. . .
Akalnya cuba berfikir. Apa yang dia patut pilih? Dia
pandang ke langit. Panas dah terasa ni. Kalau dia lambat buat keputusan mesti
lama dia ada dekat sini.
“Arrgghhh”. Naural menjerit. Mungkin dari
jerit tu boleh dapat inspirasi kut? Entah lah, citarasa masing-masing.
“Mana
aku nak ikut ni?” Sempat dikesat air mata tadi. Kenapa lah kenangan tu susah
nak dihakis dari ingatan dia. Dengan hanya perkataan-perkataan tu aje memang
mampu buat semua kisah luka tu teringat balik.
Lama dia
berfikir. Duduk di tengah-tengah antara tiga laluan tu. Dia mengeluh. Ni baru
klu kedua. Tadi yang pertama tu pun susah juga nak fikir. Tapi yang ni lagi
mencabar. Tapi kenapa kan makin lama dia rasa semua klu-klu ni lebih macam
bersifat peribadi. Ke dia aje yang fikir macam tu?
Lama
berfikir dia terus berdiri. Kaki dia melangkah mengikut laluan yang dia dah
pilih. Hati dah bulat, tekad! Tak kan berundur atau menyesal. Ye ke? Ikut aje
lah Naural ni. Harap nanti dia tak patah balik tukar laluan lah ya.
Lama dia
berjalan, sebelum mata dia membulat. Mulutnya ditekup dengan tangan. Air mata
mengalir. Cantiknya!
Air terjun??
Naural
tersenyum, tapi kenapa ada air mata yang mengalir? Degil sangat air mata dia
sekarang ni. Dah tak nak ikut cakap tuan dia. Selalu sangat nak mengalir
sekarang.
Dia mula
duduk di atas satu batu besar. Kakinya direndam. Sejuk! Tapi rasa tenang.
Tenang sangat, tak pernah dia rasa setenang ni. Sekeliling kawasan air terjun
tu dipandang. Cantik...dipenuhi dengan bunga hutan. Sangat menyejukkan mata,
menenangkan hati.
Naural
menutup mata. Lagi suka buat macam tu. Dapat ambil feeling lebih sikit.
“Mungkin
dah sampai masa untuk lupakan dia? Memang betul kut sebelum ni aku tak boleh
lupakan dia. Sebab tu semua kenangan tu ikut aku. Tapi...”. Tak sempat dia nak
habis cakap, satu bunyi yang beralun merdu mematikan katanya.
Telinga
Naural khusyuk mendengar. Nak pastikan dari mana arah datang bunyi tu. Rasanya
macam bunyi gitar? Tapi siapa yang nak main dekat sini? Orang ke...
Dalam takut
pun kaki dia nak melangkah. Nak pergi hampir ke bunyi gitar tadi. Bunyi tu
sangat mendamaikan. Lagu siapa? Ke dia yang cipta sendiri?
Tiupan
kuat angin agak menyukarkan langkah dia. Baru dia nak mula melangkah, hampir
berpuluh daun kering berterbangan, sampai menyukarkan dia nak bergerak. Dari
mana pulak datang semua daun-daun ni? Ada yang buang sampah merata ke? Nak
cakap gugur macam tak logik pulak? Sebab apa tak logik? Sebab daun ni semua dah
kering, dah macam dua tiga hari gugur dari pokok. Sini pun bukannya ada pokok
dengan daun bentuk ni.
Naural
melangkah juga. Satu daun yang melekat pada beg dia dibuang. Apa ni? Sampai nak
melekat segala. Daun tu melayang jatuh. Baru Naural nak mula melangkah, dia
perasan ada something yang pelik
dekat daun tu. Dikutip balik.
air mata awak buat saya sedih...
Naural
terkedu! Dahi dia berkerut. Untuk siapa semua ni? Kenapa atas daun ni ada
tertulis ayat tu. Kalau daun ni ada, yang lain ada ke eh? Tapi...boleh ke aku baca? Tak baik kan baca hak orang,
tapi...aku nak tahu sangat ni. Lantak lah, siapa suruh buang dekat sini kan.
Nak baca juga! Buang? Betul ke buang?
Satu
daun dikutip balik. Tu pun atas dorongan dan desakan hati dia yang melampau.
senyuman awak...penawar saya...
