. . .
Kuala
Lumpur : Tiga orang remaja lelaki ditimpa kemalangan di satu lebuh malam
semalam. Dari sumber yang dipercayai dikatakan, seorang terkorban, manakala dua
lagi cedera parah. Laporan awal menunjukkan kemungkinan besar punca disebalik kemalangan
ini disebabkan pemandu berada dalam keadaan mabuk lalu tak dapat mengawal dengan
baik kenderaan yang dipandu, menyebabkan kereta terbabas dan bertembung dengan
lori dari laluan bertentangan.
Tiga
bulan kemudian...
Tit...
tit... tit...
Raut yang lena tu dipandang. Nampak tenang aje, keadaan
sekeliling langsung tak dipeduli. Penuh khusyuk... ralit sekali, nasib baik
dalam bilik tu sekarang hanya ada dia dengan laki tu aje, kalau tak mesti ada
yang cakap dia ni gatal.
Dia
mengeluh.
“Kenapa?”
Satu suara lain mencelah. Tiba-tiba pulak terdengar keluhan dia ni.
“Bila
dia nak bangun?” Pertanyaan yang tak disangka, tapi penuh berharap.
“Yang tu
tak pasti... ikut pada dia juga. Kalau dia sendiri yang tak nak, kita tak boleh
buat apa”.
“Tak boleh
buat apa-apa? Tak ada cara lain ke?” Kali ni dia menoleh ke arah belakang.
Gadis tu
hanya menggeleng.
“Aku dah
buat yang termampu, yang lain tu kita kena berdoa aje lah Haura. Berdoa dia
cepat sedar”.
Air mata
diseka. Sepanjang berminggu dia dekat sini, hanya tubuh yang terlena dengan air
mata ni aje yang menjadi peneman setia. Jarang nak nampak dia keluar... keluar
dari bilik ni pun tak... bila ditanya kenapa..
“Kau tak
keluar makan ke Haura?”
Dia
hanya menggeleng.
“Tak nak
keluar jalan-jalan?”
Gelengan
lagi sebagai jawapan.
“Kenapa?
Tak bosan ke duduk dalam bilik tu?”
“Tak..
aku tak pernah bosan tengok muka dia... langsung tak rasa jemu. Aku tak boleh
tinggalkan dia. Aku tak sanggup”. Semua yang dengar jawapan dia mesti akan
terkedu. Yang jadi persoalannya siapa sebenarnya laki tu? Apa pulak hubungan
dia orang ni?
******
Sebulan sebelum kemalangan menimpa..
Sebulan sebelum kemalangan menimpa..
“Apa ni? Kenapa semua nak masuk campur soal hidup Qie?
Tak boleh ke biar Qie enjoy life Qie ni,
boleh tak mama dengan papa tak payah nak pandai-pandai tentukan jodoh Qie, tentukan
siapa isteri Qie. Qie ni dah besar lah pa, Qie boleh tentukan future Qie sendiri”.
“Apa
yang kamu tahu? Siang kamu sibuk berkepit dengan model tak cukup kain tu, malam
pulak sia-siakan masa dekat tempat syaitan banyak berkumpul tu. Boleh ke kamu
cari gadis yang sesuai untuk jadi menantu dalam rumah ni?” Mata Dato’ Shamsul
jelas merah menyala. Ada rasa kesal tapi amarah lebih menguasai buat masa ni.
“Tu
semua life Qie pa. Qie tahu nak
uruskan sendiri. Model yang tak cukup kain tu girlfriend Qie.. tempat yang papa kutuk tu lah yang selalu buat
fikiran Qie ni jadi tenang. Duduk dekat rumah pun tak rasa setenang tu”. Nada
suara mula kendur. Tak guna juga nak bertikam lidah.
“Kenapa
tak dekatkan diri dengan agama? Rajinkan diri pergi surau.. tak pun boleh join papa dengan mama jumpa uztad. Kita
sama-sama belajar ilmu untuk akhirat ni”.
Amar
Rifqi tergelak. Sinis sangat.
“Qie ni
muda lagi lah pa untuk pergi tempat-tempat macam tu. Bila Qie dah umur macam
papa nanti baru lah Qie jinak-jinakkan diri pergi tempat tu semua. Sekarang ni enjoy lah puas-puas dulu”. Tanpa rasa
bersalah sikit pun dia luahkan ayat tu depan papa dengan mama dia.
Datin
Rose terkedu!
“Apa dah
jadi dengan anak mama ni?” Sebak hati terasa.
“Mana
anak mama yang dulu? Yang tak melawan kata?” Boleh dengar nada kecewa di situ.
