Pages

Tuesday 12 February 2013

Dia. . Tutorku?? 3

Tuesday 12 February 2013
. . .

Ajad baru aje terjaga. Aku ada dekat hospital ke? Bau dia.. Ermmm memang sah lah ni. Tapi kenapa? Apa dah jadi?
            Dia cuba bangun. Sakit yang terasa pun ditahan. Kepalanya dipegang sebab tiba-tiba terasa pening tadi. Kesat? Kain?
            “Baring dulu Ajad, kamu belum cukup sihat untuk bangun lagi tu”.
            “Pa? Apa dah jadi sebenarnya?”
            “Rehat dulu Ajad. Nanti baru kita cakap pasal benda ni”.
            Datuk Manan duduk balik. Dia buka majalah. Ajad pandang pelik. Kenapa pulak dengan papa ni? Ada masalah ke? Macam nak tak nak aje cakap dengan aku tadi.
            Ajad pandang sekeliling. Mana pulak minat tak matang tu? Dia tak datang sini ke? Tak datang melawat aku? Tapi kalau dia ada menyibuk dekat sini nanti aku suka ke? Rasanya tak, sekarang ni pun dah bagus. Tenang aje hidup aku kalau dia tak ada.

 ******

“Encik dah sihat?”
            “Dah. Setakat ni tak ada masalah. Rasa sakit pun dah kurang”. Dah tiga hari Ajad kena tahan wad. Tak ada lah teruk mana pun kecederaan dia ni. Sebab dia pun sebenarnya tak tahu apa yang cedera.
            “Saya cedera belah mana sebenarnya nurse? Sebab kaki dengan tangan saya ni elok aje. Tak ada yang patah pun”. Baru terniat nak bertanya. Dia pelik sebab kenapa kaki dia elok aje, sedangkan dia tak mampu nak bangun. Nak duduk pun terasa payah.
            “Kaki dengan tangan encik memang tak ada yang cedera teruk, tapi pinggang encik tu. Ada kena hentakan masa kejadian tu. Encik tak ada rasa sakit dekat bahagian tu ke?”
            “Kena hentakan. Dekat pinggang?” Pinggangnya dirasa. Nyilunya! Memang ada rasa sakit lah. Kenapa selama dua hari lepas tak terasa pun? Dia hanya rasa lesu tak bermaya aje.
            “Ada rasa sakit sikit, saya tak perasan pun rasa sakit dekat sini selama ni”. Pinggangnya disentuh. Dia tak sedar pun tempat tu berbalut. Mesti semua pelikkan kenapa Ajad ni tak perasan balutan tu. Tu pun sebab selama ni Datuk Manan dan nurse-nurse lain yang tolong dia lap badan. Sebab Ajad ni tak mampu nak buat semua tu.
            “Mungkin kesan ubat kut. Tapi tak kan lah lama sangatkan”. Nurse tu pun jadi pelik. Tak kan lah si Ajad ni tak rasa sakit selama ni?
            “Ubat? Ubat apa?”
            “Ubat tahan sakit”. Dua-dua dah buat muka blur sekarang. Tak faham apa dah jadi.
            “Kalau makan boleh rasa sampai macam ni ke nurse? Ke sebab operation?” Pandai pulak Ajad ni buat andaian.
            “Memang betul encik, sebab sebelum ni encik ada jalani pembedahan buah pinggang. Masa kemalangan sebelum ni, ada kecederaan dalaman. Tapi nasib encik baik sebab ada penderma. Biasanya pesakit lain semua kena tunggu giliran tapi encik cepat pulak dapat”. Panjang pulak penerangan nurse ni. Tapi memang mampu buat Ajad ni terkejut lah.
            Pembedahan? Kerosakan buah pinggang? Maknanya satu buah pinggang dalam badan aku ni bukan aku punya lah kan? Tapi milik siapa?
            “Siapa penderma buah pinggang ni nurse?” Dia memang nak sangat jumpa penderma tu. Nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan nyawa dia.
              “Huh? Ermm...dia”. Tergagap-gagap nurse ni nak jawap. Kenapa eh?
           “Kenapa? Dia dah....dah..tak ada ke?” Berhati-hati betul Ajad ni tanya. Kalau betul memang tak dapat lah nak berterima kasihkan. Tapi tak apa lah jumpa ahli keluarga dia pun boleh rasanya.
            “Eh tak lah. Dia ada. Tapi saya tak kenal. Awak kena tanya doktor”. Tersengih-sengih pulak. Nak kenakan Ajad ke apa ni? Jangan kata pulak nurse ni dah terjatuh suka dekat Ajad. Tak nak lah buat cerita cinta bersegi-segi. Nanti ramai pulak sakit hatikan.
              “Ok ..thanks”. Malas dah nak tanya banyak. Nurse ni pun macam tak membantu. Orang tanya boleh main-main pulak. Tapi siapa penderma tu?