Naural
tersenyum. Sweetnya dia. Rasa macam
cakap untuk aku lah pulak. Mengada pulak Naural ni. Ingatkan dah serik.
walaupun seribu kali awak lupakan saya...beribu
kali juga saya akan buat awak ingat saya balik...
Lupakan?
Orang yang tulis ayat-ayat madah ni perempuan ke eh? Mesti ni semua kisah cinta dia kan. Kenapa lah dalam setiap love story kena ada klimaks yang
menyedihkan? Tapi aku punya bukan klimaks pun tapi tu penghujung cerita.
Daun
lain pulak diambil. Tak puas lagi nak baca ayat-ayat tu. Memang comel. Nasib
tuan badan lah. Siapa suruh biarkan daun-daun ni terbang, kan dah hilang
privasi.
hilangnya senyuman awak...buat saya hati
saya menangis pilu..
Naural
rajinkan diri kutip semua daun tu. Dengan alasan sebab dia pencinta alam. Konon
lah kan. Alasan sebenarnya dia nak baca semua madah tu. Harap tak ada lah tuan
yang nak tuntun daun-daun ni semua. Kalau dia dah buang, lepas tu aku kutip.
Secara tak langsung dah jadi milik aku kan?
hadir awak...mengajar saya erti cinta yang telus..gila-gila dan comel macam
tuan dia juga..
Sekarang
baru aku dah faham apa maksud disebalik laluan ni. Laluan yang Naural dah pilih
tadi. Laluan ketiga yang dipilih. Laluan yang tertulis...
sedih...kecewa...kisah semalam...
Laluan
ni nak ceritakan balik semua kisah duka ke? Kisah pasangan yang pernah putus
cinta. Kalau macam tu memang tepat kena batang hidung dia kan. Dia pun mangsa
kes putus cinta ni. Panas lah pulak mata ni. Jangan menangis dekat sini sudah
lah..
tolong berhenti menangis...saya janji akan
bahagiakan awak lepas ni...lebih dari dia..
Daun
yang terakhir memang mampu buat lidah dia kelu. Air mata makin deras mengalir.
Kenapa awak tak macam ni laki bertopi?
Tinggg...
Naural
terkejut! Bangun dari lamunan sedih dia. Bunyi tu. Bunyi tu lagi. Bunyi gitar
yang dia nak cari tadi. Sebab daun ni dia terlupa nak cari. Ok, jom kita cari
balik.
Dia
menapak, dijadikan batu-batu besar untuk dipijak. Dia nak pergi ke seberang
sungai sana. Perlahan-lahan disusuri. Takut terjatuh pulak nanti. Disebalik
satu pokok besar dia sembunyi. Rasanya dah dekat dah bunyi tu. Mata dia
mengecil. Bayang laki? Tapi raut dia tak nampak.
Meloda
merdu tu masih kedengaran. Melodi tanpa lirik, yang sangat asing di telinga
dia. Yang nyata melodi sangat merdu, mampu membuatkan perasan sedih tadi
menghilang. Siapa dia ni? Dia yang tulis semua ayat atas daun tadi ke?
“Cukup
lah tu mengendap saya, pergi teruskan. Cari klu yang lain. Ingat awak ni dalam explorace lagi”.
Kata tu
memang mampu memeranjatkan Naural lah. Kelakar reaksi dia terkejut tadi. Nasib
baik lah orang tu tak nampak. Kalau tak malu gila kut, dah lah mengendap anak
orang. Sejak bila aku jadi tak malu ni? Tapi macam mana dia tahu eh? Adoi!
Kena teruskan juga ni, kalau tak macam mana nak tahu jalan balik kan. Sempat
dia toleh pandang laki tu kejap sebelum mula melangkah pergi.
******
Naural garu kepala. Nak cari klu dekat mana ni? Dah lah
aku lama sangat dekat air terjun tadi. Eh?
Kejap! Air terjun? Klu tu mesti ada dekat sana kan? Macam mana ni? Dah lah tempat
air terjun tu pun dah tak nampak. Apa nak buat ni? Risaunya...
Dah
terasa bahang ni. Panas! Jam dipandang. Dah pukul 11 lah. Ya Allah lamanya aku
dekat dalam hutan ni. Dah lah sorang-sorang
lagi. Mesti yang lain semua dah sampai tapak perkhemahan ni. Kenapa lah aku
jadi berani sangat? Patutnya tadi bangkang lah cakap ketua tu, cakap tak nak
pergi. Ni tak pergi juga. Kerja gila betul!
