Saturday, 27 December 2014

H.I.A.T.U.S

Saturday, 27 December 2014
. . .

Assalamualaikum semua. 
Semua sihat tak? Entry ni just untuk maklumkan tak ada entry terbaru sehingga hujung tahun ni. (Tinggal beberapa hari aje pun nak masuk tahun baru.. hehehe). Maaf kalau ada yang menanti. Kita tunggu tahun depan sama2 eh. Insya-allah ada lagi banyak update terbaru akan masuk. Amin...

. . .

List cerita untuk tahun depan :-

* Polaroid
         * Dia tutorku?? 
   * Kisah Kita

. . .

Azam tahun baru :-

1. Nantikan cetakan novel Love Riddles
           2. Nak peluk novel Love Riddles ketat2.. hehehe
    3. Siapkan manuskrip untuk hantar dicetak
           4. Kumpul idea untuk novel terbaru. Insya-Allah

. . .


Sebelum tu.. jom sama2 kita doakan semoga mangsa-mangsa banjir tabah dalam menghadapi dugaan ni dan berada dalam keadaan sihat2 semuanya. Amin..




. . .

Ok. Assalamualaikum. Jaga diri baik2 semua. Insya-allah tahun depan kita jumpa lagi. 

Wasalam...


Lots of love
<MISZTYRA - 2014>

Wednesday, 17 December 2014

Cover novel Love Riddles. . .

Wednesday, 17 December 2014

. . .

Assalamualaikum. 
Hai semua.. sihat? Hari ni tak ada cerita baru. Just nak merapu aje. Hahaha. Berhenti sekejap sebelum sambung fikir idea untuk cerita Polaroid. Kepala overload. Panas. Macam mana writers lain boleh habiskan 2-3 bab sehari eh? Dahsyat. Tabik dorang semua. Diri ni mampu buat satu bab aje.. tu pun tak habis. Hahaha.
Ok. Sampai sini luahan hati. Kita sambung di kemudian hari.

. . .

GOOD NEWS!!
Tadi designer cover Love Riddles contact. Yeayyy!! Angan-angan hampir jadi kenyataan. Alhamdulillah. Syukur. Cover tu.... Sangat ohsem! Cantik! Unik! Lain dari yang lain! Hahaha.. angkat bakul sendiri kan. Hahaha... XD Thumbs up untuk designer Love Riddles. Anda tersangat kreatif. Hebat. Buat masa ni tak boleh nak tunjuk lagi.. sebab belum final. Insya-Allah dah keluar nanti korang mengadaplah puas-puas eh.

. . .

Peminat?
Mana peminat Luth? Peminat Naural? Peminat Love Riddles? Munculkan diri anda. Tinggalkan jejak di bawah k. (ruangan komen) Jangan lupa dapatkan novel ni nanti.. dah lama korang tunggukan. Karya ni hadiah untuk peminat yang setia menanti. Terima kasih. Jom selesaikan misteri teka-teki.. lelaki bertopi dan masalah hati Naural..  jawapan ada dalam novel Love Riddles..

. . .

Update.
Insya-Allah dah keluar novel ni nanti saya update post baru. Siap dengan gambar cover lagi. Kita sama-sama tungguuuu. ^_^

. . .

Bye.. Jumpa lagi.


Lots of love . . .
<MISZTYRA>



Tuesday, 16 December 2014

. . . POLAROID 2 . . .

Tuesday, 16 December 2014


. . .
Muka bosan. Mengantuk. Jelas tuan badan kena seret keluar. Kaki dia yang tadi berat makin terasa berat.
            “Sini?” Pandang sekeliling. Badan berpusing 360 darjah scan tempat dia berdiri sekarang ni.
            “Yup”. Muka bersemangat.

             Reaksi yang sangat berbeza dari dua orang kawan baik. Hahaha.
           “Tak ada tempat lain ke?” Makin bosan. Dalam banyak-banyak tempat, kenapa fun fair ni juga dia kena jejakkan kaki. Dah lah datang pukul 2 petang. Siapa aje lah nak datang tempat ni siang-siang hari. Kalau malam pun beratus kali juga dia fikir nak datang ke tak.. ni kan siang. Hah! Bosan.
            “Kau tak suka ke?”
            “Tak”. Jelas. Terang. Lagi bersuluh. “Kenapa kena datang sini?” Minta perjelasan.
            “Entah”. Angkat bahu.
           “Baik kau create satu reason, kalau tak aku balik”. Ugut. Boleh pulak si Haney ni jawab entah lepas dia paksa kaki ikut sekali tadi. 

