Wednesday, 13 February 2013

Dia. . Tutorku?? 4

Wednesday, 13 February 2013

. . .

“Ryna..kenapa Ryna buat macam ni?” Pipi anaknya disentuh. Kenapa lah Ryna ni lagi rela biarkan pipi dia yang jadi mangsa?

           “Ryna tak sanggup abang kena tampar, pa. Biar Ryna yang dapat tamparan tu asalkan abang tak sakit”. Pipi dia yang sakit tak dihiraukan. Merah dah kelihatan. Mesti sakit sangat penangan Datuk Manan ni.

            “Isteri ni yang kau nak tinggalkan? Isteri yang tak sanggup tengok kau sakit. Isteri yang pertahankan maruah kau sebagai suami. Sebab tu tanggungjawab dia...dia sanggup nak duduk sini jaga kau. Walaupun dah jelas yang kau benci dengan kehadiran dia. Tapi apa yang kau buat? Apa yang kau buat sebagai suami dia? Ada kau jalankan tanggujawab kau? Ada?” Makin membara lah Datuk Manan ni. Kalau tadi Ajad yang kena tamparan tu mungkin rasa marah dia dah berkurangan.

            “Ajad tak sayangkan dia...tolong lah keluar. Ajad tak nak jadi makin kurang ajar dengan papa. Ni semua kisah rumah tangga kami. Ajad harap sangat papa jangan masuk campur. Ni urusan Ajad dengan dia. Kalau dah memang Ajad tak dapat teruskan..papa pun tak boleh nak halang..tak boleh nak buat apa-apa”. Tenang aje nada Ajad ni. Langsung tak terkesan ke dalam hati dia tengok cara Eryna lindung dia tadi? Kejamnya hati laki ni.

            “Tak payah nak panggil aku ni ‘papa’ lagi. Gelaran tu bukan untuk laki pengecut macam kau. Laki yang lari dari tanggungjawab. Kau memang buta Ajad kau tak dapat bezakan antara kaca dengan permata. Dah jelas nampak gadis mana yang terbaik untuk kau. Tapi kau sia-siakan dia. Kau buang dia. Apa nak...”.

           “Dah lah tu. Tolong keluar. Saya nak rehat”. Bahasa gelaran diri dah berubah. Kalau Datuk Manan yang nak macam tu, dia ikut rentak aje lah. Malas dah nak layan anak beranak ni. Buang masa rehat dia aje.

          “Dah jom sayang..”. Tangan Eryna ditarik. Dia memberontak tak nak. Tapi tarikan Datuk Manan lagi kuat memaksa juga Eryna ikut jejak papa dia. Sempat dikerling ke arah Ajad. Tapi laki tu pandang ke tempat lain. Apa jijik sangat ke aku ni sampaikan suami sendiri pun tak sudi nak pandang raut aku ni?

         Ajad tarik nafas lega. Akhirnya berampus juga minah tu. Menyesakkan bilik aku ni aje. Butang untuk memanggil nurse ditekan. Dia nak minum air. Haus! Nak harapkan diri dia memang tak lah, dia mana lah larat. Nak bangun pun tak boleh.

5 minit kemudian...

Ajad tarik nafas lega. Nasib baik lah nurse ni datang cepat. Dia memandang ke arah pintu. Lain yang diharapkan..lain pulak yang datang. Apa pulak masalah dia ni? Bukan tadi dah balik ke? Yang datang sini balik buat apa?

  “Kau nak apa?” Ditahan amarah dia.

          “Biar Ryna jaga abang selama abang dekat hospital ni”. Tadi dia berkeras juga nak jaga suami dia ni. Datuk Manan tak boleh buat apa dah lah. Dia terpaksa beralah.

            “Jaga aku? Woi! Tolong lah kau ingat aku ni suka sangat ke tengok muka kau ni. Dah lah baik kau blah..”.

            “Tak...Ryna tak akan pergi mana-mana. Ryna nak jaga abang. Ryna akan pastikan abang cepat sembuh”.

               Ajad gelak sinis. Tak matang lah minah ni.

