke?

            Dila tersengih-sengih. Dia macam dapat tangkap apa sebenarnya perasaan Naural sekarang ni. Sebab dia pun dah pernah rasakan.

          “Hal apa yang kau nak cakap tadi?” Tak apa lah kita matikan dulu topik Naural dengan Luth. Buka cerita lain dulu.

              Naural tarik nafas sebelum buka mulut bertanya. Seram sejuk ni.

             “Aku keliru dengan perasaan aku lah Dila”.

              Dahi Dila berkerut.

             “Perasaan apa yang keliru ni?”

             “Perasaan aku pada Luth”.

             Mata Dila terbuka besar. Aku sangkakan tadi topik tu dah habis. Rupanya memang pasal ni yang Naural ni nak cakap. Makin segar lah nampaknya aku ni. Topik favourite aku untuk season ni kut. Kisah Luth dan Naural.

             “Apa yang kau rasa tiap kali jumpa dia?”

              Muka Naural jelas dah memerah.

            “Aku rasa seronok..tengok dia..muka dia..rasa tenang. Dia lain..tak macam laki lain dalam pandangan aku ni”.

            Dila ralit pandang Naural. Nampak lain sangat Naural ni bila cakap pasal Luth. Nampak happy. Tersenyum-senyum dari tadi.

               “Kau suka Luth kan?”

         Naural tersentak! Tiba-tiba dengupan jantung dia mula terdengup kenyang. Dadanya disentuh. Betul ke?

               “Jantung terasa nak keluar?” Dila tergelak kecil. Comel pulak tengok Naural macam ni.

                Naural hanya angguk. Tak tahu nak cakap apa. Kepala ditundukkan. Malu kut!

              “Tu petanda dia yang memang Luth dah dapat tempat dalam hati kau. Sebab tu kau dapat rasa semua tu bila dekat dengan dia..bila tengok muka dia. Terima aje perasaan tu Naural. Jangan tolak. Mana tahu dia yang tertulis untuk jadi Adam kau”.

               Naural menghela nafas. Panjang.

            “Tapi aku takut Dila. Aku tak nak kisah lepas tu berulang lagi. Aku pun baru sangat kenal Luth ni”.

            “Then..kalau kau takut sekarang ni jangan terburu-buru macam dulu. Kau ambil masa untuk kenal hati Luth macam mana dulu. Belajar semua tentang dia. Kenal semua yang ada dekat sekeliling dia. Kawan-kawan dia..kesukaan dia. Nanti kau sendiri akan rasa dekat dengan Luth tu”. Panjang nasihat Dila ni kan. Tapi semua dia cakap ni pun bukannya dia fikir dulu..keluar mentah-mentah dari mulut.

            Dulu aku terburu-buru ke? Apa maksud Dila ni?

******

“As’salam semua”. Jelas lain sangat Naural sekarang ni. Jelas nampak cahaya kegembiraan dari raut wajah dia ni.

            “W’salam..cari Luth ke ni?” Sengaja aje Amir ni nak mengusik. Dah tak ada kerja lah tu.

             Muka Naural memerah. Jahat lah dia orang ni...selalu sangat nak usik dia.

            “Woi! Apa kau dah buat dekat Naural ni?”

             Yang lain tergelak. Naural makin menunduk. Sejak bila lah Naural ni jadi pemalukan.

           “Wahh...abang hero dia dah sampai lah. Tak patut lah kau ni Luth, mana ada kita orang buli adik comel ni”. Tersengih-sengih Amir ni pandang Naural.

              Abang hero aku? Apa-apa aje lah Amir ni pun.

            “Banyak lah kau, ada apa Naural? Nak ajak makan ke?” Dah biasa sangat makan sama dia orang ni.

          “Haah. Ada banyak kerja lagi ke? Kalau tak saya tunggu dekat cafe aje lah”. Segan lah pulak nak berlama dekat sini.

            “Eh? Kejap..kejap..tak lama lagi ni. Tunggu lah”. Manja pulak lah suara Luth ni. Nak goda Naural ke apa?

