Monday, 4 March 2013

Dia. . Tutorku?? 5

Monday, 4 March 2013
. . .

Dahi Ajad berkerut. Seluruh tubuh badan terasa panas. Geramnya! Yang dia tergelak-gelak tu kenapa pulak? Dah gatal sangat ke apa? Menyampah pulak tengok. Kalau menyampah, tak payah lah tengokkan. Mesti Ajad ni dah mula jeles. Tengok Ryna bergelak dengan laki lain. Masalah emosi melanda diri. Aduhai..

           Gelak dengan lelaki lain boleh..dengan aku tak ada pun. Sakitnya hati! Dah lah tadi pun datang lambat bawa dia datang sini. Lepas dah sampai tu boleh pulak dia tinggalkan aku sorang-sorang, berlari pergi dekat lelaki tu. Yang paling tak tahan tu...ada ke dia panggil lelaki tu ‘abang’. Abang kut!

            Dengan aku pun tak ada pulak nak ‘berabang-abang’ ni. Gedik sangat hari ni. Kalau dia datang nanti siap lah kena basuh dengan aku. Boleh pulak tinggalkan aku kan. Tapi sejak bila lah aku mengada ni? Kenapa pulak aku jeles tengok rapatnya hubungan dia orang kan? Bukan aku tak suka dia ke? Kepala digaru. Apa lah Eryna ni dah buat dekat aku. Dah kena guna-guna ke?

             Ajad ni pun...sampai hati tuduh Eryna yang naif tu guna-gunakan dia kan. Bukan dapat apa pun. Dia yang dah jatuh cinta, orang lain pulak yang disalahkan. Dari tadi mata Ajad ni tak lepas pandang ke arah Eryna dengan laki tu. Dahi dia dah berkerut-kerut. Tahan marah yang bila-bila boleh lepas.

            “Ryna!!”

             Tak ada apa respon. Ajad makin bengang.

            “Rynaaaa!!!” Makin kuat nada dia. Kalau tadi pun dah mampu buat semua orang yang ada dekat taman tu menoleh pandang dia..jeritan ni lagi lah. Sampai ada yang takut-takut. Ye lah kan, dia mesti dia orang ni ingat Ajad ni tak betul sebab jerit macam tu.

             Eryna terkedu! Nama aku ke tu? Siapa pulak yang panggil ni?

            “Abang...abang dengar tak ada yang jerit nama Ryna?” Baik tanya abang Ryzal lah. Mana tahu aku salah dengar ke kan.

            “Tuu..dia yang jerit tadi”. Dimuncungkan mulut menunjuk ke arah Ajad.

            Mata Eryna membulat. Dahinya ditepuk. Adoi! Macam mana pulak aku boleh lupa pasal suami aku ni. Tu lah tadi excited sangat dalam jumpa abang Ryzal...tu yang Ajad dilupakan kejap.

              “Siapa dia tu?”

            “Suami...suami Ryna”. Kepalanya ditundukkan. Sebenarnya abang Ryzal ni kekasih hati dia dulu. Kalau bukan sebab mama yang nak dia kahwin dengan Ajad mesti dah lama Ryzal ni jadi suami dia.

            “Suami?? Serius ni? Ryna tak tipu abang kan? Sebab dia lah rupanya Ryna tinggalkan abang”. Sedih sangat nampak raut laki tu. Dulu Eryna cakap dia orang terpaksa berpisah sebab parents dia tak terima hubungan dia orang. Tapi sekarang ni apa cerita pulak?    
 
            “Memang betul pun...tahun lepas Ryna kahwin dengan abang Ajad. Sorry terpaksa tipu abang dulu”. Lemah aje dengar nada Eryna ni. Rasa bersalah menghimpit diri dia.

              Ajad? Laki berkerusi roda yang dari tadi pandang Eryna dipandang. Ermm...not bad. Tapi muka dia nampak bengis. Langsung tak sesuai untuk Eryna aku ni. Reject!

            “Dia langsung tak sesuai untuk Ryna..kenapa kena dia bukan abang?” Masih tak puas hati. Kalau dulu dia boleh terima sebab penghalang dia ibu bapa gadis ni, tapi bila dengar punca sebenar dia jadi tak puas hati.

            “Siapa pulak kau ni nak tentukan dia sesuai untuk aku ke tak?”

              Eryna terkejut! Ajad?

           Ryzal hanya mencebik. Ayat perasan bagus. Tapi apa pulak hak Ryzal ni kan. Kenapa pulak nak kacau hubungan orang ni. Yang lepas tu tak payah lah diungkit lagi. Betul tak?

