Friday, 25 January 2013

Dia. . Tutorku?? 1

Friday, 25 January 2013
. . .


 “Kau nak belajar ke tak nak ni?” Suara dia dah meninggi. Geram tengok dia ni, dari tadi bukan nak tumpu perhatian asyik dengan phone aje.

            “Nakkk”. Malas dia menjawab.

            “Kalau nak boleh tak serius sikit, tolong simpan phone tu sekarang. Sakit mata aku tengok perangai kau ni”. Dia dah bercekak pinggang. Mata dah mengecil, geram punya pasal.

            “Kenapa pulak? Biar lah. Papa upah awak untuk ajar saya. Bukan nak larang-larang saya macam ni. Kelas ni saya bayarkan, kenapa nak ikut cakap awak pulak”. Matanya tak mengalih sikit pun dari screen phone.

            Ajad Muslim mendekati Eryna, phone dirampas. Sebelum terus dihempasnya ke lantai. Mata Eryna dah mencerlung pandang, tak membuat dia rasa gentar pun.

            “Apa ni? Gila ke baling phone orang”. Ditinggikan suara. Air mata dah bergenang. Hadiah birthday dia! Sampai hati laki ni hancurkan, dah lah dia baru dapat semalam.

            “Sekarang baru kita boleh belajar dengan tenang, dah tak ada dah bunyi bising phone kau tu nak menganggu”.

            Eryna nak ketap bibir. Matanya yang memerah memandang lama pada Ajad yang dah menghadap white board. Ada sesuatu yang ditulis di sana.

            Peraturan kelas ni :

            1. Jangan main phone.
            2. Jangan tidur.
            3. Jangan nak mengutuk tutor!
            4. Dilarang makan chewing gum, minum air aje boleh.
            5.Pastikan semua kerja yang diberi siap.

        Belum lagi peringatan yang keenam ditulis, dah terdengar bunyi hempasan pintu. Dia berkerut. Tubuhnya dipusingkan ke belakang. Mulutnya melopong. Bertuah punya budak! Boleh pulak dia keluar macam tu aje, bukan nak bagitahu aku.

            6. Jangan keluar semasa tutor mengajar!!

******

“Pa!!” Eryna menjerit. Tumpuan Datuk Manan pada kerjanya tergangu. Apa lagi lah yang anak gadis dia ni nak?

              “Kenapa ni sayang? Sayang papa ni menangis ke?”

            “Pa, Ryna benci tutor tu. Papa kena pecat dia sekarang juga. Ada ke dia pergi hancurkan phone Ryna tadi. Dia jahat pa!” Mukanya disembamkan ke dada papanya. Mengadu perihal tutor tadi.

               "Betul ke apa yang Ryna cakap ni Ajad?" Tangisan Eryna makin menjadi-jadi. Makin kuat pulak bila Ajad ni ada.

           “Dia yang mengada pa. Ada ke masa Ajad mengajar dia pergi main phone. Tak patut betul”. Ajad duduk di sofa single. Hanya dikerling seketika ke arah Eryna sebelum menumpukan sepenuh perhatian ke arah tv.

            “Pa!! Pecat lah dia”. Kaki dah dihentak-hentak. Geram sebab papa tak ambil apa-apa tindakan pun.

            “Nanti papa belikan Ryna phone baru. Jangan lah menangis macam ni. Dah tak comel anak papa ni”. Pipi anaknya dikesat. Sejak kematian isterinya, Eryna dijaga seperti seorang puteri. Bukan puteri raja, tapi puteri di hatinya. Ni aje tinggalan bukti kasih sayang dia dah isteri tercinta. Permata yang satu, akan dijaga sebaik mungkin.

            “Ryna tak nak phone tu pa. Ryna nak papa pecat dia aje”. Esakan mula berlagu kembali.

             Ajad mencebik. Dasar anak papa! Asyik nak mengadu aje kerjanya.

         “Kalau tak nak phone tu dah lah. Tak payah nak merengek-rengek macam tu. Mengada sangat!”