             Geram.


          “Ahh.. jangan.. jangan”. Cuak. Gugup. Pandang jari telunjuk Erna depan mata dia. Telan liur. Sensitif pulak Erna hari ni. Kalau tahu tadi tak adanya dia nak paksa. Kan dah merana badan. “Sebab tempat ni best. Bukan selalu ada pun kan. Beruntung kut dia ada buat dekat sini. Senang aje nak datang. Lagi pun...". Terhenti. Mata Erna membulat. Tunggu dia habiskan kata. "Datang petang tak ramai orang... kan?" Tersengih. 
            “Then?” Askar pencen bernama Erna Dahlia.
            “Kau kan tak suka tempat ramai orang”.
            “Lagi?”
           Gigit bibir. Ada lagi ke? “Ermm...". Jari saling menyulam. Kepala dipaksa berfikir. Jammed. Panas. "Alarhh Erna, aku teringin sangat nak datang sini. Sebab tak ada yang nak teman tu yang aku paksa kau temankan aku. Tak kan tak boleh". Tak ada alasan lagi. Sedih. Ingatkan Erna happy datang sini.

           Mengeluh. "Ye lah.. kau nak pergi mana dulu ni?" Terpaksa mengalah. Malas nak buat drama tengah panas. Jam sempat dikerling. Dah sampai sini pun. Nak komplain banyak pun tak guna. Cuba enjoy aje lah. Sekeliling dipandang. Semua permainan budak-budak. Tinggi tak. Mencabar jauh sekali.


          Senyuman terlakar lebar. Happy. Yes

          "Sana". Laju jari ditunjuk.


        "Tak naklah aku. Tak mencabar langsung main cawan pusing tu. Benda lain lah". Datang tempat bosan. Tak kan nak main mainan bosan juga. 

           "Habis tu? Nak main apa?" 
       “Ermmm...". Mencari. Mata terarah ke depan. Sesuatu mula menjadi tumpuan mata. Lebar terukir senyuman. Lega Haney tengok senyuman tu, tapi terus tergamam saat bibir tu bersuara. "Tuu.. jom naik ferris wheel..”. 



        
            “Aku gayatlah Erna..”. Muka pucat. 
            “Masa ni lah kena belajar hilangkan gayat tu. Jom..”.
           “Tak nak”. Geleng berkali. Takut.
        “Ok. Fine. Aku naik sorang. Kau tunggu sini kejap”. Malas nak paksa. Mula beratur. Tak sampai beberapa minit dah mula naik. Tak ramai orang pun. Tinggalkan Haney sorang pandang dia dari bawah. Biarkan Haney syok sendiri ambil gambar dia dalam cabin.
         “Eh?” Terperanjat. “Apa ni?” Dongak. Mencari. Mata dikecilkan. Dalam ternganga sempat balas lambaian Erna. Orang yang cakap tak nak datang, tak suka tempat ni yang lebih enjoy dari dia yang mampu duduk tengok dari bawah aje. 

             Ferris wheel yang sedang berpusing dipandang. "Memang betul pun.. dia".
            Sejak bila dia ada dalam tu? Lelaki dalam cabin belakang Erna. Film dipandang. Tak percaya walaupun nampak depan mata sendiri.

          "Apa yang berlaku ni?" Film dipandang kembali. Dia dan Erna.. ada dalam satu gambar yang sama. Susah nak proses apa yang sedang berlaku. Kelibat Erna dan cabin belakang dia pulak menjadi perhatian. "Kebetulan.. ke?" 