 ******

“Kau? Apa kau buat dekat sini?” Merah muka Ajad ni. Nampak sangat memang benci tengok muka tetamu dia tu.
            “I baru dengar berita ni, tadi I tinggalkan meeting semata-mata nak datang sini jumpa you. I risau”. Gedik betul suara. Apa Raena ni ingat Ajad boleh cair lagi ke?
              Ajad tergelak. Sinis!
           “Woi perempuan, sebab kau aku jadi macam ni. Tak payah nak berlakon lagi lah. Kalau kau tak curang, aku pun tak jadi macam ni. Tak terlantar sakit macam ni. Tapi bagus jugakan. Kalau tak sampai bila-bila pun aku tak kan tahu yang kau ni sebenarnya murah”.
            “Sayang, apa yang you nampak tu semua tak betul. Laki tu yang goda I. I setia dengan you aje selama ni. Please Ajad jangan hukum I. I tak bersalah”. Tangan Ajad disentuh. Tapi kuat aje Ajad tepis. Jangan harap nak sentuh aku dengan tangan kotor kau tu.
            “Jangan sentuh aku”. Kuat jerkahan Ajad. Dia memang rimas. Bila lah dia ni nak keluar. Bilik dia ni pun tak terasa bahang.
            “Uncle!” Raena mendapatkan Datuk Manan yang baru masuk. Tak apa lah lupakan dulu niat nak merajuk sebab Ajad jerkah dia tadi. Mulakan rancangan lain dulu. Yang penting Ajad kena jadi milik dia. Milik dia seorang!
             “Kenapa ni?” Pelik juga. Tiba-tiba aje dia ni kena serbu. Rasa macam selebriti terkenal lah pulak. Datuk Manan ni pun sempat aje nak pasang angan-angankan.
              “Uncle! Bila Ajad nak ceraikan Ryna?”
              Mata Dtuk Manan membulat. Ceraikan? Apa dah jadi ni?
            “Jangan nak merapu lah Raena. Baik kau balik sekarang sebelum aku panggil jaga halau kau dari sini”. Ajad nak turun tak mampu. Apa yang boleh dia buat sekarang hanya menjerit. Menjerit menghalau perempuan ni keluar.
            “Nope. I tak kan keluar selagi I tak puas. Salah you sebab layan I macam tadi. So, sekarang I nak bagitahu semua rancangan you dulu”. Dia senyum jahat. Jangan harap Eryna boleh dapat kau Ajad. Aku tak kan bagi peluang pada hubungan kau orang ni. Jangan harap!
          “Keluar! Aku cakap keluar, keluar lah!” Dia cuba juga bangun. Bila dah sampai depan Raena ditolak kuat tubuh tu. Tapi entah mana yang silap dia tertolak tubuh Eryna yang baru sampai. Jatuh terduduk dia. Sakit!
              Raena yang nampak tersenyum sinis. Padan muka kau!
              Datuk Manan terkejut. Ajad buat tak kisah.
             “Kau keluar!” Dijerkah kuat depan muka Raena.
            Raena tersenyum sinis sebelum keluar. Sempat dia tendang kaki Ryna. Nak kurangkan rasa sakit hati kena halau tadi. Kau tunggu. Aku tak kan biarkan hubungan kau orang terjalin. Jangan harap!
           “Ajad. Apa dah jadi ni? Jangan cakap dengan papa semua yang perempuan tu cakap betul”. Datuk Manan nak kan perjelasan. Ryna dah duduk sebelah papa dia. Dia hanya diam, mendengar.
        Ajad mendengus. Kenapa pulak perempuan ni ada. Kan bagus tak payah muncul lagi. Menyemak aje dekat sini lah.
            “Apa yang dia cakap semua betul pa. Ajad memang dah tak boleh teruskan hubungan ni lagi. Ajad tak boleh teruskan hidup dengan Ryna. Dia memang dari dulu bukan pilihan Ajad”.
            Datuk Manan terkedu. Eryna dipandang. Tapi lagak anak dia tu biasa aje. Tak menangis pun. Tenang aje.
            “Bukan Ajad yang mula-mula dulu setuju nak ambil Ryna jadikan isteri ke? Ajad yang dah janji dengan mama Ryna nak jaga Ryna kan? Semua ni bukan kami yang paksa. Tapi Ajad sendiri yang rela”. Datuk Manan tak puas hati. Kenapa baru sekarang nak keluar isu bukan pilihan semua ni. Patutnya dari awal lagi cakap tak lah. Kan senang.