            “Pa tengok tu, dia cari pasal dengan Ryna lagi”.

             Datuk Manan mengeluh. Susahnya nak jaga anak manja dia ni. Selalu ada aje yang tak puas hati dalam pandangannya.

            “Dah lah sayang, berhenti menangis. Nak makan ais krim tak?” Datuk Manan mengumpan. Tahu kegemaran anak dia ni.

            Ajad dah menggeleng, guna ais krim pun boleh ke? Kejap aje mata tu dah membulat, suka. Senangnya jadi Eryna ni.

        “Nak pa! Nak! Vanilla ya pa. Nak banyak-banyak”. Dijeritkan pada papanya yang dah menuju ke dapur. Tangan dah ditepuk-tepuk. Sukanya! Dapat makan ais krim.

            “Macam budak kecil! Dah 17 tahun pun macam ni ke?”

            “Apa awak cakap?” Dia dah berdiri depan Ajad. Matanya laki tu ditenung. Tajam!

          “Ohh. Nak ulang lagi ke? Aku cakap kau ni tak matang, macam budak kecil. Sebab ais krim pun dah bertepuk tangan macam tu. Cuba lah matang sikit, jadi macam budak 17 tahun yang lain. Ni sebab phone pun boleh menangis-nangis macam tu. Malu aje!”

            Air mata yang dah kering tadi kembali menitis mendengar kata-kata Ajad. Lama dia berdiri di situ, sebelum dia berlari ke atas. Masuk dalam bilik, kunci pintu. Dah tak ada selera dah nak makan ais krim!

            “Eh? Mana Ryna ni? Bukan tadi dia yang nak makan ais krim”.

            Ajad hanya mengangkat bahu. Malas nak cerita apa yang dah jadi tadi. Lebih baik Datuk Manan tak payah tahu.

            “Dia dah masuk bilik pa. Tak apa ais krim tu biar Ajad tolong habiskan, rugi aje kalau tak ada yang makan”. Cawan ditangan Datuk Manan diambil. Makan ais krim dulu lah, baru fikir pasal Eryna ni. Nomm.Nom...Sedap-sedap! Rugi aje si Ryna tu merajuk, kan dah tak dapat makan ais krim. Tapi salah dia jugakan..
           
 ******

“Pa, Ryna tak nak lah. Kenapa papa tak pecat dia lagi”. Kakinya dihentakkan pada lantai. Geram sebab Ajad lagi yang mengajarnya. Dah tak ada cikgu lain ke dekat dunia ni.

         “Sayang, papa tak sempat nak cari cikgu lain. Kamu belajar dengan Ajad dulu”. Diusap lembut kepala anaknya. Memujuk.

            “Tapi pa. Dia jahat!”

            Ajad dah mula menjeling. Tajam. Apa dia ingat aku tak dengar ke semua yang dia cakap. Nak kena ni.

            “Cepat lah, dah pukul berapa ni”. Jam ditangan diketuk-ketuk. Bila lah drama ni nak habis. Dia tengok pun dah bosan. Tak penat ke nak menangis macam tu?

            “Ryna tak nak masuk pa. Ryna tak nak belajar dengan dia”. Suaranya tinggi, kuat. Nak tunjuk protes. Siapa suruh hancurkan phone dia semalam.

          “As’salam pa”. Terus ditarik tangan Eryna masuk ke dalam. Pintu bilik terus ditutup. Ditekan punat lock. Eryna yang dah menjerit-jerit pun hanya dibiarkan. Dipekakkan telinga.

              Datuk Manan tergamam! Apa dah jadi ni? Eryna kena culik depan mata dia? Tapi biar lah, dalam rumah sendiri juga.

            “Apa ni..jan”. Kata-katanya mati. Matanya membulat. Ajad dah cium mulutnya. Lama. Muka dia dah memerah.

               Lepas aje pautan, Eryna menunduk. Segan!