        “Ok”. Naural duduk kerusi yang memang jauh dari Luth dengan kawan-kawan dia. Biar jauh..asalkan selamat.

Sejam kemudian....

            ‘Sekejapnya’ Naural ni kena tunggu kan? Sampai dah tertidur dah Naural ni tunggu Luth. Asyik sangat dia orang ni berbincang sampai dah lupa yang Naural ni dari tadi tunggu abang hero dia. Dah lah tidur masa perut kosong. Kesian..        
 
            “Luth...tuu”. Bibirnya dimuncungkan. Macam mulut itik dah Amir ni.

           Luth alih pandangan. Ikut arah muncungan Amir tu. Dia tersenyum. Comelnya dia tidur. Lena aje. Luth alih tempat duduk. Dia duduk dekat kerusi yang berhampiran dengan Naural ni. Senyuman makin lebar.

            Kesian pulak tengok budak comel ni? Tapi lagi tak sampai hati nak kejut dia bangun. Nampak tubuh Naural ni menggigil. Sejuk mungkin. Dibuka jaket yang membaluti tubuhnya tadi. Dipakaikan kepada Naural. Diusap lembut kepala gadis tu. Tidur baik-baik sayang...

            “Luth! Jangan nak gatal sangat depan kita orang lah”. Amir ni memang tak puas hati aje. Dia suka kenakan Luth dengan Naural ni. Nampak cute kut.

             “Masalah lah kau”. Tergelak kecil dia dengan sergahan Amir tu. Saja aje nak kenakan aku. Mentang-mentang lah Dila jauh. Tak ada lah jauh mana pun, si Dila ni tengah membuta dekat bilik sebenarnya.

            “Apa cerita kau dengan Naural ni?”

            “Cerita apa?”

           “Jangan nak berdalih lah Luth. Kita orang ni tahu kut semua cerita kau dengan dia. Kau dah ada apa-apa dengan Naural ke?”

            “Soon.. sekarang belum ada apa-apa lagi”. Tenang aje dia jawab. Masih lagi tersenyum tengok Naural yang terlena.

            “Hah? Belum ada apa-apa lagi? Serius ke?” Danny menyampuk. Dari tadi dia mendengar aje. Baru berminat nak masuk sekali perbualan yang tak berapa hangat ni. Suam-suam aje.

            “Ye lah.. belum ada hubungan lagi. Kau kenapa ni Danny? Terkejut pulak”.

             Danny tersengih malu.

            “Tak ada apa. Saja aje berminat nak tahu. Dah kau sekarang ni rapat sangat dengan Naural tu. Tu yang aku pelik. Lama sangat lah kau ni bertindak Luth. Kalau ada yang kebas Naural tu macam mana?” Sengaja dia nak takutkan Luth ni. Dah dia yang lambat siapa suruh kan.

            “Jangan lah cakap macam tu wei. Takut aku dengar kut. Cuba kau doakan yang baik-baik. Ni tak”. Luth risau juga lah. Naural ni dah lah cantik, bukan dia tak perasaan ramai yang ramai usha gadis ni. Marah pun ada juga, tapi nak larang dia ni bukannya ada apa-apa pun dengan Naural kan.

            “Aku bukannya doakan yang tak baik untuk kau orang berdua. Aku tak nak kau yang melepas nanti Luth. Ramai yang tunggu Naural tu”. Termasuk aku.. Tidak diluahkan ayat terakhir tu. Kalau Luth dengar mesti dia nak kena tumbuk. Biar lah ni jadi rahsia dia aje.
           
 ******

“Luth..”.

            Luth tersedar. Tersenyum sikit. Tadi dia termenung. Terkejut juga lah bila dengar ada yang sebut nama dia. Naural dah jaga rupanya. Jam dipandang. Dah pukul 1 pun. Lama juga Naural ni tidurkan.

