Thursday, 27 November 2014

. . POLAROID 01 . . .

Thursday, 27 November 2014



. . . 

Kerusi ditarik. Sempat dikerling ke arah jiran kerusi sebelah. Bukan sekali. Tapi berkali-kali. Apa yang dia buat dari tadi terbongkok-bongkok? Nak tanya, tapi telan dulu. Ada banyak kerja nak kena settlekan. Penting dari soalan kenapa-kau-terbongkok-dari-tadi. Tunduk. Jawab soalan-soalan maut mencabar minda depan mata. Kenapalah hari tu dia berani pergi apply course ni. Bila dah masuk bukan main susah lagi nak score. Pelik betul dia tengok budak-budak lain yang dapat 3 pointer tu. Apa dorang makan eh? Ke memang dari dalam perut dah pandai? Genius segala..?
         Mengunakan khidmat encik Google di kanan, dan buku rujukan gila tebal di kiri digagahkan diri juga selak soalan seterusnya. Merintik-rintik peluh di dahi. Dah rupa jogging satu jam tengah-tengah panas terik pun ada.
            “Fuhh..”. Baru satu kertas. Mengeluh kalahkan dah habis jawab final exam.
             Tak boleh jadi. Curiosity membunuh.
“Kau tengah buat apa Haney?” Akhirnya terluah juga.
          “Check benda ni.. kenapa hah dari tadi dia tak keluar-keluar? Aku tekan banyak kali pun tak keluar juga. Dah rosak ke?” Berkerut-kerut dahi. Cakap tapi tak pandang muka.
            Angkat bahu. Sebab tu aje? Bazir air liur tanya. Benda apa yang dirujuk pun dia tak nampak. Tersorok bawah meja. Sambung jawab soalan seterusnya. Berkali-kali garu kepala. Rosak selendang yang dipakai.
            “Adoi.. memang dah rosaklah aku rasa Erna”. Kecewa. Tak dapat betulkan.

         “Rosak?” Dongak pandang. “Apa sebenarnya yang kau belek dari tadi? Serius aku tak nampak”.
            “Ni..”. Tangan diangkat tinggi.
            “Polaroid?”
            “Yup”. Senyum. “Tapi dah rosak”. Sedih.
         “Macam mana boleh rosak pulak? Nampak macam baru”. Dicapai dari tangan Haney. Muka kecewa sangat. Muram. Sedih.
          “Memang baru pun. Tak sampai seminggu aku pegang, hari ni tiba-tiba tak berfungsi pulak. Gila tak sedih”.
          “Sebelum ni ok lah eh?” Dibelek-belek. Dia mana tahu apa-apa. Tak nak tambahkan kecewa dalam hati Haney dia pura-pura beleklah juga. Pura-pura tahu.
           “Kau tahu betulkan ke Erna?”
            Geleng.
           Ok. Salah letak harapan tadi. Berhenti berharap Haney! Sayup-sayup tepi telinga dapat dengar lagu Shiela on 7.
           “Serius.. ni first time aku sentuh benda ni. Cute eh..”. Tertarik.
        “Memanglah. Antara sebab aku jatuh suka..”. Tapi bila dah rosak ni, cute pun dah tak guna. Sakit hati aje lebih. Plus mulalah rasa membazir tu mengamit di hujung hati dia ni. Masa nampak tanda harga hari tu tak ada pulak rasa mahal. Membazir jauh sekali. Sebak.
            “Comel..”. Disentuh-sentuh lagi. Macam tertarik.
          “Jangan jatuh cintalah Erna. Nanti sakit hati pulak macam aku ni. Beli mahal-mahal last-last tak sempat nak merasa pun”. Kotak film disimpan dalam beg. Give up. Baru ingat nak ambil gambar last semestar dekat depan foyer fakulti ni. Sebelum cuti semestar bermula. Tak merasa.
“Tapi aku rasa.. kejap. Sini ke nak tekan?” Jari ditunjuk ke butang bulat.
“Aah..”. Tak ada mood.
“Ohh..”. Lupa soalan maut tadi. Lupa rasa sakit pening kepala jawab soalan tadi. Peluh di dahi pun dah mula nak kering mengadap benda ni. Dahsyat juga penangan Polaroid ni rupanya.
“Macam ni ke?” Punat ditekan.
Haney tak ambil port. Terus kemas beg. Sumbat semua masuk dalam. Bersepah satu meja dengan barang dia aje. Last-last langsung tak pandang. Duduk mengadap benda dah rosak tu juga. Haihh...
Klik!
Laju dongak. Pandang Erna. Rahang jatuh.

“Hah?” Terkedu. Pandang Erna dan Polaroid silih berganti. Tak percaya walaupun jelas kedengaran bunyi tadi. Ke dia salah dengar.
Erna tersengih-sengih. Nampak gigi putih dia.

