Sunday, 27 January 2013

Saya nurse awak lah! 2

Sunday, 27 January 2013

“Kita tengok cerita hantu lah, tak pun action”.

            “Tak nak lah, cerita romantik, kelakar lah”.

            “Tak nak! Action!”

            “Comedy!”

            “Bosan lah genre cerita awak ni. Mana ada laki macho macam saya ni layan cerita comedy. Mengantuk kalau tengok nanti”. Dvd cerita Transformers 3 dah ditarik keluar dari rak.

            “Tak nak lah Zahran. Tak suka lah cerita ni. Banyak gaduh-gaduh, tembak-tembak semua. Bukan untuk tontonan umum ni. Tak nak lah”. Dvd A Thousand Words pulak ditarik keluar oleh Haura.

          “Apanya yang bukan untuk tontonan umum. Awak boleh aje tengok, tak ada lah ganas sangat cerita ni. Ramai aje budak yang tengok”. Zahran masih nak menang lagi. Tanpa apa-apa kata putus, terus dia mainkan dvd tadi. Tak bagi chance langsung pada Haura nak masukkan dvd dia. Kejam!

            Haura terpaksa juga tengok, lama-lama macam dah suka pulak tengok cerita ni. Mulut dia lagi bising. Ada aje yang dia nak jeritkan, menggigil takut lah. Zahran dah geleng kepala. Macam ni eh kalau tengok movie dengan perempuan? Bising aje dari tadi.

            Haura ni bukan main rajin lagi masuk dapur buatkan kopi dengan hot chocolate. Tapi yang kopi tu dia punya, hot chocolate tu untuk Zahran. Macam terbalik pulak kan. Pop corn pun dia bawa juga. Tambah madu lagi. Sedap!



“Nak pergi mana ni?”

        “Diam! Ikut aje jangan banyak cakap”. Haura fokus balik memandu. Dia ni punya skill memandu tak lah hebat sangat. Senang sangat teralih perhatian kalau ada yang cakap dengan dia masa memandu. Sebab tu dia suruh Zahran ni dia kejap.

            “Ok dah sampai. Jom!” Pintu kereta dibuka. Zahran pandang Haura. Kenapa nak pergi sini pulak? Pantai! Tapi cantik lah, dekat sini pun ada pantai cantik macam ni ke?

            “Cantik!”

            “Yup! Cantik kan. First time jumpa tempat ni saya terus jatuh hati. Tenangkan, tempat ni pun tersorok sikit, sebab tu tak ramai orang”. Haura tanggalkan kasutnya, tak payah pakai kasut lah. Susah nanti, masuk pasir.

            “Kenapa tanggal kasut?”

            “Sebab lagi best kalau tak pakai”. Haura dah berlari ke gigi air. Bermain dengan air, jernih warna air ni. Boleh nampak kaki dia lagi kalau rendam kaki dalam air.

           Zahran hanya memerhati. Cantik sangat dia ni! Memang patut lah dia jatuh hati pada Haura. Bukan aje cantik, tapi baik lagi. Dia masih tak dapat lagi semua jawapan pada soalan dia, tapi naluri dia mengatakan yang Haura ni gadis baik. Ketawa dia, senyuman dia sangat memukaukan. Tak sanggup nak biarkan laki lain tengok semua tu. Aku dah jatuh cinta! Pada Haura..

            “Zahran sini lah. Lambat lah awak jalan”. Haura menjerit.

         “Haura stop! Jangan gerak tunggu situ”. Zahran berlari ke arah Haura. Mata dia melilau tengok sekeliling. Nasib baik tak ada orang. Bahu Haura dipegang, dipusingkan badan gadis tu.

          Haura tergamam. Bunyi zip! Baju aku tak zip habis ke tadi? Muka dia dah merah. Segannya!

            “Honey... next time check betul-betul dulu. Kalau ada yang nampak macam mana? Kan saya yang susah nanti. Jangan sekali-kali buat lagi”. Pipi Haura ditepuk lembut. Dia berlalu pergi. Bagi ruang pada Haura nak kurangkan malu dia.

             Honey? Zahran yang susah? Apa ni? Tak akan Zahran suka aku, tapi macam mustahil aje. Boleh ke?

            “Haura sini lah”. Digamit Haura datang dekati dia. Lama pulak dia ni ambil masa, kalau tak panggil tadi, silap-silap dah cair dah Haura ni. Agak panas kut cuaca.

            Haura datang dekat juga, kening diangkat. Kenapa ni?