            “Aku tak rasa selama ni Ryna bahagia hidup dengan kau”. Ryzal tak nak kalah.

             Ajad ketawa. Sinis sangat!

            “Habis kau ingat dia bahagia ke dengan kau?”

            Ryzal kempal tangan dia. Bila-bila boleh pertumpahan darah berlaku ni. Eryna dah terkaku dekat situ. Tak tahu nak buat apa. Mana pernah benda macam ni berlaku dalam hidup dia. Ni first time kut.

             “Aku dengan Ryna lagi lama kenal...sebelum dia kahwin dengan kau lagi. Sebelum ni aku dengan dia kekasih. Sebelum ni aku tak pernah nampak raut sedih pun pada wajah dia ni..tapi sekarang...jelas nampak. Dah jelas yang Ryna ni tak pernah bahagia dengan kau. Lepaskan aje dia lah. Aku boleh jaga dia...”.

              Bukk...

             “Aku tak kan sekali-kali lepaskan dia untuk laki lain. Dia milik aku. Isteri aku!!”

            Eryna terpampam. Apa dah jadi ni..dia pandang ke arah Ryzal yang dah jatuh atas tanah akibat penangan Ajad tadi. Bibir laki tu pecah. Baru dia nak tolong, terasa tangan dia ditarik kuat.

           “Jangan tolong dia”. Dada Ajad turun naik. Tahan amarah. Boleh pulak Eryna ni nak tolong laki tu kan. Tak jaga perasaan aku langsung. Tapi aku pernah ke jaga perasaan dia sebelum ni?

        “Tapi...”. Eryna masih teragak. Kesian dia tengok keadaan Ryzal sekarang ni. Kalau tak tolong nampak kejam sangat.

            “Pilih..aku atau dia”.

          Eryna terkedu! Apa ni? Kenapa dia kena pilih pulak? Dah sah-sah sekarang ni Ryzal perlukan sangat pertolongan dia. Tapi Ajad? Laki tu suami dia.

         “Ok..fine! Nak sangat tolong dia kan? Tolong lah”. Dijerkah gadis tu. Dia geram sebenarnya. Geram sangat. Pilihan yang dia bagi tu susah sangat ke nak pilih? Kenapa nak ambil masa yang lama untuk bagi jawapan.

            Air mata Eryna terasa ingin mengalir. Sebak! Kenapa Ajad tinggalkan dia? Dia just terkejut aje tadi..sebab tu pending sikit. Mesti lah dia akan pilih Ajadkan. Laki tu suami dia. Laki yang dia paling cintai sekarang. Ryzal hanya kisah lepas..sejarah hidup dia.

            “Rynaa...”.

            Eryna menoleh. Dia pandang ke arah Ryzal yang dah mampu duduk di kerusi tadi. Dia mengeluh.

            “Maafkan saya. Semua yang ada antara kita dah lama berakhir. Sekarang ni Ryna milik abang. Ryna ni isteri dia. Apa-apa yang Ryna buat Ryna kena utamakan dia dulu”. Walaupun nanti Ryna akan pergi dari hidup dia juga. Kata terakhir tu hanya bermain dalam hati dia. Eryna melangkah pergi.

******

“Baru nak balik? Dah puas jumpa kekasih hati tadi?” Terkuak aje pintu bilik dia tadi terus disembur Eryna. Biar dia rasa. Aku dah lah panas ni.

            “Abang..abang Ryzal tu kisah dulu Ryna aje. Sekarang Ryna dengan dia dah tak ada apa-apa. Abang tolong jangan salah faham”.

            “Salah faham?” Ajad Mendengus.

            “Abang... Ryna..”.

            “Dah.. cukup... tak payah nak cakap apa-apa. Tu semua hidup kau... aku sikit pun tak nak ambil tahu. Lagi pun lepas aku lepaskan kau ni mesti lah kau kena sedia cari pengganti aku”. Ajad mula baring. Membelakangkan Eryna. Dia sendiri pun tak sangka mampu ungkapkan kata-kata tadi tu. Air mata lakinya ditahan.

            Pengganti? Ajad memang dah tekad nak lepaskan dia ke? Dia tak rasa apa-apa sepanjang tempoh dia jaga laki tu ke?

              Tapi Ryna tak sanggup nak hidup jauh dari abang...