“Qie dah
besar ma. Berapa kali Qie nak kena ulang? Qie dah cukup besar. Masa kecil dulu
Qie bodoh lagi, apa-apa pun tak tahu. Tu yang Qie ikut aje apa yang papa dengan
mama suruh. Tapi sekarang tak, Qie tak kan ikut apa yang papa dengan mama dah
rancangkan”. Dia mula duduk. Tadi ingatkan sekejap aje perbualan ni. Jam
dipandang. Adoi! Lambat lah aku
sampai club hari ni..
“Kamu
ingat bila dah besar ni jadi satu tiket untuk kamu lawan cakap kami? ” Penuh
sinis Dato’ Shamsul bersuara. Amar Rifqi ni aje lah anak yang dia ada, tak kan
dia nak biarkan anak dia ni hanyutkan.
“Papa
pun pernah mudakan, please lah pa.
Jangan desak Qie lagi. Qie tak suka! Qie tetap tak nak!” Alasan dia ditahan
sebelum keluar tadi hanya disebabkan seorang gadis. Gadis yang ingin disatukan
dengan dia. Semua tu pun rancangan mama dengan papa dia ni. Apa aku ni teruk
sangat ke? Ingat aku ni tak reti jaga diri apa? Semua orang tua kolot!
“Bila
papa dah cakap ya.. maknanya ya. Tak ada siapa yang boleh lawan atau cakap tak.
Lebih-lebih lagi kamu. Kalau kamu nak rasa lagi hidup mewah bawah tanggungan
papa, baik ikut aje perancangan ni”. Muktamad!
Amar
Rifqi mendengus. Jelas nampak sikit pun tak puas hati.
“Ok fine! Memang selama ni apa yang Qie
cakap mama dengan papa pandang sebelah mata aje kan. Sebab tu Qie tak pernah
tenang hidup dalam rumah ni. Nampak aje besar, tapi bagi Qie sempit sangat.
Apa-apa aje lah pa. Papa aje lah yang betul kan”. Puas diluahkan semua, dia
melangkah pergi. Laungan mama dia langsung tak dihiraukan. Tak menoleh walaupun
untuk sedetik.
“Salah
ke apa yang kita nak buat ni bang?” Datin Rose sedih tengok pergaduhan anak
beranak ni tadi. Selalunya kalau berjumpa mesti ada aje yang tak kena. Bergaduh
selalu.
“Ni
untuk masa depan dia Rose. Kalau kita biarkan, Qie makin hanyut nanti. Awak nak
tengok dia jadi macam tu ke? Hanyut ikut arus sesat tu?”
“Tak
nak... tapi Qie macam mana? Dia boleh terima ke?” Jawapan dia memang dah jelas
tadi kan. Tapi kalau suami dia sendiri dah keluarkan arahan mandatori rasanya
anak laki dia nak ikut ke?
“Nak tak
nak pun, dia wajib ikut! Semua ni untuk kebaikan dia”.
******
Suasana tempat tu sangat menyejukkan hati dia yang tengah
panas membara. Tempat apa lagi kalau bukan night
club. Entah apa yang menyejukkan tak tahu lah, dari buang masa dekat sini
baik si Qie ni duduk dalam peti sejuk rumah dia kan. Lagi berganda-ganda sejuk
rasanya.
“Woi Qie! Apa masalah ni bro?” Gelas-gelas kosong atas meja
dipandang. Gila banyak! Dari tadi non-stop
minum ke apa ni?
“Aku stress lah”. Sikit cakap.. tapi minumnya
yang lebih.
“Kau nak
mabuk ke malam ni? Bukan esok kerja ke?”
“Lantak
lah. Aku malas dah nak fikir apa. Otak aku dah berserabuk gila ni. Kau tak
payah lah kacau aku. Dah pergi menari dekat sana tu”. Ditolak jauh tubuh kawan
dia yang menyibuk tadi tu.
“Apa ni bro. Apa main tolak-tolak ni. Kau ada
masalah teruk ni. Cakap aje lah dekat aku. Tak ada hal lah”. Tempat duduk
sebelah Amar Rifqi diambil. Gelas diletak atas meja. Nak tumpang.
“Parents aku tu kuno. Dia orang dah
rancang perkahwinan aku”.
“Hah? Kahwin paksa? Serius ni?” Dia mula
tergelak, tapi mati bila terpandang pandangan mata maut dari Amar Rifqi.
“Kau nak
makan kasut ke? Nak dengar.. dengar lah. Tak payah nak gelak-gelak. Ada nanti
kau yang kena humban dengan aku kang”.
Mata dijengkelkan.