           “Good morning”. Luth tersenyum. Comel sangat Naural ni. Macam ni ke muka dia masa bangun tidur. Nampak segar. Senyuman pun lain dari tadi. Untung dia dapat tengok senyuman ni.

            Naural tergelak. Rambut dibetulkan sikit. Muka dilap. Segan kalau ada apa-apa. Dah lah dari tadi Luth tak lepas pandang dia.

            “Tak ada apa-apa lah. Awak comel aje macam biasa”.

            Naural apa lah..bila dengar Luth puji dia comel makin merah lah muka dia. Tapi dalam hati kembang setaman. Suka dapat pujian dari laki tu.

            “Lama ke saya tidur tadi?”

        “Ermm...tak lama lah. Tak terasa lama pun”. Memang betul Luth tak rasa lama, sebab sepanjang Naural tidur dia asyik pandang raut tu. Sampai berkali kena gelak dengan kawan dia pun dia buat dek aje. Terus memandang.

          “Berapa jam?” Masih lagi bertanya. Nak tahu sangat ni. Sebab dia rasa macam lama aje. Tengok meja ni tinggal dia dengan Luth aje pun dah tahu lama dia tidur tadi.

            “Ada lah dalam 3 jam”.

          “Hah?” Terlopong mulut Naural. 3 jam?? Lamanya aku tidur... Tu pun boleh Luth cakap tak terasa lamakan.

        “Dah lah tu... tak payah nak buat muka terkejut comel tu. Dah jom”. Kerusi ditolak ke belakang. Nak bangun. Terasa kebas juga lah kaki dia. Lama sangat duduk kan.

             Kepala digaru. Ada sisa mamai lagi ni.

            “Jom nak pergi mana?”

            Luth tergelak. Lepas tidur terus lupakan Naural ni. Nasib baik aku ni dia dah ingat, kalau dia lupa juga tak ke naya.

             “Pergi makan lah sayang oi. Dah jom.. Mesti awak dah laparkan”.

            Naural terkedu! Sayang?? Aku ke? Sekelilingnya dipandang. Mana ada orang lain dekat sini. Kepala digaru lagi. Makin kusut jadinya rambut dia. Luth yang dah menjauh dipandang. Rasanya aku salah dengar kut..ignore aje lah..

            “Nak makan apa ni?”

            “Ermm.. mee hoon goreng special..extra telur..nak..”.

            “Sayur kena banyak dari mee, tak nak pedas, tak nak banyak minyak, letak bawang goreng sekali betul tak?” Tak payah tunggu Naural cakap habis pun dah tahu. Dah hafal dah semua ni.

            “Hebat lah awak”. Siap tepuk tangan lagi Naural ni. Terharu sebab Luth ingat lagi. Kalau orang lain mesti cakap dia ni demandingkan. Tapi Luth ni relakan diri aje layan semua kerenah dia. Mungkin sebab ni kut dia suka Luth. Entah lah...

            “Ok..done. Kejap lagi dia orang hantar”. Luth tarik kerusi depan Naural. Sekarang ni dia orang ada dekat luar. Tu pun atas permintaan Naural ni juga. Sebabkan Luth ni ada kerata dia ajak laki tu bawa dia makan dekat luar. Dengan alasan dah bosan makan dekat dalam UKM ni..untuk tambah perasa dia cakap juga makanan tak banyak jenis. Saja nak buat Luth simpati dengan dia lah tu. Pada hal sebelum ni boleh aje dia telankan.

            “Nah...minum juice orange ni. Bagus untuk awak”.

            Naural tersenyum. Dia sambut air tu. Dihirupnya. Sedap! Segar! Luth ni tahu-tahu aje kan yang dia ni peminat tegar juice ni.

           “Tidur lambat ke semalam?” Naural yang dah gaya macam nak tidur balik tu ditanya. Kalau diam aje mesti dah terlena Naural ni.

            “Haah. Siapkan assignment. Sem ni banyak pulak bebanan assignment ni. Kadang-kadang ada rasa tak nak buat, tapi tak sampai hati pulak. Ni kan last sem”. Sempat dia nak mengadu dekat abang Luth hero ni.

