Wednesday, 2 January 2013

Love Riddles!!

Wednesday, 2 January 2013
. . .


Ainun Naural berjalan masuk ke dalam perpustakaan, sengaja nak meluangkan masa dekat sini. Dia ni pun bukan lah kaki library sangat, tapi entah kenapa dia terniat pulak nak jejakkan kaki dekat sini hari ni. Mungkin sebab yang ni sem akhir, sebab tu nak datang kut. Lagi pun Perpustakaan Tun Sri Lanang ni kan antara perpustakaan yang terbesar, nak juga tengok macam mana besar tempat dia.
            
       Beg diletakkan di luar, tersenyum memandang perpusatakawan yang tugasnya check beg pelajar, bagi sesiapa yang bawa laptop lah. Dia menekan punat lift. Nak ke tingkat 4 aje pun, tadi still nak naik lift. Malas nak daki tangga. Sebenarnya pintu utama perpustakaan ni berada dekat tingkat 3, sebab tu writer cakap yang Naural ni pemalas. Ok lah sambung pasal cerita ni..
            
       Nak dijadikan cerita, tadi masa Naural nak tekan punat, ada tangan lain juga yang nak menekannya. Tangan seorang lelaki. Hensem kut! Lelaki yang memang dah lama dia minat. Pelajar jurusan kejuruteraan. Hari ni dia memang bertuah sebab dapat terjumpa laki tu dekat sini. Luth Mirza! Patut lah hati dia kuat mengatakan yang dia patut datang hari ni.
            
       Dah lama kut dia pendam perasan untuk laki ni, sebab everytime exam mesti course dia dengan laki ni share satu dewan. Dia bukannya gadis yang suka usha-usha laki ni. Masa mula-mula tak perasan pun kehadiran dia, hanya dengar aje nama Luth sering jadi bualan pelajar-pelajar perempuan. Tapi entah macam mana, masa dia tengah belajar last minute sebelum masuk dewan dia terpandangkan laki yang sedang bagi kucing makan. Bukan sisa ok, tapi makanan kucing! Dia terus jadi tertarik, bila Luth duduk dengan geng dia Naural tukar tempat duduk. Nak duduk menghadap Luth. Ketawa, senyuman laki tu memukau dia, sejak tu hati dia mula terpaut. Tak sangka senang sangat dia jatuh hati. Dah lah tak kenal pun.
          
         “Tingkat mana?”
           
        “Huh?” Dia memandang laki tu. Dia cakap dengan aku ke tadi? Tapi memang dalam lift ni ada dia orang berdua aje.
            
          “Ke you ni jaga lift? Tak nampak macam student sini pun” Sinis bertanya.
           
         “What! Bukan lah. Tingkat 3. Thanks”. Wahh, sentapnya. Boleh dia cakap aku ni jaga lift. Nampak sangat ke yang aku ni tak pernah datang sini?
           
          “Tingkat 3 pun nak naik lift ke? Pergi naik tangga lah. Patutnya ada notis tampal dalam lift ni, larang student yang nak pergi satu tingkat bawah atau atas. Membazir aje”.
           
           Naural kipas dirinya dengan tangan. Panasnya! Tak sangka pulak mulut laki ni setajam ni. Kenapa lah aku suka dekat kau ni. Adui hati, tolong padam balik nama dia boleh tak?
           
        Dah sampai tingkat 4 Naural keluar. Sepatutnya tak lah lama mana kena tunggu, tapi sebabkan tadi laki ni punya pandai dia tertekan butang turun, tu yang jadi lama. Ingatkan dia nak pergi tingkat bawah tapi tak keluar pulak, bila sampai tingkat yang dia nak pergi, laki tu pun keluar juga. Dah lah rempuh dia, habis jatuh semua buku.
            
           Dikutip balik buku-buku tadi. Malangnya dia hari ni. Tapi laki tu hanya berdiri melihat. Tak ada niat pun nak tolong. Apa punya orang lah!
            
