. . .
“Ada bau ubat lah. Naural kau ada bau tak?” Kembang
kempis hidung Dila ni. Sekarang ni dah jarangkan Nampak Dila dengan geng dia
yang lain. Dia dah rajin berkepit dengan Naural sekarang. Nasib baik geng-geng
dia yang lain memahami.
“Memang
lah, dah aku yang pakai. Mesti lah aku bau. Tapi kuat sangat ke?” Malu juga
kalau ramai yang bau. Tapi rasanya tak ada lah dia letak banyak ubat tu.
“Larrhh.. ye ke? Kenapa? Kau sakit kepala
ke? Tak pun sakit perut?” Kenapa eh
asal bau ubat aje mesti orang nak kaitkan dengan sakit kepala dengan perut? Apa
tempat lain tak boleh sakit ke?
“Bahu
aku ni sakit. Ada yang langgar dengan buku semalam”. Geram pulak lah bila fikir
semua tu. Kenapa lah aku yang kena langgarkan. Tapi kalau dah tertulis aku kena
langgar semalam, kalau tak dengan buku pun mesti kena dengan benda lain juga kan?
“Langgar
dengan buku? Siapa tuan buku-buku tu?” Sejak bila pulak buku-buku dekat UKM ni
ada lesen nak bawa kereta kan?
“Entah
lah. Aku bukan kenal pun”. Air depan dia dihirup. Tapi wait! Naural tak kenal laki yang langgar dia dengan buku tu?
Serius? Memang lemah lah ingatan dia ni. Baru dia orang gaduh dekat cafe hari tu sebab suara dia, tak kan
dah lupa dah kan. Kejapnya.
“Awak??”
Hampir nak tersembur air dia ni. Nasib baik juga lah sempat telan tadi. Kalau
tak mesti makin gaduh teruk ni.
“Apa?
Pelik sangat ke nampak saya dekat sini?” Luth buat reaksi biasa. Dia baru duduk
meja sebelah Naural ni. Dah tinggal meja tu aje yang kosongkan. Dia duduk aje
lah. Member dia yang lain pun tak
kisah.
“Apa dah
tak ada meja lain ke sampai nak duduk dekat sebelah saya ni?” Ayat sengaja nak
cari gaduh kan.
Mulut
Dila terlopong. Naural ni memang suka cari gaduh dengan Luth ke? Lepas tu
kenapa lah selalunya kena gaduh dekat cafe
ni?
“Kalau
ada meja lain saya pun tak rela lah nak duduk sebelah awak. Saya duduk pun
sebab dekat dengan tong tu. Tapi baguskan, sebab hari ni tak ada tong lah yang
hadang jalan lagi”.
Hati
Naural makin panas. Dia memang sengaja cari pasal lah. Mukanya dikipas berkali.
Guna tangan. Siap tiup-tiup lagi. Harap panas tu kurang. Kawan Luth yang lain
dah pandang semacam. Ada lagi sambungan rupanya pergaduhan ni. Ingatkan dah
tamat semalam.
“Naural.
Nak join khemah nanti tak?” Dila
mencelah. Nak selamatkan keadaan. Tu lah gunanya dia masa saat-saat macam ni
kan. Kalau dia tak main peranan makin teruk lah jadinya nanti.
“Khemah?”
Senang aje tumpuan Naural ni teralih. Dia dah tak marah. Seakan lupa apa yang
dia marahkan tadi.
“Ye lah.
Hujung minggu ni ada kelab yang nak buat perkhemahan dekat hutan mana entah.
Aku pun dah lupa. Kau nak join tak?
Aku ingat nak ikut, dapat hilangkan
tension kan. Dia orang cakap dalam hutan tu ada air terjun, aku rasa kalau
tak silap dekat Perak kut hutan tu”.
“Air
terjun?” Lebar aje Naural ni senyum. Dia memang suka sangat. Pencinta alam ni. Dia
memang suka sangat kehijauan. Tapi tak lah minat nak kumpul semua barang
hijaukan.
“Yup! Nak join tak? Jom lah ikut. Temankan aku. Ni pun last sem kita kan, kita pun mana pernah join aktiviti macam ni sama-sama”. Dila dah tarik muka comel. Nak
pujuk Naural punya pasal.
“Ermm...berapa hari?”
