. . .
“Arghhh.. Tensionnya!!” Menjerit pulak Naural ni.
Rasanya Dila yang duduk sebelah bilik Naural ni boleh dengar tak jeritan Naural
tadi? Sebab rasanya macam kuat aje jeritan dia ni.
“Apa aku
nak buat sekarang ni? Lupakan Luth? Atau layan aje dia macam biasa. Macam
kawan?” Kepalaya digaru. Kesian betul kehidupan Naural ni kan. Dah dua kali dia
jadi macam ni. Tu pun sebab laki.
Habis
satu bilik ditawaf. Tu pun nak cari idea. Tak tahu apa dia kena buat lepas ni.
Cara nak berdepan dengan Luth. Ke dia patut tanya aje apa hubungan dia dengan
gadis tu? Tapi... macam perigi cari timba aje. Kalau dia tanya nampak sangat
lah dia ada hati ‘sikit’ pada Luth kan?
Sedang
dia jalan berulang-alik dalam bilik tu dengan tak sengaja dia dah menyebabkan
selonggok kertas atas meja terjatuh berterbangan atas lantai. Naural hanya
memandang geram. Kertas ni pulak jatuhkan. Tak faham ke yang tuan kau orang ni
tengah berduka. Cuba lah faham sikit.
Naural
ni pun ada aje yang dia nak bebelkan. Dengan kertas pun bolehkan. Benda tu
bukannya hidup pun, nak cakap pun tak boleh. Kesian tak pasal-pasal jadi
mangsa.
“Kertas
ni...”. Satu kertas putih dipegang.
“Eh? Ni bukan kertas teka-teki tu ke? Aku
dah selesaikan ke belum eh?” Dibelek
berkali kertas tu. Rasa macam dah, tapi tak yakin pulak sebab tak jumpa jawapan
dia. Dekat mana pulak aku conteng jawapan dia kan?
Puas
diselongkar longgokan kertas yang berteraburan tadi. Sehelai..sehelai dibelek..
diperhati. Nak cari jawapan yang dia dah dapat sebelum ni. Kenapa Naural tak
buat balik rasanya? Sebab... dia tak nak guna fikiran dia ni yang hanya diperah
masa ujian aje. Dia rela habiskan masa cari kertas jawapan tu balik.
“Fuhh.. nasib baik jumpa kertas ni”.
Kertas yang lain diletak kemas atas meja balik. Dua kertas tadi dipegang. Satu
kertas teka-teki, satu lagi kertas jawapan.
“Ermmm... kalau ikutkan aku memang lah
malas nak layan benda ni. Tapi disebabkan perasaan aku sekarang ni sakit
disebabkan insan bernama Luth.. buat aje lah kan. Tak ada lah aku duk fikir sangat pasal Luth dengan gadis
tu lagi.. tapi ada lagi ke klu tu? ermmm...
lantak lah.. pergi aje esok tengok”. Keputusan dah dibuat. Mungkin ni yang
terbaik Naural boleh fikirkan buat masa ni kut.
******
Esok pagi-pagi Naural dah bangun. Dia ada misi penting
hari ni. Misi jom-selesaikan-teka-teki-beramai-ramai. Macam biasa lah gaya
Naural ni kan... nak turun dari blog mesti berlari-lari. Dengan rambut
disanggul tinggi. Hari ni tak ada lah bawa gitarkan. Tapi dalam mulut tengah
mengunyah roti. Makanan favourite dia
yang tak lapuk ditelan zaman.
Sampai
aje dekat bus stop Naural berhenti,
ramai dah buat muka pelik. Biasa lah kan, manusia sekarang memang senang pelik.
Tengok Naural sanggul rambut tinggi pun orang buat muka pelik. Dia berlari pun
orang pandang pelik. Entah lah... macam-macam ragam orang sekarang ni. Naural
dia macam biasa lah mana nak kisah semua tu, asalkan dia bahagia dah.