           “Tengok pasir ni, cantik tak?”

        Haura tengok juga. Ada nama dia dengan Zahran dan terukir cantik. Cantik juga tulisan Zahran ni. Tersenyum dia tengok.

         “Dah lah jom balik. Dah panas ni”. Haura dah tak tahan panas. Memang lah kan dah dia orang ni datang sini pukul 2 petang. Mana tak panas.

           “Ok!” Langkah Haura di depannya dipandang. Terus dia edit balik tulisan dia pasir tadi..

            Zahran <3 Haura

          Bentuk love dah ditambah di tengah nama mereka. Amin..harap ada jodoh lah mereka nanti.



Arghh. Malasnya nak bangun”. Telinganya ditutup. Apa bising sangat ni. Tak tahu ke ada raja nak beradu ni. Mengganggu aje semua ni. Dah lah malam tadi dia lambat tidur, sebab kena melayan mak cik tu lah. Sekarang ni dia orang dah boleh lah juga berborak. Tak sangka si Haura ni banyak cakap. Kalau layan dia aje boleh sampai lupa nak tidur. Tapi siapa lah yang buat bising dekat luar tu?

            “Mana Zahran I?”

            “Zahran awak? Siapa awak ni?” Muka Haura blur. Dah lah datang tiba-tiba. Pintu terbuka aje terus tanya soalan, salam pun tak bagi. Ada juga orang macam ni.

“Jangan nak berpura-pura yang you tak kenal dia. I tahu dia ada dekat sini. You yang nak jauhkan kita orangkan?” Marahnya dia ni. Tapi apa salah aku? Kenapa tiba-tiba aje kena sembur?

“Jauhkan? Serius ni saya tak faham apa yang awak cakap”.

 Perempuan tu tergelak. Pandai dia ni nak berlakon. Ingat aku tak tahu ke apa yang berlaku sebenarnya.

“Jangan nak berlakon lagi lah. Aku dah upah orang siasat. Zahran memang ada dekat sini. Kau dengan orang tua dia tak payah nak menipu aku lagi. Kau ingat aku tak tahu yang kau orang yang jauhkan dia bawa sini semata-mata tak nak aku jumpa dia. Aku tak sebodoh tu lah”.

 Muka Haura pucat. Dah terbongkar ke?

 Irdina senyum sinis. Baru kau nak takut kan.

“Apa yang uncle dengan auntie buat bersebab. Dia tahu awak ni bukan yang terbaik untuk Zahran”. Baru Haura berani membalas.

 Irdina tergelak.

“Aku? Aku ni bukan terbaik untuk anak dia orang? Apa dia orang ingat kau ni baik sangat ke? Dah lah, tak payah nak sorokkan Zahran dari aku lagi. Dia pun bukannya budak kecil lagi. Dia tahu nak buat keputusan. Kalau dia dah pilih aku kenapa pulak kau orang tak boleh terima? Sebab tu masa Zahran accident kau pakat buat rancangan nak juahkan dia dari aku kan”.

“Betul ke?”

 Haura berpusing, melihat Zahran. Laki tu dah nampak bengang.

“Bukan, bukan Zahran”.

“Dah lah perempuan, tak payah nak berlakon depan tunang aku lagi. Kau tu bukan sesiapa pun pada dia. Kau ingat Zahran nak percaya ke?” Dia berlari ke Zahran. Dibelek muka laki tu. Tapi pandangan Zahran masih lagi pada Haura. Tajam!

Darling you ok ke? Ada sakit mana-mana lagi?”

I ok aje. Apa semua ni? Betul ke apa yang you cakap tadi?”

“Betul sayang. Semua ni rancangan perempuan ni dengan orang tua you. Dia sengaja nak pisahkan kita. Sebab tu dia sorokkan you dari I. Dia orang suruh perempuan ni yang jaga you. Jahatkan sayang. Sampai hati nak pisahkan kita”. Lengan Zahran dipeluk. Dia tersenyum sinis ke arah Haura.

Haura hanya menunduk. Apa yang dia cakap tak semunya yang betul. Dia ni ada sorok sesuatu dari Zahran, sebab tu parents Zahran terpaksa buat macam ni. Kenapa nak menipu lagi? Lepaskan aje lah Zahran ni.

Zahran mendekati Haura. Pandangannya masih tajam. Irdina hanya tersenyum. Zahran berjalan mengelilingi Haura.

“Kenapa buat semua tu? Semua ni permainan aje ke bagi kau?”

