Pages

Sunday 17 March 2013

Love Riddles 28

Sunday 17 March 2013
. . .


“Kunci? Kunci apa eh?”

            “Kau cakap sorang-sorang ke Naural?” Dari tadi Dila ni duk pandang Naural, tu pun sebab dari dalam kelas lagi seakan dengar aje Naural ni bercakap.

          “Kunci apa eh Dila? Apa yang orang tu nak sampaikan”. Boleh pulak dia tanya Dila yang memang tak tahu apa-apa tu kan.

            “Teka-teki malam tadi tu ke?”

             “Haah”. Sepatah dia jawab. Dahi berkerut-kerut memikirkan jawapan.

           “Siapa yang bagi?” Penuh curiga Dila tanya. Kalau setakat saja-saja tak kan lah Naural ni ambil serius sangat kan. Ni mesti ada benda yang dia nak sorok.

             “Tak ada siapa pun”. Mata pandang arah lain. Takut tertangkap yang dia menipu. Dila ni macam dah syak dia tipu aje.

            “Ye ke? Kalau saja kenapa nak kisah sangat pasal jawapan dia kan”. Suara Dila penuh curiga.  
    
            “Aku saja aje nak tahu, bukan apa pun. Kalau tak dapat juga, nanti aku lupakan lah”. Menipu lagi!  
         
            “Betul ni?”

            “Betul... kalau ada apa-apa mesti aku bagitahu kau kan”.

            “Ermm... ok lah”.

            Dua-dua mula diam. Dila fokus dengan makanan depan mata dia, tapi Naural lain pulak. Dia dari tadi duk fikir pasal kunci tu.

         Kenapa terasa macam tergantung eh? Ke dia yang tak habis baca lagi teka-teki tu? Apa yang tertinggal ni? Macam mana nak menuju ke klu lain kalau yang ni pun macam tergantung aje. Habis lah masalah ingatan Naural ni dah datang balik.

            “Hai Naural... Dila...”. Satu suara tu memang mampu buat Dila terkejut. Tapi Naural biasa aje. Tak sedar lagi kut dengan kehadiran Luth.

            “Eh Luth. Kau dengan siapa ni?” Panjang leher dia pandang belakang. Nak cari kekasih hati lah kan.

            “Tu Amir tengah ambil makanan. Kau baru sampai ke apa?” Bertanya pada Dila, tapi dari tadi mata tak lepas pandang Naural.

            “Tak lah, dah lama juga duduk sini”. Dila pandang Luth dengan Naural silih berganti. Ada masalah apa dia orang ni?

            “Ohhhh”....

         “Nak join duduk sini boleh?” Mata tak lepas lagi pandang Naural. Dia tak puas hati sebenarnya. Sebab dari dia sampai tadi Naural seakan tak sedar. Apa dah jadi sebenarnya? Dia nak tahu sebab Naural seakan nak jauhkan diri dari dia. Kes cafe dulu tu ke?

            “Larrhh. Join aje lah, bukan kena bayar apa-apa pun”. Boleh juga aku duduk dengan Amirkan.

         “Kunci”. Terdengar Naural ni sebut. Tapi perlahan aje.. rasanya Luth aje kut yang boleh dengar. Sebab dia duduk sebelah Naural.

              Mata Luth mengecil. Kunci? Kunci apa? Apa yang Naural ni tengah fikirkan agaknya?

            “Eh Dila. Awak pun ada dekat sini”. Lebar senyuman laki ni. Dia ni agak pemalu sikit lah. Sejak dari perkhemahan lepas Dila ni tunggu Amir ni mulakan dulu, tapi sampai sekarang masih tak ada apa-apa lagi. Sebenarnya Amir ni sukakan Dila ke tak eh?

            “Baru nak makan ke?” Penuh prihatin Dila ni tanya. Walaupun ada lah rasa kecewa juga tapi letak jauh dulu lah. Dia pun tak nak lah main meluru aje.

             “Haah. Kelas baru habis tadi”.

          “Jauh datang makan?” Masih dengar dua orang ni aje yang bercakap. Luth dari tadi tak lepas pandang Naural. Naural pun sekan termenung aje. Tak sedar lagi ke kedatangan dia dekat sini?

            “Bosan dah makan dekat falkuti tu yang datang menyemak falkulti ni. Untung-untung dapat jumpa awak kan”. Bagi hint lagi. Bila nak bertindak luahkan perasaan awak ni Amir? Tak kesian dekat Dila ni ke?

            “Ohh...”. Dila tak nak komen lebih. Dah selalu dengar Amir ni bagi hint macam-macam. Tapi tak tahu lah hint tu nak membawa ke arah apa. Biarkan aje lah. Kalau dia tak luah-luah juga aku terima lah jodoh yang mak aku dah tetapkan tu. Tapi ada ke? Siapa pulak baik hati nak ambil aku jadi isteri kan.

             “Kenapa tu?” Seakan berbisik bertanya. Mulut memuncung ke arah depan.

