Pages

Saturday 16 February 2013

Love Riddles 20

Saturday 16 February 2013
. . .


“Luth? Kau orang tak buat kerja ke huh?” Terus disembur Luth and the geng.

            “Kenapa ni? Ada masalah dengan Naural ke? Dia dah sedar?” Luth bangun. Yang lain hanya jadi penonton setia.

            “Kenapa tadi kau biarkan dia sendiri masuk hutan tu? Kalau jadi apa-apa dekat dia tadi macam mana? Kau orang ni nama aje ajk program ni, tapi tak buat kerja langsung. Makan gaji buta!” Memang marah betul Dila ni. Sejak bila pulak jadi ajk tadi gaji kan? Bila dah marah semua yang tak logik pun nampak logik.

              “Kita orang..”.

            “Kita orang apa? Nak cakap yang kau orang ada yang pantau dia, teman dia. Kalau ada yang buat macam tu tak ada lah Naural pengsan tadi kan. Ni apa yang kau orang buat? Tak ada apa-apa. Just duduk, borak-borak. Buang masa”.

              “Sebenarnya..”.     
     
            “Sebenarnya apa? Tak payah nak bagi banyak sangat alasan lah. Dari perbuatan pun dah nampak jelas yang kau orang semua ni tak ambil berat pun pasal keselamatan dengan kesihatan peserta kan. Patut lah sampai sekarang semua pun single, macam ni rupanya perangai sebenar kau orang”.

             Apa Dila ni dah lupakan ke kegedikkan dia bila Amir masuk tadi?

            Ada member Luth yang lain dah panas. Luth garu kepala. Nak betulkan macam mana ni? Tiap kali dia nak jelaskan ada aje Dila ni nak menyampuk. Nak cakap ke? Tapi macam tak guna aje.

            “Cakap lah. Tadi nak sangat bela diri tu. Yang sekarang ni diam kenapa? Dah memang jelas salahkan. Macam ni lah reaksi dia”. Makin tinggi intonasi Dila ni.

            “Siapa cakap kita orang pentingkan diri, kau mana tahu apa-apa. Kau tahu ke yang Luth tadi ta...”.

            “Danny diam..”. Luth jengkilkan mata dia ke arah Danny. Kawan dia ni memang tak pandai simpan rahsia lah. Nasib baik dia sempat potong ayat kawan dia tu tadi.

            “Apa-apa. Luth ni tadi apa? Kau ni sebagai ketua kena lah jaga semua orang dekat sini. Jangan lah benarkan Naural ni pergi sorang-sorang masuk hutan, kalau apa-apa yang teruk tadi kena dekat dia macam mana? Macam mana kalau dia tak jumpa jalan baik. Dia punya badan bukannya kuat”. Makin panjang bebalan Dila ni.

             Luth diam. Sedar memang ada salah dia juga dalam kes ni.

            “Naural dah sedar tak?” Dia ulang balik pertanyaan tadi. Harap Dila ni bagitahu.  

           “Kau tak payah tahu. Buat apa nak tahu? Nak suruh dia pergi mana sorang-sorang pulak lepas ni?” Tak takut pun Dila ni cakap macam ni kan. Dah lah yang lain dengar panas aje.

            “Dila...dah lah tu. Aku dah ok kan”.

            Dila tersentak. Bila pulak Naural ni keluar. Dihampiri tubuh yang nampak jelas lemah tak bermaya tu. Dipapahnya.

          “Aku tak puas hati lah Naura. Kenapa lah dia orang ni kejam sangat. Pentingkan diri!” Masih nak luahkan tak puas hati dia tu.

            Naural tersenyum lemah. Untung dia dapat kawan macam ni. Masa dia sakit, langsung tak ditinggalkan. Lagi bela nasib dia ada lah.

            “Aku yang berdegil nak pergi tadi. Bukan salah dia orang pun. Aku yang nak rasa cari klu-klu tu semua. Rugi lah datang sini, kalau tak join kan”. Dia terpaksa menipu. Tak apa lah, kalau dengan menipu ni dapat kurangkan rasa tak puas hati Dila ni.

            Luth terkedu! Kenapa dia nak back up aku? Kenapa dia baik sangat? Dah sakit macam ni pun still fikirkan orang lain lagi. Dia mengeluh. Apa aku dah buat ni? Amir tepuk bahu kawan dia tu, dia tahu Luth tengah tanggung rasa bersalah sangat ni. Dari raut dia pun dah jelas tergambar.

          “Kalau apa-apa jadi dekat Naural tadi..siap lah kau orang”. Siap bagi amaran tu. Mata tak lupa menjeling. Tapi berani ke cik Dila kita ni buat betul-betul kan?

            Luth terdiam! Langkah Dila dengan Naural yang menjauh dipandang.