              Ajad tersenyum. Diam pun dia ni, ingatkan tak reti nak diam. Boleh lah dia mulakan kelas hari ni. Tenang, tanpa suara Eryna.

            “Ok, kita mulakan dengan ulangkaji subjek tingkatan empat dan bla bla bla”...
           
******

Meja makan diam aje malam ni. Datuk Manan pandang Ajad dengan Eryna siling berganti. Apa dah jadi ni? Muka Ajad biasa aje tapi kenapa anak dia nampak macam gelisah. Ada apa-apa dah berlaku ke?

            “Ryna? Kenapa ni?”

            Tiba-tiba air mata Eryna mengalir. Dia ni memang tak boleh tegur lah, senang aje air mata dia turun. Dah macam paip rosak aje.

            “Pa! Tadi dia usik Ryna”. Jari dia dah lurus menunjuk ke arah Ajad.

            Dahi Ajad dah berkerut. Apa lagi Ryna ni?

            “Usik?”

            Eryna mengangguk kepala berkali. Ajad yang memandangnya dijeling.

         “Dia cium Ryna tadi pa. Dekat bibir ni. Dia tak malu pa. Papa kena cari orang lain juga gantikan dia. Ryna tak nak dia jadi tutor Ryna lagi”.

            Datuk Manan dah ketawa. Aduhai anak dia ni pun. Muka Ajad dah memerah. Tu pun nak cerita ke? Apa si Ryna ni tak malu?

            “Ryna..Ryna..Apa salahnya si Ajad ni nak cium kamu”.

             Mata Eryna dah membulat. Tak salah?

            “Salah lah pa. Mana boleh tutor cium anak murid dia sendiri”.

             Ketawa Datuk Manan tercetus lagi.

            “Tak salah lah sayang. Dia kan suami kamu. Apa salahnya dia nak buat macam tu”. Muka Ajad dan Eryna masing-masing dah memerah. Segan bila Datuk Manan cakap pasal topik ni.

            “Tapi pa”...

         “Tak apa lah sayang. Tak akan tu semua pun papa nak ajarkan”. Ajad yang dengar dah tersedak.

            Datuk Manan tersenyum.

           “Dah-dah makan, jangan asyik nak gaduh aje”.

          Dua-dua mula diam. Tekun menghadap makanan. Dah tak berani nak cakap apa-apa. Nanti kena bahan pulak dengan Datuk Manan lagi.
           
******

“Tadi pergi cakap macam tu depan papa kenapa? Tak malu ke?” Terus disembur Eryna lepas dia orang dah berdua dalam bilik.

            “Biar lah. Nak malu apa, tu kan papa saya”. Eryna mencebik. Air matanya ditahan. Dah nak menangis lah tu.

            “Aku tak tahu lah macam mana boleh masuk dalam life kau ni. Kenapa entah aku setuju dengan mama dulu nak kahwin dengan kau. Sekarang rasa menyesal pun ada”.

              Eryna tersentak. Menyesal? Selama ni dia memang tak ingin pun nak kahwin dengan aku?

           “Dah lah pergi tidur. Esok awak dah nak masuk sekolah, kalau apa-apa jadi nanti aku pulak yang dipersalahkan. Dasar anak manja betul!”

            Eryna hanya memerhati Ajad yang dah bentang tilam nak tidur di bawah. Dia mengeluh. Kenapa lah kisah dia dah laki ni tak macam pasangan suami isteri yang bahagia di luar sana.

******

Morning pa!” Kerusi sebelah Ajad ditarik. Terasa dia bila laki tu mula menjauhkan jarak kerusi mereka.

          “Siapa yang hantar Ryna hari ni?” Datuk Manan yang khusyuk membaca akhbar dari tadi bertanya.

            “Papa”.

            “Ajad!”

        Eryna dengan Ajad dah saling berpandangan. Nampak sangat muka Ajad tak puas hati. Kenapa pulak dia kena hantar budak tak matang ni. Menyusahkan aje lah.