           Dila turut memandang. Kemudian jongket bahu. Dia pun tak faham apa yang dah berlaku sebenarnya.

            “Luth tak cakap apa ke?” Bisik juga.

            “Pasal apa?”

          “Pasal apa yang jadi depan awak ni lah”. Perlahan aje suara dia orang ni. Konon tak nak bagi Luth dengan Naural dengar lah kut.

            “Ermm... ada lah juga”.

            “Naural jeles ke?”

            “Hah? Jeles!!” Mata membulat.

           Naural menoleh pandang. Baru sedar dari lamunan panjang tadi. Luth pun pandang ke arah Dila juga. Dia dengar jeritan kuat tu tadi, tapi dia tak dengar apa yang Dila ni jeritkan. Amir telan liur. Kenapa lah Dila ni nak menjerit pulak? Kan dah kantoi ni.

            “Kenapa Dila?”

             Dila tersengih-sengih. Nak tutup malu. Tak sangka terkuat pulak dia cakap tadi.

            “Siapa yang jeles?” Naural tanya lagi.

            “Tak ada siapa lah. Amir ni yang jeles”.

             Amir tak puas hati. Dia pulak yang kenakan. Nasib badan lah nampaknya.

            “Amir? Bila pulak Amir ni datang?”

            “Dah lama dah. Kau aje yang duk termenung tadi. Boleh kenyang ke termenung macam tu?”

             Naural mengeluh.

             Luth makin ralit pandang Naural. Apa lah yang Naural ni fikirkan, sampai mengeluh macam tu.

            “Ada masalah ke?”

            “Hah?” Mata Naural membulat. Sejak bila pulak Luth ni duduk sebelah dia? Dah lah dekat pulak tu. Patut lah dari tadi dia terasa macam ada yang perhati.

            “Kenapa? Terkejut saya ada dekat sebelah?” Luth kenyit mata.

            Naural terkedu. Kenapa lah Luth ni suka permainkan perasaan dia? Kalau dah ada yang lain kenapa nak juga cari dia lagi.

            “Dah makan tak?” Luth tak puas hati selagi tak dengar Naural jawab semua soalan dia.

            “Dah...”. Sepatah aje dia jawab sebelum phone dikeluarkan. Cari alasan tak nak terus borak dengan Luth lagi.

            Amir dengan Dila hanya jadi penonton. Drama apa pulak lah yang dia orang ni nak pertontonkan. Isu jeles tadi pun tak terungkai lagi ni. Masalah negara betul!

            “Makan apa?” Ditanya lagi walaupun jelas nampak Naural tak berminat nak cakap dengan dia.

            “Nasi...”.

            “Nasi? Kalau ada makan mana pinggan awak?” Suara cuba ditahan.

            “Orang tu dah ambil tadi”.

         “Bila pulak ada yang ambil, saya dari tadi duduk sini tak nampak pun. Kalau dah ambil lah kan, kenapa pinggan Dila tu dia tak ambil sekali?”

            “Dila makan lambat...”.

             Dahi Dila berkerut. Kenapa aku terkait sekali ni?

            “Awak tipu sayakan? Kenapa nak menipu?”

            Naural menoleh. Mata bertentang mata. Luth jelas nampak tak puas hati, tapi Naural lagi double tak puas hati. Perang dah nak meletus ni.

            “Apa awak nak ni Luth? Boleh tak jangan banyak tanya. Bosan lah”.

            “Bosan? Awak bosan dengan saya?” Luth gelak sinis. Sakit hati dia dengar kata-kata Naural tu.

            “Haah.. saya bosan! Boleh tak dalam satu hari jangan text saya, call saya. Saya tak suka semua tu. Tak payah datang sini nak cari saya, tak payah banyak tanya apa yang saya buat, tak payah nak pura-pura risau pasal saya”.

              Raut Luth mula berubah.

          “Kenapa dengan awak? Sebab saya tinggalkan awak dulu tu ke? Sebab Marysa?” Luth buat andaian. Tu pun sebab nampak jelas yang Naural ni berubah bila Marysa ni muncul.

            Marysa? Nampak sangat aku tengah jeles ke?

          “Tak ada kaitan pun dengan dia. Tu life awak.. tak ada kaitan dengan saya”. Perlahan aje kedengaran suara Naural ni.

           “Betul ke? Kalau tak ada kenapa bila dia muncul baru awak mula berubah? Saya tahu salah saya hari tu sebab tinggalkan awak macam tu aje tanpa cakap apa-apa. Sorry.. saya tak patut buat awak macam tu”.

            Naural tahan sebak. Bila-bila aje air mata ni nak mengalir. Kenapa lah aku ni cengang sangat?

         “Dila.. kau dah sudah ke? Aku nak gerak balik ni”. Naural mula berdiri. Beg diangkat. Muka Luth langsung tak dipandang.

            “Naural... tolong maafkan saya”.

            “Dila dah ke belum ni?”

            “Naural... tolong jangan buat saya macam ni”.

