Friday, 25 January 2013

Dia. . Tutorku?? 2

Friday, 25 January 2013
. . .


“Sampai bila nak macam ni?”

            “Macam ni apa?” Sharil menegur. Dari tadi si Ajad ni nampak macam bermasalah sangat. Dia ni gaduh dengan Ryna ke apa? Dari tadi kawan dia ni kusut. Muka pun nampak lesu aje. Nasib baik sekarang ni masa rehat, dapat lah dia cungkil masalah laki ni.

            “Aku dah tak boleh lah hidup dengan dia lagi Ril. Aku bukan untuk dia. Aku bukan Adam dia”.

            “Sabar lah Ajad. Dia tu isteri kau kan. Dulu kau yang bersetuju nak kahwin dengan dia, ni tak sampai dua bulan dah tak tahan pulak”.

           “Dia tu tak matang lah Ril. Kau nak ke isteri macam tu? Dah lah budak sekolah lagi, macam tu ke boleh dibuat isteri?”

            “Kalau dia tak matang kau lah yang kena matangkan dia. Dia tu isteri kau kan, tak akan sebab alasan tu kau nak buang dia pulak”. Nasi disuap ke mulut. Kalau tunggu si Ajad ni memang tak dapat lah dia makan, masa rehat pun dah nak habis ni.

           “Aku? Matangkan dia? Boleh ke Ril? Aku tak rasa boleh lah. Dia bukan jenis makan saman punya orang”.

            “Habis tu kau nak buat apa?”

            Ajad mengeluh. Nak buat apa? Buat masa sekarang ni, dia pun tak tahu nak buat apa lagi. Bertahan mungkin?

******

“Bila you nak ceraikan perempuan tu?”

             Ajad mengeluh. Kenapa lah girlfriend dia ni tak faham. Ingat senang ke semua ni?

            “Bagi I sikit masa lagi. Semua ni bukan kejap aje nak selesaikan Reana”.

            “Bagi you masa? Banyak mana you nak? You nak sampai I ni dah berkedut baru you nak lepaskan dia. Apa yang budak tu ada? Dulu you sendiri yang merungut cakap budak tu tak matang lah, mengada lah, tak kan sekarang dah jatuh cinta dengan dia pulak?” Meja dihentak. Tapi tak kuat bunyinya. Nasib baik tempat dia orang ni tersorok. Kalau tak malu aje.

            Ajad mendengus. Susah betul lah nak fahamkan Reana ni. Dulu tak ada pulak terdesak macam ni.

            “Sabar lah Reana. I tak suka kan dia lah. Dari dulu I dah cakapkan, yang perkahwinan ni memang tak akan bertahan lama. You pun tahu I kahwin ni sebab mama dia aje kan. I nak tolong papa Manan jaga dia”.

            “Sekarangkan mama dia dah meninggal so nak tunggu apa lagi. You pun tak payah nak baik sangat lah Ajad. Orang tua tu pandai lah nak jaga anak dia sendiri. Yang you baik hati nak tolong jagakan buat apa?”

            “Tak boleh. I dah..”

            “Ok fine! Selagi perempuan tu you tak ceraikan jangan datang cari I. Faham!” Terus Reana melangkah pergi. Geramnya! Kenapa lah Ajad ni tak nak lepaskan aje budak hingusan tu.

            Kenapa you tak faham. Orang tua Eryna dah banyak tolong I dulu. Kalau dia orang tadi, you pun tak akan kenal Ajad yang ni. Kalau dia orang tak ada, mesti I masih budak kampung yang ketinggalan pelajarannya. I banyak terhutang budi dengan mereka Reana. Keluh hati Ajad.
           
 ******

Pintu bilik dikuak. Eryna menghendap dari sebalik pintu, kelihatan Ajad sedang berbaring. Boleh kacau kut.

            “Ajad!!”

            “Kau nak apa ni? Jangan menjerit macam tu boleh tak?”

          Eryna hanya mencebik. Dia tu yang termenung, kalau tak tadi mesti nampak aku masuk punya.

            “Hari ni nak belajar subjek apa?” Buku ditangan dibeleknya. Macam-macam jenis buku dia bawa. Terlebih rajin pulak. Selalunya dia yang paling tak suka, lebih-lebih lagi sebab Ajad ni yang mengajar.

