. . .
Naural duduk bersandar di dinding. Muka dilekap pada
lutut. Dada disentuh. Dia tak suka perasaan macam ni. Rasa sakit ni. Kenapa lah
dia kena elakkan diri dari Luth.. kenapa lah dia kena tipu laki tu juga.
Mata dia
dah terasa panas. Rasa sedih sebab dia kena jauhkan diri dari Luth mulai hari
ni. Dia tak boleh jadi kawan laki tu lagi. Dia tak sanggup. Tengok Luth dengan
gadis lain pun dah buat dia makan hati. Boleh ke dia kekal jadi kawan Luth masa
Luth dah ada girlfriend nanti?
Rasanya tak!
Dia
bangun... bungkusan makanan tadi diletak atas meja. Naural mula baring atas
katil, nak tenangkan diri. Siling dipandang. Seakan termenung. Kenapa lah dia
sangat tak bernasib baik dalam semua hal berkaitan lelaki. Dulu dengan laki
bertopi sekarang dengan Luth pulak.
Mungkin
betul kut cakap Dila yang aku ni tergesa-gesa sangat. Sebab tu aku rasa sakit
sekarang ni. Sakit kehilangan.
Apa yang
boleh buat aku lupakan dia? Tolong lah... bagi lah dia apa-apa aje... dia nak
sangat lupakan laki tu... lupakan perempuan tu sekali...
Klu...
selesaikan klu tu... suara hatinya berbisik.
Klu?
Naural bangun... dia duduk atas katil. Bila dah tahu apa yang dimaksudkan tu
begnya ditarik.
Kemudian
diselongkar, sebab rasanya dalam masa tergesa-gesa nak pergi dari cafe tadi masa nak elakkan diri dari
Luth dia sempat juga lah masukkan satu sudu plastik dalam beg dia ni. Tapi kena
berusaha lebih sikit lah. Beg dia ni memang lah ‘kemas’ sangat... kau orang
semua pun tak sanggup nak tengok rasanya.
Lepas
ambil beberapa minit juga lah... akhirnya jumpa juga kertas yang dicari. Tu lah
kan.. benda ni memang selalu jadi dalam life
kita. Benda yang kita cari tak jumpa... benda yang tak nak ingat pulak yang
selalu nampak.. Apa nak buat.. dah macam petanda pun ada ni. Petanda suruh
Naural ni rajinkan diri sikit selesaikan klu-klu ni.
“Fuhh.. datang lah.. datang lah rajin.
Dekat dengan aku”. Eh? Mantera apa pulak ni? Macam-macam cara ada eh nak ambil semangat jadi rajin sikit.
“Ermm.. ada nombor segala. Kena ikut
turutan lah kut”. Gaya Naural ni macam dia dah lupakan pasal tadi tu kan. Tapi
tak apa layan aje lah, kalau ungkit nanti makin teruk jadinya.
Kertas
kecil berwarna kuning lusuh tu dibuka. Sedikit lipatan dibuka dulu...
Berminat nak main teka-teki lagi?
“Hah? Dia tanya aku? Kalau aku mesti lah
tak nak kan. Buat apa nak sesakkan kepala buat semua benda ni”. Sempai lagi
Naural ni nak membebel sorang-sorang.
Tak suka sangat lah tu.
Naural
ligat berfikir. Tu pun sebab dia nampak lipatan yang seterusnya membawa
kepada...
Berminat
Tak berminat
Nak
pilih yang mana eh? Kepalanya digaru.
Dah lah kasar, nasib baik tak terluka kulit kepala dia tadi. Dengan lajunya
tangan Naural memilih tak berminat, dibuka lipatan tu. Kau orang dapat fikir
tak macam mana gaya lipatan kertas ni? Memang susah nak gambarkan lah, tapi
agak unik sebab lipatan ni membawa ke jawapan dan bahagian kertas yang lain.
kekuatan tak mampu digunakan... bom nuklear
dengan hidrogen pun tak boleh juga... bila guna sentuhan ajaib ‘saya’ baru
boleh... siapa ‘saya’?
p/s : buka kertas nombor 2 bila
dapat jawapan.. good luck!!
"Hah? Apa bendanya ni? Kenapa ada terkait dengan bom pulak ni?" Cuak. Pelik Teramat. Bukan tadi dia pilih tak berminat ke? Kenapa keluar pulak teka-teki ni? lipatan kertas tadi dilipat balik. Dia nak tengok lipatan yang tertera berminat tu. Nak tengok apa yang tertulis dalam dia.
