. . .
Assalamualaikum semua. Hai. Hello. Dalam tak sihat ni pun digagahkan diri menulis entry baru juga. Terasa dah lama tak update entry baru. Seperti yang dah diberitahu sebelum ni, manuskrip LR memang dah siap. Masih dalam proses mengedit lagi. Disertakan sinopsis dari cerita Love Riddles. Nak minta komen lah kalau ada yang terkurang ke, terlebih ke, sebelum hantar cerita. Diharapkan sokongan dari pembaca. Terima kasih.
*********
Kisah hidupnya tak seindah mana. Wajib ada ranjau dan
durinya. Kehadiran lelaki itu mematahkan semangatnya. Kemudian, hadirnya
teka-teki. Yang memang mampu membuatkan hidupnya berubah 360 darjah. Kalau dah
namanya teka-teki mestilah kena selesaikan. Tapi.. yang menjadi persoalannya
sekarang. Kenapa dia? Dalam beribu manusia dalam universiti ni kenapa dia yang
menjadi insan terpilih? Tu yang pelik.
“Dalam banyak manusia dalam universiti ni, kenapa aku
yang jadi insan terpilih?” – Naural.
“Kerana awak... Naural”. – Si pemberi teka-teki.
Kehadiran Luth pula mengoyahkan hatinya. Dia jatuh. Cair
dengan lelaki itu. Tetapi kemunculan seorang gadis membuatkan Naural tersedar
dari mimpinya. Aku tak sesuai untuk dia. Duduk tak sama rendah, diri langsung
tak sama tinggi.
“Hati tolong jangan terleka lagi. Dia bukan untuk kita”.
– Naural.
Dari situ, dia mula fokus pada teka-teki yang diterima. Pujukan
dan alasan Luth langsung tak diterima. Dia tak nak terleka. Tapi kita hanya
boleh merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Dia terjatuh semula.
Kali ini dengan SI PEMBERI TEKA-TEKI.
“Sudi awak jadi kekasih saya? Jadi teman hidup saya?” – Si pemberi teka-teki.
Kehadiran kisah silam yang ingin dilupakan muncul
kembali. Luth setia menanti. Dan misteri pemberi teka-teki. Siapa sebenarnya
yang telah bertatah dalam hati Naural selama ni? Siapa sebenarnya hero cik
hati, yang selalu membuat hatinya berdetik laju?
3 comments:
Rasa mcm nk g beli skrg gak buku tu..tertnye2 smpi konfius dgn luth n riddler tu..
cleo : ada misteri sikit tu. haha.. doakan ya manuskrip tu diterima nanti..
Follower ke : 66
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Post a Comment