            “Aku dah tak ajar kau lagi lah”.

             Aik? Apa dah jadi?

            “Kenapa pulak tak ajar lagi?”

             Ajad langkah mendekati Eryna. Didekatkan mukanya.

       “Sebab aku tak suka ajar kau. Budak tak matang macam kau ni. Dah lah banyak menyusahkan aku”. Tajam dia berkata.

            Eryna tergamam. Kenapa tiba-tiba pulak ni?

            “Saya tak matang?”

           “Memang. Memang kau tak matang, kalau bukan sebab wasiat dengan kesiankan bapak kau tu memang aku tak sanggup lah nak terima kau jadi isteri aku. Menyusahkan, tambahkan beban aku aje”.

       “Semua ni sebab papa? Sebab wasiat mama? Bukan sebab awak sendiri yang sanggup kahwini saya?”

             Ajad mendengus. Aku sanggup? Tolong lah. Tak sanggup langsung ok!

            “Kau jangan nak berangan lah. Aku memang dari dulu tak sanggup terima perkahwinan ni. Dengan perangai budak kecil kau tu, buat aku termuntah nak tengok aje. Meluat! Menyampah! Semua ada”.

            “Kalau dah meluat kenapa sanggup jadi suami saya lagi? Saya tahu awak ada girlfriend dekat belakang. Dah beberapa kali saya nampak”. Air matanya ditahan. Sekarang ni senang sangat air matanya mengalir. Kali terakhir dulu pun masa pemergian mama.

              Ajad tergelak. Sinis. Bagus! Senang sikit kerja aku.

            “Kau dah nampak? Bagus lah. Dan untuk pengetahuan kau. Aku cintakan dia sangat, dan memang dah rancang nak kahwin dengan dia lepas ni”.

            “Kahwin? Tapi awak kan suami saya. Mana boleh awak kahwin lagi”. Air mata dikesat. Sedih sangat terasa. Dia kan anak manja mana pernah ada yang berani buli dia, buat dia menangis. Ajad ni aje yang selalu jadi punca kenapa dia menangis.

            “Nampak sangat yang kau ni tak matang. Dah lah malas aku nak cakap lagi. Bukannya kau faham pun”. Ajad berlalu. Panjat balik katil, nak tidur. Sakit hati betul cakap dengan budak ni.

            Ernya duduk di atas sofa. Dia menangis lagi. Tapi kali ni bunyi esakan yang keluar cuba dikawal, dia tak nak menganggu tidur suaminya. Apa salah saya? Kenapa saya dapat layanan macam ni?
           
******

“Kan I dah cakap jangan contact I lagi selagi you tak ceraikan budak tu”.

            “Jangan lah macam ni sayang, bagi I masa sikit lagi. Dah tak lama ni”. Puas Ajad hubungi kekasih dia ni. Lepas dah jawab, kena marah pulak.

            “Nope! I dah malas nak dengar semua alasan you tu. Dari berapa bulan lepas lagi you asyik cakap bagi masa..bagi masa...bagi masa...I dah bosan!” Reana meninggikan suara. Dia memang dah bosan. Bosan nak tunggu laki ni lagi.

         “Please faham I Reana. Bukan I tak nak, tapi you tahu kan situasi I macam mana. I tak boleh pergi aje macam tu. Dia tu tanggugjawab I”. Ajad masih nak pujuk kekasih dia ni. Dia tak sanggup kehilangan perempuan tu.

          “Dah! Cukup Ajad! Jangan nak buang masa I lagi. Kalau you tak nak ceraikan dia fine! Biar I yang pergi”. Terus panggilan dimatikan. Dia dah malas nak dengar pujuk rayu laki tu.

            Ajad tergamam! Reana nak tinggalkan dia?

******

Ajad menghempas pintu bilik. Dia geram. Sedih! Bengang!

         “Kenapa ni? Ada masalah ke?” Penuh prihatin Eryna bertanya. Nampak kusut sangat muka Ajad ni kenapa? Ada masalah dekat pejabat ke?

            “Kenapa kau nak sibuk? Budak kecil macam kau tak payah tahu”. Dia menengking. Dah tak peduli dah kalau Datuk Manan dengar tengkingan dia tadi.