“Dalam
tiga hari. Kita pergi hari Jumaat ni. Tapi jangan risau pasal kelas semua tu.
Dia orang ada bagi surat pelepasan kelas”.
Bestnya! Dapat pelepasan kelas tu. Lagi best sebab dapat masuk hutan, pergi
Perak.
“Ok!
Set! Aku ikut”.
Perkhemahan? Luth pandang raut ceria Naural.
Sukanya dia dapat masuk hutan. Dia tersenyum. Kan bagus kalau awak selalu macam
ni..jangan menangis lagi..simpan air mata awak.
******
Hujung minggu yang memang dah dinanti pun tiba. Sebabkan
semalam si Naural ni tak dapat tidur sebab excited
sangat ikut perkhemahan ni lah, dia lambat naik bas. Bukan lambat tapi memang
tak dapat naik bas. Dila sempat naik, tu pun sebab tadi dia suruh Dila lari
pergi dulu. Dia aje lah yang tertinggal ni. Dia duduk mencangkung. Muka
disembamkan ke lutut. Rasa nak menangis lah. Kenapa dia malang sangat?
Pinn...pinnn...
Bunyi
kuat tu memang mampu buat Naural ni terkejut lah. Dah lah tiba-tiba, dengan
kuat lagi. Nasib baik dia ni memang sihat tak ada apa-apa masalah. Naural
dongak. Air mata yang masih mengalir dibiarkan tak dilap.
Cermin
kereta diturunkan. Wahh...cantiknya
kereta. Mahal ni. Untungnya kalau aku dapat naik. Tengok! Sempat aje kan si
Naural ni berangan. Tadi sedih sangat. Ni nampak macam dah ok lah pulak.
“Nak
naik tak?”
“Hah? Naik? Nak pergi mana?”
“Pergi
perkhemahan tu lah. Awak tertinggal bas kan? Jom lah naik dengan saya. Saya pun
memang nak pergi sana ni”.
Naural
dah nak ukir senyuman. Tapi 5 saat aje. Dia mengecilkan mata. Boleh percaya ke
dia ni? Muka dia memang Naural tak nampak lagi, sebab dia pakai spec.
“Saya
boleh percayakan awak ke? Mana lah tahu nanti awak bawa saya pergi tempat lain,
nak jual saya ke. Tak nak lah. Tak berani”. Tergeleng-geleng kepala Naural ni.
Memang tak nak sangat lah tu.
Laki tu
ketawa.
“Saya
nak jual awak? Ada orang nak beli ke?”
Mata
Naural membulat. Helloo...aku ni buruk sangat ke eh? Tengok sekarang ni apa dah jadi. Ni belum lagi naik kereta dia
dah mampu buat aku marah, kalau naik nanti mesti jadi makin teruk ni. Baik elak
kan. Mencegah lagi baik betul tak?
“Dah...dah...tak
payah nak bulatkan mata macam tu. Jom naik, saya janji bawa awak pergi hutan tu
dengan selamat. Jangan risau lah, saya ni bukan orang jahat ok”.
Memang
lah tak ada yang nak mengaku. Mana ada orang gila cakap dia gila kan. Sama juga
dalam kes ni. Tapi nak ikut ke tak? Ikut aje lah kan. Kitaa kena ada pegangan.
Dan pegangan aku ialah buat dulu, kesan nanti baru fikir.
Lama
juga Naural ni fikir. Dalam 15.67 saat juga lah sebelum dibuka pintu kereta tu.
Selamba aje dia masuk, senyuman laki tu pun dia malas nak pandang. Takut kalau
pandang nanti jadi sakit hati pulak. Tapi kalau terlebih pandang? Boleh jadi
suka tak? Ohh hati...jangan nak cari
pasal. Jangan sekali-kali lupa kes dulu. Ingat tu!
“Macam
mana boleh tertinggal bas?” Bosan juga duduk dalam kereta ni sunyi aje. Memang
lah dia pasang radio. Tapi still bosan.
Sebab dah hari-hari dengar orang yang sama membebel.
“Bangun
lambat, semalam tidur lambat”.
“Ohh...awak pergi ni sepatutnya dengan
siapa?” Banyak pulak yang dia nak tahu kan.
“Kawan.
