Pages

Saturday 23 February 2013

Love Riddles 23

Saturday 23 February 2013
. . .


Tuk..tuk..tukkk..

            “As’salam...woi Dila. Bangun lah!!” Merah dah kut tangan dia. Dari tadi duk ketuk pintu ni aje. Kenapa lah Dila ni tak buka lagi? Tidur ke apa?

          “Huarghh”. Mulut ditutup. Serabai sangat dah. Muka memang jelas nampak baru bangun lah ni. Mesti kes tidur balik lepas subuh tadi kan.

            “Nak apa ni Naural? Apa ni kacau aku pagi-pagi”. Jelas tak puas hati. Dah lah semalam dia tidur lambat.

            “Kejap lah Dila..ada hal aku nak cakap ni. Hal penting!” Sengaja ditekankan. Nak bagi Dila tahu yang dia ni memang tak main-main.

            “Hal penting??” Mata dia luas terbuka. Hal penting apa pulak ni?

            “Yup! Penting”. Naural melangkah masuk. Kalau tunggu Dila ni yang jemput dia tak ada lah kan. Tadi pun macam pending aje. Biasa lah mamai lagi tu.

            “Hal apa ni?” Dua-dua duduk bersimpul atas katil. Port gosip dia orang ni..dah lah panas aje katil ni. Sebab tuan dia bangun lambatkan, tu yang panas aje.

              “Aku dengan Luth”.

            “Hah? Serius? Bila-bila? Kenapa aku lambat tahu ni?” Muka memang excited tak boleh tahan.

            “Tahu apa ni?” Kepala digaru. Apa yang Dila ni maksudkan pulak? Dia dah tahu dulu ke apa?

              “Yang kau dah couple dengan Luth kan?” Kening diangkat-angkat.

            “Eh? Bila masa ni? Aku tak ada apa-apa dengan dia lah. Setakat hari ni kawan aje lah”. Macam bagi hint kan? Tadi Naural sebut ‘setakat hari ni’. Kalau esok mungkin boleh ubah status kawan jadi lain ke?

            Dila tersengih-sengih. Dia macam dapat tangkap apa sebenarnya perasaan Naural sekarang ni. Sebab dia pun dah pernah rasakan.

          “Hal apa yang kau nak cakap tadi?” Tak apa lah kita matikan dulu topik Naural dengan Luth. Buka cerita lain dulu.

              Naural tarik nafas sebelum buka mulut bertanya. Seram sejuk ni.

             “Aku keliru dengan perasaan aku lah Dila”.

              Dahi Dila berkerut.

             “Perasaan apa yang keliru ni?”

             “Perasaan aku pada Luth”.

             Mata Dila terbuka besar. Aku sangkakan tadi topik tu dah habis. Rupanya memang pasal ni yang Naural ni nak cakap. Makin segar lah nampaknya aku ni. Topik favourite aku untuk season ni kut. Kisah Luth dan Naural.

             “Apa yang kau rasa tiap kali jumpa dia?”

              Muka Naural jelas dah memerah.

            “Aku rasa seronok..tengok dia..muka dia..rasa tenang. Dia lain..tak macam laki lain dalam pandangan aku ni”.

            Dila ralit pandang Naural. Nampak lain sangat Naural ni bila cakap pasal Luth. Nampak happy. Tersenyum-senyum dari tadi.

               “Kau suka Luth kan?”

         Naural tersentak! Tiba-tiba dengupan jantung dia mula terdengup kenyang. Dadanya disentuh. Betul ke?

               “Jantung terasa nak keluar?” Dila tergelak kecil. Comel pulak tengok Naural macam ni.

                Naural hanya angguk. Tak tahu nak cakap apa. Kepala ditundukkan. Malu kut!

              “Tu petanda dia yang memang Luth dah dapat tempat dalam hati kau. Sebab tu kau dapat rasa semua tu bila dekat dengan dia..bila tengok muka dia. Terima aje perasaan tu Naural. Jangan tolak. Mana tahu dia yang tertulis untuk jadi Adam kau”.

               Naural menghela nafas. Panjang.

            “Tapi aku takut Dila. Aku tak nak kisah lepas tu berulang lagi. Aku pun baru sangat kenal Luth ni”.