         “Thanks sebab jadi penonton, dah lah jatuhkan. Tolong pun tak nak. Huh satu lagi bukan tadi ada orang tu cakap ‘Tingkat 3 pun nak naik lift ke? Pergi naik tangga lah. Patutnya ada notis tampal dalam lift ni, larang student yang nak pergi satu tingkat bawah atau atas. Membazir aje’. Mengata orang, dia pulak yang lebih”. Dijeling laki tu sebelum berlalu pergi, siap digaraukan suara nak tiru gaya cakap laki tu. Geramnya, patut tadi dia naik tangga aje. Malas lah nak datang sini lagi, kecewanya hati.
           
     Tapi Naural tak sedar yang laki tadi dah tersenyum tengok telatah dia. Langkah gadis tu dipandang. Naural..Naural..

********************

Naural hanya boleh duduk 30 minit aje dekat library. Bosan! Patut lah selama ni dia memang tak suka pergi sini. Baik balik bilik lah, boleh tengok movie. Nasib baik dia ada download movie tadi. Dapat juga lah hilangkan tension dia sebab kejadian dengan Luth tadi.
            
        Dia melangkah keluar, tergamam sekejap. Luth ada dekat meja luar lah, dengan geng dia orang. Sebenarnya Luth ni pun pelajar tahun akhir juga, tapi course dia 4 tahun kan. Jadi tua setahun Naural lah.
          
       Naural melangkah pergi, tapi entah macam mana mata dia ni degil juga nak tengok Luth. Terpaksa lah tuan badan menurutkan, dia menoleh memandang ke arah meja Luth. Terkejut! Tak sangka yang Luth pun sedang pandang dia. Bukan dia aje, tapi semua dekat meja tu. Malunya. Tapi sebelum melangkah sempat menjeling pada Luth. Dalam segan pun ada marah lagi.
         
        Luth tertawa. Comelnya Naural ni! Tadi dia nampak gadis tu melangkah pergi, gembira tengok buku yang Naural pegang. Dapat juga dia jalankan misi dia tadi.
       
           “Kenapa dengan Naural tu? Dia dah tahu ke?” Amir bertanya.
         
         “Tak lah. Belum lagi rasanya. Tadi aku ada perli dia sikit”. Dia tertawa, yang lain dah pelik memandang. Apa kes kawan dia ni?
      
          “Kau perli dia? Patut lah dia jeling baik punya dekat kau tadi. Yang kau cari pasal dengan dia kenapa?” Danny pulak tanya. Semua dekat meja ni tahu cerita sebenarnya, 5 orang semuanya termasuk Luth lah. Mereka memang rapat, dari hari orientasi dah berkawan.
     
           “Saja aje. Nak dia ingat aku”.
   
          “Kau nak dia ingat kau dengan cara macam tu? Tak takut dia benci dengan kau ke lepas ni?”

           “Tak, aku akan buat semua tu tak akan terjadi. Dia tak akan benci aku lah. Jangan risau!”

          Semua dah saling berpandangan. Apa lagi Luth ni nak buat? Hanya dipandang Luth yang dah mula fokus dengan kertas latihan dihadapannya. Kena hantar esok benda ni, sebab tu semua berkumpul, tapi si Luth ni sempat buat drama pulak.

*********************

Naural mengekek ketawa tengok cerita A Thousand Words, cerita lakonan Eddie Murphy. Nasib baik dia duduk single room, tak lah ada roomate yang akan pandang dia pelik kan. Memang lawak lah cerita ni, cakap genap 1,000 perkataan, hidup dia akan berakhir lepas tu. 1,000 perkataan bersamaan dengan 1,000 daun pada satu pokok belakang rumah si hero. Bila satu perkataan dia sebut, satu daun juga akan gugur. Sebab tu bermacam cara dia cari nak pastikan bila helaian terakhir tu gugur dia masih lagi bernyawa.  

         Memang best, sampai dia pun tak perasan hari dah gelap. Nasib baik dia tak boleh solat. Lepas mandi dia duduk menghadap buku. Nak ulangkaji sikit untuk kelas esok. Nanti dalam kelas kalau bosan boleh lah tidur. Hahaha..sengal Naural ni. Ok.. tak kelakar pun.
          
         Buku dibuka. Aik? Ada kertas. Kertas siapa ni, buku ni pun. Aku punya ke? Tajuk buku dibaca. Engineering? Ni bukan buku aku lah. Sejak bila budak Math pakai buku ni?
          