Tapi dia sempat naik bas tu.....nampak sangat ke yang saya ni tertinggal bas
tadi?” Yes! Soalan ni lah yang
patutnya dari awal Naural tanyakan. Sebab macam misteri pun ada juga. Ye lah,
dah lah tiba-tiba aje ada yang baik hati nak offer dia naik kereta. Kereta mahal kut.
“Dah
awak duk mencangkung dekat situ,
sebab saya tahu tu memang tempat kumpul nak pergi lawatan mana-mana kan. Hari
ni pun ada satu aje aktiviti untuk keluar ni. Yang perkhemahan tu aje lah. Saya
ni pun memang AJK program tu. Sebab tu saya tahu memang ada yang tak cukup naik
bas tadi. Tu yang saya pergi cari”. Tu dia..banyak betul ‘tu’ dia. Sempat dia
jeling Naural.
“Ohhhhh....”. Panjang betul ‘O’ dia.
Kagum ke? Atau terharu ni?
“Sorry eh fikir lain pulak tadi”.
“Tak apa
lah. Bukan masalah pun. Saya ni memang suka kutip-kutip orang yang tertinggal
ni”. Dia ketawa.
Naural
pulak baru nak reda marah dia, apa lagi makin berapi lah. Dia cakap kutip?
Sakitnya hati aku dengar. Apa dia ingat aku sampah ke?
“Kutip?
Cantiknya bahasa. Mesti dapat A++++ masa SPM dulu kan?” Diperli laki tu balik.
“Memang
lah...bukan boleh nampak jelas ke dari muka saya ni?” Spec matanya dibuka. Naural buat muka biasa. Tak bergoda langsung.
Walaupun memang tak dinafikan lah yang laki tu memang hensem menggoda segala.
Naural dekatkan muka dia ke arah laki tu.
“Apa
nama awak eh?”
“Lu..Luth”.
Nak bagitahu nama pun tergagap. Banyak kali dia telan liur. Tahan..tahan...
“Ok...abang
Luth...”. Naural berbisik. Sengaja nak balas dendam.
Luth
pegang stereng kuat. Takut terbabas pulak. Apa yang Naural ni nak buat? Tak kan
lah nak goda aku kan? Siap panggil ‘abang’ lagi.
“Jangan
nak perasan sangat boleh tak!!” Kuat dia menjerit sebelah telinga Luth.
Luth apa
lagi. Terkejut lah dia. Nasib baik dia dapat kawal stereng. Kalau tak memang
bahaya lah. Naural ni pun, apa dah tak ada kerja sangat ke? Kalau nak balas
dendam pun agak-agak lah. Membahayakan betul.
“Boleh
tak jadi matang sikit. Kalau apa-apa jadi tadi macam mana? Tak sayang nyawa
ke?” Luth mendengus. Dia memang marah. Tak suka!
Naural
diam. Tak bagi apa-apa reaksi.
“Tu lah
perempuan, masa buat tak sedar tu salah. Bila dah kena marah pandai nak merajuk
pulak. Boleh tak lain kali apa-apa yang awak nak buat awa...laarrhh..dah tidur rupanya. Patut lah
diam aje”. Lepas dah panjang dia membebel baru nak pandang sebelahkan. Tapi
nampak Naural lena macam ni buat senyuman dia terukir. Awak comel lah...
******
“Bila nak sampai ni?” Bangun-bangun aje soalan tu yang
dia tanya. Bukan nak tanya aku larat lagi nak drive ke tak? Aku dah makan ke tak? Tak prihatin langsung. Sedih...
“Awak
dengar tak ni?”
“Dengar.
Belum sampai lagi, lagi satu jam. Awak tengok belakang tu. Tadi saya ada
belikan makanan. Ambil makan. Nanti sakit perut salahkan saya pulak. Cakap saya
ni dera lah, culik awak lah...buat a..”.
“Cop cop.. berhenti. Ye..ye..saya makan”.
Kenapa lah laki ni kuat membebelkan?
Plastik
makanan diambil. Buka aje terus telan. Luth dekat sebelah dia buat tak endah.
Kalau layan nanti main bernanah lah telinga dia ni.
Luth
pandang sekilas ke arah Naural. Awak tak kenal saya ke? Kenapa saya ni senang
sangat hilang dalam memori awak? Saya ni tak penting ke?
******
Betul yang macam Luth cakap tadi, lepas satu jam kemudian
dia orang memang sampai dekat hutan ni.