           “Aku cepat sembuh? Kau ingat aku boleh cepat sembuh ke kalau hari-hari menghadap muka kau aje? Dari nak sihat teruk masuk ICU nanti ada lah. Baik kau balik. Balik lah. Tak payah nak buat lagak isteri mithali tu depan aku. Aku tak heran pun”.

           “Walau apa pun yang abang cakap...Ryna tetap tak kan pergi. Biar lah beribu kali pun abang maki..kutuk Ryna. Ryna akan tabahkan diri juga terima semua tu”.

            “Aku tetap tak nak kau jaga aku.. Pergi dari sini”. Nada suara dia makin tinggi. Bantal yang diguna untuk tidur dilempar ke Eryna. Habis berselerak dah bilik tu. Dah macam baru lepas perang pun ada.

             Ryna mengeluh. Dia duduk angkat balik semua bantal-bantal tu. Sekarang ni siapa lah yang tak matangkan? Dia ke aku?

            “Biar lah Ryna yang jaga abang. Sebab Ryna abang jadi macam ni. Bagi Ryna peluang untuk perbetulkan semua balik. Tolong abang. Ryna merayu”. Air mata dia dikesat. Senang sangat air mata dia mengalir sekarang ni.

            “Boleh ke? Dapat ke kau perbetulkan semua ni balik? Boleh ke kau dapatkan balik hidup aku yang dulu tu? Aku nak jadi Ajad yang dulu. Ajad yang bebas dari semua beban sekarang ni. Boleh kau bagi aku tu?” Mata dia memerah. Memang tengah geram. Tengok Eryna ni menangis..lagi lah bertambah geram jadinya.

            “Boleh...abang cakap aje apa yang Ryna perlu buat. Ryna janji akan penuhi semua yang abang nak. Ryna nak kebahagian abang aje...sebab kebahagian abang aje, yang boleh buat Ryna bahagia juga”. Dia hampiri katil Ajad. Makin dia dekat, makin jauh Ajad pergi. Tapi jauh mana lah boleh kan.

              “Apa-apa aje?”

              “Apa-apa aje”.

              Ajad tersenyum sinis. Kau yang minta kan. Jangan nak salahkan aku pulak lepas ni.

             “Jaga aku sampai aku sembuh...”.

            Eryna yang dengar tersenyum. Abang dah boleh terima dia ke? Tangan Ajad dipegang. Ajad tak tepis pun... maknanya..dia dah diterima lah kan?

            “Lepas tu...kau blah dari hidup aku sampai bila-bila. Jangan sekali-kali tunjukkan muka kau. Jangan datang depan aku..jangan merayu dekat aku lagi. Boleh?”

                Pegangan tangan terungkai. Pergi dari hidup abang Ajad. Mampu ke dia buat semua tu?

            “Tu ke yang boleh bahagiakan abang?” Kesian Eryna ni. Raut dia nampak kecewa plus sedih sangat-sangat.

               Ajad hanya angguk. Senyuman sinis tu masih tak lekang lagi dari bibir dia.

           “Ryna akan pergi...tapi lepas abang sembuh. Sepanjang masa Ryna jaga abang ni boleh abang tolong Ryna satu hal ni?”

            Dahi Ajad berkerut. Banyak songeh pulak dia ni. Dah aku bagi jaga aku pun nak minta macam-macam lagi. Tak boleh diam ikut aje ke?

               “Apa dia?” Kasar sangat cara dia tanya tu.

                Eryna hanya tersenyum. Dia tahu Ajad tak suka.

            “Boleh abang layan Ryna layanan sepatutnya untuk seorang isteri? Bagi Ryna rasa jadi isteri sebenar abang walaupun untuk beberapa hari aje. Boleh abang?” Dia berharap sangat yang Ajad terima. Dia nak simpan semua memori ni nanti untuk hari mendatang. Hari yang dia akan tempuhi tanpa Ajad disisi dia.

               “Tak boleh!”

               Eryna terkedu! Tak boleh?