          Tapi kertas ni? Macam menarik minat dia sangat. Boleh baca tak? Rasanya tuan dia marah tak kalau dia menyibuk nak baca? Disebabkan keinginan tahu dia yang meninggi, dia bukak juga kertas berlipat tu. Nampak macam baru, warna pun putih lagi.

******Took a deep breath in the mirror
He didn't like it when I wore high heels
But I do
Turned the lock and put my headphones on
He always said he didn't get this song
But I do, I do

Walked in expecting you'd be late
But you got here early and you stand and wave
I walk to you
You pull my chair out and help me in
And you don't know how nice that is
But I do

And you throw your head back laughing like a little kid
I think it's strange that you think I'm funny cause he never did
I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe, I watched it begin again

He said he never met one girl
Who had as many James Taylor records as you
But I do
We tell stories and you don't know why
I'm coming off a little shy
But I do

But you throw your head back laughing like a little kid
I think it's strange that you think I'm funny cause he never did
I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe, I watched it begin again

And we walked down the block to my car and I almost brought him up
But you start to talk about the movies that your family watches
Every single Christmas and I won't talk about that
And for the first time, what's past is past

Cause you throw your head back laughing like a little kid
I think it's strange that you think I'm funny cause he never did
I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe, I watched it begin again

But on a Wednesday in a cafe, I watched it begin again************


          Lirik lagu? Dia tertawa, apa lah aku ni. Lirik lagu pun menarik minat ke? Tapi macam lirik lagu Begin Again nyanyian Taylor Swift aje. Dia melipat balik, tapi ayat tertulis pada lipatan belakang membuat matanya membulat.
            
           To Naural,
         
       Surat ni memang ditujukan untuk awak, jangan rasa pelik atau nak buang ke apa. Apa something yang saya nak awak cari. Dalam surat tu ada teka-teki untuk awak. Selesaikan, dan awak akan kenal saya siapa. Thanks and goodluck!.

         Huh! Buruknya tulisan. Tapi nak cari ke? Apa teka-teki yang ada dalam ni. Ada lirik lagu aje. Aku tahu lah aku ni budak Matematik, tapi jangan lah bagi teka-teki macam ni. Bagi nombor lah, pandai sikit aku nak buat.
  
      Tapi..nak buat ke? Haa..layan aje lah. Macam seronok aje. Naural belek balik lirik tadi. Digaru-garu kepalanya yang tak gatal. Apa ada dalam ni? Tak nampak apa-apa pun. Nak try guna talian hayat ke? Nak tanya budak bilik sebelah ke? Kawan dia juga bilik sebelah ni. Ermm..tak mencabar lah kalau minta tolong orangkan.

        Dia mundar mandir dalam bilik. 30 minit..1 jam... 2 jam...
            
    “Arghhh! Peningnya. Macam mana nak dapatkan jawapan ni. Apa lah dia ni, nak test kepandaian aku pun jangan lah bagi benda ni. Buat fikiran aku makin kusut ada lah”. Dicampak kertas tu atas meja. Dah lah tak dapat fikir, mood nak study pun dah melayang.      
            
      Dia buka lappy kesayangan. Online lah, lagi best. Tak lah sakit otak aku ni lagi. Hai..bosan juga. Tak ada apa yang menarik lah. Phone pulak dicapai, earset dipakai. Dengar lagu aje lah, untung dapat terus lelap nanti. Tak ada lah pening sangat, tapi masih ada tak puas hati juga lah sebab tak dapat selesaikan teka teki tu.
            
      Matanya ditutup, nak menghayati lagu. Boleh dikatakan dengar lagu ni minat dia lah, dulu pernah juga berangan nak ambil course berkaitan musik tapi dapat tentangan yang hebat dari mak pulak. Terpaksa lah dia ambil course Matematik ni. Lagu Begin Again berkumandang, lagu ni! Lirik yang tuan kertas tu bagi. Dia cuba hayati, mana tahu boleh dapat ilham macam mana nak selesaikan nanti.

       “Wait! Mana kertas tadi tu?” Dia berlari ke meja, tak lah berlari pun sebab meja tu dekat aje. Dibelek balik..
            