Hampir
sejam juga dia berjalan, tapi masih tak jumpa air terjun tadi. Dia duduk atas
tanah. Dah tak tahu nak buat apa ni. Nak jalan lagi rasanya tak patut. Perutnya
dipegang. Sakitnya! Dah berbunyi-bunyi pun. Nak makanan. Lapar.
Kalau
berbaring, rasa lapar tu kurang tak? Baring aje lah. Kaki pun dah lenguh ni.
Masa tengah nak baring tu entah apa yang silap, semua daun tadi berselerakkan
balik. Naural mengeluh. Berat. Dah lah aku penat ni, daun ni pulak cari pasal.
Sambil
mengeluh berkali tu, tangan dia lincah kemas balik. Tapi ada sesuatu antara
daun-daun tu yang lain. Kenapa aku tak nampak benda ni tadi. Rasanya satu-satu
aku baca. Macam mana pulak boleh missed
yang ni. Kalau nampak tadi tak ada lah aku nak jalan jauh macam ni.
Nak tahu
apa punca Naural mengeluh sangat ni. Sebabnya dia jumpa peta. Ye PETA! Dalam
banyak-banyak daun tu, ada satu daun dengan lakaran peta. Peta nak ke tapak perkhemahan
dia orang ni. Lengkap dengan segala petunjuk nak ke sana. Tapi kalau dah dinamakan
explorace kan. Apa yang dia nak cari
sebenarnya?
******
Kecoh kawasan perkhemahan tu. Tu pun gara-gara ada satu
peserta yang dikatakan hilang. Rasanya boleh teka kut siapakan. Naural lah.
Dila yang paling kecoh, dia risau, takut. Semua dia tanya, nak dapatkan info
pasal Naural. Tapi setakat ni tak ada pun yang membantu.
“Naural!!!”
Lega dia nampak Naural dah kembali. Yang lain tarik nafas lega. Ada yang lega
sebab tak ada lah nanti kena masuk hutan cari Naural ni. Ada juga sebab memang
risaukan Naural. Yang tak tahan, ada juga yang buat tak kisah pun.
‘Kau
pergi mana ni? Kenapa sekarang baru balik?” Terus dia tanya macam-macam pada
Naural ni. Dah lah dia tu penat, mana lah larat nak jawap semua tu.
“Aku
penat...”. Lemah aje suara dia.
“Naural??
Cakap lah. Kau pergi mana tadi? Aku risau tahu tak. Dah lah kau sorang-sorang dalam hutan tu, kalau jadi
apa-apa mana lah aku tahu. Lain kali tolong lah jangan buat macam tu. Bahaya
ok!” Panjang Naural ni membebel.
“Apa dah
jadi ni?” Luth masuk campur. Dia tak perasan dengan kehadiran Naural ni lagi.
Dia dari tadi sibuk call orang, takut
sebab kes hilang ni lah. Tak sangka pulak Naural dah balik. Lega betul rasa.
“Naural
dah balik”. Ada suara yang tolong jawap. Dila masih lagi banyak tanya apa-apa
soalan entah pada Naural. Sampai Naural tu pun tak terjawap. Mana lah dia larat
nak bersuarakan. Badan dia terasa lemah. Fikiran dia lagi lah, dah banyak guna
masa selesaikan semua klu tadi. Rasa menyesal pulak, sebab tak macam explorace pun.
Lega...hati
Luth berkata.
“Naural??”
Kecoh
kejap tempat tu. Ramai yang kelam kabut. Luth jadi risau. Dila bising. Dia
terkejut, tiba-tiba Naural pengsan tadi. Bukannya dah bagitahu Naural ni, dia
main leading aje atas tanahkan.
Kenapa lah kawan aku ni suka buat aku risau? Naural..Naural..
******
Naural yang sedang lena dipandang. Dia tarik nafas berat.
Sakit dada dia tengok keadaan Naural sekarang ni.
“Apa dah
jadi sebenarnya pada kau ni Naural. Kau memang betul-betul berjaya buat aku
risau lah”. Dahi kawannya diusap. Dia memang sayang sangat dekat Naural ni. Dah
rasa macam Naural ni adik dia. Walaupun hakikatnya dia orang ni sebaya. Tapi
tak apa lah, tua bulan pun boleh.
“Naural
dah sedar ke?”