            “Then..kalau kau takut sekarang ni jangan terburu-buru macam dulu. Kau ambil masa untuk kenal hati Luth macam mana dulu. Belajar semua tentang dia. Kenal semua yang ada dekat sekeliling dia. Kawan-kawan dia..kesukaan dia. Nanti kau sendiri akan rasa dekat dengan Luth tu”. Panjang nasihat Dila ni kan. Tapi semua dia cakap ni pun bukannya dia fikir dulu..keluar mentah-mentah dari mulut.

            Dulu aku terburu-buru ke? Apa maksud Dila ni?

******

“As’salam semua”. Jelas lain sangat Naural sekarang ni. Jelas nampak cahaya kegembiraan dari raut wajah dia ni.

            “W’salam..cari Luth ke ni?” Sengaja aje Amir ni nak mengusik. Dah tak ada kerja lah tu.

             Muka Naural memerah. Jahat lah dia orang ni...selalu sangat nak usik dia.

            “Woi! Apa kau dah buat dekat Naural ni?”

             Yang lain tergelak. Naural makin menunduk. Sejak bila lah Naural ni jadi pemalukan.

           “Wahh...abang hero dia dah sampai lah. Tak patut lah kau ni Luth, mana ada kita orang buli adik comel ni”. Tersengih-sengih Amir ni pandang Naural.

              Abang hero aku? Apa-apa aje lah Amir ni pun.

            “Banyak lah kau, ada apa Naural? Nak ajak makan ke?” Dah biasa sangat makan sama dia orang ni.

          “Haah. Ada banyak kerja lagi ke? Kalau tak saya tunggu dekat cafe aje lah”. Segan lah pulak nak berlama dekat sini.

            “Eh? Kejap..kejap..tak lama lagi ni. Tunggu lah”. Manja pulak lah suara Luth ni. Nak goda Naural ke apa?

        “Ok”. Naural duduk kerusi yang memang jauh dari Luth dengan kawan-kawan dia. Biar jauh..asalkan selamat.

Sejam kemudian....

            ‘Sekejapnya’ Naural ni kena tunggu kan? Sampai dah tertidur dah Naural ni tunggu Luth. Asyik sangat dia orang ni berbincang sampai dah lupa yang Naural ni dari tadi tunggu abang hero dia. Dah lah tidur masa perut kosong. Kesian..        
 
            “Luth...tuu”. Bibirnya dimuncungkan. Macam mulut itik dah Amir ni.

           Luth alih pandangan. Ikut arah muncungan Amir tu. Dia tersenyum. Comelnya dia tidur. Lena aje. Luth alih tempat duduk. Dia duduk dekat kerusi yang berhampiran dengan Naural ni. Senyuman makin lebar.

            Kesian pulak tengok budak comel ni? Tapi lagi tak sampai hati nak kejut dia bangun. Nampak tubuh Naural ni menggigil. Sejuk mungkin. Dibuka jaket yang membaluti tubuhnya tadi. Dipakaikan kepada Naural. Diusap lembut kepala gadis tu. Tidur baik-baik sayang...

            “Luth! Jangan nak gatal sangat depan kita orang lah”. Amir ni memang tak puas hati aje. Dia suka kenakan Luth dengan Naural ni. Nampak cute kut.

             “Masalah lah kau”. Tergelak kecil dia dengan sergahan Amir tu. Saja aje nak kenakan aku. Mentang-mentang lah Dila jauh. Tak ada lah jauh mana pun, si Dila ni tengah membuta dekat bilik sebenarnya.

            “Apa cerita kau dengan Naural ni?”

            “Cerita apa?”

           “Jangan nak berdalih lah Luth. Kita orang ni tahu kut semua cerita kau dengan dia. Kau dah ada apa-apa dengan Naural ke?”

            “Soon.. sekarang belum ada apa-apa lagi”. Tenang aje dia jawab. Masih lagi tersenyum tengok Naural yang terlena.

            “Hah? Belum ada apa-apa lagi? Serius ke?” Danny menyampuk. Dari tadi dia mendengar aje. Baru berminat nak masuk sekali perbualan yang tak berapa hangat ni. Suam-suam aje.

            “Ye lah.. belum ada hubungan lagi. Kau kenapa ni Danny? Terkejut pulak”.

             Danny tersengih malu.

            “Tak ada apa. Saja aje berminat nak tahu. Dah kau sekarang ni rapat sangat dengan Naural tu. Tu yang aku pelik. Lama sangat lah kau ni bertindak Luth. Kalau ada yang kebas Naural tu macam mana?” Sengaja dia nak takutkan Luth ni. Dah dia yang lambat siapa suruh kan.

