. . .
“Adoi!” Siapa
pulak lah yang langgar aku ni?
Dia
dongak nak tengok muka laki tu. Tapi tak nampak dengan jelas pun. Siapa pulak
ni?
“Tepi
sikit”.
Naural
tetapkan keraskan badan. Dah lah langgar dia. Boleh pulak nak arahkan dia macam
tu. Kau lah yang tepi, kenapa aku pulak yang kena.
“Tak
faham bahasa ke?”
“Tak...”.
Selamba aje Nuaral ni jawab. Dia orang sekarang ada dalam lift. Masing-masing keras kepala. Naural ni memang lah tunjuk keras
kepala dia dekat orang yang dia tak kenal.
“Hishh..”. Dapat dengar jelas lah nada
tak puas hati dia. Naural hanya mencebik. Tangan diangkat..nak tekan butang lift. Tapi nasib tak baik sebab terkena
tangan laki tu pulak. Apa lah dia ni..masa aku nak tekan juga lah dia nak
menyibuk tekan sama. Dikesan tangan dia pada baju. Geli..
“Aras
mana?” Tak ada perasaan betul nada yang dia gunakan. Tadi Naural ni memang tak
sempat nak tekan butang, sebab laki ni lah.
“4..thanks”. Ok orang nak tolong..kita
berbahasa lah kan. Tak nak lah dia cakap aku ni kurang ajar pulak.
“4 pun
nak naik lift juga ke? Punya lah
pemalas nak naik tangga”.
Mulut
Naural terbuka. Apa dia cakap? Dia cakap aku pemalas? Cantiknya bahasa. Dah lah
ni first time jumpa..boleh pulak dia
cakap aku macam tu kan. Walaupun marah, Naural ni diam aje. Kalau layan nanti
makin sakit hati aje.
“Lain
kali patutnya pihak library ni patut
letak notis dekat luar pintu lift n. Tulis
‘Tak dibenarkan pelajar yang nak naik setingkat atau turun setingkat dari tingkat
lift ni berada. Sila guna tangga’..tak
ada lah merugikan duit uni aje”.
Amarah
makin terasa. Mulut dia ni kan.. memang nak kena lah..geramnya aku. Tapi
sabar..sabar...
Hampir
beberapa minit dalam lift ni baru lah
Naural ni dapat keluar. Lift yang
besar tu pun terasa kecil bila terpaksa duduk dalam satu lift dengan laki poyo ni. Apa kes dalam library nak pakai spec
hitam ni. Ingat macho sangat ke pakai
macam tu.
Geram
terasa lagi ni. Apa yang buat dia geram sebab tadi laki tu yang beriya perli
dia kan. Tapi dia pun sama sebenarnya. Ingatkan tadi dia nak pergi tingkat satu
ke lima ke. Rupanya sama aje nak ke tingkat empat macam dia. Masa keluar tu
tergesa-gesa lah Naural ni. Tak sedar laki tu sengaja langgar dia. Habis jatuh
semua buku yang dia bawa.
Naural
mengeluh. Dipandang buku tu dengan muka laki tu silih berganti. Tapi boleh dia
diri tegak aje. Apa ingat nak nyanyi lagu Negaraku ke? Tolong lah..tu pun tak
boleh ke? Apa susah sangat?
Dia
mendengus sebelum tunduk nak kutip semua buku-buku ni. Adoi! Sebab ni lah aku malas nak datang library ni. Dia bukannya suka datang sini pun...tu pun sebab nak
pinjam buku aje. Ada assignment nak
kena buat. Kalau tak jangan harap lah dia nak jejakkan kaki kan. Berkali lah
kawan dia puji cakap library ni
cantik lah..besar lah..tapi tak bagi kesan pada dia pun. Rasanya masa nak exam nanti lah kut baru hati aku ni
terbuka nak datang sini. Tunggu lah ya...tak lama lagi pun.. Rasanya lagi
seminggu dua aje. Bila cakap pasal exam
ni rasa seram lah pulak. Dah lah satu pun belum baca ni.
Lepas
dah kutip tu dia bangun. Sempat dijeling ke arah laki tu. Nak buat gimik lah.
Mana tahu laki tu jadi takut dia dengan dia nantikan.
“Tadi
beriya orang tu cakap kalau nak naik setingkat aje tak payah lah guna liftkan. Tapi orang tu cakap aje
lebih..dia pun sama rupanya. Tapi lagi teruk lah sebab mengata orang tapi dia
yang lebihkan. Apa tangga dekat library ni
dah runtuh ke?” Ambil kau. Kan Naural ni dah marah. Tu lah yang tadi pergi
kacau dia kenapa?