* * * *
“Erna.. kau percaya pada kebetulan tak?”
            “Tak..”.
            “Why?” 
          “No such thing as kebetulan, Haney.. dalam Islam mana ada semua tu”. Tergelak. “Mana kau belajar hah? Mesti dalam cerita-cerita omputih dalam tv kan.. Tak pun drama korea kau selalu mengadap tu”. Cubit gula kapas pink. Manis.
 “Ermm..”. Bukan kebetulan. So? “Takdir?”
            “Yup. Lagi tepat guna istilah tu”.
            “Ohh..”. Angguk. Banyak benda berlegar dalam kepala.
           “Maybe sebab orang kita yang selalu guna term tu, thats why kita dah terbiasa. Lidah tak rasa pelik sebut perkataan tu. Tapi salah. Contoh eh”. Fikir kejap. Pandang kiri. Kanan. Ok. Dapat. “Bila kau jumpa kawan lama depan kedai cendol tepi jalan.. apa kau cakap?” Nom. nom.. Besar dia gigit gula kapas masuk dalam mulut. Tak senonoh.
            “Kebetulan jumpa sini..”. Tak payah fikir lama pun jawapan ni. Common answer
           “Ermm.. Second. Kau dengan skandal kau pakai baju warna sama tapi tak pernah plan apa-apa pun, apa kau cakap”.
           “Couple t-shirt”. Selamba.
           “Ahahaha”. Pegang perut. Sakit. Kuat sangat gelak. Nasib baik tak terjatuh gula-gula kapas dia. “Betul juga kan. Invalid soalan tadi”. Lupa. Orang ada boyfren macam tu lah. Dia mana ada. Tak tahu bab couple-couple ni.
            “Next. Jumpa orang nama sama? Kau cakap?” Next soalan lepas habis gelak.
            “Kita sama mak bapak ke eh? Mungkin saudara jauh kut”. Muka tak bersalah.
           “Haney! Ya Allah.. geram pulak aku”. Cekak pinggang. “Serius boleh tak”. Dibesarkan mata bulat dia.
            “Hehe.. ok. Ok. Kebetulan nama sama”. Rasa berdepan dengan cigu tadika dia 16 tahun lepas pun ada sekarang ni. Erna dan contoh-contohnya.
          “Good. Kita dah terbiasa dengan term tu kan. Sampai semua yang berlaku pun sebut kebetulan. Tapi sebenar semua yang berlaku tu takdir Allah SWT”.
           . . .
            “Yang dimaksud dengan apa yang dijanjikan kepadamu ialah takdir Allah terhadap tiap-tiap manusia yang telah ditulis di Lauhul Mahfudz”
              . . .
       “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh), sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid: 22)
              . . .

              Speechless.
            “Tapi kenapa kau tanya eh? Ada apa jadi ke?” Baru berminat nak tahu. Lidi gula kapas dijilat sebelum buang dalam tong.
          Poket disentuh. Nak bagi tahu ke? Baru nak dikeluarkan, dia nampak lelaki yang sama lalu sebelah Erna. Mulut yang hampir ternganga.. cepat-cepat ditutup. Tak nak Erna sedar. Dia tergelak. Dengan seorang gadis. Jalan tak pandang kiri kanan pun.  Kalau tanya budak umur dua tahun pun tahu dorang tu couple. Nampak sangat.
          “No.. nothing”. Poket disentuh. Ketap bibir. Belum masa lagi. 
         “Ok. But still aku rasa kita kena belajar banyakkan sebut perkataan takdir dari kebetulan. Segala yang berlaku semuanya atas kehendak Allah SWT, kita hanya merancang aje. Dan kadang-kadang ada sebabnya sesuatu perjumpaan tu berlaku. Ada masanya even baru kenal 1 minit pun dah rasa kenal lama. Selesa. So, at the end avoid macam mana pun, kalau dah tertulis berlaku.. akan berlaku juga. Cuma cepat atau lambat. Dan kalau dah tertulis dia untuk kita.. akan bertemu juga dengan izin-Nya”.
         Menusuk masuk dalam hati. Kepala. Tapi lepas cakap macam tu boleh pulak dia terus berlari-lari dapatkan abang belon tepi rumah hantu sana. Spoil. Terus lupa Erna tadi. 
“Hishh macam budak kecil”. Dia terduduk. Tak kuasa nak kejar Erna.

           'Kalau dah tertulis untuk kita.. dengan izin-Nya akan bertemu juga...'.
        “Sama macam kes kau ke Erna?” Dikeluarkan film tadi. Memandang. Dalam. Hampir nak renyuk film tu dipegang.  “Ada sebab semua ni terjadikan?” Pen dikeluarkan. Sesuatu dicatat di belakang film. "Atau aku aje yang fikir lebih?"

             Fun fair – 16.12.2014

        Simpan kemas dalam poket. Satu hari nanti dia berharap pemilik film ni akan berubah. Insya-Allah. Dengan Izin-Nya.

           "Jom naik tu pulak". Erna tiba-tiba berdiri depan dia. Tercegat.

          "Hah? No. Tak nak. Aku gayat". Ya Allah.. baru degupan jantung dia jadi normal balik. Si Erna ni buat dia berlumba lagi.