Kau? Dalam satu hari panggilan dah berubah?

“Zahran, semua ni saya buat bersebab. Bukan semua apa yang dia cakap betul. Tolong jangan buat kesimpulan awal dulu. Cerita saya pun awak tak dengar lagi”.

“Cerita apa? Betul kan yang semua ni rancangan kau dengan parents aku?”

Haura telan liur, kesat. Susahnya! Tapi dia mengganguk juga.

“Kau orang nak jauhkan aku dari tunang aku kan?”

 “Bukan, semua tu..”

“Jawab soalan aku!!” Suaranya meninggi. Irdina dekat belakang dah tersenyum menang. Jangan harap aku nak biarkan Zahran terlepas dari aku lagi.

“Betul”. Lemah Haura mengiyakan.

Zahran tepuk tangan. Kuat. Dia ketawa, tapi nampak sangat dibuat-buat.

So, congrat sebab kau hampir berjaya nak pisahkan aku dari tunang aku ni. Tapi nasib baik tunang aku lagi pandai dari kau”. Dia senyum sinis. Hatinya terasa sakit. Maha sakit sangat.

Baby jom teman I kemas baju. I nak keluar dari rumah ni sekarang juga. Rasa panas pulak lama-lama dekat sini. Kenapa lah I bodoh sangatkan percayakan dia”. Pinggang Irdina dipeluk. Melangkah sama naik ke atas.

“Bukan you lah sayang, tapi perempuan tu”.

Haura menangis, terduduk di sofa. Tak ada apa lagi dia mampu buat. Langkah Zahran hanya diperhatikan. Dia dah nak pergi, macam mana aku nanti? Mesti sunyi hari-hari aku lepas ni.

“Zahran, tolong jangan pergi. Jangan pergi dari sini”.

            Zahran gelak. Sinis!

       “Tu semua mustahil, jangan muncul depan aku lagi. Aku benci dengan kau”. Dia terus melangkah keluar. Dah tak pandang belakang, hati dia sakit. Sakit sangat. Lepas dia dah mula cinta pada Haura, baru semua ni terbongkar. Kenapa lah awak sanggup nak tipu saya Haura? Kalau Irdina tak datang, sampai bila awak nak sembunyikan perkara ni?

            Haura hanya memandang. Air mata dia dari tadi mengalir.

           “Cik Haura, tak nak bagitahu puan ke semua ni?” Soal Mak Jah, seorang pembantu di situ.

           “Tak Mak Jah. Nanti saya sendiri yang pergi jumpa dia”.

          Mak Jah hanya diam. Kesian Haura ni, bukan dia yang bersalah sebenarnya, tapi perempuan tu yang jahat menuduhnya. Diharapkan nanti Zahran sedar lah siapa sebenarnya yang bersalah. Dia tahu dah wujud cinta dalam dua hati ni, tapi mungkin masing-masing tak sedar lagi.



Zahran hanya duduk memerhatikan Irdina rancak menari di depannya dengan laki lain. Tapi yang peliknya dia langsung tak jeles. Kenapa bila dengan tunang dia tak akan wujud pun istilah tu. Bila dengan Haura pulak, mesti aje ada. Dia jeles kalau tengok gadis tu balas senyuman dengan jiran dia, dia jeles kalau apa-apa yang Haura buat tapi tak ajak dia tapi semua tu dah berakhir. Mana mungkin dia kembali pada rumah tu lagi. Haura dah tipu dia. Dia tak akan sekali-kali maafkan penipu.

            “Darling, jom lah menari sekali. Dapat release tension you”. Ditarik tangan Zahran. Tapi laki tu seperti sengaja mengeraskan tubuhnya.

            “Apa kena dengan you ni. Sejak keluar dari rumah tu you ni dah lain. Sampai I pun dah tak kenal dengan tunang I sendiri. Tadi I nak ajak you datang sini pun susah, nak keluar dengan you pun susah. Apa masalah you sebenarnya? Jangan cakap you dah mula sukakan perempuan tu”. Nada suara Irdina dah meninggi.

            “Boleh rendahkan nada suara you tak? Malu lah semua pandang”.

            “Huh? Malu? Habis you ingat I tak malu bila I ajak you menari you tolak”.

          “I tengok boleh aje you nak menari dengan laki lain. Happy aje, macam tak ada masalah. Sejak bila you malu tolak ajakan you ni?”

            “OppssSo, you jeles lah ni”. Irdina tersenyum, dia duduk dipangkuan laki tu.