            “Tu dulu pa. Tapi sekarang Ajad dah tak rasa nak teruskan hubungan ni lagi. Hubungan ni buat hidup Ajad makin tertekan. Ajad memang dah tak boleh teruskan semua ni. Ajad harap papa faham”. Dia memang dah nak tamatkan hubungan ni.
            “Faham? Ajad nak papa faham apa? Faham yang Ajad nak buang anak perempuan papa? Faham yang Ajad tak suka dia? Papa ni papa Ryna, Ajad. Papa sendiri jaga dia sebaik mungkin, tak pernah nak pukul, sakitkan dia. Tapi kamu ni, sanggup aje nak buat anak papa menangis. Semua sebab perempuan tadikan”. Suara Datuk Manan semakin tinggi.
            Ajad mendengus. Dia pandang kejap ke arah Eryna. Nampak gadis tu tengah kesat air mata. Mengada!
            “Ajad tetap akan tamatkan hubungan ni papa. Ajad memang dah tak boleh teruskan lagi. Perempuan tadi tu bukan penyebab dia. Kalau dia tak ada pun, Ajad memang tak ada niat pun nak teruskan hubungan ni”. Angkuh dia berkata.
            “Kamu memang anggap Ryna ni barang mainan kan. Lepas dah tamat tempoh percubaan dia, kamu nak pulangkan balik. Bagi macam-macam alasan, untuk buang dia. Papa tak nampak apa yang kurangnya anak papa ni sampai kamu nak buat dia macam ni. Kamu tak...”. Mati kata-katanya.
            “Pa.. Biar Ryna yang selesaikan semua ni. Papa duduk dulu”. Dipegang lembut tangan Datuk Manan. Dia tak nak papa dia tu jatuh sakit pulak nanti sebab masalah rumah tangga dia ni.
               “Tapi sayang...”.
            “Ryna dah besar pa. Ryna boleh selesaikan semua ni dengan abang Ajad. Papa jangan risau”. Eryna tersenyum kecil sebelum menghadap Ajad.
            “Abang memang tak pernah sikit pun suka Ryna ke?” Air mata gadis tu ditahan. Kalau cakap pasal topik ni mesti senang aje air mata dia ni nak mengalir.
              Ajad tergelak. Aku suka dia? Tak logik langsung.
            Datuk Manan tahan marah. Kenapa lah menantu dia ni berubah sampai macam ni sekali. Apa punca dia? Ke selama ni dia memang pandai berlakon? Bila dah terbongkar baru warna sebenar dia keluar.
            “Sebesar zarah pun tak pernah. Perempuan macam kau ni memang tak layak langsung dapat sayang, cinta dari aku. Tak layak!”
            “Tak layak? Hina sangat ke Ryna? Ryna ni isteri abang. Sampai sekarang masih isteri abang. Salah ke Ryna nak rasa sayang tu walaupun untuk sekejap?” Air mata yang ditahan tadi mengalir juga. Tu pun sebab jerkahan Ajad tadi.
            “Sebab kau aku hilang banyak benda. Aku hilang Raena. Aku hilang diri aku yang dulu. Aku hilang kebebasan hidup aku. Aku nak jadi Ajad yang dulu, Ajad yang tak terbeban dengan tanggungjawab ni. Aku tak suka jadi suami kau, tak pernah sehari pun hidup aku bahagia sejak jadi suami kau. Merana lagi ada lah. Kenapa lah dalam banyak-banyak perempuan, perempuan gedik, mengada, tak matang macam kau juga yang terpaksa aku nikah”. Semua yang terpendam sekian lama dilepaskan. Dia dah tak kisah kalau Datuk Manan terkejut dengar semua ni. Memang dia patut tahu pun macam mana terseksanya aku selama ni dekat rumah tu.
            “Ryna tak tahu abang benci sampai macam tu sekali dengan Ryna. Maafkan Ryna sebab buat abang terseksa setiap hari..maafkan Ryna sebab tak berjaya buat abang bahagia selama ni...maafkan Ryna sebab buat abang hilang semuanya..maafkan Ryna sebab tak berjaya jadi isteri yang matang...maafkan Ryna...maafkan Ryna...”. Gadis tu terduduk atas lantai. Air matanya mengalir deras. Datuk Manan turut mengalirkan air mata. Pilu hati dia tengok penderitaan anak dia ni. Kenapa lah nasib rumah tangga dia orang ni macam ni.