"Hah? Apa bendanya ni? Kenapa ada terkait dengan bom pulak ni?" Cuak. Pelik Teramat. Bukan tadi dia pilih tak berminat ke? Kenapa keluar pulak teka-teki ni? lipatan kertas tadi dilipat balik. Dia nak tengok lipatan yang tertera berminat tu. Nak tengok apa yang tertulis dalam dia.
Jangan malas... saya tahu awak tak berminat
kan.. tapi nak buat macam mana... kena juga selesaikan!!
Aik? Kenapalah orang ni gayanya macam kenal sangat aje dengan aku ni. Tahu ajekan yang aku malas nak selesaikan. Bukan malaslah tapi penat, tak ada idea. Kenapalah dalam beribu insan dalam UKM ni aku juga yang jadi insan terpilih nak selesaikan semua benda ni. Dah lah bagi teka-teki.. cubalah bagi nombor kan senang sikit aku nak menyelesaikannya nanti. Adoi. Kacau.
Aik? Kenapalah orang ni gayanya macam kenal sangat aje dengan aku ni. Tahu ajekan yang aku malas nak selesaikan. Bukan malaslah tapi penat, tak ada idea. Kenapalah dalam beribu insan dalam UKM ni aku juga yang jadi insan terpilih nak selesaikan semua benda ni. Dah lah bagi teka-teki.. cubalah bagi nombor kan senang sikit aku nak menyelesaikannya nanti. Adoi. Kacau.
Kertas
tu dimain-main. Dilipatnya jadi kecil-kecil. Dibaling-baling. Nampak sangat tak
ada idea nak selesaikan benda ni kan. Beberapa minit juga lah dihabiskan untuk
perhati aje kertas tu. Mungkin Naural rasa dengan tenung kertas tu boleh dapat
jawapan kan? Tak apa lah ikut cita rasa masing-masing.
Meow... meow...
“Oh.. bom meletop!!”
Naural
terkejut! Melatah tu. Sampai bom pun keluar dari mulut. Lawak sangat lah dia
ni. Nampak sangat perkataan bom tu aje yang lagi melekat dalam kepala Naural ni
dari tadi kan. Bunyi pun bukannya kuat sangat...
Phone dicapai. Ni pun masalah juga.. ringtone sendiri pun boleh lupakan. Haii lah writer.. dia cakap macam dia ingat sangatkan. Sedangkan sampai
sekarang phone dia yang berbunyi dia
cakap phone orang lain.. Eh.. dah..dah.. sekarang ni cerita
Naural ok. Sebarang iklan tak dibenarkan.
Jom keluar makan – Luth
Phone dipandang lama, ditukar ke mode silent sebelum dicampak ke tepi
balik. Tak ada mood pun nak jumpa
Luth sekarang ni. Kalau boleh dia cuba nak jauhi laki tu.. tapi dalam masa yang
sama still jadi kawan. Boleh ke
rasanya?
Hah! Biar lah. Kertas tadi jadi tumpuan
balik. Kusut kepala betul fikir pasal Luth ni. Kenapa lah laki ni tak nak
biarkan dia aje. Pergi aje lah ajak perempuan tu makan kan.. buat apa nak ajak
aku yang tak cantik ni. Alahai
Naural.. cukup sedih lah guna ayat tu, ke jeles?
Naural
mula baring. Sakit terasa dah belakang badan dia, dari tadi duduk tegak macam
tu. Nak jaga tulang belakang tu yang terpaksa juga duduk tegak, masih ingat
lagikan Naural ni pesan cikgu Biologi dia dulu. Muka orang boleh lupa pesanan
yang dah berkurun ni ingat pulak. Naural... Naural.. kadang-kadang memang susah
nak faham watak dia ni. Pelbagai jenis ada.
“Teka-teki
tu merujuk pada orang ke? Ke benda? Kalau benda apa pulak kan?” Jujurkan Naural
ni. Kalau orang lain mesti dia dah terus buka kertas nombor 2 tu. Tapi Naural
ni tak, dia usaha juga cari jawapan tu walaupun dah panas dah kepala dia ni
dari tadi duk fikir.
Kepala
digaru. Masih tak dapat jawapan ni. Ok.. jom google tengok ada tak keluar apa-apa. Lappy kesayangan dicapai. Kunci carian ditekan, tangan
bergerak-gerak mencari. Tapi memang hampa lah. Mana ada jawapan dia.
Tuk
tuk tukk..