          “Banyak sangat ke?” Kesian pulak tengok Naural ni. Dia dah cair sebenarnya. Naural ni pun satu..dah dia pergi merayu guna suara ala-ala comel dia tu kenapa.

             “Banyak...semua subjek ada”. Manjanya suara.

            “Kesian awak kan. Kalau tak dapat buat..minta lah tolong kawan. Tak pun saya kan ada”. Awak tak banyak assignment ke Luth? Baiknya hati nak tolong Nauralkan.

              Mata Naural dah bersinar-sinar. Tapi kejam aje.

          “Tak nak lah. Awak pun last semkan. Mesti lagi banyak projek dari saya. Saya tak nak susahkan awak lagi. Sekarang ni pun library tu dah macam bilik awak...asal ada kerja aje buat dekat situ..saya ni tak lah kejam sangat nak tambah lagi kan”. Fuhh...nasib baik Naural ni memahamikan.

          “Tak apa lah...course kita pun ada terkait sikitkan. Kalau ada yang saya boleh tolong apa salahnya saya tolong. Saya tak suka lah awak tidur lambat. Tak elok untuk diri awak juga nanti”.

             Naural hanya tersenyum. Tak tahu nak cakap apa. Terharu pun ada ni.

 “Awak pun tak payah nak buat lagak segan tu ok. Macam baru kenal semalamkan”. Dia tak suka Naural segan sangat dengan dia sebenarnya. Sebab terasa jauh dengan gadis tu.

            “Eh? Bukan memang kita baru kenal ke?” Mata dibulatkan.

           Luth jadi geram. Sengajakan Naural ni. Ditarik perlahan hidung gadis tu, mengadu kecil dia. Tu lah siapa suruh kenakan dia kan.

            “Luth jahat!” Hidungnya diusap. Mesti dah merah ni. Sakitnya! Susah dah nak menafas.

        “Ala-ala comelnya dia kan. Tapi lagi comel hidung dia lah. Dah merah saya buat”. Dia tergelak-gelak. Sukakan tengok Naural macam ni.

             “Awww.. Naural!!”

            Naural jelir lidah. Dijauhkan sikit diri dia dari laki tu. Tak sanggup nak jadi mangsa picit hidung lagi.

             “Padan muka! Tu balasan dia..”.

             Luth hanya sentuh tangan dia. Tadi kena tepuk dengan tangan comel Naural. Sakit pun tak apa lah.. asalkan awak tak menangis lagi macam dulu....



Thursday, 21 February 2013

Love Riddles 22

Thursday, 21 February 2013
. . .


Adoi!” Siapa pulak lah yang langgar aku ni?

            Dia dongak nak tengok muka laki tu. Tapi tak nampak dengan jelas pun. Siapa pulak ni?

           “Tepi sikit”.

            Naural tetapkan keraskan badan. Dah lah langgar dia. Boleh pulak nak arahkan dia macam tu. Kau lah yang tepi, kenapa aku pulak yang kena.

            “Tak faham bahasa ke?”

          “Tak...”. Selamba aje Nuaral ni jawab. Dia orang sekarang ada dalam lift. Masing-masing keras kepala. Naural ni memang lah tunjuk keras kepala dia dekat orang yang dia tak kenal.

          “Hishh..”. Dapat dengar jelas lah nada tak puas hati dia. Naural hanya mencebik. Tangan diangkat..nak tekan butang lift. Tapi nasib tak baik sebab terkena tangan laki tu pulak. Apa lah dia ni..masa aku nak tekan juga lah dia nak menyibuk tekan sama. Dikesan tangan dia pada baju. Geli..

          “Aras mana?” Tak ada perasaan betul nada yang dia gunakan. Tadi Naural ni memang tak sempat nak tekan butang, sebab laki ni lah.

        “4..thanks”. Ok orang nak tolong..kita berbahasa lah kan. Tak nak lah dia cakap aku ni kurang ajar pulak.