“Kau kata rosak? Elok aje”. Gulp. Dia salah ke? Dah macam wanted criminal kena tenung macam tu.
“Kau tekan mana?” Still tak percaya.
“Ni”. Blur. Jari tunjuk tempat tekan tadi.
“Eh? Tadi aku tekan tak ada apa-apa jadi pun. Asal kau tekan elok aje? Pelik”. Muka kagum plus kau-sengaja-nak-kenakan-aku-ke-Polaroid? Dicapai dari tangan Erna. Langsung tak dihiraukan film yang mula keluar, dibiarkan Erna ambil. Belek-belek. Belek lagi. Pandang muka Erna.
“Apa kau buat tadi?”
Nothing..”.
“Hebat”. Senyuman makin lebar. Happy anak angkat baru dia ni dah tak buat ragam lagi. Alhamdulillah. Angkat dua tangan tinggi.
“Baru tahu ke?” Bangga. Tapi diri sendiri tahu dia memang tak buat apa pun. Hahaha. Kelakar. Dah pegang benda ni pun baru tadi first time.
“Poyo aje..”.
Sengih lebar.
“Ermm.. gambar apa yang aku tangkap tadi eh?” Baru berminat nak tahu. Tadi main tekan aje. Tak ada niat nak tangkap sesiapa atau apa-apa pun. Yang dia tahu dia nak tekan butang bulat tu.
Dikibas-kibas berkali. Tak cukup siap tiup lagi.
“Erna.. cepat tengok sini”.
Mendongak pandang depan. Tak sempat nak posing apa-apa. Muka tak ready langsung.
Klik!
Candid.
“Woi.. buruklah Haney”. Tak puas hati.
“Hahaha.. reward sebab buat baby aku ni sihat balik. Agaknya Polaroid aku ni boy kut tu yang tertarik dengan kau Erna. Gatal juga baby aku ni. Hahaha”. Gelak. Film yang keluar dikibas-kibas.
Menyampah. Planet mana punya faktalah Haney ni baca.
“Nah..”. Dihulur film ke tangan Erna.
Dalam tak suka. Sambut juga. Sikit demi sikit mula kelihatan. Erkk.. buruk. Tunggu sampai bilik nantilah dia buang. Nak buang depan Haney ni ada bertambah touching nanti. Dah dia pergi ambil gambar dia dalam keadaan paling buruk tu kenapa. Kalau hantar nak apply masuk show Top Model tu awal-awal dah masuk tong sampah.
 “Malas aku nak layan”. Angkat beg. Dari jauh kedengaran bunyi yang dah agak biasa di telinga dia beberapa tahun belajar dalam universiti ni. Mata membuntang. Dipandang ke arah Haney yang tersenyum-senyum usap Polaroid dia. “Haney?? Bas!! Cepat kejar..”. Tak fikir apa terus tarik tangan Haney. Sebelah tangan simpan film dalam beg. Dua keping. Tanpa sedar. Refleks.
            “Nasib baik sempat”. Nafas berat. Berombak dada.
           “Nasib baik jantung aku tak terhenti tadi Erna. Lain kali bagilah cue dulu sebelum tarik tangan aku ni. Mengejut kut..”. Marah. Tak sempat nak buka langkah dah kena tarik. Nasib tak kena heart attack tadi.
            Dibiarkan Haney membebel. Pandang depan belakang. Habit bila naik pengangkutan awam. Dah terbiasa. Mencari.
            “Eh?
          “Asal?” Turut menoleh. Tapi laju pusing depan bila Erna mula berdiri. Toleh belakang kembali saat terdengar suara Erna.
            “Awak.. duduklah..”.
            Dia laju berdiri. Berdiri sebelah Erna. Sempat memandang ke arah lelaki dengan kaki berbalut yang berdiri belakang kerusi dorang. Patutlah kawan dia ni bangun. Erna ni charity queen kut. Pantang nampak orang yang lebih memerlukan, mesti dia utamakan dorang. Kalau ada charity card rasanya penuh dah stamp dalam buku Erna ni.
            “Nevermind.. saya boleh hold pemegang ni”. Ada kedengaran sikit terperanjat ditegur tiba-tiba.
            “Mana boleh. Kaki awak..”. Berbalut. Kalau kecil balutan tu mungkin dia boleh tutup mata kut. Tapi dah sampai ke lutut balutan tu tak akan dia nak butakan mata pulak.
            “Thats ok..”. Still tak nak.
           “Seat ni memang untuk awak pun. Saya dah diajar untuk beri pada yang lebih perlukan”. Cuba kawal rasa marah. Lelaki ni ego.
           “Aku tak perlukan seat tu. Kau boleh terus duduk. Apa yang kau cakap tadi tu tak payah apply pada aku”.
            Woahh.. tak kan nak buat scene gaduh dalam bas kut?
         Genggam jari. “Hishh.. duduk aje lah”. Marah. Tak dapat dikawal lagi. Ditarik hujung baju lelaki tu. Bagi sikit laluan untuk dia duduk. Haney yang memerhati mampu terkedu berkali-kali aje. Drastiknya.
            “Woi...”.
            “Bro kadang-kadang ada masanya awak kena letak tepi ego tu. Kita orang tahu, nampak yang awak tengah sakit. Jelas. Lagi nyata. Tak ada langsung timbul niat nak pandang rendah. Tak salah pun saya bagi seat ni untuk awak. Mungkin awak rasa tak perlukan, tapi saya yang memandang ni tak sanggup nak biarkan aje. Masa-masa macam ni lah awak patut terima pertolongan orang.. betul tak?” Dah habis beri sepatah dua kata terus berlalu ke depan.
Haney terkial-kial. Sama ada nak ikut Erna atau berdiri sini cuci mata lebih sikit. Lelaki hot weyh. Masa pandang kaki tinggi berbalut dia tak perasan pulak pemilik kaki berbalut tu sehot ni. Masya-Allah. Sedar Haney. Jaga mata.
Telan liur. Dengan berat hati mula melangkah. ‘Bye mamat hot’.
“Berani kau Erna..”. Bisik sebelah telinga.
“Untuk kebaikan dia juga. Bukan aku tak perasan tadi dia hampir nak jatuh. Still degil tak nak duduk. Kalau aku tak kasi seat tu ada jadi bahan gelak manusia dalam bas ni kang. Tak ke dia juga yang malu”.
Wah. Respect.
“Ada dia blacklist nama kau dalam hidup dia nanti Erna”. Mamat hot tu. Bukan dia tak perasan majoriti perempuan dalam bas ni pandang mamat hot tu. Termasuklah dia. Hahaha.
“Biarlah. Hak dia. Dah. Drop topik tu. Jom turun. Tak payah nak pandang aku macam tu”. Ditarik tangan Haney.
Sempat Haney menoleh. Memandang ke arah mamat hot tadi. Terkelu lidah. Menoleh pandang ke arah Erna yang dah tersengih-sengih nampak tray-tray lauk depan mata. Hantu makan betul.
“Erna tak perasan”. Bisik perlahan.
“Perasan apa?”
“Hah?” Adoi. Tajam pulak telinga si Erna hari ni. Selalunya nampak makanan dia dah tak hirau sekeliling dia.
“Ahh.. tak ada apa”. Gugup.
“Ok”. Jalan laju. Nak kejarkan nasi. Peak hour. Selalu nasi mesti habis dulu. Nak tunggu masak? Huh. Tak sanggup. Plus malas nak beratur panjang. Ambil nasi beratur. Nak pilih lauk beratur. Beli air beratur lagi. Bayar pun beratur. Habis masa dekat beratur aje sepanjang bergelar pelajar ni. Bilanya nasi nak masuk dalam mulut kan. Tak efficient betul.
Terdengar bunyi enjin bas. Dia menoleh kembali. Double check. Confirm. And Erna still tak perasan apa yang tengah berlaku. Haih. Nak bagi tahu ke tak? Kalau nak bagi tahu apa ayat yang sesuai nak guna?
Garu kepala.
Fikir. Fikir.
‘Erna.. mamat hot tu pandang kau? Dari kau turun sampai bas gerak’ Sesuai tak? Rasanya berbaloi bagi tahu Erna ke? Ermm.. yang lagi penting, dia nak tahu ke?
“Haney! Cepatlah. Lambatlah kau ni”. Menjerit.
“Lupakan dulu lah”. Later.