“Ok sorry bro. Kisah kau ni kelakar lah, aku
ingatkan parents yang ada anak nerd, skema ni yang selalu kena paksa
kahwin. Tak sangka pulak laki playboy,
kononnya terhangat di pasaran ni pun kena juga. Jatuh saham lah wei!” Dia gelak lagi. Makin kuat pulak
tu. Entah apa lah yang kelakarkan.
Amar
Rifqi mendengus. Jadi makin geram pulak bila dengar apa yang kawan dia ni
cakap.
“Boys.. apa yang kelakar ni?” Suara
merengek manja tu mematikan gelak Fazrul. Lenggok penuh bergaya gadis tu
dipandang.
“Nothing”.
“Ye ke?
Cerita lah pada I juga. I pun nak tahu”.
“Tak ada
apa lah darling. You pergi lah menari dulu... nanti I join”. Ditolak perlahan tubuh gadis tu. Belum masa lagi dia tahu
perihal dia dengan kahwin paksa tu. Tak nak nanti bergaduh pulak.
“Kenapa
tak bagitahu?” Terus ditanya lepas bayang Emily menghilang.
“Aku tak
rasa Emily patut tahu hal ni. Belum masa lagi, pastikan kau pun tutup mulut”.
Awal-awal lagi amarah diberi. Kawan dia ni pun bukan lah boleh percaya sangat.
Tapi salah dia juga, dah tahu tak boleh percaya yang pergi cerita dekat laki tu
kenapakan.
Mulut
dizip. Tapi masih tergelak-gelak lagi. Boleh ke dia ni simpan rahsia rasanya?
“So, kau nak buat apa? Nak ikut aje cakap
parents kau tu?” Nak juga korek hal
ni.
“Aku tak
tahu lah...”. Mengeluh di akhir kata.
“Tak
tahu? Come on lah Qie.. Qie yang aku
kenal bukan macam ni. Mana Qie dulu yang tahu aje apa nak buat dalam hidup dia?
Yang tak teragak-agak nak buat keputusan sendiri”
“Tu lain
lah Rul... sekarang ni ada kaitan dengan parents
aku. Memang lah aku ni teruk.. tapi tak ada lah sampai nak lawan dia orang
sangat. Apa lagi yang aku boleh buat?” Muka diraup. Masalah!
“Ermmm... ada satu lagi jalan kalau kau
nak”. Senyuman penuh rasa diukir.
Dahi Amar Rifqi berkerut. Apa pulak ni?
“Apa?”
Ada juga minat nak tahu. Untung-untung boleh selesaikan masalah dia nanti. Dia
pun dah pening kepala fikiran masalah yang kononnya besar ni.
******
“Ma.. pa... Qie setuju dengan permintaan tadi. Tapi ada
syaratnya”.
Dato’
Shamsul dengan Datin Rose terkedu. Apa pulak permainan anak dia ni. Dah tahu
sangat mesti ada yang dah dirancangkan dalam kepala anak tunggal dia.
“Apa?”
Dalam terpaksa ditanya juga.
“Qie nak
jumpa dengan gadis tu dulu”.
Dahi
Dato’ Shamsul berkerut. Semudah tu permintaan dia?
“Tu aje
permintaan Qie?”
“Yup! Why?
Tak percaya ke?” Senyuman sinis cuba disembunyikan. Nampak kalut sangat parents dia sekarang ni.
“Qie ni
tak lah teruk mana pun pa.. ma.. Bila dah tentukan tarikh tu bagitahu Qie. Biar
Qie sendiri yang jumpa dia. Nite”.
Dia berlalu. Takut kalau berlama lagi nanti ketawa yang cuba ditahan tadi
tersembur pulak. Tak nak lah awal-awal lagi semua perancangan dia ni musnah.
“Mesti
ada yang dia rancang tu”. Keluh Dato’ Shamsul.
“Abang...
mana tahu kali ni dia serius. Abang jangan lah salah sangka pada Qie lagi”. Dia
pun dah tak tahu nak masuk side
siapa.
“Qie tu
tak pernah seriusnya Rose. Abang tahu ada rancangan yang dia dah aturkan. Kalau
tak, dia tak akan senang-senang nak terima permintaan kita ni. Dia satu-satunya
anak kita... semua tindak tanduk dia tu abang tahu. Dan kali ni abang akan
pastikan semua rancangan dia tak akan berjaya”.
Datin
Rose hanya mampu mendengar. Nak balas rasanya tak patut. Dia akan jadi
pemerhati dan pendengar aje buat masa ni. Bila keadaan memerlukan dia masuk
campur.. baru dia akan bertindak.
******
“Haura sayang... betul sayang setuju ni?” Raut anaknya
dipandang. Nampak lembut saja raut tu. Sejuk mata memandang.