           “4 pun nak naik lift juga ke? Punya lah pemalas nak naik tangga”.

         Mulut Naural terbuka. Apa dia cakap? Dia cakap aku pemalas? Cantiknya bahasa. Dah lah ni first time jumpa..boleh pulak dia cakap aku macam tu kan. Walaupun marah, Naural ni diam aje. Kalau layan nanti makin sakit hati aje.   
        
      “Lain kali patutnya pihak library ni patut letak notis dekat luar pintu lift n. Tulis ‘Tak dibenarkan pelajar yang nak naik setingkat atau turun setingkat dari tingkat lift ni berada. Sila guna tangga’..tak ada lah merugikan duit uni aje”.

       Amarah makin terasa. Mulut dia ni kan.. memang nak kena lah..geramnya aku. Tapi sabar..sabar...

            Hampir beberapa minit dalam lift ni baru lah Naural ni dapat keluar. Lift yang besar tu pun terasa kecil bila terpaksa duduk dalam satu lift dengan laki poyo ni. Apa kes dalam library nak pakai spec hitam ni. Ingat macho sangat ke pakai macam tu.

            Geram terasa lagi ni. Apa yang buat dia geram sebab tadi laki tu yang beriya perli dia kan. Tapi dia pun sama sebenarnya. Ingatkan tadi dia nak pergi tingkat satu ke lima ke. Rupanya sama aje nak ke tingkat empat macam dia. Masa keluar tu tergesa-gesa lah Naural ni. Tak sedar laki tu sengaja langgar dia. Habis jatuh semua buku yang dia bawa.

            Naural mengeluh. Dipandang buku tu dengan muka laki tu silih berganti. Tapi boleh dia diri tegak aje. Apa ingat nak nyanyi lagu Negaraku ke? Tolong lah..tu pun tak boleh ke? Apa susah sangat?

         Dia mendengus sebelum tunduk nak kutip semua buku-buku ni. Adoi! Sebab ni lah aku malas nak datang library ni. Dia bukannya suka datang sini pun...tu pun sebab nak pinjam buku aje. Ada assignment nak kena buat. Kalau tak jangan harap lah dia nak jejakkan kaki kan. Berkali lah kawan dia puji cakap library ni cantik lah..besar lah..tapi tak bagi kesan pada dia pun. Rasanya masa nak exam nanti lah kut baru hati aku ni terbuka nak datang sini. Tunggu lah ya...tak lama lagi pun.. Rasanya lagi seminggu dua aje. Bila cakap pasal exam ni rasa seram lah pulak. Dah lah satu pun belum baca ni.

            Lepas dah kutip tu dia bangun. Sempat dijeling ke arah laki tu. Nak buat gimik lah. Mana tahu laki tu jadi takut dia dengan dia nantikan.

           “Tadi beriya orang tu cakap kalau nak naik setingkat aje tak payah lah guna liftkan. Tapi orang tu cakap aje lebih..dia pun sama rupanya. Tapi lagi teruk lah sebab mengata orang tapi dia yang lebihkan. Apa tangga dekat library ni dah runtuh ke?” Ambil kau. Kan Naural ni dah marah. Tu lah yang tadi pergi kacau dia kenapa?

            Naural mula mengatur langkah. Baik pergi dari sini lah. Berdiri depan laki ni makin buat dia sakit hati ada lah.

            Tak sempat pun dua langkah diatur, tangan dia dah ditarik dari belakang. Makin berapi lah jadinya Naural ni. Kurang ajar betul dia ni. Berani pegang tangan aku.

            “Woi! Apa masalah kau se...”. Ayat dimati. Naural terkedu!

            “Tak kenal saya dah ke?”

             Naural terkedu! Dekat sangat jarak muka dia orang sekarang ni.

            “Luth?...”.