Naural
mula mengatur langkah. Baik pergi dari sini lah. Berdiri depan laki ni makin
buat dia sakit hati ada lah.
Tak
sempat pun dua langkah diatur, tangan dia dah ditarik dari belakang. Makin
berapi lah jadinya Naural ni. Kurang ajar betul dia ni. Berani pegang tangan
aku.
“Woi! Apa masalah kau se...”. Ayat
dimati. Naural terkedu!
“Tak
kenal saya dah ke?”
Naural
terkedu! Dekat sangat jarak muka dia orang sekarang ni.
“Luth?...”.
“Awak yang tadi tu ke?” Otak dia dah tak boleh berfikir
ni. Mesti ramai kagumkan sebab finally
Naural dah ingat Luth. Kan dah cakap yang Naural ni senang ingat orang yang dia
nak ingat lah. Dah Luth ni jadi pendengar dia masa camping hari tu..dah pasti lah Naural ingat dia kan.
“Yup! Pandai tak saya berlakon?” Boleh
pulak Luth ni tersengih-sengihkan. Apa dia ingat lawak sangat ke?
“Pandai..memang
pandai..ambil ni!” Dipukul badan laki tu dengan buku. Berkali-kali. Tak ada
simpati.
Dushh...dushh... macam bunyi peluru
pulak kan. Over!
“Jahat
lah awak ni. Suka buat saya sakit hati. Apa semua tadi tu?” Tercungap-cungap
Naural ni. Pukul Luth pun penat ke?
“Saja...ramai
cakap awak ni comel. Tapi saya nampak biasa aje. Tu yang sengaja buat awak
marah. Nak tengok lah comel ke cik Naural ni masa marahkan”.
Naural
mencebik. Apa punya alasan lah. Macam budak kecil aje. Dia mula melangkah
pergi. Malas lah nak layan dia ni. Buat dia sakit jiwa aje.
“Naural..kejap
lah”. Berlari-lari anak..nak mendapatkan Naural.
“Nak apa
lagi ni?” Malasnya nak layan Luth ni. Kalau dah datang mood mengada dia. Memang tak terlayan lah. Dia orang ni sejak balik
dari camping dah jadi rapat lah. Tapi
memang jarang jumpa. Kalau jumpa macam tadi lah..ada aje yang Luth nak usik
dia. Apa tak bosan ke?
“Jom
teman saya makan?”
Naural
jadi tak selesa. Bukan sebab ajakan tu. Tapi sebab lain. Pelajar perempuan yang
nampak dia berborak dengan Luth berbisik-bisik. Ada lah tu yang tak puas hati.
Mesti ni salah satu peminat Luth kan.
“Saya
nak cari buku ni”. Kalau lambat nanti takut yang lain kebas pulak. Luth ni
datang salah timing lah. Masa dia
sibuk juga nak datang kan.
“Larrhh..makan dulu lah”. Tak nak beralah
tu.
“Tak
ada..tak ada...saya nak cari dulu. Kalau tak boleh tunggu awak pergi lah makan sorang-sorang”. Naural lajukan langkah.
“Naural!!”
Ada pulak menjeritkan Luth ni. Apa dia lupa sekarang ni dia ada dekat library ke apa?
“Shusshh...perlahankan suara awak lah
Luth”.
“Awak
lah..siapa suruh tak nak teman saya makan kan. Semua ni salah awak”. Dia silang
tangan. Jelas nampak tak puas hati tu.
Naural
mengeluh.
“Saya
nak cari buku ni dulu. Buku ni penting sangat untuk assigment saya nanti. Kalau lambat nanti habis lah ada yang kebas”.
“Ye
lah...ye lah...kita cari dulu”. Ayat orang terpaksa beralahkan. Lapar sangat ke
Luth?
“Nak
cari buku apa?” Buku-buku yang ada dekat rak tu dipegang. Kononnya nak menolong
lah tu.
“Function”.
“Hah? Bukan banyak ke buku tajuk tu? Tak
ada yang lebih specific ke?” Berpuluh
kut buku tajuk function. Tak kan lah
semua Naural ni nak.
“Apa-apa
aje. Awak buka lah dalam dia tengok dulu. Kalau rasa macam best, senang faham, banyak contoh, dengan tulisan dia cantik tu
ambil aje lah. Saya tak kisah pun”.
Mata
Luth membulat. Tak kisah? Dah dia nak yang best,
senang faham, banyak contoh, siap tulisan cantik tu boleh lagi masuk dalam
golongan tak kisah ke? Ni dah terlebih cerewet ok.
Tulisan
cantik tu macam mana? Nak yang tulis tangan ke apa? Banyak dia nak tanya ni. Tapi
diam aje lah. Kalau banyak tanya nanti, mesti Naural terus putus tak nak teman
dia makan pulak.