            Ajad meraup mukanya. Sikit pun dia tak rasa sedih tengok Eryna macam tu. Mungkin dah sampai masanya.
            “Aku nak cer...”.
          “Abang tolong...jangan lepaskan Ryna. Jangan!” Dia cuba bangun... Tangan Ajad dipegang, nak halang Ajad dari sambung ayat dia tu. Dia tak sanggup dengar perkataan ‘cerai’ tu. Dia tak sanggup.
            Ajad mencebik. Over betul lah minah ni.
            “Kenapa? Hubungan ni tak kan ke mana lah. Biar aku letak kata nota dalam hubungan ni. Aku dah tak sanggup nak  tengok muka kau lagi. Kau ni menyusahkan!” Ajad ni cakap macam Eryna ni tak ada hati dengan perasaan langsung. Dia tak fikir ke kemungkinan yang hati Eryna ni dah terus luka terhiris dengan kata-kata dia tu.
        “Tapi...Ryna tak boleh.. Ryna sayangkan abang sangat”. Eryna menggeleng berkali kepalanya. Dia memang tak sanggup.
            “Aku langsung tak sayang kau”. Ditepis lagi tangan Eryna yang dari tadi nak pegang-pegang tangan dia. Rimas lah minah ni. Semak!
            “Tapi Ryna sayang abang. Ryna sayang sangat”. Tersekat-sekat kata dia.
           Datuk Manan mengesat air matanya. Kenapa lah Ajad ni kejam sangat. Kenapa lah sanggup buat anak kesayangan dia macam tu.
            “Sayang...dah lah tu..jom balik”. Dipegang bahu Eryna. Cukup lah anak dia tu menangis untuk laki ni. Dia tak sanggup tengok air mata pilu anak dia lagi.
         “Tak nak pa. Ryna nak jaga abang. Ryna tak nak balik”. Dikeraskan tubunya. Ajad mengeluh keras. Kan baik dia ni balik aje. Kenapa lah menyibuk nak jaga aku pulak.
            “Balik lah!!”
          “Ajad jaga bahasa kamu. Ingat yang Ryna ni isteri kamu lagi. Aku ni papa dia pun tak pernah naikkan suara macam tu”. Datuk Manan mencelah. Dia memang tak suka langsung dengan nada tinggi Ajad tadi.
            “Sebab papa manjakan dia sangat lah dia jadi macam ni pa. Jadi manja, mengada..tak matang. Lepas tu Ajad yang jadi mangsa kena kahwin dengan dia ni. Nampak sangat yang tak ada laki lain sanggup buat dia ni jadi isteri”.
            “Abang tolong. Jangan sebabkan Ryna, papa pulak yang kena. Papa tak ada kena mengena dalam ni semua. Papa tolong jangan..tak apa papa balik dulu. Biar Ryna duduk sini jaga abang”.
            Ajad mencebik. Tak nak balik juga. Adoi! Semak lah!
            “Tapi sayang...jom lah...buat apa lagi Ryna nak duduk sini. Tak ada apa dekat sini. Buat apa nak jaga laki kurang ajar ni. Biarkan dia..pandai-pandai lah dia nak jaga diri sendiri. Tak guna nak buat baik dekat dia ni”. Datuk Manan pulak yang terlebih marah ni.
            “Laki yang papa cakap kurang ajar ni suami Ryna...laki yang Ryna kena dulukan. Sebab syurga Ryna dekat bawah kaki abang. Ryna mohon, rayu pada papa tolong maafkan abang. Ryna tahu abang tak ada niat pun nak sakitkan hati papa tadi. Tolong maafkan abang, pa”. Kepalanya ditundukkan.
            Dahi Ajad berkerut. Apa pulak ni? Drama apa pulak perempuan ni nak buat?
          “Woi perempuan! Boleh tak jangan buat drama dekat sini. Pergi lah...blah dari bilik laki. Mata aku ni dah naik juling tengok kau. Baik kau blah sebelum aku cer...”
            Papppp...

4 comments:

Unknown said...

X puas la tergantung macam tu aje.

Anonymous said...

sambung....... >0<

-Am-

misztyra9@ said...

@baby mio
baby mio : cerita tu mmg blm hbis lg..mybe no 4 ni last kut..

| feynaa | said...

sambung-sambung hehe :D

Kehidupan seorang penulis © 2014