. . .
Dila mengeluh. Kenapa lah mulut aku ni pun. Dah Naural tu
baru aje nak sembuh, nak lupakan semua kisah dulu. Yang aku pergi buka balik
kenapa. Kan dia dah jadi down balik
tu.
“Ok
semua, duduk mengelilingi api ni. Dalam bentuk bulatan”.
Naural
dihampiri. Dari tadi Naural duduk rendam kaki dekat sungai ni. Fikiran dia tak
tahu ke mana. Tapi walaupun sekeliling dia bising, langsung tak menganggu lamunan
Naural.
“Naural?”
“Ya..kenapa?”
Dia toleh kejap.
“Jom lah
duduk dekat sana. Ketua program dah panggil, nak cakap pasal aktiviti esok lah
kut”. Dari sampai tadi dia orang tak dibebankan dengan sebarang aktiviti. Sebab
ikut tentitifnya esok baru mula program. Hari ni kiranya masa rehat lah.
“Ok..jom”.
Lemah aje dia melangkah. Kenapa semua kisah ni terungkit balik? Dia ingatkan
dah berjaya simpan semua ni dalam-dalam. Tapi tak rupanya.
“Ok
semua dah ada kan”. Mata dia pandang sekeliling. Dan macam selalunya, tiap kali
laki ni berdiri di depan, memang mampu buat semua bagi perhatian penuh pada
dia. Tak kira lah laki atau perempuan.
“Dah
Luth!” Ada beberapa suara gedik dan sumbang yang menyaut. Semua tu nak
perhatian Luth lah kut.
"Ok. Saya just nak inform untuk program esok. Esok akan ada explorace pada belah pagi, diikuti esok malam ada persembahan dari kumpulan-kumpulan kecil yang saya dah bahagikan sebelum ni. Semua dah ada idea nak buat apa ke malam esok?"
"Ok. Saya just nak inform untuk program esok. Esok akan ada explorace pada belah pagi, diikuti esok malam ada persembahan dari kumpulan-kumpulan kecil yang saya dah bahagikan sebelum ni. Semua dah ada idea nak buat apa ke malam esok?"
“Dah!”
“Adaa!!”
“Ok
bagus. Nanti semua persembahan akan dinilai. Bagi kumpulan yang terbaik akan
dapat hadiah macam yang dah dijanjikan sebelum ni. So, saya harap setiap kumpulan boleh buat yang terbaik untuk
menghiburkan rakan-rakan yang lain”. Penuh berkarisma masa Luth ni cakap. Semua
yang perempuan tak berkelip mata tengok. Termasuk lah si Dila ni.
“Kau
suka dia ke Dila?” Kena berbisik lah kan masa cakap topik ni. Tu pun dia
perasan dah ada yang terjeling-jeling pandang dia. Kalau dia cakap kuat tadi
mesti ada aje benda-benda pelik jadi dekat dia lepas ni.
“Suka
tengok cara dia cakap aje. Nampak seksi kut”. Dia masih lagi pandang Luth.
Sebenarnya untuk program ni, semua geng dia yang lain ikut. Ni sebab utama lah
kenapa Dila ni nak pergi. Alasan nak cipta memori dengan Naural ni poyo aje
sebenarnya
.
“Seksi?
Dekat mana yang seksi?”
Aik? Pelik jugakan. Tadi bukan Naural ni
nampak lemah tak ada semangat ke? Jangan kata dia ni pun dah kena penangan Luth
ni.
“Kau tak
rasa dia seksi ke?”
Naural
pandang Luth. Lama. Tengok cara dia berborak dengan kawan dia. Yang tak tahan
tu nampak lah dua tiga orang perempuan ambil gambar dia curi-curi. Apa lah dia
orang ni kan. Menganggu privasi orang betul. Tapi part mana yang seksi? Tak nampak pun.
“Tak
nampak pun Dila. Sama aje, tak ada yang seksinya”.
“Hisshh kau ni, bukannya fizikal lah.
Tapi cara dia, tingkah dia. Sebab tu lah ramai yang suka Luth ni. Termasuk aku
lah”. Dia tergelak. Suka lah tu.
Naural
hanya berkerut. Macam tu pun boleh ke?
******
“Semua dah sedia ke? Ada yang tak ambil sarapan lagi
tak?” Kali ni Amir yang main peranan. Luth hanya memerhati peserta yang sedang
bersiap, berkumpul.
“Dah!!”
“Ok,
bagus! Kalau macam tu saya bahagikan kau orang semua ni dalam beberapa kumpulan
dulu. Nama yang saya sebut terus cari ahli kumpulan masing-masing. Berkumpul
berasingan dengan yang lain”.