            “Kenapa? Kenapa tak boleh?” Serak dah suara Eryna ni. Dari tadi menangis. Tu yang ubah suara dia jadi seserak ni.

            “Sebab aku tak boleh. Aku memang tak boleh. Tolong jangan paksa aku terima kau. Aku tak nak jadi hipokrit macam dulu lagi. Aku memang tak boleh langsung nak terima kau dalam hidup lagi...walaupun untuk sementara waktu ni”. Lepas cakap aje Ajad terus baring membelakangkan Eryna. Dia nak tenangkan diri dia.

            Eryan terduduk. Menangis teresak-esak. Menangisi nasib diri dia. Kenapa lah abang Ajad tak boleh terima dia?
           
******

“Abang nak minum air ke?” Dari tadi dia perasan mata Ajad yang memandang ke arah jag air tu. Nak tegur takut kena marah pulak. Ni pun dia dah pujuk diri beranikan diri kejap.

            “Ye lah..habis tu nak apa pulak? Kau ni tak reti-reti ke nak tuangkan air tu untuk aku? Nak aku menjerit baru nak tolong ke? Hari tu ye-ye aje cakap nak jaga aku..tapi jaga apa kalau macam ni?”

            Eryna telan liur. Dia pekakkan telinga kejap. Sejak dia jaga Ajad ni dah berkali telinga dia disajikan dengan bahasa-bahasa indah Ajad ni. Sabar aje lah.

            “Cepat lah!”

             Makin laju pergerakan tangan Eryna ni. Tak faham betul lah laki bernama Ajad ni..

            “Nah..sorry lambat”. Takut-takut aje Ernya ni. Dari raut dia pun boleh nampak jelas yang dia takut dengan Ajad ni. Dalam hati Ajad dah bersorak lah...memang tu pun motif dia. Dia nak Eryna ni takut dengan dia..dia nak gadis ni give up jaga dia. Tapi sampai sekarang ni tak nampak lagi lah yang Eryna ni dah give up.

              “Abang nak apa-apa lagi tak?”

            “Kau pergi duduk jauh sikit dari aku ni. Panas lah! Aku tak suka kau dekat-dekat dengan aku”.

            Eryna angguk kepala. Laju aje dia melangkah menjauhi Ajad. Dengar cakap betul. Ajad dah tahan gelak. Ada juga perempuan macam ni kan.

            Dah berapa hari Ajad ni buli Eryna. Kalau dia ada sesi terapi..Eryna ni boleh lah lepaskan diri dari segala buli-an laki tu. Tapi lepas balik aje sampai ke bilik mesti kaw-kaw dia kena buli dengan Ajad. Ajad ni pun macam seronok aje nak kenakan Eryna.

            Kena urutkan kaki dia lah. Bawa dia pergi ronda-ronda lah. Kalau sekejap tak apa..ni lama kut. Sampai sakit jadinya tangan Eryna ni nak tolak laki tu. Kalau ringan tak apa..ni berat berkali ganda dia kut. Yang paling tak tahan tiap kali dia dibuli mesti laki tu akan gelakkan dia. Buli semua tu dia boleh terima...tapi kena gelak? Sakit hati dengar.

            Ada satu hari tu. Hari yang dirasakan Ajad ni kejam sangat masa dia disuruh kemas satu bilik laki tu. Alasan dia? Sebab bilik tu dah berhabuk sampai hidung dia sakit nak bernafas dalam bilik ni. Tapi tak logik kut. Dia pun duduk dalam bilik ni...tapi kenapa dia tak ada masalah pun nak hirup udara dalam bilik ni. Rasa segar aje. Tengok..nampak sangatkan Ajad ni nak dera dia. Apa yang laki tu nak sebenarnya? Nak buat aku give up jaga dia ke apa?

            “Kipas tu kasi bersih sikit. Jangan nak curi tulang pulak”. Ajad macam biasa lah..kerja dia dari tadi hanya bagi arahan aje.