           "Aku tahu kau gayat. Kau dah cakap tadi. Tapi tak kan datang sini tak nak main apa-apa pun. Sekali ni aje.. jomlah. Aku ada kan". Dari atas cabin tadi dia kesian tengok Erna duduk sorang dekat bawah tunggu dia. Kesian. Dia yang ajak.. tapi dia sorang aje yang enjoy.

              "Tapi..".

              "Kalau takut pegang tangan aku kuat-kuat". Jaminan.

             Mendongak pandang ke atas. Gila lah. Telan liur. "Erna.. aku..". Mustahil tangan si Erna ni ada kuasa nak ubah dia dari jadi pengecut terus berani. Ni bukan drama. Mimpi pun bukan. So.. impossible.

               "Tak berani juga?" 

                Geleng. 

               "Ok". Viking dan Haney dipandang silih ganti. 

             "Aku..". Tak payah mainlah. Sorang-sorang bukan best pun. Macam tadi. Lonely. Pandang cabin lain semua berteman peghuninya.

               Terasa tangan ditarik tiba-tiba. Terkejut. "Jomm...".

               "Pergi mana?"

               "Naiklah.. kau nak kan".

                Memang nak. Tapi.. "Kau bukan takut ke?"

               "Kau kan ada..". Senyum. Penuh rahsia. 

              Hah? Tak faham. Mula masuk dalam barisan. Agak ramai juga. Muka Haney dicari. "Haney? Betul ke kau nak main ni?"

             Gulp. Kerja gila. "Betul". Peluh ditangan dikesat. Degupan di dada cuba diredakan. 

             "Ok". Jelas dia takut. Tapi kenapa nak naik juga. Dari tadi anak mata melirik pandang ke arah ayunan kapal depan mata. Berkali juga dia nampak Haney telan liur. Pergelangan tangan terasa pedih. Kuat Haney pegang, tak nak lepas. "Aku tak kisahlah Haney.. tak naik pun tak apa". Dia yang risau.

              "Aku nak naik".

              "O. K".

           Turn dorang dah sampai. "Kau naik dulu Erna..". Laluan diberi. Pegangan tangan still tak dilepaskan. Dalam hati berbakul-bakul marah diri sendiri. 'Gila kau ni Haney...'. Sepanjang berjalan naik tak putus-putus berdoa.

              "Tak salahkan kalau aku jerit?"

             "Tak..". Muka pucat Haney dipandang. Pelik. 

              "Kalau dorang marah macam mana?"

              "Tak ada siapa pun nak marah.. dorang pun menjerit nanti".

              "Ohhhh.. ok". Sesak nafas.

         "Ahh.. ah..". Kapal mula bergerak. Tak senang duduk. Laju mata dipejam. Tak sanggup pandang depan. Macam-macam dah dia bayangkan. Tubuh Erna disebelah dipegang. Tak lepas. Kuat.  "Arghhhh!!!" 

          Sepanjang kapal berayun Haney menjerit. Rasanya tangan dia ni tak adalah ajaib sangat. Memang tak akan buat Haney jadi berani tiba-tiba pun. Akhirnya.. ayunan mula berhenti. Baru dia nak turun, Haney hentikan langkah dia.

              Klik.

      "Kenapa?" Blur. Tak faham. Belum sempat dijawab, Haney dah berlari ke tepi pokok. Terbongkok-bongkok. Muntah? Ya Allah.. "Haney.. kau ok tak ni?" Risau plus rasa bersalah.

              Tak mampu bersuara. Hanya angkat tangan, tanda 'ok'.

             "Kenapa nak naik juga kalau tahu takut.. kau ni...". Mula membebel.

       Sebab ni...film dalam poket disentuh. Dia memang gila. Hanya sebab nampak lelaki tu melangkah untuk beratur tadi.. dia terus tarik tangan Erna. Tak fikir apa. Lepas dah beratur baru nak menyesal. Makin menyesal bila kapal mula bergerak. Tapi.. dah lepas pun semua tu. Yang penting.. kali ni dia dapat lagi gambar dorang berdua.

         Kalau sebelum ni tanpa sengaja mamat hot termasuk dalam film yang Erna ambil. Hari ni pulak.. dia pun tanpa sengaja tertangkap gambar dorang berdua dalam satu film masa main ferris wheel tadi. Pelik.. entah kenapa dia suka tengok dorang berdua dalam satu film. Tu yang dia sanggup buat kerja gila. Dalam takut pun nak buat juga idea gila tu. Nasib baik berbaloi. 'Aku dah jadi paparazzi dorang ke?'