******

Dah seminggu wad tu sunyi. Tak dengar langsung sebarang kata dari Eryna mahupun Ajad. Dua-dua hanya diam membisu. Kalau ada suara pun hanya datang dari nurse atau doktor aje lah. Sejak peristiwa tu Ajad mula ajar diri dia untuk tak terlalu bergantung pada Eryna lagi. Sekarang pun dah tak pergi taman. Buang masa dalam bilik aje lah. Kalau Eryna ajak pun dia tolak. Tolak sekeras-kerasnya.

            “Nak pergi taman tak?” Eryna beranikan diri tanya.

             Ajad hanya diam.

          “Dah pukul 5 lebih ni. Nak pergi? Ryna tolong”. Masih nak pancing minat Ajad. Dia tahu laki tu mesti bosan terperap dalam bilik ni aje.

              Ajad masih diam. Eryna dah tak tahu nak buat apa. Rasa sedih pun ada ni.

           “Abang jom lah. Mesti bosan duduk dalam bilik ni kan. Jom pergi ambil angin dekat bawah”.

            “Aku lagi bosan dengar suara kau.. tengok muka kau”. Dah lah baru bersuara. Ayat yang keluar pun memang ternyata mampu buat Eryna tersentak.

              “Ryna nak tolong aje”. Ditahan rasa hati.

           “Tolong? Kalau macam tu boleh kau tolong keluar dari sini? Tolong jangan kacau aku. Jangan masuk campur dalam hidup aku lagi”. Nada makin meninggi.

              “Ryna tak boleh buat macam tu”.

              “Kenapa??”

            “Ryna dah janji nak jaga abang sampai aang sembuh...”. Diulang balik apa yang pernah dijanjikan dulu. Sampai sekarang janji tu terpahat kemas dalam diri dia.

            “Lepas sembuh aku akan lepaskan kau kan... aku tak sabar nak tunggu hari tu sampai”. Kejam ayat Ajad kedengaran di telinga Eryna. Hari yang laki tu nantikan, tapi tak bagi Eryna.

            “Ryna tak nak abang... tolong jangan lepaskan Ryna. Ryna sayang abang”. Tangan Ajad dicapai. Diciumnya lembut.

             Ajad terkedu! Dipandang lama tangan dia yang Eryna cium tadi. Hampir lemah dia dengan layanan Eryna. Tapi dikawal.. ditahan rasa yang datang tu. Dia tak nak jadi lemah sebab seorang perempuan lagi.

            Tangan tadi diangkat.. dikesat pada kain cadar. Nak tunjuk yang dia tak suka langsung apa yang Eryna buat tu. Nak lukakan lagi hati Eryna.. nak hantar mesej ‘tak payah nak harap lebih dari aku lah’...

             “Aku tak sayangkan kau... tak pernah..”. Dada terasa sakit.

             “Tak pernah? Sikit pun tak pernah?” Eryna dah mula teresak.

              "Langsung tak. Lagi benci tengok muka kau adalah". Makin disangkal makin terasa sakit di dada.

             Eryna cuba tersenyum. Dah tak guna dia nak pertahankan hubungan ni kalau hanya dia aje yang ada rasa sayang. Mungkin ni yang terbaik. Kalau kita sayangkan seseorang kita kena biar dia cari kebahagian lain kan. Kebahagian yang dia tak rasa bila dengan kita.

              “Nampaknya Ryna tinggal dua hari aje lah kan. Dua hari aje lagi untuk jaga abang”.

               Dua hari? Dahi Ajad berkerut.

            “Tadi doktor cakap abang dah boleh keluar lagi dua hari. Lepas dua hari tu Ryna janji tak kan kacau abang dah. Ryna akan redha semua yang abang dah buat... Ryna terima”. Dia pasrah. Tu aje jalan yang tinggal sekarang.

            Ajad terkedu! Dia redha? Tapi aku pulak macam mana? Boleh ke aku terima? Langkah Eryna dipandang. Apa yang dah jadi ni? Kenapa bila Eryna dah boleh terima, dia pulak yang rasa berat..

******

Kalau seminggu yang lepas dua-dua hanya diam.. Sekarang ni pun sama. Tak ada apa yang berubah. Ajad mula jadi pendiam. Eryna hanya ikut flow. Dia takut nak bersuara, kalau boleh biar lah selama dua hari ni tak ada pergaduhan yang terjadi antara dia orang ni.

          “Tahap kesihatan awak ni dah stabil... kaki pun dah kuat. Lepas ni mungkin boleh cuba jalan sendiri.. kurangkan bergantung pada kerusi ni”. Ajad dengan Eryna hanya mendengar. Ada yang rasa gembira... ada juga yang sedih. Tapi kenapa sedih? Bukan doktor tu tengah bagitahu berita baik ke? Atau tak sanggup nak berpisah?