Fuhh...kenapa lah Amir ni. Bukannya nak
bagi salam dulu ke apa. Ni main sergah aje. Tapi nasib baik dia ni hensem, so di maafkan lah. Ok..ada unsur gedik
di situ ya Dila.
“Belum
lagi. Ada apa-apa ke?” Pelik juga. Tiba-tiba aje Amir ni datangkan. Sejuk mata
dia memandang. Tak habis lagi rupanya kegedikan tu.
“Nak
hantar barang, dengan nak jumpa awak sekali”. Dia tersenyum. Macho! Makin buat hati Dila ni cair. Apa
hati dia orang ni masing-masing dah ada taman ke?
Jumpa
aku? Serius? Aku bermimpi ke apa ni? Pipinya dicubit..
Aww...
Ok
sakit, maknanya betul lah kan. Senyuman terukir. Bukan main lebar lagi. Kalau
macam ni tak lama lagi ada aku tak keseorangan lagi lah. Mak!! Adik nak
kahwin!!
“Hantar
barang apa?” Sengaja nak elak topik Amir datang jumpa dia tu. Tak nak terlebih
mengharap pulak. Tapi dalam hati kata lainkan.
“Nah. Saya tolong sampaikan aje. Ada yang
bagi tadi. Dia cakap tolong jagakan Naural baik-baik untuk dia. Pesanan saya
untuk awak pulak, jaga diri juga. Jangan sebab terlalu jaga Naural sampai
kesihatan awak pulak yang terjejas”. Amir senyum sekejap sebelum berlalu.
Sebenarnya pipi dia dah merah ni. Mana lah dia pernah cakap macam tu dekat
perempuan sebelum ni.
Dila
terkedu! Betul ke apa yang aku dengar ni? Amir risaukan kesihatan aku? Plastik
yang terletak elok atas meja sebelah katil Naural dipandang. Pelik kan sebab
sebut katil? Dia orang sebenarnya ada dekat bilik rawatan yang tersedia untuk
sebarang kecemasan yang berlaku dekat hutan ni.
Plastik
diambil. Dibuka. Mulut dia terlopong. Ubat? Ubat lagi? Orang yang sama ke ni?
Serius memang aku rasa yang Naural ni ada peminat. Peminat fanatik ni. Sebab
apa-apa yang terjadi dekat kawan dia ni mesti ‘orang tu’ cepat aje dapat
berita. Tapi kalau dah cepat macam ni...maknanya...dia pun ada dekat sini lah
kan? Tapi siapa?
“Dila....”.
Lemah aje kedengaran suara Naural. Ada sedikit serak.
“Naural?
Jangan bangun, baring aje. Badan kau lemah ni”. Bersyukur sangat yang Naural ni
dah sedar.
“Aku ada
dekat mana?”
“Bilik
rawatan, dekat hutan ni lagi. Kau ada rasa sakit dekat mana-mana tak?” Penuh
prihatin Dila ni tanya. Ada bakat jadi nurse
ni.
“Ermm..aku dah rasa segar sikit. Tadi
memang badan aku lemah, nak diri pun tak larat. Penat lah Dila, aku sorang-sorang cari klu tadi. Kumpulan
aku yang dua orang lagi tu tak dapat teruskan”. Naural mengadu. Memang kesian
kut.
“Serius?
Kau sorang pergi merayau dalam hutan tu?” Dila memang betul-betul terkejut lah.
Ada ke patut dia orang ni aniaya kawan aku. Siap!
“Dila? Kau
nak pergi mana ni?”
“Kejap.
Aku nak pergi tanya dia orang. Kau tunggu situ”.
Naural
terdiam! Jangan lah ada yang bergaduh sebab dia nanti.
p/s : setakat ni ok tak? ada yg nk ubah? karakter Naural da blh terima? byk pulak soalan kan..hehe...thanks untuk semua yg rajin komen..rmai x peminat cerita ni?
4 comments:
smbng lgi♥
hee kita baru first time dengar face blindness. so far so good. hee tyra tak nak buat konflik rupa nya ada jugak lelaki lain yang minat kat naural?
fyi, saya salah seorang peminat cerita ni. hehe siap tertunggu-tunggu tyra up cerita ni kat blog ;)
~miya
@Anonymous
nanti akn ada konflik..hehe..thanks miya.. ^_^
wah!!!!!!really sweet!!!ceh2...kite xrase cam explorace pon...akak nk nanges kite bace bab ni...sweet sgt la..hihi..teruskan berkarya...
-nasira comey-
Post a Comment