          “Luth...kau ok tak ni?” Risau pulak. Tadi Dila, lepas tu Naural. Sekarang Luth pulak. Jangan nanti semua yang lain pun kena wabak ni. Wabak rasa bersalah.  

            “Aku ok...tapi aku risaukan dia”...

******

“Betul kau tak nak ikut ni Naural?” Risau pulak nak tinggalkan Naural ni sorang-sorang. Dia orang semua ada aktiviti lain. Kena masuk hutan lagi, nak suruh Naural ikut sekali macam kejam. Tadi dia nak teman tak nak join aktiviti tu Naural bangkang habis-habisan. Dilema betul!

            “Betul. Aku ok aje lah Dila. Kau pergi lah join”. Kesian pulak dia dengan nasib Dila ni. Tak kan lah sebabkan dia Dila nak berbosan sama dengan dia kan. Kalau bukan sebab dia dah serik duduk dalam hutan tu, mesti dia dah join sekaki. Tapi apakan daya.

            “Ok..kau rehat baik-baik ok. Jaga diri. Aku pergi dulu ni”. Dia melangkah pergi. Tapi kejap-kejap menoleh. Nak pastikan Naural dalam keadaan baik. Tapi melampau lah tiap 5 saat nak menolehkan.

          Naural duduk goyang kaki. Sekarang dia dah ada dekat tapak perkhemahan, dah dibenarkan keluar dari bilik rawatan yang membosankan tu. Sini walaupun tak ada orang, keadaan dia sangat menenangkan. Dapat tengok sungai mengalir. Cantik aje.

            “As’salam...”.

            Naural menoleh.

           “W’salam. Tak join ke?” Apa pulak dia ni buat dekat sini. Bukan tadi dia dah pergi dulu ke?

        “Tadi saya dah pergi kejap tinjau kawasan tu. Bukan ada apa pun. Yang lain boleh urusankan program tu walaupun tanpa saya. Awak dah cukup sihat tak?” Dia duduk sebelah Naural. Jauh sikit. Tak boleh duduk dekat-dekat. Bahaya!

            Cukup sihat? Entah lah..

            “Dah sihat rasanya”. Sepatah dia cakap. Tak tahu nak cakap apa. Naural kenal laki ni. Laki yang sama tumpangkan dia datang sini. Pelik jugakan sebab Naural ni boleh ingat dia pulak. Sebenarnya, Naural ni dia boleh ingat kalau dah berhari-hari jumpa. Tengok lah nanti lepas balik uni, mesti laki ni dah tak ada dalam memori dia. Tapi betul ke?

         “Ermm...dah..dah makan ke?” Tergagap pulak nak tanyakan. Kata laki macho. Tak kan tergagap pulak. Betul tak?

            Makan? Perutnya dipegang. Adoi! Kenapa lah dia ni cakap pasal makankan, tengok perut aku dah mengada ni. Laparnya!

           “Sorry sebab saya awak jadi macam tu semalam”.

            Terdengar keluhan keluar dari mulut Naural. Luth jadi cuak.

         “Lupakan aje lah semua tu..saya pun dah ok kan ni”. Naural senyuk kecil ke arah Luth. Mengelabah juga lah laki tu.



            “Dah ke belum ni?” Luth ni tak menyabar betul. Bagi lah Naural ni uruskan dulu sakit perut dia tu.

            “Belum..”. Perlahan aje cakap. Tahan sakit ni. Mata dia melingas pandang sekeliling. Mana lah makanan tadi eh? Tak kan dah habis kut.

          “Tak sempat nak makan pagi tadi?” Banyak tanya Luth ni kan. Dia nak tunjukkan yang sebenarnya dia ni prihatin, tak pentingkan diri macam yang Dila cakap semalam.

            “Tak..saya baru sampai sini kan tadi”. Memang betul pun baru berapa jam lepas Naural ni baru sampai tapak ni. Sampai-sampai aje ada aktiviti lain yang dah menunggu. Tapi disebabkan dia ni ada masalah kesihatan, badan pun lemah so dikecualikan.

            Baru sampai? Betul jugakan. Mata dia mencari. Memang dah tak ada apa-apa yang tinggal ke untuk Naural ni makan? Naural dipandang. Kemudian pandangan beralih ke arah tangan gadis tu yang dari tadi pegang perut. Mesti tahan sakit ni kan. Kesiannya dia..

            “Rasa nak makan apa hari ni?”

             Naural pandang Luth. Kalau aku cakap nak makan pizza rasanya dapat tak?

            “Pizza? Boleh tak?” Naural tersenyum kecil. Nampak comel lah pulak.

         “Tu tak boleh lah. Mana pulak nak dapat dekat tengah hutan ni kan. Kalau yang simple-simple insyaallah boleh”. Luth pun tersenyum. Ingatkan sampai bila-bila lah dia tak dapat tengok senyuman gadis ni.