 “Awak yang tadi tu ke?” Otak dia dah tak boleh berfikir ni. Mesti ramai kagumkan sebab finally Naural dah ingat Luth. Kan dah cakap yang Naural ni senang ingat orang yang dia nak ingat lah. Dah Luth ni jadi pendengar dia masa camping hari tu..dah pasti lah Naural ingat dia kan.

        “Yup! Pandai tak saya berlakon?” Boleh pulak Luth ni tersengih-sengihkan. Apa dia ingat lawak sangat ke?

         “Pandai..memang pandai..ambil ni!” Dipukul badan laki tu dengan buku. Berkali-kali. Tak ada simpati.

            Dushh...dushh... macam bunyi peluru pulak kan. Over!

          “Jahat lah awak ni. Suka buat saya sakit hati. Apa semua tadi tu?” Tercungap-cungap Naural ni. Pukul Luth pun penat ke?

         “Saja...ramai cakap awak ni comel. Tapi saya nampak biasa aje. Tu yang sengaja buat awak marah. Nak tengok lah comel ke cik Naural ni masa marahkan”.

         Naural mencebik. Apa punya alasan lah. Macam budak kecil aje. Dia mula melangkah pergi. Malas lah nak layan dia ni. Buat dia sakit jiwa aje.

         “Naural..kejap lah”. Berlari-lari anak..nak mendapatkan Naural.

       “Nak apa lagi ni?” Malasnya nak layan Luth ni. Kalau dah datang mood mengada dia. Memang tak terlayan lah. Dia orang ni sejak balik dari camping dah jadi rapat lah. Tapi memang jarang jumpa. Kalau jumpa macam tadi lah..ada aje yang Luth nak usik dia. Apa tak bosan ke?
            “Jom teman saya makan?”

         Naural jadi tak selesa. Bukan sebab ajakan tu. Tapi sebab lain. Pelajar perempuan yang nampak dia berborak dengan Luth berbisik-bisik. Ada lah tu yang tak puas hati. Mesti ni salah satu peminat Luth kan.

         “Saya nak cari buku ni”. Kalau lambat nanti takut yang lain kebas pulak. Luth ni datang salah timing lah. Masa dia sibuk juga nak datang kan.

          “Larrhh..makan dulu lah”. Tak nak beralah tu.

         “Tak ada..tak ada...saya nak cari dulu. Kalau tak boleh tunggu awak pergi lah makan sorang-sorang”. Naural lajukan langkah.

            “Naural!!” Ada pulak menjeritkan Luth ni. Apa dia lupa sekarang ni dia ada dekat library ke apa?

            “Shusshh...perlahankan suara awak lah Luth”.

          “Awak lah..siapa suruh tak nak teman saya makan kan. Semua ni salah awak”. Dia silang tangan. Jelas nampak tak puas hati tu.

             Naural mengeluh.

         “Saya nak cari buku ni dulu. Buku ni penting sangat untuk assigment saya nanti. Kalau lambat nanti habis lah ada yang kebas”.

             “Ye lah...ye lah...kita cari dulu”. Ayat orang terpaksa beralahkan. Lapar sangat ke Luth?  
            “Nak cari buku apa?” Buku-buku yang ada dekat rak tu dipegang. Kononnya nak menolong lah tu.

             “Function”.

          “Hah? Bukan banyak ke buku tajuk tu? Tak ada yang lebih specific ke?” Berpuluh kut buku tajuk function. Tak kan lah semua Naural ni nak.

           “Apa-apa aje. Awak buka lah dalam dia tengok dulu. Kalau rasa macam best, senang faham, banyak contoh, dengan tulisan dia cantik tu ambil aje lah. Saya tak kisah pun”.

            Mata Luth membulat. Tak kisah? Dah dia nak yang best, senang faham, banyak contoh, siap tulisan cantik tu boleh lagi masuk dalam golongan tak kisah ke? Ni dah terlebih cerewet ok.

            Tulisan cantik tu macam mana? Nak yang tulis tangan ke apa? Banyak dia nak tanya ni. Tapi diam aje lah. Kalau banyak tanya nanti, mesti Naural terus putus tak nak teman dia makan pulak.