“Ya
ibu.. Haura ikut aje apa yang ibu dengan abah dah rancangkan untuk masa depan
Haura. Haura tahu tu semua yang terbaik untuk Haura”. Dia tersenyum. Nak
sedapkan hati ibu dia ni.
“Bagus
lah macam tu”. Baru terdengar suara abah Haura ni. Dari tadi dia biarkan isteri
dia saja yang bercakap dengan Haura. Sekarang dia dah boleh tarik nafas lega.
Satu halangan dah lepas.
“Tapi
satu aje yang Haura nak tanya”. Puan Zahra dengan Encik Loqman memandang ke
arah Haura. Dari tadi dia menunduk. Bukannya takut.. tapi entah lah. Terasa tak
mampu nak pandang kedua wajah yang dia sayangi tu.
“Parents laki tu macam mana?”
Puan
Zahra memandang suaminya. Kening diangkat.
“Apa
yang Haura nak tahu pasal dia orang?”
“Parents dia macam ibu dengan abah ke?
Boleh ke dia orang terima Haura masuk dalam famili tu?” Tu yang dia takutkan
sebenarnya. Takut dengan penerimaan belah sana.
Puan
Zahra tersenyum kecil.
“Yang tu
Haura jangan risau... bakal mak mertua Haura tu baik sangat. Dia pun dah
sayangkan bakal menantu dia ni. Dari semalam tak sabar-sabar nak jumpa dengan
Haura sendiri”.
Bakal
menantu? Nak jumpa? Haura bertambah cuak. Muka dah pucat. Tangan jadi sejuk.
Betul ke jalan yang dia ikut ni?
Kegirangan
di wajah ibu dan abahnya dipandang. Mungkin ni yang sebaiknya. Kalau dia orang
suka dengan keputusan yang dia dah ambil ni apa pulak hak dia untuk tarik
balikkan?
Kegusaran
masih terasa. Lebih lagi bila tengok abah dia tengah bercakap dengan keluarga
belah sana.
“Ok.. set!”
Gelak tawa kedengaran.
Aik? Cepatnya abah bertindak. Baru aje dia setuju dah dikhabarkan terus.
Aik? Cepatnya abah bertindak. Baru aje dia setuju dah dikhabarkan terus.
“Haura...
semua dah beres... tapi bakal suami Haura ada buat satu permintaan”.
Adoi abah ni pun. Kenapa lah asyik guna
perkataan ‘bakal’ segala. Takut kut dengar.
“Apa dia
abang?” Dia yang jadi wakil. Nak tunggu Haura yang tanya macam lambat aje. Tak
sabar nak tahu dah ni.
“Dia nak
jumpa dengan Haura dulu”.
“Hah?” Jumpa?
p/s : as'salam.. hai.. hello readers... sorry lambat update enry baru... banyak kerja sangat sekarang ni... tapi sempat juga lah nak tulis cerita baru ni... cerita ni tiba-tiba aje idea dia dtg tu yang laju je menaip.. ok komen lah ya kalau suka... kalau rmai yang suka sy teruskan buat jadi novel kalau tak cerpen je..
- LR habis dalam blog smpai bab 30.. sbb tu sy masukkan agak lmbat... sibuk siapkan manuskrip sebenarnya... sorry ya... enjoy dulu cerita bru tu.. hehe... tanx ^_^
6 comments:
Best tapi kalau boleh jng terlalu berat sangat ringan-2 sudah ya supaya x tension sangat bila baca tq.
cerita sy berat ke?
cerite baru ke akak??best2...sambung la lagi...hehe...LR smpai bab 30?wow ni xsabar nk bace...aik akak nga siap manuskrip??wah2,harap2 manuskrip akak diterime...aamiin...ni xsabar nk tggu LR & PC publish...eh terexcited lak kite...hihihi...anyway,akak jgn stres2 taw...take ur time...kite setia menunggu karya2 akak... FIGHTING!!! sayang akak...muahhh...
-nasira comey-
@Anonymous
hehe... thanks nasira comey! komen dia mmg blh buat akak snyum lah.. hehe.. cerita akak berat ke?
eh komen kite buat akak senyum??ceh2, terharu kite...hihihi...cerita kak xberat la..cerita akak sangat santai n dekat ngan jiwa pembace..lagi satu cerita akak ni byk dgn kejutan..sampai kite rase terkejut bile bace...n terfeeling2 sorang...hehehe...one more thing,terlalu sweet sgt cerita akak smpai kite cair... ;) anyway cerite akak mmg the best!!
-nasira comey-
@Anonymous
senyum lg! ^_^ .. hehe.. comeynya komen dia kan.. tp m'muji sgt ni.. blh kmbang kejap.. hehe.. tq2 adk akak yg comey.. syg dia lebih lah.. muah2!
Post a Comment