          “Ermm...kalau macam tu. Saya nak makan maggi lah, tapi tak nak yang siap 2 minit tu. Saya nak yang goreng punya”. Naural tersenyum jahat. Tapi still nampak comel lah.

            “Maggi goreng? Boleh kenyang ke?”

          “Boleh..boleh..saya kalau keluar makan mesti order maggi goreng. Sedap! Favourite saya sampai bila-bila”. Makin rajin pulak Naural ni layan pertanyaan Luth kan. Mungkin sebab bosan kut. Atau pun sebab dia dah selesa dengan laki ni. Tapi jawapan untuk semua tu ada pada Naural aje lah kan.

             Maggi goreng favourite dia. Ok..noted!

            “Nak maggi goreng macam mana ni?”

        “Nak yang ada letak telur banyak-banyak. Sayur lagi banyak dari mee. Tak nak banyak minyak. Pedas pun tak nak. Perut saya ni tak tahan makan pedas. Lepas tu nak letak bawang goreng atas mee panas-panas nanti”. Demanding! Serius?

         Luth dah terkedu! Banyaknya permintaan dia. Ingatkan tadi tak ada. Boleh ke aku ikut semua permintaan tu. Kalau tak ikut Naural merajuk tak?

            “Kenapa? Banyak sangat ke permintaan saya?” Pelik juga ni. Kenapa tiba-tiba Luth diam? Rasanya tadi biasa aje semua permintaan dia tu.

            “Eh? Tak..tak..ok aje. Tak banyak pun”. Susah juga nak menipu ni. Memang sukar. Kalau salah buat nanti...habis lah dia.

            Senyuman Naural melebar. Bestnya! Dapat makan maggi goreng dalam hutan.

            “Ok...kalau tak ada masalah..cepat masak..cepat! Tak sabar dah saya nak makan ni. Perut dah lapar”. Sempat lagi diusap perut dia tu.

       Luth hanya tergelak kecil. Comel! Dia melangkah dekati ruangan masak dekat tapak perkhemahan mereka. Naural hanya memerhati. Ada rasa ragu juga lah. Luth ni pandai ke masak?

            Apa nak buat dulu ni eh? Bawang nak guna dua-dua ke satu aje? Kalau satu aje nak guna bawang merah ke putih? Masalah ni. Kepalanya digaru. Tadi dia baru lepas tos maggi. Bahan pun kebanyakannya dah dipotong. Semuanya mesti lah ikut permintaan cik Naural kita ni.

         Api dinyalakan. Nasib baik dia orang ni banyak dapur. Tak ada lah masalah nak masak semua ni kan. Bahan-bahan pun memang dibawa juga. Untung lah Naural ni, bakal rasa masakan laki idaman semua.

            Api dah nyala. Lepas tu nak buat apa? Lama dia termangu.

            “Aww...”. Pipinya digosok. Sakitnya! Macam mana lah minyak ni boleh memercik pulak? Tadi elok aje.

           “Kenapa ni?” Dapat dengar juga lah nada suara Naural ni risau. Ye lah kan, dah dia baik hati nak tolong Naural masak, kena lah buat risau juga.

            “Tak ada apa lah, kena minyak sikit aje”. Nampak tenang aje kan nada yang Luth ni guna. Tapi dalam hati dia tengah tahan sakit ni. Habis lah muka aku ni, dah lah tak ada girlfriend lagi. Jangan lah saham aku jatuh nanti sebab kes hari ni.

            “Awak reti masak ke tak sebenarnya ni?” Dipandang raut Luth tak berkelip.

            “Reti...kut?” Tersengih-sengih dia.

            “Kut? Maknanya tak reti lah ni kan. Berapa kali dah masak sebelum ni?”

          Dapat tengok lah dahi Luth ni berkerut. Apa yang susah sangat sampai berkerut-kerut tu Luth.

           "Ni first time nak cuba jugalah. Nampak macam senang aje memasak".

            Naural buat muka. Ni first time? Berani ke aku nak rasa masakan tu semua? Adoi! Kesian kau perut. Sempat lagi Naural ni usap perut dia. Luth yang perasan tahan gelak.

         “Nak saya tolong tak?” Ada sebab sebenarnya Naural ni nak tolong. Dia tak sanggup nak biarkan perut dia merana nanti.

            “Tak apa..saya boleh aje ni. Tak susah pun. Awak duduk sana balik, dah siap nanti saya panggil”.

            Ragu-ragu juga lah Naural. Betul ke tak apa biarkan dia masak ni? Kalau lambat nanti macam mana? Yang tu tak apa lagi kut. Tapi kalau aku keracunan nanti macam mana? Hah! Yang tu melampau ya cik Naural. Tak baik fikir jahat macam tu. Kita tunggu dulu hasil masakan Luth ni dulu. Lepas tu baru komen ok.