            “Saya ni isteri awak, mungkin pada pandangan awak saya tak matang. Tapi apa salahnya cuba share dengan saya. Sekurang-kurangnya beban abang kurangkan”. Perlahan aje dia sebut perkataan ‘abang’ tu.

            Mungkin bagi Eryna perlahan, tapi bagi Ajad yang mendengar. Dia jadi makin panas. Siapa bagi hak dekat perempuan ni nak panggil aku abang? Suka hati dia aje kan.

            “Apa masalah kau sebenarnya ni perempuan? Tak cukup ke musnahkan hidup aku selama ni?”

            “Musnahkan? Apa Ryna dah buat? Apa salah Ryna pada abang selama ni?”

            “Abang?? Jangan panggil aku abang lah. Kau tak layak. Kau tak layak!”

           “Ryna tak faham. Kenapa abang tak pernah suka Ryna? Kenapa abang tak sanggup pun jadi tutor Ryna? Kenapa abang curang dengan Ryna? Kenapa abang buat semua tu?”

            “Kau nak tahu kenapa? Sebab aku benci kau. Aku benci kau sebab jadi penghalang cinta aku dengan Reana. Sebab kau aku hampir kehilangan dia. Kalau bukan sebab mama kau, mesti aku tak kan terseksa selama ni hidup dengan kau. Mesti aku dah bahagia hidup dengan kekasih aku tu. Kau ni menyusahkan, beban bagi aku aje. Aku benci kau!!” Ajad berlalu keluar. Dia dah tak sanggup duduk dalam bilik ni. Masa marah ni bilik yang luas pun terasa kecil. Dia perlu keluar.

            Tadi Ajad ada terserempak dengan Datuk Manan. Laki tu dah dengar semua. Tapi dia tak percaya. Betul ke Ajad curang?

            “Sayang..?”

            “Pa?”

          “Papa, abang dah benci Ryna. Abang dah benci Ryna. Apa salah Ryna pa, hanya sebab Ryna ni 17 tahun dia benci Ryan. Sebab Ryna tak matang? Betul ke pa? Betul ke Ryna tak layak jadi isteri abang. Kalau abang tak suka, Ryna boleh ubah. Tapi Ryna tak sanggup kena tinggal”. Tangan papanya dipegang.

            “Papa tolong Ryna, tolong Ryna. Tolong pujuk abang balik. Jangan bagi dia benci Ryna. Tolong pa. Ryna cintakan abang”.

           Datuk Manan mengesat air matanya. Hati bapa mana yang tak sedih tengok anak dia macam ni. Lebih-lebih lagi Eryna ni. Anak manja dia.

             “Sabar sayang. Sabar. Papa cuba pujuk Ajad untuk sayang. Sayang papa kena kuat hadapi semua ni”. Diusap kepala anaknya berkali-kali. Berharap dapat meredakan tangisan itu. Tapi entah kenapa kedengaran semakin kuat ditelinganya.

            “Ryna..Ryna tak nak kehilangan abang. Ryna sayangkan abang”. Dia terduduk di kapit. Memang susah nak terima hakikat yang dia dah kehilangan Ajad. Suami dia!

******

“Perempuan tak guna! Hidup nak menyusahkan aku aje. Apa dia ingat aku ni suka sangat ke selama dua bulan ni duduk menghadap perangai mengada-gada dia tu. Menyusahkan! Asyik nak menangis aje kerja”. Laju Ajad bawa kereta. Ada tempat yang ingin dituju. Dia nak hilangkan tekanan ni semua.

             Ting tong...

            Dahi Ajad berkerut. Tak ada orang ke? Ni kasut siapa pulak? Tak kan parents dia datang kut.

             Ting tong...

         Ditekan lagi, tapi masih tak ada respon. Pintu pun tak terkuak. Apa dah jadi ni? Kalau parents dia ada, mesti dah ada yang buka kan. Tombol pintu cuba dibuka.

            Aik? Tak kunci? Cuainya dia ni. Dah lah perempuan. Tak takut ke ada yang berani nak ceroboh ke apa ke.

           Ajad melangkah masuk, terang aje. Tapi....kenapa macam ada suara gelak. Dia tengok movie sampai tak dengar bunyi loceng tadi ke? Kaki melangkah ke satu ruang. Ruang tamu rasanya. Tapi...kosong.

            Melangkah lagi ke dapur. Kosong juga. Dia menuju ke satu bilik. Rasanya dari situ kut bunyi tu datang. Pintu ditolak. Matanya membuntang.