“Yang
ni?” Satu buku ditangan ditunjuk pada Naural.
“Tak
nak”. Disimpan balik dalam rak.
“Ni
pulak? Macam best aje”.
“Mana
ada best. Tak nak”. Diletak juga.
Penuh
sabar Luth ni tolong Naural. Walaupun dah berkali-kali ditolak, tangan dia masih
juga mencari buku lain untuk Naural ni.
“Ni?
Saya yakin kali ni buku ni memang tepati semua yang awak nak tu. Tulisan dia
cantik..contoh pun banyak. Ok tak?” Suka Luth ni. Sebab akhirnya jumpa juga
buku yang dirasakan perfect untuk
rujukan Naural nanti.
“Mana
ada ok. Saya tak faham lah contoh dia. Cari buku lain”. Naural bangun. Nak cari
dekat rak lain pulak. Ada dua rak penuh yang menempatkan buku yang Naural nak
cari ni. Dah lah ada bertingkat-tingkat. Nasib baik lah Luth ni tawar diri nak
tolong dia kan..kalau tak boleh merana badan nak cari ni.
“Yang ni
tak nak...tu pun tak nak..apa yang Naural ni nak sebenarnya? Sebab dia perut
aku ni jadi mangsa”. Luth merungut tu.
“Hah! Saya dengar ok”. Diketap bibirnya.
Merungut lah pulak Luth ni.
Luth
terdiam! Naural dengar lah pulak. Ok..sambung cari. Tak nak merungut lagi. Lama
keadaan jadi sunyi. Luth dah tak berani cakap..Naural macam busy cari buku kononnya.
Bukk..
Mata
Luth melopong. Serius? Naural ketap bibir. Tersengih-sengih.
“Ohh...awak memang sengajakan. Nak balas
dendamkan?” Buat-buat marah aje ni. Mana lah dia sanggup nak marah Naural kan.
“Mana
ada...tak..tak..buku tu yang terjatuh sendiri”.
Jatuh
sendiri? Apa Naural ingat aku ni budak-budak ke boleh percaya dengan alasan tu.
Tak logik ok! Ni dah mendatangkan geram. Tunggu!
Naural
menjauh..dah tahu apa yang Luth ni nak buat dekat dia. Mesti misi balas dendam
kan. Dari muka dia pun dah nampak. Jelas.
“Jangan
lari. Sini”. Apa lah Luth ni, lagi dia cakap jangan lari lagi lah Naural ni
lari. Tak kan lah dia nak relakan diri dia kena pukul kan. Tak sanggup kut. Jom
lari...selamatkan diri. Dari gaya Luth bawa buku tebal tu jalan menghampiri
dia..paling tak pun mesti kena pukul dengan buku tu lah.
“Tak
nak. Awak jangan lah datang dekat”.
“Mana
boleh. Sakit kepala saya ni kena buku tadi tu. Kalau cedera teruk macam mana?
Kalau hilang ingatan? Awak nak tanggung ke? Dah lah saya belum kahwin lagi,
kesian dengan bakal isteri saya nanti”. Dah makin merapu Luth ni. Lain pulak
perangai dia kan. Manja dengan Naural ni.
“Mengada
lah awak. Tak ada lah sampai nak hilang ingatan segalakan. Dah..dah..jangan
datang dekat lagi. Duduk situ aje”. Dengan tangan-tangan sekali gerak nak
pastikan Luth ni tak hampiri dia.
“Tak
boleh. Baik awak jangan makin undur lagi. Nampak belakang awak tu. Dah sampai
dinding tu. Mana awak nak lari lagi”. Luth tersengih jahat. Suka lah tu tengok
muka cuak Naural kan.
Dengupan
jantung Naural dah lain. Cuak habis ni. Dah lah dekat ruang ni ada dia dengan
Luth aje. Kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana? Drama sangat lah Naural ni.
Ada ke patut fikir jahat pasal Luth kesayangan semua ni.
Naural
tutup mata. Tak sanggup dia nak tengok apa yang Luth ni nak buat. Nak menjerit
rasa suara dia ni macam tak nak keluar pulak. Badan pun dah kaku, tak boleh
buat apa-apa dah.
Luth
tersenyum. Comel lah awak Naural. Ada ke patut fikir saya ni nak buat benda
jahat dekat awak kan. Awak lah satu-satunya gadis dekat sini yang saya tak
sanggup nak sakiti kut. Bila lah awak nak nampak semua tu kan? Dah lama saya
tunggu..
Raut tu
dipandang lama. Masa ni aje dia boleh pandang macam tu. Kalau mata Naural ni
dah celik nanti mana boleh. Kalau buat mesti kena pukul nanti.
