Pages

Saturday 6 December 2014

Sinopsis Love Riddles

Saturday 6 December 2014
. . .

OFFICIAL SINOPSIS LOVE RIDDLES


Dia gadis biasa. Datang dari keluarga biasa. Jalani rutin hidup biasa. Bangun. Kelas. Makan. Tidur. Tiada yang menarik yang mampu membuatkan dia ingin mencoret mengenai kisah hidupnya sendiri. Tapi sejak hari itu. Hidupnya mula berubah. Tanpa dia sendiri sedar. Rutin hidupnya berubah rentak. Teka-teki mula hadir. Tanpa tahu siapa pemberinya.

“Dalam banyak-banyak manusia dalam universiti ni, kenapa aku yang jadi insan terpilih?” – Naural

“Kerana awak Naural...”. – Jawapan si pemberi teka-teki

Luth.. dia tak sedar sejak bila lelaki itu muncul. Yang dia pasti kehadiran lelaki itu mengoyahkan hatinya. Dia jatuh. Cair. Tetapi kemunculan seorang gadis membuatkan Naural tersedar dari lenanya.

“Aku tak sesuai untuk dia. Duduk tak sama rendah, diri langsung tak sama tinggi. Hati tolong jangan terleka lagi. Dia bukan untuk kita”. – Naural

Hati yang sakit cuba diubati. Hanya satu jawapan dan penawar untuk dia. Selesaikan teka-teki. Tak kisahlah siapa pun yang beri yang penting Luth dapat dilupakan. Sebaris ayat membuatkan hati dia mula tertarik. Dan tanpa sedar sekali lagi pintu hati dia diketuk.

“Sudi awak jadi kekasih saya? Jadi teman hidup saya?” – Si pemberi teka-teki

Kehadiran kisah silam yang ingin dilupakan muncul kembali. Luth yang setia menanti. Identiti penuh misteri si pemberi teka-teki. Siapakah dia? Siapa sebenarnya yang telah bertahta dalam hati Naural selama ni? Siapa sebenarnya hero cik hati yang selalu membuat hati Naural berdetik laju? Jawapannya hanya pada.. Naural.





Alhamdullilah.. final sinopsis Love Riddles. Cerita ni bermula dengan cerpen tapi alhamdulillah atas permintaan ramai dipanjangkan.. Dan syukur alhamdulillah lagi beberapa bulan bakal DITERBITKAN.. ^^.. dah tak lama dah.. yeay!! hehehe.. Apa persamaan versi cerpen dan novel? Teka-teki.. ada. Luth?.. Ada, Naural.. pun ada. Cuma jalan cerita dan perkembangan cerita yang berbeza.. kena dapatkan novel untuk tahu apa yang berlaku.. hehe.. Jangan lupa nantikan novel ni dipasaran. Hope korang semua puas hati dengan karya yang tak seberapa ni plus enjoy selesaikan misteri n teka-teki dalam cerita ni. Dapat perasan jadi Naural kejap.. hehehe :D 

Ok.. jumpa lagi.. eh? Kejap.. ada lagi sikit nak inform..

-- POLAROID akan diupdate dalam mingu depan. Insyaallah.. Tungguuu k! ^^
--Jangan lupa tinggalkan komen korang semua.. ^_^ 

..ASSALAMUALAIKUM.. 

. . .

Lots of love..
<MISZTYRA>

No comments:

Kehidupan seorang penulis © 2014