     “Larrh. Kenapa aku tak perasan awal-awal ni. Bodohnya aku ni. Buang masa aje fikir jauh sangat tadi. Dah terang-terang jawapan ada dalam kertas ni. Semua perkataan yang ada garis dekat bawah tu lah jawapan dia”.
            
      Dia tersenyum. Suka sebab dah dapat cari jalan nak selesaikan. Kertas kosong dicapai, nak selesaikan sekarang juga. Lepas ditelek, dibulat, diconteh dengan berkali-kali juga pennya diketuk atas meja dia dapat juga jawapan teka teki ni. Tapi betul ke?
            
       esokpukulsepuluhpagdekatitasiukmcaribelon
            
      Huh? Apa ni? Belum selesai lagi ke? Adui! Pening dah kepala ni, tapi nak tidur rasa tak puas hati. Selesaikan dulu lah.
           
       esok pukul sepuluh pagi dekat tasik ukm cari belon
            
       Yeay! Dah dapat juga, tapi esok? Ada lagi ke yang lain? Naural mengeluh, penatnya nak buat semua ni. Tapi dia dah tanam azam, nak pergi juga tempat tu esok, dah lah yang satu ni pun hampir 5 jam baru boleh selesai, dah alang-alang tu teruskan lah.

****************************

“Belon..belon..belon..”. Terkumat-kamit mulut dia menyebut benda tu. Dari tadi asyik sebut belon aje. Orang lain dah mula pandang pelik. Mesti dia orang cakap ‘apa budak ni pagi tadi bangun salah bantal ke? Lain macam aje pelik dia’. Tapi tak tahu lah betul ke tak kan. Naural tak ambil kisah. Dia masih lagi menyebut. Takut lupa apa yang dia nak cari tadi. Dah lah pagi tadi pun bangun lambat, ada ke lepas subuh dia pergi tidur balik. Memang sah-sah lah bangun lambat kan.
            
        Terdengar orang belakang tergelak. Sekarang ni Naural ada dalam bas, nak pergi ke tasik tu. Dia bukannya ada kereta, sebab tu lah banyak bergantung dengan bas ni nak pergi mana-mana.
           
       Naural dah pelik. Dia gelak kan aku ke? Tapi mungkin juga orang tu tengah cakap dengan kawan dia kan. Tiba-tiba telinga dia dengar...
            
         “Belon..belon..belon..”.
            
        Apa? Dia ejek aku ke? Tak boleh jadi ni. Hatinya jadi panas, geram pulak ada yang macam nak cari gaduh dengan dia, dah lah dia tengah tension dengan semua teka-teki ni. Ada pulak yang nak tambahkan lagi.
          
        “Awak, sorry ya. Saya nak tumpang lalu kejap. Nak keluar”. Naural minta gadis sebelah dia ni bagi laluan sikit. Dia berdiri, berpusing ke belakang. Tempat duduk kosong belakangnya diduduki. Tak nampak pulak siapa dia ni. Tapi laki lah, topi dia dah tutup muka.
          
        “Hello, tadi you ke yang cakap belon..belon tu?”
       
         Laki tu diam aje. Dilarikan pandangan memandang luar tingkap, malas nak layan gadis ni. Dah lah tiba-tiba aje duduk sebelah dia. Apa tak malu ke duduk sebelah laki dalam bas?
    
         “Hello!” Digerakkan tangannya depan muka laki tu. Tapi boleh laki tu tepis. Dia ingat tangan aku ni lalat apa. Mula lah temperature Naural ni meningkat.

       “Hei! Aku cakap dengan kau lah. Boleh tak tengok sini. Aku tanya baik-baik tapi kau buat dunno pulak”. Ditinggikan suara. Ramai pelajar yang berhampiran dah mula pandang tempat mereka.
            
         Tapi masih tak dapat apa-apa respon dari laki tu. Pandangan masih teracap di luar tingkap.
            
         “Woi! Aku cakap dengan kau lah. Bukan dengan dinding. Boleh jawap tak?”
            
         Bas dah berhenti, depan perpustakaan. Laki tu bangun. Tapi sempat dia menundukkan wajah, hampir dengan muka Radwa. Muka dia memang tak nampak sebab dia dah tarik depan topi dia ke bawah, untuk menutup muka.