“Sarah,
Daniel dengan Fatin satu kumpulan”.
“Yes!” Yang perempuan dah bersorak. Suka
sebab dapat satu kumpulan lah kut.
Dila dah
tak putus-putus berdoa.
“Tolong lah...nak satu kumpulan dengan Luth
tak pun Amir kalau tak dengan geng dia orang yang lain pun tak apa”.
Naural
geleng kepala. Apa aje lah kawan aku ni buat. Berdoakan apa lah tu. Angkat
tangan bukan main tinggi lagi.
Dila
tersengih-sengih bila diumumkan dia ni satu kumpulan dengan Amir. Sempat lagi
tu kenyit mata pada Naural. Mesti dia dah fikir macam-macam ni. Tengok lah
nanti. Bila balik nanti mesti dia orang berdua tu dah rapat. Dila ni pun kan
mesra alam sangat.
“Ok,
yang saya tak sebut tu buat satu kumpulan”. Naural pandang yang lain. Dua nama
yang juga tak disebut. Dua-dua perempuan. Tapi dia tak kenal pun dia orang ni.
Kiranya baru first time jumpa lah
walaupun selama ni satu uni.
“Hai”.
Naural mula bicara. Nampak janggal sangat.
“Hai”. Lega
hati Naural. Nasib peramah dia orang ni.
“Adoi!” Seorang dari ahli kumpulan Naural
ni mengadu sakit tiba-tiba. Sampai terduduk dia atas tanah. Memang jelas sakit
sangat tu.
“Kenapa
ni?”
“Sakit...gastrik”.
Satu-satu dia sebut. Tengah sakitkan.
“Ketua!!
Ketua!!” Bantai aje lah panggil dia ‘ketua’ tak kan nak panggil namakan. Macam
tak patut pulak.
“Yup! Kenapa ni? Ada masalah ke?”
Kumpulan yang lain baru aje beransur nak mulakan carian. Tinggal kumpulan
Naural dengan Luth aje. Tu pun tadi sebelum Naural panggil dia orang ni dah
memang nak gerak.
“Dia ni
sakit, gastrik. Tak dapat nak ikut aktiviti ni. Boleh tak?” Ok ni kali pertama
Naural boleh cakap baik-baik dengan Luth. Sebenarnya dari mula dia kalau boleh
nak jauhkan, elakkan diri dari laki ni. Sebab malas nak gaduh lagi.
“Gastrik?
Ada ubat tak?” Perhatian dia teralih. Tengok peserta perempuan yang sakit tu.
Muka dia memang dah berpeluh, pucat.
“Ada”.
Kawan dia tolong jawabkan. Dia orang berdua ni memang kawan.
“Ok.
Kalau macam tu awak boleh papah dia masuk khemah dulu tak? Lepas dah bagi dia
makan ubat, uruskan dia. Datang jumpa saya balik”. Arahan diberi. Naural dengan
seorang lagi yang sihat tu angguk kepala. Tanda ‘arahan diterima’.
Ada lah
dalam 20 minit nak uruskan peserta yang sakit tu. Naural ni banyak tengok aje
lah. Dia tadi dah tolong letakkan bantal. Yang lain kawan peserta sakit tu yang
buat. Dia bukannya tahu apa pun. Salah tolong kang jadi makin teruk pulak. Diam aje lah kan.
“Dah..jom
kita jumpa Luth”. Naural angguk lagi. Dah macam belatuk pun ada. Lain sangat
perangai Naural ni masa dengan orang yang dia tak kenal. Diam aje.
“Dah
selesai semua ke?”
“Dah”.
“Ok. Ada
masalah lagi tak? Sebab saya kena ikut juga aktiviti tu, nak pantau peserta
lain. Awak boleh jaga kawan yang sakit tu?”
Naural
pandang perempuan diri sebelah dia ni. Habis aku nak buat apa eh? Duduk sini jaga juga ke? Bosannya...
“Boleh
aje. Saya tak kisah. Tapi nanti kumpulan ni tinggal satu ahli aje lah kan. Kena
teruskan juga ke?” Agak kejam juga lah kalau Luth cakap teruskan juga. Boleh ke
Naural nak cari sendiri semua klu-klu tu nanti? Dah lah dia orang ni dah jauh
ketinggalan.
“Dia
kena teruskan juga. Sebab ni memang aktiviti wajib untuk semua peserta”. Luth
tak pandang pun muka Naural.
Naural
dah mencebik. Wajib konon! Kalau wajib kenapa bukan laki tu aje yang tinggal
jaga budak sakit tu. Ni tak, ada ke patut biarkan aku sorang-sorang cari klu.