            “Ok...”. Dia berlalu juga. Biar aje lah. Dah dia yang tak nak pertolongan aku kan. Duduk goyang kaki aje lah. Sambil tengok kepakaran Luth ni memasak.

            Naural duduk dekat meja berhampiran. Dia menongkat dagu. Ralit dari tadi pandang Luth ni. Nak kata rancak buat kerja tak lah juga, sebab pergerakan dia sangat perlahan. Takut kejadian tadi berulang kut. Setiap pergerakan tangan laki tu dipandang. Dia masukkan bawang dalam kuali..gaul bahan..nampak macam bukan first time pun.

            Tapi agak-agak lah juga kan Naural ni. Ada ke patut dia ni pergi minta maggi goreng tadi. Ingat ni kedai mamak ke apa? Nasib baik lah si Luth ni nak layan. Kalau tak dah terliur-liur lah dia membayangkan semua tu.

              Memang betul lah...Apa yang betul cik Naural?

          Ohhh... lupa pulak nak sambung ayat tu... memang betul lah laki yang pandai masak ni nampak seksi sangat. Habis lah, Naural ni pun dah kena penyakit seksi-seksi Dila ni. Dah tak berkelip dia pandang tu. Tapi betul ke si Luth ni pandai masak? Hah! Yang tu jadi persoalan utama lagi. Tapi dari gaya... memang nampak macam tak biasa lah memasak ni.

          “Ok..done!” Penuh bersemangat Luth ni bawa satu pinggan ke arah Naural. Dia beli ke? Tapi tengok berasap-asap makanan tu. Nampak panas. Betul lah tu dia ni masak.

            Naural..Naural...ada ke patut dia nak cakap Luth ni beli maggi tu. Dah dia yang dari tadi duk pandang laki tu tak berkelip. Dah jelas terbukti lagi semua tu Luth yang masak kan. Untung dia..Tak patut tuduh macam tu..

            Makanan dihidangkan depan Naural. Siap sediakan air lagi. Prihatin betul. Dekat semua peserta yang sakit dia layan macam ni ke? Rasa jeles lah pulak. Tapi kenapa nak jeles kan? Dah rasa apa-apa dalam hati ke Naural? Mesti Naural ni dah tergoda dengan kekacakan Luth ni kan. Tak pun dah terpengaruh dengan Dila tu. Kalau dah tiap kali nak sebut nama laki ni depan dia...mungkin ke hati dia boleh tersangkut nanti?

        “Makan lah...makan panas-panas lagi sedap”. Tak sabar sebenarnya nak tunggu komen Naural ni.

            “Ok”.

           Sudu dan garfu dicapai. Tak sabarnya nak rasa. Nampak macam sedap. Air liur ditelan. Tapi sempat dia pandang Luth lah sebelum maggi tu selamat masuk dalam perut dia.

          “Awak punya mana?” Boleh mendatangkan kepelikkan ni. Tak kan aku aje yang makan kan. Dia punya mana? Tak terliur ke tengok aku makan ni.

         “Tak.. saya masak untuk awak aje. Tengok awak makan pun dah buat saya kenyang”. Sengaja dia bagi senyuman yang boleh mencairkan tu. Tapi sedih lah sebab setakat ni Naural memang belum cair dengan dia lagi.

          “Eh? Mana boleh macam tu. Dah awak penat-penat masak..tak kan tak nak rasa pulak. Ambil lah rasa sikit”. Didekatkan sudu ke mulut Luth. Dah gaya nak suap laki tu aje. Tapi memang Naural ni nak suapkan pun.

            Luth terkedu! Muka gadis tu dipandang. Dia nak suap aku? Mimpi ke ni? Tapi dia buka mulut juga. Tak perasan pun bila maggi tu masuk dalam mulut dia. Tak terasa pun dia kunyah makanan tu, sebab dari tadi hanya raut Naural yang tengah makan tu aje dipandang.

            “Sedap! Pandai awak masak”. Naural tersenyum lebar.

           Degupan jantung Luth terhenti. Cantiknya senyuman dia.... Semua ni saya buat untuk awak aje... Kata madah hati dia.
            

3 comments:

Anonymous said...

ala tomey tomey *hee tiru suara yus jambu..
kenaifan naural membuatkan luth makin suka kat naural kan? rasa macam sweet sangat2 diorang ni. saya pulak yang tersenyum sorang2 baca luahan hati plus dengar degupan jantung luth berdegup dengan kencang. hehe.
well done writer! cant wait for the next entry.
:)

~miya~

| feynaa | said...

sweet laa dorg nyh :DD
tak sabar nak tunggu next n3 ^^

Anonymous said...

so sweeeet...cute nye naural suap Luth...hihi..suke3..
-nasira comey-

Kehidupan seorang penulis © 2014