            “Yang ni?” Satu buku ditangan ditunjuk pada Naural.

            “Tak nak”. Disimpan balik dalam rak.

            “Ni pulak? Macam best aje”.

            “Mana ada best. Tak nak”. Diletak juga.

           Penuh sabar Luth ni tolong Naural. Walaupun dah berkali-kali ditolak, tangan dia masih juga mencari buku lain untuk Naural ni.

        “Ni? Saya yakin kali ni buku ni memang tepati semua yang awak nak tu. Tulisan dia cantik..contoh pun banyak. Ok tak?” Suka Luth ni. Sebab akhirnya jumpa juga buku yang dirasakan perfect untuk rujukan Naural nanti.

          “Mana ada ok. Saya tak faham lah contoh dia. Cari buku lain”. Naural bangun. Nak cari dekat rak lain pulak. Ada dua rak penuh yang menempatkan buku yang Naural nak cari ni. Dah lah ada bertingkat-tingkat. Nasib baik lah Luth ni tawar diri nak tolong dia kan..kalau tak boleh merana badan nak cari ni.    

           “Yang ni tak nak...tu pun tak nak..apa yang Naural ni nak sebenarnya? Sebab dia perut aku ni jadi mangsa”. Luth merungut tu.

            “Hah! Saya dengar ok”. Diketap bibirnya. Merungut lah pulak Luth ni.

          Luth terdiam! Naural dengar lah pulak. Ok..sambung cari. Tak nak merungut lagi. Lama keadaan jadi sunyi. Luth dah tak berani cakap..Naural macam busy cari buku kononnya.

            Bukk..

            Mata Luth melopong. Serius? Naural ketap bibir. Tersengih-sengih.

         “Ohh...awak memang sengajakan. Nak balas dendamkan?” Buat-buat marah aje ni. Mana lah dia sanggup nak marah Naural kan.

           “Mana ada...tak..tak..buku tu yang terjatuh sendiri”.

           Jatuh sendiri? Apa Naural ingat aku ni budak-budak ke boleh percaya dengan alasan tu. Tak logik ok! Ni dah mendatangkan geram. Tunggu!

          Naural menjauh..dah tahu apa yang Luth ni nak buat dekat dia. Mesti misi balas dendam kan. Dari muka dia pun dah nampak. Jelas.

          “Jangan lari. Sini”. Apa lah Luth ni, lagi dia cakap jangan lari lagi lah Naural ni lari. Tak kan lah dia nak relakan diri dia kena pukul kan. Tak sanggup kut. Jom lari...selamatkan diri. Dari gaya Luth bawa buku tebal tu jalan menghampiri dia..paling tak pun mesti kena pukul dengan buku tu lah.

            “Tak nak. Awak jangan lah datang dekat”.

         “Mana boleh. Sakit kepala saya ni kena buku tadi tu. Kalau cedera teruk macam mana? Kalau hilang ingatan? Awak nak tanggung ke? Dah lah saya belum kahwin lagi, kesian dengan bakal isteri saya nanti”. Dah makin merapu Luth ni. Lain pulak perangai dia kan. Manja dengan Naural ni.

            “Mengada lah awak. Tak ada lah sampai nak hilang ingatan segalakan. Dah..dah..jangan datang dekat lagi. Duduk situ aje”. Dengan tangan-tangan sekali gerak nak pastikan Luth ni tak hampiri dia.

            “Tak boleh. Baik awak jangan makin undur lagi. Nampak belakang awak tu. Dah sampai dinding tu. Mana awak nak lari lagi”. Luth tersengih jahat. Suka lah tu tengok muka cuak Naural kan.

            Dengupan jantung Naural dah lain. Cuak habis ni. Dah lah dekat ruang ni ada dia dengan Luth aje. Kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana? Drama sangat lah Naural ni. Ada ke patut fikir jahat pasal Luth kesayangan semua ni.