“Awak
berani ke nak pergi cari?”
“Kalau
dah wajib, kena ikut juga lah kan. Kalau tak nanti ada lah yang rajin nak duk perli-perli”.
Luth
tahan senyum. Nak kenakan aku lah tu. Naural...Naural..
******
Semak-samun ditebas. Nasib baik juga Naural ni bawa
parang. Tadi dia terus berlalu lepas dah diwajibkan untuk pergi ikuti aktiviti
ni juga. Pergi sorang-sorang pulak
tu. Setiap laluan hutan tu dilalui.
“Mana
klu ni? Kenapa tak nampak apa-apa pun?” Naural mengeluh. Dia orang cakap tadi
klu pertama ni tak jauh dari tapak perkhemahan, tapi ni dah lama dia berjalan.
Tak jumpa-jumpa pun. Klu tu ada dekat belakang ke? Tak pun aku dah sesat?
Dia
duduk mencangkung. Penat berjalan dari tadi. Peluh di dahi dikesat dengan
tangan. Rambut dia yang dah serabai, disanggul kemas balik. Makin tinggi
disanggulnya.
Dia
menghela nafas berat dulu sebelum mula bangun. Nak mulakan percarian balik. Dalam
32 langkah dia berjalan akhirnya dia nampak juga kertas merah bergantungan atas
dahan rendah. Nasib baik aku dapat capai. Finally...jumpa
juga.
Lipatan
dibuka. Tapi tak habis buka lagi sebab ternampakkan sesuatu atas kertas tu...
Jangan buka lipatan sampai habis. Selesaikan
soalan ni dulu.
Dahi
Naural berkerut. Tapi dia baca juga soalan yang mencabar minda dia tu.
114,567,843 + 115,869,532 - 230,437,275 = ?
Hah? Apa kaitan soalan ni dengan explorace ni? Tapi kejam kut. Aku mana
lah reti sangat nak congak. Dah lah nombor besar sangat. Kalau setakat satu
tambah satu tu lepas lagi lah. Kepalanya digaru. Serabut!
Nak
selesaikan ke tak? Tapi apa gunanya ikut kalau klu ni pun aku tak dapat
selesaikan. Betul tak? Buat aje lah. Nak kalkulator...
Lama
Naural mencongak. Dah lah dia tak bawa phone.
Kalau bawa tadi mesti lagi cepat selesai. Kenapa lah masa sekolah dulu aku tak
skor betul-betul mencongak ni. Tak ada lah menyusahkan aku bila dah berdepan
dengan keadaan macam ni. Adik-adik sekalian, tolong lah jangan contohi kak
Naural ya.
Lepas
berkali putus harapan, semangat, nak give
up baru lah Naural berjaya selesaikan. Sempat juga diketuk dahinya
berkali-kali. Tu tanda nak bagi peringatan pada diri lah. Memalukan betul lah
aku ni. Ada ke budak Matematik lambat congak macam ni? Aku aje kut macam ni
rasanya.
100! Yes! Dapat juga! Lipatan bawa dibuka.
Jujurkan Naural ni. Kalau orang lain mesti dah buka aje lipatan tu.
Jalan 100 langkah ke timur awak...
Aik? Tadi subjek Matematik. Ni geografi
pulak? Dekat mana lah pulak timurkan? Ok. Jom main teka-teka. Kita tengok siapa
yang kena!
Satu
jari diangkat tinggi. Ditiup jari tu. Kaedah apa lah ni kan? Tu bukan nak
tengok angin arah mana ke? Ada-ada aje lah Naural.
Lepas
ditiup jari tu, dia terangguk-angguk. Belah kirinya dipandang. Kanan pulak.
Kemudian depan belakang. Nak ikut jalan mana ni? Semua pun berkemungkinan untuk
jadi timur kan? Adoi! Kejam lah orang
yang buat klu ni. Bagi lah yang senang sikit lain kali.
Naural
duduk bersila atas rumput. Dia mengeluh. Nak balik, dah tak tahu jalan dia. Dia
dah tak ingat. Nampaknya tinggal satu cara aje lah. Selesaikan klu ni. Tapi nak
selesaikan macam mana? Timur pun dia tak tahu dekat mana.
Lepas
lama betapa atas rumput tu Naural berdiri. Dahinya berkerut. Aku rasa dah tahu
nak ikut mana. Tapi bukan timur lah. Lagi tepat sebenarnya, dia tak tahu yang
tu timur ke tak. Tapi laluan belah kanan dia ni nampak macam laluan. Sebab
nampak macam bekas orang pernah lalu. Yang tempat lain tak ada pulak. Cuba aje
lah kan. Jom!