Dahi
Naural berkerut. Siapa pulak ni? Digagahkan diri juga buka. Bukannya sakit apa
pun, sakit kepala aje lah.
“Kenapa
bilik kau gelap ni?”
“Hah?” Naural pandang sekeliling.
“Haah lah. Kenapa gelap eh? Sejak bila mula dah malam ni?”
Naural buat muka blur. Sejak bila
pulak aku padam lampu bila eh? Tu lah
dari tadi duk cari jawapan teka-teki ni sampai tak perasan semua benda. Nasib
baik juga lah Dila ni datang.
“Naural...”.
“Yup!”
“Kau ada
masalah dengan Luth ke?” Ada sebab dia datang jumpa Naural ni. Sebab Amir. Dia
suruh tengokkan Naural ni. Tu pun atas pesanan Luth lah, dia menurut perintah
aje. Nama pun kawan baikkan.
Naural
buat tak dengar. Ni yang malas ni. Kenapa lah Dila ni nak tanya pasal Luth
pulak. Kenapa lah nak kusutkan balik fikiran dia dengan soalan tu. Dah lah
teka-teki depan mata ni tak selesai lagi.
“Tak ada
apa pun”. Jawapan selamat. Sebab malas dia nak cerita benda ni. Biar dulu lah.
Dia pun tak nak lah Dila tahu yang jawapan sebenar dia hanya sebab dia cemburu
dengan kehadiran gadis tu.
“Betul
ni?” Dila dari tadi duk pandang pelik kawan dia tu. Kenapa hari ni nampak lain
pulak?
“Betul...”.
Sepatah dijawab.
“Betul?”
“Ye...
ye.. betul”. Ditekan satu-satu perkataan tu. Harap Dila ni tak tanya lagi lah.
“Apa
yang betul?”
Mata
Naural membulat. Dipandang Dila macam dia ni lapar sangat tak makan 2.5 hari.
Dila tersengih... takut.
“Aku
main-main aje lah Naural. Dah lah... tak payah buat mata macam tu lagi.
Menakutkan lah”. Ditepuk tangan Naural tu. Seram betul lah Naural ni.
“Kau
lah.. sengajakan nak main-mainkan aku. Dah lah aku tengah kusut ni”. Kepala
digaru lagi. Serabut nampak.
“Pasal
Luth ke?”
“Kau nak
kena penangan mata aku lagi ke Dila?” Mata dah nak mula beraksi balik. Dila ni
memang tak makan samankan.
“Tak..
tak..” Tersengih-sengih lagi. Bukan comel pun buat macam tu. Rasanya Amir aje
kut yang nampak Dila ni comel.
“Apa
yang buat kau kusut ni?” Dila dengan penuh sabar tanya lagi. Bukan penuh sabar
sebenarnya. Tapi lebih ke arah busybody
lah.
“Benda
ni huh. Buat kepala aku sakit aje”.
Kertas yang dah disalin balik teka-teki tadi ditunjuk. Tak nak tunjuk yang ori
punya sebab tak nak bagi tahu dulu benda ni pada Dila. Nanti makin banyak tanya
pulak dia ni.
Kertas
dipandang penuh khusyuk. Lama.
“Mana
kau dapat ni?” Masih tak alih pandang dari kertas putih tu. Dah macam gaya
penyiasat pulak.
“Aku
jumpa”. Perlahan aje dia sebut. Harap-harap Dila tak dengar lah kan. Kalau
dengar pun tak ada lah dia nak banyak tanya.
“Jumpa
dekat mana?” Kali ni baru mata dia mula pandang Naural.
“Hah? Erm...
erm..”. Tergagap nak cakap. Dah gaya
pesalah pun ada juga.
“Erm..ermm..
apa?”
“Ada
lah.. aku jumpa dekat mana entah.. kau tahu tak jawab dia apa? Dari tadi aku
cuba selesaikan ni. Tak jumpa-jumpa juga”. Bagi ayat panjang sikit. Boleh buat
Dila ni lupa pertanyaan tadikan.
“Rasanya
aku pernah baca teka-teki ni. Dah lama dah lah. Kalau nak jawapan tu boleh..
tapi tunggu aku fikir dalam-dalam balik”. Dila dah tukar mode serius.
“Ok...
lama pun lama lah. Aku tunggu aje”. Naural pasrah.
Dila
jalan mundar-mandir dalam bilik Naural. Naural dah jadi pening. Kenapa lah
kawan dia ni tak fikir dekat bilik dia aje. Bukannya jauh berbatu pun, sebelah
aje kut. Dila pusing kiri dia pandang, Dila pusing kanan pun dia pandang juga.