            Naural tutup mata. Tak sanggup dia nak tengok apa yang Luth ni nak buat. Nak menjerit rasa suara dia ni macam tak nak keluar pulak. Badan pun dah kaku, tak boleh buat apa-apa dah.

            Luth tersenyum. Comel lah awak Naural. Ada ke patut fikir saya ni nak buat benda jahat dekat awak kan. Awak lah satu-satunya gadis dekat sini yang saya tak sanggup nak sakiti kut. Bila lah awak nak nampak semua tu kan? Dah lama saya tunggu..

            Raut tu dipandang lama. Masa ni aje dia boleh pandang macam tu. Kalau mata Naural ni dah celik nanti mana boleh. Kalau buat mesti kena pukul nanti.

            Tangannya dikempal. Sabar tangan..jangan nak lawan tuan badan ok. Jangan gatal sangat. Jangan sentuh muka dia...walaupun memang cute sangat. Rasa nak cubit-cubit aje. Tapi bersabar lah..satu hari nanti mesti dapat punya.. Gatalkan statement tu..

            Nafas dihela. Tak boleh ni.. nanti makin terleka pulak.

           “Nah buku awak”. Buku diletakkan atas meja sebelah Naural. Baik dia pergi sebelum apa-apa yang tak elok terjadi kan.

          Naural buka mata. Apa dah jadi tadi? Apa Luth dah buat dekat dia? Tapi dia tak ada rasa apa-apa pun. Tak ada apa yang berlaku kut. Ok..fikir positif..fikir positif..tak baik berburuk sangka ni.

            Buku yang Luth bagi tadi dicapai. Tertulis...

            Function...

          Buku tu diselak. Ermm...memang best lah. Cukup semua kriteria yang dia nak. Bila pulak Luth jumpa buku ni? Bukan buku ni juga ke yang jatuh atas kepala Luth tadi? Tebal ni...mesti sakitkan. Bibirnya digigit. Rasa bersalah lah pulak. Mana Luth?

******

Dup..dup..dup

          Dadanya dipegang. Apa dah jadi dengan aku ni? Jangan nak kata perasaan tu datang balik. Kenapa lah aku ni senang sangat cair dengan layanan baik laki. Tapi kali ni dia dapat rasa bunyi dengupan jantung dia lain dari sebelum ni. Lagi kacau...lagi menyesakkan...

            lagi kacau + lagi menyesakkan = cinta lagi hebat dari dulu ke?

            Panjang lah pulak kan. Sorry tak reti nak pendekkan ayat atas ni..

         Kalau betul lah kan.. Kacau ni. Baru aje beberapa minggu sejak kes dia putus cinta dulu. Ermm...putus cinta? Bukan putus cinta tapi merana sebab ditinggalkan tanpa kata. Tapi betul ke perasaan ni? Ada sesiapa tak yang aku boleh rujuk? Ok jom buat list nama dulu.

            1. Luth
            2. Dila
            3. Faiza
            4. Parents aku

         Ermm...Luth memang tak lah kan. Faiza pulak memang mustahil sangat. Parents aku pulak? Tak..tak..Bila cakap pasal parents ni baru teringat yang aku ni dah lama tak balik kan. Bila lah nak balik ni? Rindunya dekat mama..dekat papa. Nak balik lah nanti. Tak kira! Ada banyak test dengan assignment pun tak kan dapat ubah keputusan dia ni.

            Ok..berbalik pada topik tadi. Dila? Haah...dia aje kut yang aku boleh tanya sekarang ni. Tapi nak tanya pasal apa? Dila tu kalau nak tanya dia apa-apa pastikan ada soalan yang nak ditanya dulu. Ok prepare soalan pulak..dah rasa macam cikgu pulak lah.. alahai..


p/s : lately xada mood sgt nak menulis.. agak lama juga lah ambil masa nak siapkan 1 bab.. komen lah kalau ada apa yg terkurang.. komen reader/ silents reader(s) semua sgt buat sy smngat nk tulis.. 

Kehidupan seorang penulis © 2014