Bas yang
dah ada depan mata dinaiki. Tu pun sebab dia dah rimas dengan pandangan mata
pelik-pelik dari orang sekeliling dia ni. Apa yang nampak pelik entah. Kang aku pakai baju spongebob dengan seluar kotak-kotak mahu ternganga pulak mulut tu. Orang
yang pakai baju warna hijau dengan seluar oren tu kau tak pandang pelik pulak
kan. Geramnya!!
Naural
duduk seat paling belakang. Malas nak
biarkan diri dia jadi perhatian orang-orang yang perasan diri dia tak pelik tu.
Duduk aje air-cond dihala betul-betul
atas dia. Naural ni sebenarnya tak kisah kalau setakat pandang aje, tapi bila
mulut pun dah cakap macam-macam dia pun jadi bengangkan.
Tingkap
sebelah kiri dipandang. Sampai aje dilaluan berdekatan Danau, mata Naural
terbuka. Agak besar tak besar juga lah. Mana taknya, dah dia nampak Luth dekat
situ. Tengah jogging dengan Marysa
lagi. Nampak rapat sangat dia orang berdua. Ketawa..ketawa... Hati yang dah
mampu ditenteramkan semalam jadi kucar-kacir balik. Tapi nasib baik air mata
dia tak mengalir. Mungkin dia dah jadi makin tabah disebabkan kisah dulu. Ada
hikmah juga rupanya..
******
“Naural??”
“Woi Harith. Kau buat apa dekat sini?”
Dipandang Harith yang melangkah menghampiri dia. Laki ni satu kuliah dengan
dia. Ambil sama course juga lah.
Antara laki yang dia boleh rapat masa dalam kelas, tu pun sebab dia orang ni
selalu terpilih untuk masuk dalam satu kumpulan untuk apa-apa projek lah.
“Aku?
Ada lah”. Harith tersenyum berahsia.
“Poyo
lah kau. Cakap aje lah nak cari girlfriend
kau kan”.
Harith
tergelak. Tahu pulak si Naural ni pasal dia kan.
“Siapa
pulak yang bagitahu ni? Kau orang perempuan memang tak ada kerja sangat ke?
Sampai girlfriend aku fakulti mana
pun kau tahu”.
“Woah..woah.. bahasa jaga sikit ye Harith. Kita orang perempuan bukan
macam tu. Tak ada masanya nak tahu pasal hal kau yang memang sah-sah tak femes
ni. Dah mata aku pernah ternampak kau jumpa satu girl tu dekat sini. Tu yang aku agak maybe kau ada girlfriend
belajar dekat sini”. Geram pulak dengan Harith ni.
“Oh
ye ke? Aku ingatkan kau ni stalk aku
kan. Minat aku dalam diam ke”. Tergelak-gelak di hujung ayat.
Naural
dah buat muka. Siapa entah nak stalk
dia ni. Bukannya jenis yang aku suka pun. Apa bilik dia ni dah kepupusan cermin
ke?
“Dah lah
Naural, aku gurau aje lah. Aku tahu lah aku ni bukan taste kau. Kau pulak buat apa datang sini?” Dia pelik juga dengan
kehadiaran Naural yang tiba-tiba ni. Nak cakap ada kelas.. mustahil lah kan.
Dia orang mana lah pernah ada kelas dekat fakulti lain. Ke nak jumpa boyfriend ni?
“Kau nak
jumpa boyfriend ke?”
Naural
terkedu!
Harith
dah tersengih nakal. Kantoi! Betul lah tu kan. Nampak sangat dari raut dia. Patut
lah selama ni member dia yang lain
cuba nak tackle Naural ni tak dapat,
dah berpunya rupanya.
“Mana
ada.. dah lah Harith aku dah lambat ni. Ada hal penting ni. Aku pergi dulu
lah”. Baik dia cabut cepat-cepat. Nanti ada aje soalan mencabar minda dari
Harith pulak.
Harith
tersenyum kecil. Gelabah betul lah Naural ni. Nampak sangat ada lah benda dia
nak sembunyi tu...