            “Rupanya ni kerja kau selama ni?” Tenang aje dia bersuara. Cuba ditahan amarah yang membuak-buak di dada.

          “Sayang...a..apa you buat dekat ru..rumah I ni?” Tergagap nak jawap. Tu lah dah curangkan. Tangan laju aje tarik balik baju dia yang hampir nak terbuka tu.

            Ajad yang nampak hanya senyum sinis. Dia pandang tajam ke arah laki atas katil dengan Reana tadi. Dia nampak semua. Dia nampak dengan jelas aksi mereka tadi. Reaksi muka laki di atas katil tu biasa aje. Macam tak takut pun walaupun dah jelas-jelas tertangkap dengan dia.

            “Sayang.. I boleh jelaskan semua ni. Semua ni salah faham aje. Tak macam apa yang you nampak”. Tangan Ajad cuba dipegang. Tapi Ajad tepis. Terasa jijik dengan sentuhan perempuan tu. Sekarang ni dia memang nampak murah sangat pada pandangan dia.

            “Mata aku tak akan menipu, tapi kau. Tak payah nak tegakkan lagi semua penipuan ni, aku bukan bodoh untuk percaya semua tu. Dah lah perempuan, tak payah nak berlakon menangis lagi. Hentikan semua drama kau ni”. Ajad melangkah pergi. Air mata dia dah nak mengalir. Air mata geram!

        “Sayang. Jangan pergi. Jangan tinggalkan I. Kita kahwin, kita kahwin sayang. I tak kisah kalau you tak ceraikan perempuan tu. I boleh terima. Tolong jangan pergi, jangan tinggalkan I”. Dipegang kembali tangan Ajad. Dia sempat kejar laki tu tadi.

            “Kahwin? Woi perempuan! Kau tak payah nak berangan lah. Kau ingat aku nak simpan ke perempuan murah macam ni, yang dah tak ada maruah diri macam kau ni. Dah jelas-jelas dalam pandangan aku sekarang ni yang kau tak ubah macam pelacur dekat lorong-lorong gelap tu”.

            “Tapi sayang, jangan....”.

              Panggg...

            “Yang tu upah sebab selama ni dah tipu aku!” Kuat tamparan Ajad tadi. Tu pun sebab dia memang dah geram sangat. Sebab tu pipi kanan perempuan tu jadi mangsa. Tapi dia memang patut kena tampar pun kan.

            Reana tergamam! Pipinya dipegang. Baru sekarang dia sedar yang dia dah buat silap. Tapi memang semua ni bukan salah dia, Ajad pun jadi punca kenapa dia cari laki lain. Laki lain yang mampu puaskan dia. Yang dapat temani dia selalu. Dia hanya nak kan peneman. Dan disebabkan dia sendiri yang tak sabar juga, kini dia kehilangan Ajad. Ajad...cinta pertama dia...

            “Ajad!!!” Kuat dia menjerit dengan harapan laki tu menoleh. Tapi tu hanya angan-angan. Dia teresak di situ.
           
******

Arghhh”.. Steering kereta ditumbuk. Kuat!

            “Kenapa semua perempuan sekarang ni teruk. Perangai satu-satu teruk. Kenapa lah semua perempuan macam ni kena muncul dalam hidup aku? Kenapa lah...Arghhhh....”. Ajad menjerit, dia jadi hilang fokus. Kereta yang dipandunya mula memasuki jalan bertentangan. Bunyi hon kedengaran nyaring dari dua tiga kereta sebelum...

            Bummmm!!...


4 comments:

Anonymous said...

nak lagi!!nak lagi!!!
kak,lupa nk tanya,umur ajad tu brpa???
hehe...sibuk je nak tau...

-noorwieyl a.k.a noor-

Anonymous said...

padan muke ko Ajad..haha..nk sgt Reana..see ape dh jadi..terime je la Eryana...akak kite nk lagi!!!nk lagi!!!..hihi..best2..
-nasira comel-

Anonymous said...

Wah!Coolah Kak! (y)

-Am-

misztyra9@ said...

nor : umur Ajad? kalau ikutkan dia dah keja kan..umur dia dlm 27/28 mcm tu...

tq2 yg lain.. ^_^

Kehidupan seorang penulis © 2014