            “Tak lah. Langsung tak, dah lah I nak balik dulu. Tempat ni buat I pening”. Ditolak tubuh Irdina. Rimas dia dengan tingkah dia ni. Asyik nak bergesel aje. Macam kucing gatal!

            “What? Zahran!!” Dia menjerit, tapi Zahran tak toleh pun pada dia.

       “Guys, kenapa dengan Zahran tu? Dia lain macam aje malam ni?” Semua dilihat hanya menggeleng. Memang tak tahu pun apa yang tak kena pada Zahran. Dari awal datang Zahran dah memang tak join perbualan dia orang. Dari senang duduk diam aje. Minum pun tadi air coke. Sangat lain Zahran sekarang. Semua sebab perempuan ke?



“As’salam ma”.

          “W’salam, Zahran? Macam mana kamu datang sini?” Puan Zaitun memandang pelik. Bukan dia dengan Haura ke? Apa dah jadi?

         “Zahran dah keluar dari rumah tu ma. Dina dah cerita hal sebenar pada Zahran. Kenapa kena buat semua tu? Kenapa nak jauhkan Zahran dari Dina. Dia kan tunang Zahran”.

           “Dia dah ceritakan hal sebenar?” Encik Rasyid mencelah. Mesti ada yang perempuan tu tipu ni, sebab tu anak dia marah sangat pada dia orang.

            “Dia bagitahu apa pada kamu? Dia cakap yang semua ni salah kami, dia cakap kami hantar kamu pada Haura sebab nak pisahkan kamu berdua. Betul?”

            Zahran hanya mengangguk.

            “Kalau macam tu memang kamu dah kena tipu dengan dia”.

            “Pa? Dina tak akan tipu saya. Papa jangan nak buat cerita”.

         “Papa dah agak yang kamu mesti tak percayakan. Kamu ingat apa yang terjadi sebelum accident? Kamu ingat yang kamu call mama bagitahu yang kamu nampak Dina curang? Ingat semua tu?”

           Dahi Zahran berkerut. Dia cuba untuk fikir. Tapi kosong, dia memang tak ingat pun kejadian sebelum kemalangan tu. Yang dia ingat dia kemalangan tu aje. Tapi puncanya dia tak tahu apa.

            “Kamu tak ingat kan. Haura ada bagitahu papa yang kamu tak ingat semua tu. Haura tak bersalah dalam hal ni. Papa yang minta tolong dia jaga kamu”.

           Encik Rasyid mengeluh. Dari riak Zahran pun dia tahu yang laki tu masih tak percaya. Anak dia ni dari dulu memang nakal sikit, semua cakap orang dia mana nak dengar, nak percaya.

         “Papa dah agak yang kamu susah nak percaya”. Dia membongkokkan badan. Satu dvd diambil. Diserahkan pada Zahran, dia pun teragak-agak nak ambil dvd ni tadi.

            “Apa ni?”

          “Apa yang kamu nak tahu ada dalam dvd tu. Kalau kamu masih tak puas hati pergi tanya dengan dia sendiri”. Senang aje Encik Rasyid ni selesaikan masalah. Dia pun memang malas nak cakap panjang, sebab dah kenal sangat anak dia macam manakan. Kalau dah ada bukti tu bagi aje lah bagi dia tengok sendiri. Tak payah nak sakitkan hati sendiri nak terangkan.



Dvd dimasukkan dalam player. Dia tak sabar nak tahu apa yang akan dia saksikan nanti. Kebenaran mengenai Irdina! Tutup butang berhenti ditekan, dvd di keluarkan. Tak sanggup lagi dia tengok. Rupanya perempuan tu curang, patut lah mama dengan papa tak suka dia. Dipecahkan dvd tu kemudian di buang, tak sanggup nak simpan benda ni. Rasa jijik sangat.

            Entah kenapa dia tak rasa marah pun, tapi lega. Lega sangat. Haura tak bersalah dalam hal ni. Haura..maafkan saya! Tunggu saya!

          Terus dia berlari keluar. Tubuh mama dengan papanya dipeluk. Nak minta maaf sebab tuduh sebarangan tadi.

            “Ma, pa sorry”.

         “Dah lah sayang, yang penting anak mama ni dah tahu hal sebenar”. Dibalas pelukan Zahran.

            “Patutnya dari dulu Zahran sedarkan ma, tapi Zahran ni buta. Dulu nampak Dina aje yang baik. Semua yang lain salah”.