******
Beberapa pasang mata memandang scene drama antara Naural dengan Harith tadi. Ada yang memandang
dengan pandangan pelik. Ada yang terkejut. Yang tak puas hati pun ada juga.
Luth pun ada mengintai sama juga. Ada yang pelik tak macam mana Luth ni boleh
ada dekat sini? Bukan tadi dia dekat Danau ke? Ok.. dia kan ada kereta, lagi
pun kejap lagi kelas dia bermula. Tu yang secara lak langsung dia pun mengendap
sekali scene tadi.
“Siapa
pulak laki tu Luth?” Amir dengan sikit menyibuk dia nak ambil tahu. Dulu laki
bertopi sekarang ni laki lain pulak. Apa hubungan dia orang rasanya?
Luth
hanya diam. Dengusan kuat kedengaran. Semua yang lain dah pandang Luth. Nampak
jelas berubah muka kawan dia ni. Tu baru tengok Naural cakap dengan laki lain..
kalau Naural ada hubungan dengan mana-mana laki mahu tak selamat laki tu
dikerjakan nanti.
“Boyfriend dia ke?” Danny pulak bersuara.
Gaya macam nak menyakitkan hati Luth kan.
Luth
pandang Danny tajam.
“Ermm... mungkin jugakan. Muka laki tu
pun not bad apa. Sesuai lah dengan
Naural yang comel tu”. Amir tambah perisa.
Luth
mencebik.
“Not bad? Macam rumah tak siap,
terbengkalai 20 tahun aje aku tengok. Aku lagi beribu kali ganda hensem kut.
Apa mata kau orang ada masalah ke apa? Nak aku bawa pergi check nanti?” Ada unsur perasan di situ. Jeles penyebab utama.
Yang
lain dah tersengih-sengih. Teruk betul tahap cemburu Luth ni kan.
“Ada
orang cemburu lah. Rasa panas tak? Nak kita orang belikan kau ais dekat cafe. Mana tahu boleh kurangkan panas
tu”. Amir tergelak-gelak. Suka betul dia tengok muka Luth sekarang ni.
“Ais?
Mana cukup dengan ais Amir. Mahu satu tasik KEJUT ni kita guna untuk kurangkan
panas Luth ni. Panas berapi kut, dah macam duduk dekat bawah gunung berapi yang
nak meetus aje gayanya ni”. Kawan yang lain sengaja menambah rasa geram Luth. Ok
semua tutup mulut, dahi tak payah berkerut.... KEJUT tu singkatan kejuruteraan
ya.
Luth
makin bengang. Betul-betul tak ada kerja lah dia orang ni. Dia melangkah masuk.
Malas nak dengar ayat merapu Amir dengan yang lain ni.
“Guys... jom ambil baldi. Kawan kita dah
nak cair tu”. Yang lain makin kuat ketawa. Tak habis lagi nak kenakan Luthkan.
Dah memang tu tuga seorang kawan. Betul tak semua?
*******
Naural mengesat peluh. Dia mencari-cari dari tadi. Tapi
yang sadisnya, dia tak tahu pun apa yang dicari. Sebab dalam kertas tu tulis
tasik UKM aje kan? Tapi kenapa tak ada nampak apa-apa bayang klu pun.
Puas dah
sekeliling tasik besar tu dironda. Siap buat pusingan berkali-kali lagi. Tu pun
untuk pastikan yang dia memang tak ada missed
mana-mana bahagian. Penat mencari Naural duduk di satu bangku yang sedia
menanti dia. Jam dah menunjukkan pukul 11 pagi ni. Bila lah nak jumpakan.
Naural
mengeluh. Hanya sebab nak kurangkan fikir pasal Luth dia kena menempuh ranjau
berduri ni untuk cari klukan. Makin poyokan Naural ni sekarang. Perkataan yang
keluar dari mulut dia ayat-ayat sastera betul. Mengantuk tak baca?