Dila dah terjerit-jerit nampak Naural. Dia sedih kut sepanjang perjalanan tadi.
“Nasib
baik kau datang kan. Kalau tak mesti bosan aku dekat sini”. Dua-dua tengah
mendaki nak ke tapak perkhemahan. Ada dalam 40 orang yang ikuti program ni
sebenarnya. Program tujuan dia untuk memotivasikan dan menambah keyakinan diri.
Tapi si Dila dengan Naural ni ikut bukan sebab tujuan tu lah. Dia ikut sebab
nak tengok air terjun. Nak realisasikan impian Dila juga.
“Kau
buat lah kawan baru. Macam tak biasa pulak kan”. Termengah-mengah Naural ni
masa cakap. Dia bukannya banyak sangat stamina nak panjat bukit ni. Tak sampai
berapa langkah mendaki dah tercungap kut. Penat! Lelah! 38 orang yang lain dah
jauh ke depan.
“Memang
lah boleh, tapi tak sama lah macam kau ada ni. Aku tak nak lah share khemah dengan sesiapa entah
nanti”. Cakap..cakap..cakap...sampai tak sedar yang dia orang ni dah sampai
tapak perkhemahan. Luas! Nak cakap cantik tak boleh lah kan. Sebab semua tapak
perkhemahan pun sama aje. Tapi yang ni best
sebab dekat dengan sungai. Air dia jernih aje. Boleh nampak kaki lagi kalau
rendam.
“Ok...kita
pasang khemah dulu”. Dila dah bersemangat. Dia ni memang suka aktiviti macam
ni.
“Naural,
kau tarik kain ni dulu”. Naural hanya ikut. Dia bukannya tahu apa-apa pun. Yang
dia tahu khemah ni nanti bakal jadi tempat tidur dia orang. Tu aje.
“Ok,
siap! Pandai aku buatkan”. Tersengih-sengih bangga Dila ni. Tapi memang hebat
lah. Yang lain semua tengah berusaha pasang lagi, tapi dia orang dah siap. Dah
boleh tidur ni. Dah lah sejuk aje duduk dalam hutan ni.
“Tadi tu
Luth kan?”
“Yang
mana? Aku bukannya ingat nama orang pun”.
(1).... “Kau memang serius tak ingat dia ke?”
“Kena
ingat ke?” Naural tak habis-habis dengan muka naif, polos, tak tahu apa-apa dia
tu.
“Kena
lah, kau dah dua kali gaduh dengan dia dekat cafe terapung tu. Lepas tu dia juga yang bawa kau datang sini tadi.
Tak kan kau dah lupa kut?” Kalau Naural ni cakap lupa, memang nak kasi ketuk
sikit kepala dia tu. Mana tahu nanti ingatan dia boleh jadi kuat kan.
“Yang
laki bawa aku datang sini tu aku ingat lah, tapi yang kes gaduh tu ada eh? Aku ni memang susah nak simpan
memori tu semua lah”. Dia dah puas fikir. Entah kenapa dia ada masalah ni
semua.
“Tapi
laki bertopi tu kau boleh ingat kan?”
Naural
terkedu!
Dila
ketap bibir. Mulut ohhh mulut..kenapa
lah kau ni laju aje cakap tak fikir dulu kan. Tengok, apa dah jadi dengan
Naural.
“Dia
lain Dila. Dia lain”. Perlahan aje Naural ni cakap. Sedu ditahan. Tak nak lah
orang-orang sebelah khemah dia ni perasan yang hujan bakal turun nanti.
“Naural..”.
Bahu kawan dia tu disentuh.
“Sorry...aku tak sengaja tercakap tadi”.
Digigit bibirnya. Rasa bersalah yang amat ni.
Naural
cuba ukir senyuman. Nampak payah.
“Tak apa
lah Dila. Aku tahu kau tak sengaja. Ok lah, aku nak masuk khemah ni rehat dulu”.
Ditolak tangan Dila. Dia masuk, beg pun dibawa sekali.
Dila
hanya perhati. Muka dia berubah. Suram! Maafkan aku Naural...aku tak sengaja....
===========
(2).... “Luth...laki yang kau marah masa dekat cafe hari tu”.
Mulut
Naural melopong. Ok..sekarang dia dah ingat. Laki tu!