 ***
Buaian dihayun. Disandarkan ke besi buaian. Menatap ke arah novel depan mata. Dengan ear-phone tersumbat dalam telinga. Kaki bergerak-gerak mengikut melodi lagu. Best pulak cerita ni. Dari pukul 9 pagi sampai dah tegak matahari dia still mengadap lagi. Tak sabar nak tahu ending cerita ni.
            “Erna..”. Cuitan dibahu menghentikan bacaan dia. Ear-phone dibuka.
            “Kenapa?”
          “Larhh.. patutlah tak dengar. Kuat betul lagu kau dengar”. Duduk berdepan Erna. Dalam buaian bulat ni. Klasik.
              Angkat kening. “Nak apa?”
            “Nak keluar?”
           “Malaslah. Aku ingat nak rehat aje hari ni. Jarang kut Sabtu aku tak ada aktiviti. Alang-alang kosong ni ingat nak rehat aje. Buku ni pun dah nak berhabuk terletak atas meja study aku tu, hari ni baru sempat baca”. Lemah dengar perkataan keluar tadi. Alergik agaknya.
            “Jomlah Erna. Aku bosan”. Buat muka sedih.
          “Skandal kau mana? Ajaklah dorang keluar. Aku nak habiskan novel ni. Mana ada masa nak baca lagi nanti”. Still tak berganjak.
           “Tapi..”. Sayu. “Kau aje sahabat dunia akhirat aku. Masa ni lah aku nak habiskan masa dengan sahabat aku ni. Tak kan tak boleh..”. Makin sayu. Sebak. Semua keluar.
            Adoi. Ni yang dia lemah. Suara tu. Garu kepala.
            Yes! Mengena. Nampak muka layu Erna dah menjelma.
           “Kau nak pergi mana?”
            Hooray! Bersorak dalam hati. “Try Polaroid aku. Carilah mana-mana port menarik. Kita lepak sana”.
            “Polaroid? Dah ok eh benda tu?”
           “Haah”. Thumbs up untuk Erna. Doktor segala Polaroid atas bumi ni. Hahaha. “So.. nak keluar tak?”
            Ermm.. macam best juga buat experiment dengan benda cute tu. Tapi novel ni. Diselak-selak. Kira jumlah muka surat belum dibaca. “Ok..”. Ada benda melurut jatuh ke paha. Tanpa sedar.
            “Apa tu?” Lagi minat dengan benda jatuh dari balasan Erna.
           “Film?” Dua keping film disentuh. Aik? Macam familiar. “Semalam punya ke?” Baru teringat.
           “Kau simpan dalam buku tu ke?” Capai. Satu gambar Top Model Erna. Satu lagi. Ermm.. letak balik gambar Erna. Dia tilik gambar satu lagi. Dalam. Tenung lagi dalam.
        “Terletak kut. Tak perasan”. Cebik bibir tengok muka sendiri dalam film. Haha. Lupa nak buang malam semalam. Terlupa.
            “Aku kenal dia ni..”.
            “Skandal kau kut”.
         “Bukan”. Fikir lagi. Lagi dalam. Mata membesar. Teringat. “Dia.. mamat hot?” Muka Erna dipandang. Jelas. Dia langsung tak minat.
            “Erna.. semalam”.
          “Aku naik siap. Dah nak gerak nanti jangan lupa ketuk pintu bilik aku. Kalau tak aku tidur aje”. Tak sempat dengar ayat Haney. Biarkan Haney kelu lidah pandang dia panjat tangga ke bilik.
            “Hishh.. tak sempat pulak”. Dipandang balik film tadi. Dalam banyak-banyak benda dalam universiti ni mamat hot ni juga yang Erna tangkap. And tak sampai beberapa minit lelaki yang sama dia offer seat
                Menarik.