            “Jangan lah cakap macam tu wei. Takut aku dengar kut. Cuba kau doakan yang baik-baik. Ni tak”. Luth risau juga lah. Naural ni dah lah cantik, bukan dia tak perasaan ramai yang ramai usha gadis ni. Marah pun ada juga, tapi nak larang dia ni bukannya ada apa-apa pun dengan Naural kan.

            “Aku bukannya doakan yang tak baik untuk kau orang berdua. Aku tak nak kau yang melepas nanti Luth. Ramai yang tunggu Naural tu”. Termasuk aku.. Tidak diluahkan ayat terakhir tu. Kalau Luth dengar mesti dia nak kena tumbuk. Biar lah ni jadi rahsia dia aje.
           
 ******

“Luth..”.

            Luth tersedar. Tersenyum sikit. Tadi dia termenung. Terkejut juga lah bila dengar ada yang sebut nama dia. Naural dah jaga rupanya. Jam dipandang. Dah pukul 1 pun. Lama juga Naural ni tidurkan.

           “Good morning”. Luth tersenyum. Comel sangat Naural ni. Macam ni ke muka dia masa bangun tidur. Nampak segar. Senyuman pun lain dari tadi. Untung dia dapat tengok senyuman ni.

            Naural tergelak. Rambut dibetulkan sikit. Muka dilap. Segan kalau ada apa-apa. Dah lah dari tadi Luth tak lepas pandang dia.

            “Tak ada apa-apa lah. Awak comel aje macam biasa”.

            Naural apa lah..bila dengar Luth puji dia comel makin merah lah muka dia. Tapi dalam hati kembang setaman. Suka dapat pujian dari laki tu.

            “Lama ke saya tidur tadi?”

        “Ermm...tak lama lah. Tak terasa lama pun”. Memang betul Luth tak rasa lama, sebab sepanjang Naural tidur dia asyik pandang raut tu. Sampai berkali kena gelak dengan kawan dia pun dia buat dek aje. Terus memandang.

          “Berapa jam?” Masih lagi bertanya. Nak tahu sangat ni. Sebab dia rasa macam lama aje. Tengok meja ni tinggal dia dengan Luth aje pun dah tahu lama dia tidur tadi.

            “Ada lah dalam 3 jam”.

          “Hah?” Terlopong mulut Naural. 3 jam?? Lamanya aku tidur... Tu pun boleh Luth cakap tak terasa lamakan.

        “Dah lah tu... tak payah nak buat muka terkejut comel tu. Dah jom”. Kerusi ditolak ke belakang. Nak bangun. Terasa kebas juga lah kaki dia. Lama sangat duduk kan.

             Kepala digaru. Ada sisa mamai lagi ni.

            “Jom nak pergi mana?”

            Luth tergelak. Lepas tidur terus lupakan Naural ni. Nasib baik aku ni dia dah ingat, kalau dia lupa juga tak ke naya.

             “Pergi makan lah sayang oi. Dah jom.. Mesti awak dah laparkan”.

            Naural terkedu! Sayang?? Aku ke? Sekelilingnya dipandang. Mana ada orang lain dekat sini. Kepala digaru lagi. Makin kusut jadinya rambut dia. Luth yang dah menjauh dipandang. Rasanya aku salah dengar kut..ignore aje lah..

            “Nak makan apa ni?”

            “Ermm.. mee hoon goreng special..extra telur..nak..”.

            “Sayur kena banyak dari mee, tak nak pedas, tak nak banyak minyak, letak bawang goreng sekali betul tak?” Tak payah tunggu Naural cakap habis pun dah tahu. Dah hafal dah semua ni.

            “Hebat lah awak”. Siap tepuk tangan lagi Naural ni. Terharu sebab Luth ingat lagi. Kalau orang lain mesti cakap dia ni demandingkan. Tapi Luth ni relakan diri aje layan semua kerenah dia. Mungkin sebab ni kut dia suka Luth. Entah lah...

            “Ok..done. Kejap lagi dia orang hantar”. Luth tarik kerusi depan Naural. Sekarang ni dia orang ada dekat luar. Tu pun atas permintaan Naural ni juga. Sebabkan Luth ni ada kerata dia ajak laki tu bawa dia makan dekat luar. Dengan alasan dah bosan makan dekat dalam UKM ni..untuk tambah perasa dia cakap juga makanan tak banyak jenis. Saja nak buat Luth simpati dengan dia lah tu. Pada hal sebelum ni boleh aje dia telankan.