            Eryna mengeluh. Dia penat kut. Dah lah malam tadi tak cukup tidur. Sebab apa? Sebab dia kena jaga Ajad ni lah. Ajad ni pun satu..yang rajin sangat duk meracau tu kenapa? Dah lah hari-hari pulak tu. Tapi dari gaya dia lah kan..macam dia ni tak tahu pun yang tiap malam dia meracau kan.

            “Kiri pulak lah. Yang dari tadi kau lap belah kanan tu kenapa? Cukup lah tu. Menyampah pulak aku tengok kau ni buat kerja. Lembap! Tu lah manja sangat, cuba dari dulu kau rajinkan diri kemas rumah. Mesti tak ada masalah nak buat semua kerja ni sekarang”. Membebel..membebel..membebel..tu aje yang Ajad ni tahu ke? Cuba dia yang buat semua ni. Tengok sebenarnya dia ni tahu buat ke tahu cakap aje.

            Eryna dengar kata. Dia ikut lah semua yang Ajad arahkan. Kalau tak nanti makin panjang pulak bebelan laki tu, Sekarang ni pun telinga dia dah terasa panas. Tak sanggup lagi nak panaskan telinga dia ni dengar bebelan demi bebelan laki tu.
           
******

“Mana pulak dia ni pergi?” Ajad gelisah sendiri dalam bilik. Mana lah Eryna ni pergi? Nak cakap dah give up tak kan lah. Dah dua minggu Eryan jaga dia. Tapi tak pernah pun sekali dia dengar rungutan dari mulut gadis tu. Dia hanya mengikut..dengar semua kata dia.

            “Mana ni?” Panas pulak hati dia. Siap lah kau nanti. Ada ke patut kau biarkan aku sorang-sorang dekat sini.

            Dah hampir setengah jam Ajad tunggu. Tapi bayang Eryna tak ada pun. Selalunya ada aje gadis tu tercongok dekat sini. Kenapa pulak hari ni tak ada? Ermm...pelik juga. Yang si Ajad ni risau semacam pulak kenapa? Bukan dia sepatutnya lagi suka ke kalau Eryna ni pergi dari hidup dia? Jangan cakap sepanjang tempoh dua minggu tu ada perasaan baru mula menjalar dalam hati. Haru nanti.

            “Arghhh... Tension pulak aku. Kenapa lah aku tunggu dia pulak kan. Baik pergi sendiri aje lah”. Memang tiap petang dalam pukul enam dia akan turun ke taman. Eryna yang akan tolak kerusi dia. Tapi hari ni lama dia tunggu, bayang Eryna pun tak kelihatan. Nak cakap dia dah balik..tak juga. Sebab beg baju dia ada dalam bilik Ajad ni. Mana lah Eryna ni pergi kan? Ajad ni pun dah mula rindu-rindu. Tapi betul ke rindu?

            Kerusi ditolak. Sedang dia asyik berfikir tentang misteri ketidakhadiran Eryna ke wad hari ni, mata dia teracap ke arah seseorang. Seseorang yang boleh dicakap makin rapat dengan dia beberapa hati ni. Siapa lagi kalau bukan si Eryna kan.

            Gadis tu kelihatan sedang mengendong baby. Nampak suka sangat. Riak gadis tu nampak ceria. Tak pernah dia nampak sepanjang dua minggu ni Eryna seceria ni. Nak ceria macam mana kan kalau dah hari-hari kena buli.

            Ajad berselindung disebalik dinding. Memang tak nak Eryna nampak bayang dia pun. Dia nak mengendap Eryna ke apa ni? Buat apa lah pulak kan? Nampak sangat tengah bosan..

            Ajad tersenyum. Tu pun sebab terjangkit dengan Eryna lah tu. Dah sepanjang dukung baby tu dia tersenyum aje. Ajad yang serius 24 jam ni pun boleh ikut tersenyum. Ni lah sebenarnya penangan Eryna yang Ajad tak rasa lagi. Ni baru tengok Eryna punya senyuman. Kalau dengar gelak dia agaknya boleh terus mendidih kut. Dah cair betul-betul.