         “Huh? Siapa yang hantar sebenarnya ni? Kalau nak papa hantar, Ryna kena cepat lah. Sebab kejap lagi papa ada meeting, tak boleh lambat ni”.

            Eryna memandang muka Ajad. Ajad mengeluh. Dia kena lagi.

           “Tak apa lah pa. Biar Ajad aje yang hantar Ryna hari ni. Takut papa terlambat pulak nanti”. Dia beralah.

            Masa dalam kereta terjadi lagi pergaduhan antara mereka ni. Ada aje yang Eryna dengan Ajad ni tak puas hati.

  “Kau ni kan memang menyusahkan aku betul lah. Kenapa lah tadi tak pergi ikut papa kau aje”.

             “Tapi tadi awak juga yang offer nak hantar saya kan”.

            “Tu terpaksa tahu tak. Terpaksa! Kau ingat aku suka ke tumpangkan kau naik kereta aku ni”.

            “Papa cakap boleh. Sebab saya ni isteri awakkan. Apa salahnya tolong hantarkan”. Beg sekolah dipandang. Dia ni kadang-kadang aje berani melawan Ajad. Tu pun masa laki ni jadi tutor dia. Tapi sebenarnya dia tak lah berani sangat.

           “Menjawab. Menjawab. Kau ni kalau satu hari tak menjawab tak boleh kan. Ada aje dengar suara kau ni”.

            “Tu sebabnya saya ada mulut, untuk bercakapkan”.

            Sebaik kereta berhenti aje, terus dia mencerlung pandang ke arah Eryna. Tak suka dia dengan mulut bising perempuan tu. Tapi tak suka pun kau cium dia juga hari tu. Tapi tu bukannya dia teringin sangat pun, dia hanya nak diamkan perempuan bising ni aje. Kalau tak dia pun tak rela kut.

           “Dah lah! Keluar dari kereta aku ni cepat. Menyampah aku, kau berlama dalam ni”. Dihalau Eryna keluar. Air mata dia dah nak mengalir. Sampai hati Ajad halau dia.

               “Tak payah nak menangis lah. Dah keluar, aku banyak kerja ni”.

            Eryna menghulurkan tangan, nak salam. Tapi Ajad tak sambut pun. Dia buat dek aje. Kenapa pulak lah tiba-tiba hari ni Ryna ni nak salam tangan dia. Tak pernah-pernah pun selama ni nak buat macam ni. Apa dah buang tabiat ke?

            “Tak payah salam semua ni. Tak malu ke orang lain tengok?”

            “Awakkan suami saya. Kenapa nak malu pulak?”

            Ajad mengaru kepalanya berkali. Tensionnya. Macam mana nak cakap dengan budak tak matang ni?

            “Ye lah saya keluar ni”. Pintu dibuka. Sedih lama-lama dalam kereta tu. Ajad pun bukan suka dia. Kenapa lah dia nak terhegeh-hegeh pulak.

            Keluar aje Ryna terus Ajad memecut laju keretanya. Nasib baik perempuan ni keluar juga. Tak ada lah dia nak meninggikan suara lagi menghalau perempuan tu keluar.


 p/s : sory untuk semua yg tertunggu2 cerita Perjalanan Cinta Kita, tengah cari idea lagi ni..hehe ^_^ enjoy cerpen ni dulu.. kalau ada apa-apa yg kurang komen lah ya...


2 comments:

Anonymous said...

bestttt....
kak tyra,diaorang kawen sbb apa???

-nnorwieyl a.k.a noor-

Anonymous said...

cerita baru ke??wah3..bestnye...hihi..terkejut kite bile Ajad kiss Eryana...igtkan dorang xde ape2..baru nk ckp si Ajad ni berani giler wat camtu kt Eryana..haha..rupenyer dorang dh kawen...agi terkejutz..hihi..awalnye kawen si Eryana ni...anyway kite suke jalan cerite ni..best2..
-nasira comel-

Kehidupan seorang penulis © 2014