Naural
mula melangkah. Sambil melangkah, dia kira sekali. Harap-harap betul lah ni.
Dah nak sampai 95 langkah dia berhenti. Lagi lima langkah lagi, tapi kenapa tak
nampak apa-apa? Ada pokok aje.
Memang
lah ada pokok cik Naural. Dah nama pun hutan kan? Dah tu awak nak jumpa apa
pulak? Genting Highlands? Tak lah
kan..
Lagi
lima langkah diatur. Dia berhenti. Didongakkan kepala. Nak tengok, cari klu.
Nama lah tahu ada tergantung atas pokok tinggi kan. Lepas mencari-cari,
akhirnya dia jumpa juga. Cuba teka ada dekat mana?
Jeng..jeng..jeng...dapat teka tak?
Ada bawah kaki dia. Tu lah dari tadi Naural ni duk tengok atas, bawah dia tak pandang pun. Rupanya tak lah kejam sangat orang pembuat klu ni. Cuma dia macam nak trick kita aje. Ehh.. bukan kita. Tapi Naural.
Ada bawah kaki dia. Tu lah dari tadi Naural ni duk tengok atas, bawah dia tak pandang pun. Rupanya tak lah kejam sangat orang pembuat klu ni. Cuma dia macam nak trick kita aje. Ehh.. bukan kita. Tapi Naural.
Dibuka
lagi klu tu. Sama juga macam tadi. Perlahan-lahan. Satu-satu lipatan. Mulut
Naural terbuka. Besar. Terkejut!
Laluan...laluan yang membantu kita mencari
destinasi yang kita nak tuju. Sama juga dalam kes awak. Pilih laluan yang betul
untuk bawa awak ke tempat yang betul....ada tiga laluan dekat sini, setiap
laluan akan bawa ke tenpat yang berbeza.
p/s : semua laluan yang kita pilih
bakal mengubah segala corak kehidupan kita, buat keputusan terbaik...supaya
awak tak SESAT!
Apa ni?
Tak cukup lagi ke nak dera fikiran aku ni? Dah lah aku sorang-sorang. Fikiran sorang
mana lah sama dengan tiga orang. Kalau ada tiga orang boleh lah berpecahkan.
Semua masuk pergi laluan lain-lain. Kan senang, tak payah nak kusutkan kepala
fikir lagi.
Tiga
papan yang dah dipacak atas tanah dipandang. Ada tertulis...
Laluan 1
Laluan 2
Laluan 3
Tapi
yang mana aku kena ikut? Takut pulak kalau sesat nanti. Jam dipandang. Dah
pukul 9.45 pagi ni. Kena cepat buat keputusan. Kalau tak dia sendiri yang
susah. Laluan pertama didekati. Ada satu kertas dalam plastik tergantung.
Dicapai, dibuka.
Suka...gembira...ketawa...
Hah? Apa benda ni? Nak suka segala. Ada
dekat tengah hutan macam ni boleh suka ke? Lagi takut, seram, menyampah ada
lah.
Laluan
kedua pulak didekati. Kertas dalam plastik tu pun dicapai juga.
Tenang...aman...damai...
Dah aman,
damai lagi. Apa punya orang lah. Sempat Naural nak mengutuk kan. Mulut...jaga
sikit..
Belum
lagi sampai laluan ketiga tu, Naural dah mula meneka. Aku rasa dalam kertas tu
mesti tulis sayang, cinta. Mesti lah semua yang positifkan? Tapi ye lah dia boleh
teka aje kan, hasil dia lepas kertas dibuka tertera...
sedih...kecewa...kisah semalam...
Sentap!
Ni cakap pasal aku ke apa? Kenangan lepas mula terbayang. Mata dah terasa
panas. Laluan mana nak pilih? Kalau kau orang pilih yang mana agaknya?
p/s : masalah memori Naural ada jadi masalah ke? ada yang pelik kenapa Naural susah nak ingat Luth? Kalau yg ikuti cerita ni dr awal..sy dah jelaskan kenapa kan. apa-apa blh tinggalkan dkt ruangan komen.. thanks ^_^
3 comments:
Main teka-teki pulak.
eh sape nye ideal ni sampai wat 3 laluan..hihi..mesti Luth kan?haha..xsabar nk tau naural pilih laluan yg mane??
-nasira comey-
kenape wat soklan kire2 tu sy xdpt 100 pon.. dpt 90 jer.. sy salah kire ke xreti kire ek??
Post a Comment