Senang cerita mana kaki Dila ni bergerak, situ juga mata dia ikut memandang.
Macam tak nak lepas aje.
Jam mula
bergerak laju. Tak sedar pun masa dah berlalu hampir dua jam. Naural dah mula
bosan. Badan dibaringkan atas katil. Nasib baik dia sempat solat tadi, kalau
tak mesti terlepas sebab ikutkan sangat memandang Dila ni. Gitar dicapai. Dah
lama tak belek sayang dia ni. Kain diambil. Nak lap sikit. Entah kenapa malam
ni terasa nak main gitar pulak. Mungkin sebab bosan kut.
Lama
juga lah dia bersihkan gitar tu. Bukannya berhabuk pun, tapi bosan tak tahu nak
buat apa. Dila ni pun tak habis-habis pusing satu bilik dia ni. Bila lah nak
berhentikan? Tak pening ke?
“Hah!”
Dila
duduk sebelah Naural. Muka tak payah nak cakap lah. Excited habis. Sebab dia tak dapat dikesan lagi.
“Apa?”
“Aku dah
tahu dah Naural”. Bersemangat dia cerita dekat Naural ni.
“Serius?
Apa? Apa?” Naural mesti lah lagi-lagi suka. Dah tak payah dia nak pening kepala
fikir lepas ni. Berguna jugakan Dila ni. Kejam betul statement tu ya Naural..
“Perang!
Sebab dia mention bomkan. So perang lah. Betul tak?”
Naural
dah buat muka. Biar betul Dila ni. Selama ni tu aje ke yang dia dapat fikir? Tak
ada ke jawapan yang lain?
“Aku tak
rasa perang lah Dila”.
“Huh? Tak kan lah”. Dila kecewa. Bukan
ke? Dah lah sakit kepala fikir pasal teka-teki tu. Last-last salah pulak.
“Sebab
dia sebut kekuatan dengan bom tak boleh digunakan. Tapi guna ‘dia’ boleh. Tak
kan lah perangkan. Kau tak baca habis ke tadi?”
“Habis..
dah yang tu aje aku mampu fikir”. Dia mengeluh.
“Tak apa
lah Dila. Kau pergi lah tidur. Benda ni lain kali lah buat, ni pun dah pukul 9
malam kut. Kalau duk menghadap benda ni mesti tak tidur kita nanti”. Ye ke
‘kita’ Naural? Bukan tadi dia biarkan Dila aje ke yang fikir.
“Ermm.. ye lah. Sorry lah Naural tak dapat tolong kau”. Dengan langkah lemah Dila
berlalu ke pintu. Nak keluar.
“Tak ada
apa lah Dila. Bukan penting pun benda ni. Kau tak payah lah nak kusutkan kepala
sangat”. Ayat nak sedapkan hati Dila. Dia pun sedih sebenarnya. sebab sepanjang
hari ni tak dapat selesaikan teka-teki ni.
“Ok
lah..” Dila berlalu sebelum tiba-tiba berhenti mengejut.
“Eh.. Naural”.
Naural
menoleh. Nasib baik dia tak tutup pintu lagi. Dapat dengar lah suara Dila ni
panggil dia.
“Tuu...”.
Mulut memuncung. Nak tunjuk ke arah sesuatu.
Naural
angkat kening.
“Apa?”
“Tu..
dekat pintu kau”.
Naural
renggangkan pintu. Nak tengok apa lah yang Dila ni duk muncung-muncungkan
mulut.
“Ya
Allah.. macam mana lah kunci ni boleh tertinggal pulak. Nasib baik kau
nampakkan Dila, kalau tak bahaya ni”. Sempat lagi diketuk kepala dia tadi. Cuai
betul lah aku ni.
Dahi
Dila berkerut-kerut.
“Dila?
Kau kenapa?”
“Aku
rasa aku dah tahu lah apa jawapan soalan tu Naural”.
“Apa?”
“Kunci...”.
“Kunci?”
Dah terjawab
ke teka-teki dia orang ni agaknya?
2 comments:
Pening kepala saya kalau suruh selesaikan teka-teki memang x boleh.
hehe...bbest2...tapi xdpt nk pikir ape jawapan nye...confius...kite xpandai sgt teka-teki ni...anyway kite enjoy bace LOVE RIDDLES!!!
-nasira comey-
Post a Comment