Makin
lama duduk, punggung pun dah terasa panas. Matahari dah panas terik. Kalau guna
sunblock pun macam tak berguna, kulit
Naural yang memang putih ni pun boleh jadi gelap terbakar. Pipinya dirasa.
“Kesian
pipi aku ni... dah tak mulus macam belon lagi”. Ada ke pergi samakan pipi dia
dengan belonkan? Tak kreatif betul lah budak Matematik ni. Tapi.. wait! Belon??
Mata dia
melingas. Kepala berpusing hampir 90 darjah, nak cari objek yang dah dapat
dikesan. Belon!
Lepas
jumpa aje, Naural berlari anak. Kenapa lah otak aku ni lambat proseskan.
Patutnya aku memang dah agak yang belon ni klu tu. Ye lah... tak ke pelik dekat
taman tasik ni tiba-tiba ada belon yang digantung. Kalau ni kawasan perumahan
yang budak-budak selalu main tu tak lah pelik sangat, yang peliknya sejak bila
lah budak UKM ni main belon dekat tasik kan? Lagi satu... tak pecah pulak belon
ni berhari-hari biar gantung dekat sini.
Tali
yang menyimpul belon-belon tu pada tiang rumah tak siap dibuka. Rumah tak siap
ni dapat nama sebab rupa dia lah. Ada ke rendah sangat, Naural yang memang tak
berapa tinggi ni pun kalau masuk tadi tak tunduk mesti dah terhantuk. Besi-besi
tiang dia pun banyak dah berkarat.. memang sesuai sangat lah dia dapat nama
rumah tak siapkan.
Lepas
dengan jayanya belon tu ditanggalkan, Naural melangkah pergi. Tak sanggup lagi
dia nak biarkan kaki dia berendam dalam lumpur. Dah lah penuh dengan
rumput-rumput liar yang makin meninggi. Mana pulak semua pemesin rumputkan. Apa
semua dah mogok ke sebab krisis gaji tak naik-naik?
Kerusi
tadi diduduki. Belon dibelek berkali. Mana pulak klu dia kan? Aku ingatkan bila
nak jumpa apa-apa klu tu pun senang nak cari lah kan. Tapi ni apa? Habuk pun
tak da... Makin menambahkan kegeraman aku ada lah. Dah lah semalam aku tak
dapat tidur sebab fikirkan benda ni. Pagi tadi pun bangun awal pagi sebab benda
ni juga.. alih-alih apa yang aku dapat?
Aku ni
pun satu main ikut aje teka-teki yang apa-apa tu. Tengok sekarangkan dah
menyeksa diri sendiri. Naural melangkah lemah. Dia nak berlalu pergi, rasa tak
guna dah duduk sini lagi. Tak ada apa yang dapat pun.
Masa dia
lalu dekat laluan yang penuh dengan daun berduri. Tak tahu lah nama dia apakan.
Tapi daun dia ni tajam-tajam. Warna hijau kuning, nampak memang cantik.. tapi
kejam! Sebab daun ni semua dah pecahkan belon-belon tadi. Sedih juga lah hati
Naural ni. Baru dia cadang nak gantung belon ni dalam bilik dia. Tapi sekarang
impian tu tak tercapai.
“Pokok
jahat... adoi!”. Hah... kan dah kena. Yang pergi ketuk daun-daun tu buat apa. Kalau
nak lepas geram pun pergi lah jerit dekat tasik tu ke tak pun berdiri lah
loncat-loncat atas rumput tengah-tengah panas ni. Mana tahu dapat kurangkan
rasa geram tu kan.. ketuk daun tu sungguh tak mencabar ye cik Naural.
Kepingan
belon-belon yang dah pecah tadi dipandang. Bersepah lah pulak. Naural baikkan
hati turunkan badan nak kutip balik semua tu. Lagi pun baru beberapa hari lepas
dia daftar online jadi ahli Rakan
Alam Sekitar, kena lah laksanakan tugas sebagai seorang ahli yang berdedikasikan.
Masa
kutip tu dahi Naural ni sempat lagi nak berkerut-kerut. Nampak apa entah sampai
macam tu sekali.