Tangannya
dikempal. Sabar tangan..jangan nak lawan tuan badan ok. Jangan gatal sangat.
Jangan sentuh muka dia...walaupun memang cute
sangat. Rasa nak cubit-cubit aje. Tapi bersabar lah..satu hari nanti mesti
dapat punya.. Gatalkan statement tu..
Nafas
dihela. Tak boleh ni.. nanti makin terleka pulak.
“Nah buku awak”. Buku diletakkan atas
meja sebelah Naural. Baik dia pergi sebelum apa-apa yang tak elok terjadi kan.
Naural
buka mata. Apa dah jadi tadi? Apa Luth dah buat dekat dia? Tapi dia tak ada
rasa apa-apa pun. Tak ada apa yang berlaku kut. Ok..fikir positif..fikir
positif..tak baik berburuk sangka ni.
Buku
yang Luth bagi tadi dicapai. Tertulis...
Function...
Buku tu
diselak. Ermm...memang best lah. Cukup semua kriteria yang dia
nak. Bila pulak Luth jumpa buku ni? Bukan buku ni juga ke yang jatuh atas
kepala Luth tadi? Tebal ni...mesti sakitkan. Bibirnya digigit. Rasa bersalah
lah pulak. Mana Luth?
******
Dup..dup..dup
Dadanya
dipegang. Apa dah jadi dengan aku ni? Jangan nak kata perasaan tu datang balik.
Kenapa lah aku ni senang sangat cair dengan layanan baik laki. Tapi kali ni dia
dapat rasa bunyi dengupan jantung dia lain dari sebelum ni. Lagi kacau...lagi
menyesakkan...
lagi kacau + lagi menyesakkan = cinta
lagi hebat dari dulu ke?
Panjang
lah pulak kan. Sorry tak reti nak
pendekkan ayat atas ni..
Kalau
betul lah kan.. Kacau ni. Baru aje beberapa minggu sejak kes dia putus cinta
dulu. Ermm...putus cinta? Bukan putus
cinta tapi merana sebab ditinggalkan tanpa kata. Tapi betul ke perasaan ni? Ada
sesiapa tak yang aku boleh rujuk? Ok jom buat list nama dulu.
1.
Luth
2. Dila
3. Faiza
4. Parents aku
Ermm...Luth memang tak lah kan. Faiza
pulak memang mustahil sangat. Parents aku
pulak? Tak..tak..Bila cakap pasal parents
ni baru teringat yang aku ni dah lama tak balik kan. Bila lah nak balik ni?
Rindunya dekat mama..dekat papa. Nak balik lah nanti. Tak kira! Ada banyak test dengan assignment pun tak kan dapat ubah keputusan dia ni.
Ok..berbalik
pada topik tadi. Dila? Haah...dia aje
kut yang aku boleh tanya sekarang ni. Tapi nak tanya pasal apa? Dila tu kalau
nak tanya dia apa-apa pastikan ada soalan yang nak ditanya dulu. Ok prepare soalan pulak..dah rasa macam
cikgu pulak lah.. alahai..
p/s : lately xada mood sgt nak menulis.. agak lama juga lah ambil masa nak siapkan 1 bab.. komen lah kalau ada apa yg terkurang.. komen reader/ silents reader(s) semua sgt buat sy smngat nk tulis..
5 comments:
chaiyok2! ganbatte!! :)
best sangat-2.
wah!!!!!!!!!naural dh ingat Luth!!suke3..best nye...xde yg kurang pon..cume kene tambah gule cket..hehe..bg rase sweet..n tmbah pedas utk konflik..baru rase terbakar cket nk membace...hehe..tp jgn smpai overdos cilinye...kalo akak nk sedapkan agi tmbah rencah rempah ratus utk seimbangkan rase sweet ngan pedas...eh cam resepi masakan lak kite tulis komen..kalo akak nk hilang kan rase xde mood mase menulis, tambah rase asam jawa dlm cerita akak..take ur time akak utk tulis cerita ni..akak kene rehatkan diri dulu n kosongkan minda dengan tambai air kosong plus kismis utk mengembalikan mood menulis akak..kite boley tggu..hihi..akak jgn risau kite tetap sokong n menanti karya akak..hihi
-nasira comey come back-
@Anonymous
comelnya comel dia kan... hehe.. da agak kalau dak comey ni ada mesti mcm2 gaya komen dia bg..haha.. bru la ada smangat nk menulis blik kan.. syg nasira lbey la mcm ni.. muah2! (over x?) hehe ^_^
x over pon...kite pon syg akak lebeh!!!hihih...
-nasira comey-
Post a Comment