            “Memang lah. Orang bercinta memang macam tu, mana nak nampak kita”. Sengaja Encik Rasyid perli anak dia. Tapi dia bersyukur yang Zahran dah nampak apa yang betul. Nasib baik lah dia tak buat bahan bukti tu.

          “Maaf pa. Sorry, lepas ni Zahran tak akan  leka lagi sebab cinta”. Dipeluk pulak tubuh papanya. Rasa bersalah sebab selama ni tak percaya pada orang tuanya.

          “Tak apa asalkan kamu dah sedar. Lain kali buat jadi peringatan masa nak pilih teman hidup nanti. Jangan main pilih aje sebab dia seksi ke apa”.

            “Papa ni, saya bukan macam tu lagi sekarang”.

         “Ye ke? Anak mama ni dah ada yang berkenan ke?” Sengaja nak tengok betul ke tak andaian dia. Rasanya macam betul. Sebab Zahran ni dah tersipu pulak.

            “Siapa dia tu?”

            “Haura. Papa kenal tak?”

            Encik Rasyid dah tergelak. Mesti lah dia kenal. Lebih dari kenal si Haura ni, anak kawan baik dia. Bukan setakat kawan baik, dia orang memang duduk berjiran lagi. Tapi Zahran aje yang tak pernah tahu.

            “Mana pulak papa tak kenal, dia ni anak jiran kita aje”.

            Mulut Zahran melopong.

            “Serius pa? Kenapa Zahran tak pernah nampak pun Haura sebelum ni?”

          “Memang lah, dah kamu asyik berkepit dengan tunang kamu tu. Mana nak nampak orang lain”.
         “Papa ni. Ada aje nak perli saya. Tapi hal tunang ni macam mana? Nak ke Haura pada Zahran ni?”

            “Apa pulak dia tak nak anak mama ni. Anak mama ni kan hensem, mesti lah dia pun suka juga. Dah kamu pergi aje pujuk Haura, hal tunang tu biar mama dengan papa yang uruskan”.

         Zahran tersenyum suka. Dia rasa macam nak melompat aje. Terlalu gembira. Dipeluk kembali tubuh mamanya.

            “Thanks ma. I love you soo much”. Dicium berkali-kali pipi mamanya.

          “Dah-dah pergi cari Haura balik, mama dah tak sabar nak ada menantu ni”. Ditolak tubuh Zahran. Tergelak dia dengan kata Puan Zaitun. Dia pun dah tak sabar nak kahwin dengan Haura ni.

            “Ok ma. Wish me luck pa, ma”. Laju dia berlari keluar. Tak nak buang masa lagi.



Zahran memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia agak mungkin Haura ada dekat tempat ni. Sebab tadi dia dah pergi ke rumah gadis tu, tapi Mak Jah cakap Haura keluar. Sebab tu dia main ikut naluri aje datang sini. Harap dia ada lah.

         Sepanjang pantai itu dilalui. Nak cari Haura. Tapi tak ada pun, dia berhenti melepaskan lelah. Bersandar pada satu pokok. Matanya teracap pada tulisan atas pasir. Bibirnya tersenyum.

         Mesti Haura ada dekat sini. Dia terus berjalan, akhirnya jumpa juga Haura. Dia tengah duduk bersila atas satu pondok kecil. Duduk termenung, mungkin sedih lagi pasal kes hari tu. Semua tu pun salah dia juga sebab main tuduh aje. Patutnya dia tanya Haura dulu, bukannya terus percaya aje cerita Irdina.

            Haura mengesat air matanya. Sedihnya, dah lah Zahran tu cinta pertama dia. Tapi laki tu lagi percayakan tunang dia yang dah curang tu dari dia. Apa lah laki ni. Buta agaknya. Sedang dia sedap mengutuk Zahran dalam hati, mata dia teracap pada langit. Apa layang-layang lah. Bentuk love? Cantiknya!

         Tak sedar kaki dia pun melangkah ikut layang-layang tu. Sampai lah ke tempat dia buat ukiran pada pasir tadi. Mata dia membulat. Air mata dah nak macam mengalir. Dia duduk mencangkung. Muka ditutup dengan telapak tangan. Zahran!

            I love you Zahran!!

            I love you too Haura.

          Dia ke yang tulis ‘I love you too Haura’ tu? Tadi tak ada pun. Ke ada yang main-mainkan dia?

            “Maafkan saya”.

            Haura mendongak. Suara tu! Zahran. Air mata dia makin mengalir deras. Apa motif laki ni? Hari tu dia cakap dia dah bencikan aku. Kenapa hari dia datang minta maaf?