No 1
No 2
Aik? Kertas apa pulak ni? Siap ada tulis nombor 1 dengan 2 lagi. Jangan cakap ni klu yang aku cari sepanjang 2 jam 59 minit 59 saat lepas, sampai muka aku pun dah tak selicin belon tadi.
Aik? Kertas apa pulak ni? Siap ada tulis nombor 1 dengan 2 lagi. Jangan cakap ni klu yang aku cari sepanjang 2 jam 59 minit 59 saat lepas, sampai muka aku pun dah tak selicin belon tadi.
Mukanya
diraup. Ada juga rasa menyesal, tapi klu ni pun dah jumpakan... buat apa nak
menyesal lagi. Dah lah nak balik bilik dulu. Nanti-nanti lah aku selesaikan
benda ni. Kalau yang satu tu pun dah menyakitkan jiwa, yang ni mesti makin
menambahkan sakit hati akukan.
******
“Hai... seorang aje ke?”
Naural
mendongak. Dia dah cam sangat dah suara laki ni. Tapi agak terkejut juga lah,
sebab tu lambat aje dia angkat muka.
“Hai..”.
Sepatah aje dia jawab. Naural melangkah cari lauk lain. Sekarang ni dia tengah
cari lauk untuk bungkus makan dalam bilik nanti.
“Sorry pasal semalam”.
Naural
hanya diam tak menjawab. Hati dia masih sakit lagi. Tapi rasa tak patut juga
sebab dia bukannya ada hubungan dengan Luthkan.
“Naural...
sorry”. Makin rasa bersalah. Semalam
dia excited sangat jumpa Marysa. Tu
yang Naural pun dia tinggalkan macam tu aje dekat cafe. Bila dah sampai rumah baru teringatkan Naural. Agak tak patut
lah... masa dekat rumah? Bila Marysa tak ada baru nak ingat Nauralkan.
“Naural...
tolong jangan macam ni”. Tangan Naural cuba dipegang. Dia tak suka Nuaral diam.
Lagi baik gadis tu marah dia dari berdiam diri aje.
“Lepaskan
saya Luth... saya tak nak orang fikir bukan-bukan pasal kita”. Naural berusaha
rungkaikan pegangan tangan Luth. Terasa kuat sangat sampai tangan dia pun jadi
sakit. Dia ingat tangan aku ni tiang ke nak pegang kuat macam tu?
“Naural..
tolong maafkan saya. Tak patut saya buat awak macam tu semalam. Sorry”. Masih diikut langkah Naural. Tak
puas hati selagi tak dengat Naural maafkan dia.
“Kita
tak ada apa-apa hubungan lah Luth. Apa yang jadi semalam saya tak kisah pun,
tak ambil hati. Tu hidup awak, saya tak nak masuk campur. Sekarang tolong
jangan ganggu saya lagi. Saya ada hal ni”. Raut Naural biasa aje masa ungkapkan
ayat ni. Tapi Luth dah terkaku.
Kita tak
ada apa-apa hubungan? Apa yang Naural cakap ni? Dia tak rasa ke apa yang dia
rasa selama ni?
“Tapi
awak penting sangat bagi saya Naural”. Bayang gadis tu dipandang. Dia hanya
mampu luahkan semua tu bila Nuaral dah pergi menjauh....
p/s : komen lah ya kalau ada yg t'kurang atau t'lebih sangat ...blh komen dkat atas sekali bawah tajuk... tekan dkt situ... komen2 semua amat dinanti.. hehe ^_^
2 comments:
love riddle best laa :D nak lagi ! hehehe
ala sedehnye...xpatut Luth wat naural camtu..tgk skrang ape jadi?naural dh saket hati...haish..naural ni pon satu..maafkan la Luth...adui2...cian Luth....anyway LOVE RIDDLES mmg best...kite tetap peminat setia LOVE RIDDLES...terbaik la...akak teruskan usaha!!!kite sokong karya akak...
-nasira comel-
Post a Comment