Thursday, 14 March 2013

Kisah Kita 01

Thursday, 14 March 2013
. . .

Kuala Lumpur : Tiga orang remaja lelaki ditimpa kemalangan di satu lebuh malam semalam. Dari sumber yang dipercayai dikatakan, seorang terkorban, manakala dua lagi cedera parah. Laporan awal menunjukkan kemungkinan besar punca disebalik kemalangan ini disebabkan pemandu berada dalam keadaan mabuk lalu tak dapat mengawal dengan baik kenderaan yang dipandu, menyebabkan kereta terbabas dan bertembung dengan lori dari laluan bertentangan.

           
Tiga bulan kemudian...

Tit... tit... tit...

        Raut yang lena tu dipandang. Nampak tenang aje, keadaan sekeliling langsung tak dipeduli. Penuh khusyuk... ralit sekali, nasib baik dalam bilik tu sekarang hanya ada dia dengan laki tu aje, kalau tak mesti ada yang cakap dia ni gatal.

            Dia mengeluh.

            “Kenapa?” Satu suara lain mencelah. Tiba-tiba pulak terdengar keluhan dia ni.

            “Bila dia nak bangun?” Pertanyaan yang tak disangka, tapi penuh berharap.

          “Yang tu tak pasti... ikut pada dia juga. Kalau dia sendiri yang tak nak, kita tak boleh buat apa”.

            “Tak boleh buat apa-apa? Tak ada cara lain ke?” Kali ni dia menoleh ke arah belakang.

             Gadis tu hanya menggeleng.

          “Aku dah buat yang termampu, yang lain tu kita kena berdoa aje lah Haura. Berdoa dia cepat sedar”.

            Air mata diseka. Sepanjang berminggu dia dekat sini, hanya tubuh yang terlena dengan air mata ni aje yang menjadi peneman setia. Jarang nak nampak dia keluar... keluar dari bilik ni pun tak... bila ditanya kenapa..

            “Kau tak keluar makan ke Haura?”

            Dia hanya menggeleng.

           “Tak nak keluar jalan-jalan?”

            Gelengan lagi sebagai jawapan.

            “Kenapa? Tak bosan ke duduk dalam bilik tu?”

         “Tak.. aku tak pernah bosan tengok muka dia... langsung tak rasa jemu. Aku tak boleh tinggalkan dia. Aku tak sanggup”. Semua yang dengar jawapan dia mesti akan terkedu. Yang jadi persoalannya siapa sebenarnya laki tu? Apa pulak hubungan dia orang ni?

******

Sebulan sebelum kemalangan menimpa..

“Apa ni? Kenapa semua nak masuk campur soal hidup Qie? Tak boleh ke biar Qie enjoy life Qie ni, boleh tak mama dengan papa tak payah nak pandai-pandai tentukan jodoh Qie, tentukan siapa isteri Qie. Qie ni dah besar lah pa, Qie boleh tentukan future Qie sendiri”.

            “Apa yang kamu tahu? Siang kamu sibuk berkepit dengan model tak cukup kain tu, malam pulak sia-siakan masa dekat tempat syaitan banyak berkumpul tu. Boleh ke kamu cari gadis yang sesuai untuk jadi menantu dalam rumah ni?” Mata Dato’ Shamsul jelas merah menyala. Ada rasa kesal tapi amarah lebih menguasai buat masa ni.

        “Tu semua life Qie pa. Qie tahu nak uruskan sendiri. Model yang tak cukup kain tu girlfriend Qie.. tempat yang papa kutuk tu lah yang selalu buat fikiran Qie ni jadi tenang. Duduk dekat rumah pun tak rasa setenang tu”. Nada suara mula kendur. Tak guna juga nak bertikam lidah.

         “Kenapa tak dekatkan diri dengan agama? Rajinkan diri pergi surau.. tak pun boleh join papa dengan mama jumpa uztad. Kita sama-sama belajar ilmu untuk akhirat ni”.

            Amar Rifqi tergelak. Sinis sangat.

         “Qie ni muda lagi lah pa untuk pergi tempat-tempat macam tu. Bila Qie dah umur macam papa nanti baru lah Qie jinak-jinakkan diri pergi tempat tu semua. Sekarang ni enjoy lah puas-puas dulu”. Tanpa rasa bersalah sikit pun dia luahkan ayat tu depan papa dengan mama dia.

            Datin Rose terkedu!

           “Apa dah jadi dengan anak mama ni?” Sebak hati terasa.

           “Mana anak mama yang dulu? Yang tak melawan kata?” Boleh dengar nada kecewa di situ.