. . .
Alhamdulillah. Finally. Ada juga entry baru. Hehehe. Hadiah untuk readers yang selalu ternanti-nanti cerita baru dari saya. Sorry. Lambat pulak cerita ni masukkan. Enjoy ye. Insya-Allah akan disambung nanti. Cuma cepat atau lambat aje. Tungguu.. Jangan lupa tinggalkan komen awak2 semua. Suka ke tak? Enjoy ke tak? Bosan ke menarik? Nak bagi idea pun boleh. Lagi dialu-alukan. Hehe. Nak tahu juga pendapat pembaca. ^^  T.H.A.N.K.S!
Lots of love..
< Hak milik  MISZTYRA >

Tuesday, 25 November 2014

Coming soon...

Tuesday, 25 November 2014

. . .

Assalamualaikum. 
Insya-Allah mini story terbaru akan masuk nanti. ^^ . Tungguuu. Tak pasti bila tapi dalam masa terdekat ni. Tak berani nak janji takut ada yang menanti plus tertunggu-tunggu nanti. Yang pasti cerita tu on-going lagi and still dalam bab pertama. Hahahaha. Lambatkan? 

. . .

Apa dah jadi dengan Love Riddles? 
Ok. Cerita tu dah lulus penilaian. Tak pasti bila terbit sebab still tengah beratur untuk turn terbit. Sorry. Tahu ramai yang ternanti cerita Luth dan Naural. Saya pun sama. Kita tunggu sama-sama k. Berdoa dapat cepat jumpa novel Love Riddles ^^ Aminn..

. . .

Hah. 
Blog ni dah bertukar wajah. Macam mana? Ok tak. Nak stick dengan tema black n white. Lately jatuh cinta dengan tema ni. Plus mata pun tak sakit sangat mengadap warna gelap lama-lama. Nice kan. (Or saya aje yang rasa macam tu? Hehe) 

. . .

Ok lah. 
Dah tak ada idea nak merapu apa. Jumpa lagi. And tungguu cerita terbaru dari saya. Hope tak mengecewakan. 

Lots of Love
< MISZTYRA - 2014 >
                 

. . .
Kehidupan seorang penulis © 2014