            “Nah...minum juice orange ni. Bagus untuk awak”.

            Naural tersenyum. Dia sambut air tu. Dihirupnya. Sedap! Segar! Luth ni tahu-tahu aje kan yang dia ni peminat tegar juice ni.

           “Tidur lambat ke semalam?” Naural yang dah gaya macam nak tidur balik tu ditanya. Kalau diam aje mesti dah terlena Naural ni.

            “Haah. Siapkan assignment. Sem ni banyak pulak bebanan assignment ni. Kadang-kadang ada rasa tak nak buat, tapi tak sampai hati pulak. Ni kan last sem”. Sempat dia nak mengadu dekat abang Luth hero ni.

          “Banyak sangat ke?” Kesian pulak tengok Naural ni. Dia dah cair sebenarnya. Naural ni pun satu..dah dia pergi merayu guna suara ala-ala comel dia tu kenapa.

             “Banyak...semua subjek ada”. Manjanya suara.

            “Kesian awak kan. Kalau tak dapat buat..minta lah tolong kawan. Tak pun saya kan ada”. Awak tak banyak assignment ke Luth? Baiknya hati nak tolong Nauralkan.

              Mata Naural dah bersinar-sinar. Tapi kejam aje.

          “Tak nak lah. Awak pun last semkan. Mesti lagi banyak projek dari saya. Saya tak nak susahkan awak lagi. Sekarang ni pun library tu dah macam bilik awak...asal ada kerja aje buat dekat situ..saya ni tak lah kejam sangat nak tambah lagi kan”. Fuhh...nasib baik Naural ni memahamikan.

          “Tak apa lah...course kita pun ada terkait sikitkan. Kalau ada yang saya boleh tolong apa salahnya saya tolong. Saya tak suka lah awak tidur lambat. Tak elok untuk diri awak juga nanti”.

             Naural hanya tersenyum. Tak tahu nak cakap apa. Terharu pun ada ni.

 “Awak pun tak payah nak buat lagak segan tu ok. Macam baru kenal semalamkan”. Dia tak suka Naural segan sangat dengan dia sebenarnya. Sebab terasa jauh dengan gadis tu.

            “Eh? Bukan memang kita baru kenal ke?” Mata dibulatkan.

           Luth jadi geram. Sengajakan Naural ni. Ditarik perlahan hidung gadis tu, mengadu kecil dia. Tu lah siapa suruh kenakan dia kan.

            “Luth jahat!” Hidungnya diusap. Mesti dah merah ni. Sakitnya! Susah dah nak menafas.

        “Ala-ala comelnya dia kan. Tapi lagi comel hidung dia lah. Dah merah saya buat”. Dia tergelak-gelak. Sukakan tengok Naural macam ni.

             “Awww.. Naural!!”

            Naural jelir lidah. Dijauhkan sikit diri dia dari laki tu. Tak sanggup nak jadi mangsa picit hidung lagi.

             “Padan muka! Tu balasan dia..”.

             Luth hanya sentuh tangan dia. Tadi kena tepuk dengan tangan comel Naural. Sakit pun tak apa lah.. asalkan awak tak menangis lagi macam dulu....



4 comments:

dija said...

Heeee. Dah agak daaaah! Adekah danny lelaki bertopi tu? Ke mmg luth eh? Konpius2..pape pun keep up tyra! Goodluck!

Anonymous said...

eh dija pon rase danny tu laki bertopi?hihi..mmg confuse...xsangke danny ade hati kat naural..kite dh agk dah...mmg sweet la naural ngan Luth...hati kite dh cair ni...ceh2...
nk lagi!!!
-nasira comey-

Anonymous said...

bestlah... tak sabar tunggu bab seterusnya. tapi kita nak luth mesti couple dengan naural lah.. tak nak yang lain.. hehe.
-angela-

dija said...

Heeeee. Aha nasira.. bila luth cm terkejut dgr psl llki bertopi tu, dija agak cm luth bkn that guy. Mgkn org lain.tp suka sgt dgn watak llki bertopi tu! Interesting dn misteri! Hehehe.

Kehidupan seorang penulis © 2014