         “Qie dah besar ma. Berapa kali Qie nak kena ulang? Qie dah cukup besar. Masa kecil dulu Qie bodoh lagi, apa-apa pun tak tahu. Tu yang Qie ikut aje apa yang papa dengan mama suruh. Tapi sekarang tak, Qie tak kan ikut apa yang papa dengan mama dah rancangkan”. Dia mula duduk. Tadi ingatkan sekejap aje perbualan ni. Jam dipandang. Adoi! Lambat lah aku sampai club hari ni..

            “Kamu ingat bila dah besar ni jadi satu tiket untuk kamu lawan cakap kami? ” Penuh sinis Dato’ Shamsul bersuara. Amar Rifqi ni aje lah anak yang dia ada, tak kan dia nak biarkan anak dia ni hanyutkan.

            “Papa pun pernah mudakan, please lah pa. Jangan desak Qie lagi. Qie tak suka! Qie tetap tak nak!” Alasan dia ditahan sebelum keluar tadi hanya disebabkan seorang gadis. Gadis yang ingin disatukan dengan dia. Semua tu pun rancangan mama dengan papa dia ni. Apa aku ni teruk sangat ke? Ingat aku ni tak reti jaga diri apa? Semua orang tua kolot!

            “Bila papa dah cakap ya.. maknanya ya. Tak ada siapa yang boleh lawan atau cakap tak. Lebih-lebih lagi kamu. Kalau kamu nak rasa lagi hidup mewah bawah tanggungan papa, baik ikut aje perancangan ni”. Muktamad!

             Amar Rifqi mendengus. Jelas nampak sikit pun tak puas hati.

           “Ok fine! Memang selama ni apa yang Qie cakap mama dengan papa pandang sebelah mata aje kan. Sebab tu Qie tak pernah tenang hidup dalam rumah ni. Nampak aje besar, tapi bagi Qie sempit sangat. Apa-apa aje lah pa. Papa aje lah yang betul kan”. Puas diluahkan semua, dia melangkah pergi. Laungan mama dia langsung tak dihiraukan. Tak menoleh walaupun untuk sedetik.

         “Salah ke apa yang kita nak buat ni bang?” Datin Rose sedih tengok pergaduhan anak beranak ni tadi. Selalunya kalau berjumpa mesti ada aje yang tak kena. Bergaduh selalu.

           “Ni untuk masa depan dia Rose. Kalau kita biarkan, Qie makin hanyut nanti. Awak nak tengok dia jadi macam tu ke? Hanyut ikut arus sesat tu?”

           “Tak nak... tapi Qie macam mana? Dia boleh terima ke?” Jawapan dia memang dah jelas tadi kan. Tapi kalau suami dia sendiri dah keluarkan arahan mandatori rasanya anak laki dia nak ikut ke?

            “Nak tak nak pun, dia wajib ikut! Semua ni untuk kebaikan dia”.

******

Suasana tempat tu sangat menyejukkan hati dia yang tengah panas membara. Tempat apa lagi kalau bukan night club. Entah apa yang menyejukkan tak tahu lah, dari buang masa dekat sini baik si Qie ni duduk dalam peti sejuk rumah dia kan. Lagi berganda-ganda sejuk rasanya.

           “Woi Qie! Apa masalah ni bro?” Gelas-gelas kosong atas meja dipandang. Gila banyak! Dari tadi non-stop minum ke apa ni?

            “Aku stress lah”. Sikit cakap.. tapi minumnya yang lebih.

            “Kau nak mabuk ke malam ni? Bukan esok kerja ke?”

            “Lantak lah. Aku malas dah nak fikir apa. Otak aku dah berserabuk gila ni. Kau tak payah lah kacau aku. Dah pergi menari dekat sana tu”. Ditolak jauh tubuh kawan dia yang menyibuk tadi tu.
            “Apa ni bro. Apa main tolak-tolak ni. Kau ada masalah teruk ni. Cakap aje lah dekat aku. Tak ada hal lah”. Tempat duduk sebelah Amar Rifqi diambil. Gelas diletak atas meja. Nak tumpang.

            “Parents aku tu kuno. Dia orang dah rancang perkahwinan aku”.

         “Hah? Kahwin paksa? Serius ni?” Dia mula tergelak, tapi mati bila terpandang pandangan mata maut dari Amar Rifqi.

        “Kau nak makan kasut ke? Nak dengar.. dengar lah. Tak payah nak gelak-gelak. Ada nanti kau yang kena humban dengan aku kang”. Mata dijengkelkan.

          “Ok sorry bro. Kisah kau ni kelakar lah, aku ingatkan parents yang ada anak nerd, skema ni yang selalu kena paksa kahwin. Tak sangka pulak laki playboy, kononnya terhangat di pasaran ni pun kena juga. Jatuh saham lah wei!” Dia gelak lagi. Makin kuat pulak tu. Entah apa lah yang kelakarkan.