          Siapa punya baby tu? Ke memang Eryna ni suka datang sini tengok baby? Dah dia pun macam baby..tu pun nak tengok lagi ke? Pergi aje lah tengok muka dia tu dalam cermin. Kan dah nampak. Dari cara Ajad ni lah kan.. nampak gaya macam nak cakap Eryna tu comel macam baby aje kan. Ni first time kut Ajad ni puji Ernya..Ok boleh simpan tarikh hari ni dalam kalendar semua.

            Lama juga dia mengendap Eryna ni. Sampai lupa tujuan asal dia ni. Bukan awal tadi cakap nak pergi taman ke? Apa aura Eryna ni kuat sangat ke sampaikan Ajad pun tak berganjak dari tadi tengok segala pergerakan dia?

            Bila nampak Eryna mula menapak pergi..dia mula menyorokkan diri. Tapi rasanya macam tak nak menyorok lah pulak. Teragak juga dia nak buat keputusan ni. Nak halang Eryna ke biarkan dia pergi? Tapi lepas dah halang dia nak buat apa pulak? Mesti dia pelik kalau aku tiba-tiba aje halang laluan dia kan?

            “Ryna? Kau dari mana ni huh?” Sengaja digarangkan suara. Tak nak lah nampak yang dia ni dari tadi mengendap Eryna ni kan.

            Muka Ernya jadi cuak. Jam dipandang. Alamak! Habis lah aku! Kenapa lah aku leka sangat tadi. Bukan sepatutnya aku bawa Ajad pergi taman ke? Macam mana boleh terlajak ni. Tu lah...ada ke pergi ralit sangat layan baby tu..nasib lah. Layan aje lah bebelan Ajad ni nanti.

          “Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau dalam bilik tadi? Kau pergi mana? Cakap!” Ajad ni tak malu ke tinggikan suara dekat laluan ni. Muka Eryna ni dah bertukar warna kut. Malu lah kena marah dekat tempat ni. Dah lah laluan ni ramai yang lalu dari tadi. Tapi nak buat macam mana. Dah memang salah dia kan.

            “Ada hal sikit tadi”. Kenapa eh Eryna ni tak nak ceritakan hal sebenar? Cakap aje lah yang dia dari tadi menghadap baby-baby tu semua. Apa dia ingat aku nak marah ke? Yang dia menipu ni lagi lah buat aku marah.

            “Betul ke? Hal apa?” Ok kasi perangkap sikit Eryna ni.     
  
            “Hah? Hal..hal..ada lah halnya”. Tergagap-gagap dia.

            “Ye lah. Tapi hal apa? Kau ada buat jahat belakang aku kan?”

           Muka Eryna bertambah cuak. Tergeleng-geleng dia. Tu lah...kalau menipu memang macam ni lah gaya dia. Kan senang dari awal bagitahu hal sebenar.

            “Tak lah..saya pergi tengok baby tadi, tu yang tak sedar dah masuk pukul 6. Sorry”. Baru nak cakap hal sebenar. Tapi nasib baik dia bagitahu awal, kalau tak mesti makin mengamuk lah Ajad ni. 

            “Kan senang bagitahu hal sebenar. Buat apa lah nak menipu”. Perlahan aje dia cakap. Memang tak ada niat nak bagi Eryna ni dengar pun.

            “Hah? Apa dia? Saya tak dengar”. Buat muka blur plus tak-faham-apa-yang-dah-jadi-sebenarnya.

              “Tak ada apa. Tak payah menyibuk nak tahu. Cepat tolak aku..bawa pergi taman. Dah lah lambat tadi, jangan nak terhegeh-hegeh lagi dah lah”. Kan dah kata..mesti ada aje lah yang Ajad ni nak bebelkan.

                 Eryna mengganguk. Ditolak juga kerusi tu.

                “Baik...”


            p/s : terpanjang lah pulak cerita ni..hehe..tak apa lah layan aje ok... ^_^ ... kenapa eh cerita love riddles tu tak ada yg pilih nk ending (1) ke (2)? ke tak suka dua2 ending tu? 


3 comments:

Kehidupan seorang penulis © 2014