             'Sorry Erna...'. Gumam hati sendiri.


* * *


Assalamualaikum. 
Semua sihat tak? Hope korang enjoy bab Polaroid terbaru ni. Wajib mesti ada yang terkurangkan.. sorry kalau ada yang tak suka. Ni cerita terbaru dari saya.. tapi dalam masa yang sama ada manuskrip saya tengah siapkan. Manuskrip terbaru ni mungkin tak akan masuk dalam blog. Akan terus dihantar untuk diterbitkan nanti. Cerita Polaroid ni insyaallah akan dihabiskan dalam blog.. tu pun kalau tak panjanglah ceritanya.. Ahahaha..

Ok.
Sampai sini aje. Jumpa lagi. Bagi peminat Dia Tutorku?? tunggu eh. Dalam proses nak habiskan lagi. Mungkin lambat sikit siapnya.. 

Jangan lupa tinggalkan komen.. TQ  ^_^

Bye... Assalamualaikum..

Lots of Love..
<Hak milik MISZTYRA>
. . .

Saturday, 6 December 2014

Sinopsis Love Riddles

Saturday, 6 December 2014
. . .

OFFICIAL SINOPSIS LOVE RIDDLES


Dia gadis biasa. Datang dari keluarga biasa. Jalani rutin hidup biasa. Bangun. Kelas. Makan. Tidur. Tiada yang menarik yang mampu membuatkan dia ingin mencoret mengenai kisah hidupnya sendiri. Tapi sejak hari itu. Hidupnya mula berubah. Tanpa dia sendiri sedar. Rutin hidupnya berubah rentak. Teka-teki mula hadir. Tanpa tahu siapa pemberinya.

“Dalam banyak-banyak manusia dalam universiti ni, kenapa aku yang jadi insan terpilih?” – Naural

“Kerana awak Naural...”. – Jawapan si pemberi teka-teki

Luth.. dia tak sedar sejak bila lelaki itu muncul. Yang dia pasti kehadiran lelaki itu mengoyahkan hatinya. Dia jatuh. Cair. Tetapi kemunculan seorang gadis membuatkan Naural tersedar dari lenanya.

“Aku tak sesuai untuk dia. Duduk tak sama rendah, diri langsung tak sama tinggi. Hati tolong jangan terleka lagi. Dia bukan untuk kita”. – Naural

Hati yang sakit cuba diubati. Hanya satu jawapan dan penawar untuk dia. Selesaikan teka-teki. Tak kisahlah siapa pun yang beri yang penting Luth dapat dilupakan. Sebaris ayat membuatkan hati dia mula tertarik. Dan tanpa sedar sekali lagi pintu hati dia diketuk.

“Sudi awak jadi kekasih saya? Jadi teman hidup saya?” – Si pemberi teka-teki

Kehadiran kisah silam yang ingin dilupakan muncul kembali. Luth yang setia menanti. Identiti penuh misteri si pemberi teka-teki. Siapakah dia? Siapa sebenarnya yang telah bertahta dalam hati Naural selama ni? Siapa sebenarnya hero cik hati yang selalu membuat hati Naural berdetik laju? Jawapannya hanya pada.. Naural.





Alhamdullilah.. final sinopsis Love Riddles. Cerita ni bermula dengan cerpen tapi alhamdulillah atas permintaan ramai dipanjangkan.. Dan syukur alhamdulillah lagi beberapa bulan bakal DITERBITKAN.. ^^.. dah tak lama dah.. yeay!! hehehe.. Apa persamaan versi cerpen dan novel? Teka-teki.. ada. Luth?.. Ada, Naural.. pun ada. Cuma jalan cerita dan perkembangan cerita yang berbeza.. kena dapatkan novel untuk tahu apa yang berlaku.. hehe.. Jangan lupa nantikan novel ni dipasaran. Hope korang semua puas hati dengan karya yang tak seberapa ni plus enjoy selesaikan misteri n teka-teki dalam cerita ni. Dapat perasan jadi Naural kejap.. hehehe :D 

Ok.. jumpa lagi.. eh? Kejap.. ada lagi sikit nak inform..

-- POLAROID akan diupdate dalam mingu depan. Insyaallah.. Tungguuu k! ^^
--Jangan lupa tinggalkan komen korang semua.. ^_^ 

..ASSALAMUALAIKUM.. 

. . .

Lots of love..
<MISZTYRA>
Kehidupan seorang penulis © 2014