             Amar Rifqi mendengus. Jadi makin geram pulak bila dengar apa yang kawan dia ni cakap.

            “Boys.. apa yang kelakar ni?” Suara merengek manja tu mematikan gelak Fazrul. Lenggok penuh bergaya gadis tu dipandang.

            “Nothing”.

            “Ye ke? Cerita lah pada I juga. I pun nak tahu”.

            “Tak ada apa lah darling. You pergi lah menari dulu... nanti I join”. Ditolak perlahan tubuh gadis tu. Belum masa lagi dia tahu perihal dia dengan kahwin paksa tu. Tak nak nanti bergaduh pulak.

             “Kenapa tak bagitahu?” Terus ditanya lepas bayang Emily menghilang.

            “Aku tak rasa Emily patut tahu hal ni. Belum masa lagi, pastikan kau pun tutup mulut”. Awal-awal lagi amarah diberi. Kawan dia ni pun bukan lah boleh percaya sangat. Tapi salah dia juga, dah tahu tak boleh percaya yang pergi cerita dekat laki tu kenapakan.

             Mulut dizip. Tapi masih tergelak-gelak lagi. Boleh ke dia ni simpan rahsia rasanya?

            “So, kau nak buat apa? Nak ikut aje cakap parents kau tu?” Nak juga korek hal ni.

            “Aku tak tahu lah...”. Mengeluh di akhir kata.

          “Tak tahu? Come on lah Qie.. Qie yang aku kenal bukan macam ni. Mana Qie dulu yang tahu aje apa nak buat dalam hidup dia? Yang tak teragak-agak nak buat keputusan sendiri”

            “Tu lain lah Rul... sekarang ni ada kaitan dengan parents aku. Memang lah aku ni teruk.. tapi tak ada lah sampai nak lawan dia orang sangat. Apa lagi yang aku boleh buat?” Muka diraup. Masalah!

             “Ermmm... ada satu lagi jalan kalau kau nak”. Senyuman penuh rasa diukir.

   Dahi Amar Rifqi berkerut. Apa pulak ni?

          “Apa?” Ada juga minat nak tahu. Untung-untung boleh selesaikan masalah dia nanti. Dia pun dah pening kepala fikiran masalah yang kononnya besar ni.
           
******
           
“Ma.. pa... Qie setuju dengan permintaan tadi. Tapi ada syaratnya”.

            Dato’ Shamsul dengan Datin Rose terkedu. Apa pulak permainan anak dia ni. Dah tahu sangat mesti ada yang dah dirancangkan dalam kepala anak tunggal dia.

              “Apa?” Dalam terpaksa ditanya juga.

              “Qie nak jumpa dengan gadis tu dulu”.

              Dahi Dato’ Shamsul berkerut. Semudah tu permintaan dia?

              “Tu aje permintaan Qie?”

             “Yup! Why? Tak percaya ke?” Senyuman sinis cuba disembunyikan. Nampak kalut sangat parents dia sekarang ni.

             “Qie ni tak lah teruk mana pun pa.. ma.. Bila dah tentukan tarikh tu bagitahu Qie. Biar Qie sendiri yang jumpa dia. Nite”. Dia berlalu. Takut kalau berlama lagi nanti ketawa yang cuba ditahan tadi tersembur pulak. Tak nak lah awal-awal lagi semua perancangan dia ni musnah.

             “Mesti ada yang dia rancang tu”. Keluh Dato’ Shamsul.

            “Abang... mana tahu kali ni dia serius. Abang jangan lah salah sangka pada Qie lagi”. Dia pun dah tak tahu nak masuk side siapa.

             “Qie tu tak pernah seriusnya Rose. Abang tahu ada rancangan yang dia dah aturkan. Kalau tak, dia tak akan senang-senang nak terima permintaan kita ni. Dia satu-satunya anak kita... semua tindak tanduk dia tu abang tahu. Dan kali ni abang akan pastikan semua rancangan dia tak akan berjaya”.

           Datin Rose hanya mampu mendengar. Nak balas rasanya tak patut. Dia akan jadi pemerhati dan pendengar aje buat masa ni. Bila keadaan memerlukan dia masuk campur.. baru dia akan bertindak.

 ******

“Haura sayang... betul sayang setuju ni?” Raut anaknya dipandang. Nampak lembut saja raut tu. Sejuk mata memandang.

          “Ya ibu.. Haura ikut aje apa yang ibu dengan abah dah rancangkan untuk masa depan Haura. Haura tahu tu semua yang terbaik untuk Haura”. Dia tersenyum. Nak sedapkan hati ibu dia ni.