             Naural masih buat tak dengar. Dia mula melangkah. Panggilan dari Luth pun dah tak dihiraukan.

          “Hah... kejap.. kejap..”. Air dihirup untuk kali terakhir. Langkah Naural yang dah mula menjauh diikut. Sempat lagi dia menoleh pandang ke arah Luth. Laki tu nampak kecewa. Kecewa dengan layanan Naural pada dia.

            “Apa cerita ni Luth?” Amir tak sabar nak tahu cerita sebenar. Pelik juga tengok Naural tadi. Macam gaduh aje gayanya.

             Dia mengeluh.

            “Aku tak tahu. Sebab Marysa kut”.

            “Naural jeles?”

            “Mungkin...”. Bayang Naural dipandang.

          “Kau dah bagitahu siapa sebenarnya Marysa tu?” Kesian pulak dia tengok kawan dia ni. Tapi ada salah dia juga lah, yang dia pergi tinggalkan Naural macam tu aje kenapakan. Nasib dia lah kena berdepan dengan Naural yang sekarang ni. Naural versi merajuk plus jeles.

            “Tak... aku tak sempat. Kau tengok lah tadi dia nak tak nak aje cakap dengan aku”. Sempat Luth ni mengadukan.

            “Erm.. ada kebaikan juga lah Luth. Kalau kau nampak lah”.

            “Apa?” Luth ni pun dah terjangkit dengan Naural apa? Sepatah-sepatah nak jawab.

            “Naural jeles. Tu maksudnya?” Kening diangkat.

             “Dia suka aku?” Teragak juga lah Luth ni nak sambung ayat Amir tadi.

           “Dari pandang mata aku nampak macam tu lah. Kalau semua ni sebab kehadiran Marysa tu, ni aje lah kemungkinan punca Nuaral jadi macam tadi”.

             Luth hanya diam mendengar. Betul ke andaian Amir tu?

            “Kalau betul apa aku kena buat? Pujuk dia?” Sejak bila pulak Luth ni tanya pendapat orangkan.

          “Aku rasa tak jalan. Tapi aku ada cara lain”. Amir tersengih-sengih. Entah apa lah yang dia tengah fikirkan tu. Cerita dia dengan Dila pun tak selesai lagi, ada hati nak jadi orang tengahkan. Kita tengok aje lah menjadi ke tak apa yang Amir ni sarankan Luth buat.

******

Kertas teka-teki semalam dibelek. Ni aje cara nak lupakan kisah tadi. Makin difikir makin sakit hati jadinya.

            Jawapan dah dapat. Kunci! Tapi apa yang dia nak sampaikan? Naural mula baring. Sakit dah badan duduk tegak dari tadi. Dia pandang ke arah siling. Nak harapkan dapat idea lah.


            Flash back!
           
            1. Dapat lirik lagu... setiap perkataan yang digaris tu lah jawapan dia.
            2. Klu tu menuju ke tasik... jumpa belon.
            3. Dalam belon ada klu.. bukan satu tapi...

           
            Hah! Ada kertas nombor 2 lah. Mana pulak aku letak kan? Naural hampiri meja. Diselongkarnya setiap ruang. Kemudian beg dia pulak jadi mangsa.. tapi sedihnya masih juga tak jumpa benda yang dicari.

            Dicari-cari lagi, akhirnya jumpa juga ada terselit-selit antara kertas kuliah dia. Nasib baik lah dia tak give up awal tadikan. Kertas nombor dua dibuka. Perlahan-lahan...

             Kosong!

        Apa! Ni memang betul-betul boleh menaikkan kemarahan aku ni. Dah lah duk penat-penat cari jawapan teka-teki sebelum ni.. bila buka boleh pulak kosong. Ni kes nak aniaya aku ke apa?

            Kertas tu dicampak.. tapi tak jauh mana pun lah dia pergi. Jatuh dekat bawah lampu study Naural ni aje. Lampu ni pulak dia letak dekat lantai.

          “Hish... jadi satu hal pulak nak ambil”. Badan dibongkoknya. Walaupun mulut sebut geram.. tapi sedih sebenarnya. Sedih sebab baru rasa seronok buat benda ni. Last-last tak menuju ke mana pun.

             “Eh? Ada perkataan lah..”. Dahinya berkerut.


            SULIT ( tak semua mampu nampak)

            Congrats...
          Cari pokok yang ada terkait dengan jawapan yang awak dah jumpa sebelum ni dekat padang..
            good luck lagi! :)

            hint : jangan give up!


            Rupanya hanya bawah lampu aje dapat baca semua ni. Pandai pulak orang ni buatkan. Kreatif! Tapi sangat menyakitkan hati! Dah tak ada kerja lain ke sampai nak menyusahkan orang pulak? Makin garangkan cik Naural kita ni... tunggu aje lah dia pergi padang selesaikan semua ni... Harap-harap dia berjaya lah ye...



1 comment:

Unknown said...

Harap-2 berjaya naural.

Kehidupan seorang penulis © 2014