            Air mata dikesat dengan dua tapak tangan. Comel!

         “Untuk apa minta maaf? Awak bukan ada buat apa-apa yang salah pun”. Haura mengatur langkah. Nak pergi. Tapi tak sempat sebab tangannya dah dicapai Zahran.

         “Sebab sakitkan hati awak. Saya tahu salah saya sebelum ni, saya yang bodoh tak pandai nilai orang..saya yang..”. Mulut Zahran dah ditutup dengan tangan kecil Haura. Zahran terkedu!

         “Sorry..Tapi saya tak suka dengar awak cakap diri awak bodoh”. Apa lah Haura ni, tadi bukan dia ke yang mengutuk si Zahran ni dalam hati. Adui..orang bercinta.

            “Memang patut pun honey. Salah saya kan”.

             Muka Haura memerah. Honey?

          “Zahran apa ni? Bangun lah, malu lah kalau ada yang nampak”. Tangan Zahran ditarik. Tapi laki tu keraskan diri dia, tak nak bangun juga.

          “Tak nak, saya nk minta maaf untuk semua kata saya yang dah sakitkan awak sebelum ni”.

         “Saya dah maafkan. Awak bangun lah. Tak payah melutut macam ni, sakit lutut awak nanti”.

          “Tak sayang, sakit dekat lutut ni tak seberapa pun nak dibandingkan dengan sakit dalam hati sayang tu. Semuanya berpunca dari saya kan. Sorry”.

            “Tak apa. Kan saya cakap dah maafkan. Dah lah Zahran, bangun ya”.

            Zahran tetap melutut, dia tersenyum. Haura dah pandang pelik. Apa lagi ni? Dah lah ada beberapa orang yang lalu tadi pandang dia orang pelik. Segan dah lah.

       “Haura sayang, sudi tak awak terima saya sebagai suami awak. Peneman saya untuk sepanjang hayat saya ni dan sanggup pegang balik jawatan nurse tu?”

             Haura menangis, tapi masih tergelak dengan ayat terakhir Zahran.

            “Saya bukan nurse lah, saya tak tahu pun nak sebut nama ubat”.

            “Jadi nurse untuk saya aje lah sayang, untuk orang lain tak boleh. Sudi tak?” Masih sabar lagi menunggu jawapan Haura. Sakit dekat lutut dia pun dah terasa ni.

            “Sudi!”

            “Yeah!” Melompat Zahran mendengar jawapan Haura. Gembira sangat, rasanya hari ni dia laki yang paling gembira kut. Mama mesti suka ni!

          “Saya tak ada cincin betul sayang. Ada ni aje, boleh tak?” Cincin yang dibuat dari kayu-kayu lembut ditunjukkan. Walaupun dibuat dari kayu, tetap nampak cantik. Kreatif Zahran ni.

          Jari dihulurkan, cincin disarungkan. Sempat Haura mencium cincin tu. Tapi bau kayu aje lah kan. Dia tersenyum pandang Zahran, akhirnya bersatu juga dia dengan laki ni. Cinta pertama dia! Patient pertama dia..

            “Sayang. Kaki saya, sakitnya”.

            “Kenapa ni?” Haura dah cuak. Tak akan sakit sebab melutut tadi kan?

           “Gotcha! Tipu aje. Bagus lah sayang ni. Memang patut pun jadi nurse sayakan. Lepas ni tak payah lah saya nak pergi hospital lagi masa sakit. Sebab dekat rumah dah ada satu”. Dia berlari pergi. Tahu yang Haura nak pukul dia.

          Haura tersenyum.Memang lah, sebab saya nurse awak kan! Zahran dikejar. Gelak mereka kedengaran sepanjang pantai. Nampak sinar bahagia terpancar pada muka masing-masing..




p/s : ni cerpen saya mula-mula tulis dulu. tapi baru nak masukkan sekarang. ayat dia mcm ada yg tak betul sikit kan..sorry..apa2 pun enjoy baca! ^_^

4 comments:

Anonymous said...

ni part last ke Kak? Btw Cool!>.<

-Am-

Anonymous said...

akak best la cerpen ni..suke2..sume story akak kite suke...hihi..teruskan berkarya akak!!!
-nasira comel-

Ruunna Qizbal said...

best2... xnak smbng ke? hehe

misztyra9@ said...

@Ruunna Qizbal
yup..ni last..hehe.. ^_^

Kehidupan seorang penulis © 2014