            “Bagus lah macam tu”. Baru terdengar suara abah Haura ni. Dari tadi dia biarkan isteri dia saja yang bercakap dengan Haura. Sekarang dia dah boleh tarik nafas lega. Satu halangan dah lepas.

            “Tapi satu aje yang Haura nak tanya”. Puan Zahra dengan Encik Loqman memandang ke arah Haura. Dari tadi dia menunduk. Bukannya takut.. tapi entah lah. Terasa tak mampu nak pandang kedua wajah yang dia sayangi tu.

              “Parents laki tu macam mana?”

              Puan Zahra memandang suaminya. Kening diangkat.

              “Apa yang Haura nak tahu pasal dia orang?”

            “Parents dia macam ibu dengan abah ke? Boleh ke dia orang terima Haura masuk dalam famili tu?” Tu yang dia takutkan sebenarnya. Takut dengan penerimaan belah sana.

               Puan Zahra tersenyum kecil.

         “Yang tu Haura jangan risau... bakal mak mertua Haura tu baik sangat. Dia pun dah sayangkan bakal menantu dia ni. Dari semalam tak sabar-sabar nak jumpa dengan Haura sendiri”.

              Bakal menantu? Nak jumpa? Haura bertambah cuak. Muka dah pucat. Tangan jadi sejuk. Betul ke jalan yang dia ikut ni?

            Kegirangan di wajah ibu dan abahnya dipandang. Mungkin ni yang sebaiknya. Kalau dia orang suka dengan keputusan yang dia dah ambil ni apa pulak hak dia untuk tarik balikkan?

             Kegusaran masih terasa. Lebih lagi bila tengok abah dia tengah bercakap dengan keluarga belah sana.

             “Ok.. set!” Gelak tawa kedengaran.

             Aik? Cepatnya abah bertindak. Baru aje dia setuju dah dikhabarkan terus.

             “Haura... semua dah beres... tapi bakal suami Haura ada buat satu permintaan”.

              Adoi abah ni pun. Kenapa lah asyik guna perkataan ‘bakal’ segala. Takut kut dengar.

           “Apa dia abang?” Dia yang jadi wakil. Nak tunggu Haura yang tanya macam lambat aje. Tak sabar nak tahu dah ni.

             “Dia nak jumpa dengan Haura dulu”.

             “Hah?” Jumpa?




p/s : as'salam.. hai.. hello readers... sorry lambat update enry baru... banyak kerja sangat sekarang ni... tapi sempat juga lah nak tulis cerita baru ni... cerita ni tiba-tiba aje idea dia dtg tu yang laju je menaip.. ok komen lah ya kalau suka... kalau rmai yang suka sy teruskan buat jadi novel kalau tak  cerpen je.. 

    - LR habis dalam blog smpai bab 30.. sbb tu sy masukkan agak lmbat... sibuk siapkan manuskrip sebenarnya... sorry ya... enjoy dulu cerita bru tu.. hehe... tanx ^_^



6 comments:

baby mio said...

Best tapi kalau boleh jng terlalu berat sangat ringan-2 sudah ya supaya x tension sangat bila baca tq.

misztyra9@ said...

cerita sy berat ke?

Anonymous said...

cerite baru ke akak??best2...sambung la lagi...hehe...LR smpai bab 30?wow ni xsabar nk bace...aik akak nga siap manuskrip??wah2,harap2 manuskrip akak diterime...aamiin...ni xsabar nk tggu LR & PC publish...eh terexcited lak kite...hihihi...anyway,akak jgn stres2 taw...take ur time...kite setia menunggu karya2 akak... FIGHTING!!! sayang akak...muahhh...
-nasira comey-

misztyra9@ said...

@Anonymous

hehe... thanks nasira comey! komen dia mmg blh buat akak snyum lah.. hehe.. cerita akak berat ke?

Anonymous said...

eh komen kite buat akak senyum??ceh2, terharu kite...hihihi...cerita kak xberat la..cerita akak sangat santai n dekat ngan jiwa pembace..lagi satu cerita akak ni byk dgn kejutan..sampai kite rase terkejut bile bace...n terfeeling2 sorang...hehehe...one more thing,terlalu sweet sgt cerita akak smpai kite cair... ;) anyway cerite akak mmg the best!!
-nasira comey-

misztyra9@ said...

@Anonymous
senyum lg! ^_^ .. hehe.. comeynya komen dia kan.. tp m'muji sgt ni.. blh kmbang kejap.. hehe.. tq2 adk akak yg comey.. syg dia lebih lah.. muah2!

Kehidupan seorang penulis © 2014