            “Bila abang Ajad boleh keluar doktor?” Eryna hanya untuk pastikan. Nak bagi Ajad dengar jawapan doktor tu sendiri.

          “Macam yang saya cakap sebelum ni.. esok Ajad dah boleh discharged”. Doktor laki tu tersenyum pada Eryna.

            Ajad pandang doktor tu dengan Eryna berkali. Ada apa-apa ke dia orang ni? Kenapa lebar semacam aje doktor ni senyum? Eryna ni juga kenapa macam suka aje aku keluar cepat-cepat ni?

             “Thanks doc”.

            “Welcome”. Makin lebar senyuman dia. Bukan ada niat apa pun. Dah Eryna ni senyum.. dia pun balas balik lah kan. Dah nama pun sedekah. Tapi kalau lebar sangat tu macam dah bawak maksud lain. Betul tak?

            Mata Ajad mengecil. Ditenungnya Eryna yang dari tadi tak lepas pandang ke arah pintu. Apa pulak ni? Sedih ke tengok doktor tu pergi? Ada nada jeles di situ ya.

        “Saya tolong awak kemas barang”. Eryna gerak mendekati almari. Beg dikeluarkan. Sepanjang tu mata Ajad tak lepas pandang Eryna ni.

            “Papa mana?”

            “Hah?” Eryna terkejut. Dia menoleh.

             Papa? Rindunya... terasa lama tak dengar khabar papa dia ni.

         “Kenapa papa tak datang?” Dia masih marah lagi ke? Andai hatinya. Tapi logik lah kan. Ayah mana yang tak marah kalau buat anak perempuan dia macam tu sekali dulu.

            “Papa ada kerja”. Tu aje alasan yang mampu direka. Dia pun dah lama tak contact papa.

            “Ohhh...”. Terasa bersalah pulak buat Datuk Manan macam tu. Tapi mana mungkin masa diundur balik kan. Rasanya kalau boleh apa lah yang Ajad ni nak buat dulu kan? Mungkin awal-awal dia dah tolak rancangan mama Eryna ni kut. Dia tak kan kahwin dengan Eryna ni. Entah lah... takdir semua ni.
           
******

Pagi tu terasa segar. Ajad ni terasa bersemangat. Mungkin sebab ni hari terakhir dia duduk dalam wad persendirian ni kut. Hidung dia ni pun dah tak tahan dengan bau ubat-ubat dalam hospital ni. Dah lah kuat... menyakitkan hidung betul.

          Tapi kenapa terasa sunyi? Sejak dia bangun tadi bayang Eryna ni pun dia tak nampak. Mana pulak dia ni pergi? Pergi makan ke? Jam dipandang. Awal lagi ni, baru aje pukul 7 pagi tak kan perut dah minta nak diisikan.

            Selang 2 minit mata dia menumpu ke arah pintu. Dengan harapan dapat lah dia tengok raut Eryna ni nanti. Terasa rindu ke? Mungkin ada lah sikit kut. Cuba dihalang tapi entah kenapa degil juga perasaan tu nak menjengah.

            Satu jam tunggu tapi masih tak ada lagi bayang Eryna. Mana pulak dia ni pergi kan? Ajad cuba bangun... doktor pun cakap kaki dia dah kuatkan. Satu langkah cuba diambil.. perlahan-lahan. Bila dah yakin... baru langkah seterusnya diambil.

            Meja didekati... ada surat? Dahi dia berkerut pelik. Langkah diambil mendekati meja tu.

            Surat dicapai. Ada rasa tak sedap hati.


             As’salam...     
            Abang maafkan Ryna sebab pergi tanpa kata... Ryna harap abang jaga diri baik-baik.. Ryna tak mampu tunggu abang bangun, takut nanti lagi rasa berat nak pergi... Maafkan Ryna sebab selama ni hanya menyusahkan abnag...maaf.. Ryna doakan abang jumpa gadis lain yang mampu bagi abang kebahagian yang Ryna tak mampu bagi...Ryna sayang suami Ryna sangat-sangat...


         Ajad terkaku. Ni ke yang dia nak selama ni?

3 comments:

baby mio said...

sedihnya....

Anonymous said...

Nak Lagi???
>.<

-AM-

fazi syah said...

best laa cite ni..sambung2..hehe

Kehidupan seorang penulis © 2014