“Dia ke?
Tapi kenapa macam lain?” Berkerut juga lah dahi dia ni. Nasib baik dia ingat
lagi kes cafe tu. Memang lah masalah
ingatan dia ni teruk....tapi tak seteruk yang disangka semua lah sebenarnya.
“Dia dah
potong rambut lah. Tu yang kau tak cam kut”. Nasib baik kau ingat Naural. Aku
ni dah tak tahu nak cakap apa kalau Luth yang hensem dengan femes ni kau tak
kenal.
“Dia dah
potong rambut? Yang tu aku tak perasan pulak. Tapi laki yang gaduh dengan aku
tu aku ingat lah. Walaupun muka dia dah tak berapa jelas dalam ingatan aku ni”.
“Ye..dah
potong..aku pelik lah Naural...”.
"Jangan nak cakap pasal masalah ingatan aku ni lagi. Penat dah aku nak menjelaskan. Bukannya isu pun kan?" Naural buat muka bosan. Salah ke aku susah nak ingat orang? Dah memang aku ni ada kekurangan, tapi perlu ke dibesarkan? Tak orang dilahirkan sempurna. Betul tak?
"Jangan nak cakap pasal masalah ingatan aku ni lagi. Penat dah aku nak menjelaskan. Bukannya isu pun kan?" Naural buat muka bosan. Salah ke aku susah nak ingat orang? Dah memang aku ni ada kekurangan, tapi perlu ke dibesarkan? Tak orang dilahirkan sempurna. Betul tak?
“Hah...betul lah tu. Kau ada sakit
apa-apa ke?” Berhati-hati dia tanya. Takut kecilkan hati Naural pulak.
“Aku tak
sakit apa-apa lah Dila. Aku sihat aje. Cuma ada kurang sikit nak ingat orang
ni. Lagi lah orang yang asing dalam hidup aku ni. Yang jarang ada kaitan
langsung dengan aku. Mungkin aku pernah gaduh dengan dia dulu, tapi dah fikiran
aku ni tak nak ingat dia. Nak buat macam manakan”. Memang dia tak kisah pun hal
tu. Dah tak nak ingat, dah lah kan. Tak payah peningkan kepala.
“Tapi...laki
bertopi tu kau ingat kan?”
Naural terdiam!
Terus pergerakan tangan dia terhenti.
“Dia
lain Dila..dia lain..aku masuk dulu lah. Nak rehat kejap”. Naural melangkah.
Terasa air mata dah nak mengalir.
Dila
mengeluh...Naural sorry...tak
sengaja...
p/s : ok...mana ending yg lagi ok untuk entry ni. sebab mgkin ada yang tak suka sebab Naural ni tak ingat Luth kan. pilih lah... ^_^
7 comments:
NAK LG .
susah betul si naural nak igt Luth kann :D
btw keep it up writer!
cite nyh best ! nak lagi ! :D
best cerita ni..tp mcm over sngat la smpai x boleh ingat muka luth..pdhal dah jumpe bnyk kali dah huhuhu :)
thanks | lady |.. ^_^
as for me, rasa macam melampau sangat naural tak ingat kat luth. tapi mungkin ade je orang yang macam tu. cuma saya tak pernah jumpa lg la.hee. anyway writer mempunyai imiginasi yang tinggi sebab dapat fikirkan karakter naural macam tu. good job writer! for ending apa kata writer suprise kan kami? ;)
can't wait for the next entry! :)
~miya~
@Anonymous
hai miya..mmg ada pn org mcm ni..mcm face blindness..pernah dgr x? tp kes Naural ni tak teruk lah.. dia just minor..hehe.. mesti rmai yg geram dgn karakter Naural ni kan?..kesian Luth ..hehe
wah2..camne nk pilih ye??emm kite suke pilihan 2...hihi..walopon rmai xsuke naural ssh nk igt org,,kite suke watak naural ni..ending pilihan 2 kite pilih..muktmad...ceh2..kalo akak wat ending yg no 2,kite sokong..hihi..nmpk cam thriller cket..mesti ade pembace yg tertanye2 kenape naural ni ssh nk igt org..mase ni la akak gune skil akak utk bongkar sejarah naural ni..hehe..ok x?hihi..baru best...
-nasira comel-
Post a Comment