        You ni perempuan. Tak manis menjerit-jerit macam ni. Orang lain tengok pun malu. Memang I yang sebut belon..belon..belon tu. So? Apa you nak buat? Bukan I buat salah apa-apa pun kan. Lain kali cuba belajar kawal temper tu sikit, kesian mana-mana laki yang nak dekat you nanti”.
            
            Mulut Naural dah melopong. Dia hanya memandang langkah laki tu menuruni tangga bas. Dia menoleh ke tingkat, laki tu menundukkan sedikit kepala padanya. Siapa dia ni? Dah lah cakap dengan nada sinis tadi. Adui sakitnya dada aku. Kenapa lah aku ni malang sangat sejak dua menjak ni.
            
            Ditenteramkan perasannya, dah lah tak payah fikir lagi. Buat sakit otak aje. Bukan aku kenal pun dia ni, UKM ni pun besar. Kemungkinan untuk jumpa laki ni 0.000001, hampir macam kosong lah kan. Ignore aje lah.
            
              Bila tiba depan Fakulti Kejuruteraan dia turun. Tasik ni terletak dekat aje dengan fakulti ni. Jangan lah dia jumpa dengan Luth lagi, sejak semalam dia dah pujuk hati dia padam nama laki tu.
            
               “Haii, Naural? Kau buat apa dekat sini?”
            
           “Harith? Kau buat apa dekat sini? Jumpa awek eh?” Baru teringat yang laki ni ada awek belajar dekat fakulti ni. Dia ni sama aje course dengan dia. Tak akan lah kelas dia orang dah berpindah tempat kan..
            
             Harith ketawa. Selamba aje Naural ni. Kalau perempuan lain mana ada selamba macam dia ni. Semua nak cover malu ada lah.
            
           “Pandai kau kan, tahu aje apa aku buat. Apa selama ni kau stalk aku ke?” Tertawa di tengok muka tak puas hati Naural.
            
          “Tak ada masa aku. Baik aku duduk bilik, tidur. Lagi best”. Mulut dia mencebik, tak kuasa nak stalk laki orang.
          
         “Habis tu buat apa kau datang sini. Kita mana pernah ada kelas dekat sini kan. Ke kau pun datang nak jumpa pakwe ni?” Dia dah tersenyum nakal pandang Naural. Patut lah selama ni ramai memikat, dia tak pandang pun. Dah berpunya rupanya.
        
       “Banyak lah kau. Aku nak jumpa kawan sekejap. Dah lah Harith, aku pergi dulu lah. Dah lambat ni”. Dia terus berlalu pergi lepas angkat tangan. Jam dah nak pukul 10. Kalau lambat nanti hilang pulak belon tu.
   
         Dari jauh ada sepasang mata dah memandang. Tajam! Langkah laki tu dipandang. Siapa pulak dia ni? Nak kacau line dia ke apa?
      
          “Habis lah kau ada pesaing. Tengok laki tu, not bad juga muka dia”. Yang lain tergelak.
       
         “Not bad? Aku rasa macam rumah tak siapa aje muka dia tu. Aku lagi beribu kali hensem dari dia lah. Apa mata kau orang ada masalah ke?” Terus dia berlalu masuk kelas.
        
         “Wei guys, ada orang jeles lah”. Semua ketawa. Sengaja dikuatkan suara tadi, nak bagi orang yang tengah jeles tu makin membara. Tu lah tugas kawan kan..

*********************

Naural melangkah berhati-hati. Basah tanah hari ni, semalam hujan. Dah lah dekat dengan tasik, lagi lah tanah ni lembab. Rumput pun dah panjang, apa semua pemotong rumput dah mogok ke? Menyusahkan dia pulak nak berjalan atas rumput-rumput liar ni.
            
         Belon! Dah jumpa pun. Tak lah susah mana pun nak cari, elok aje belon tu tergantung dekat rumah buruk tu. Bukan lah rumah buruk sebenarnya tapi lebih macam pondok berteduh yang tak siap, sebab rendah sangat. Kalau tak tunduk masa masuk tadi memang bengkak dah kepala dia terhantuk besi pondok ni.
           
         Tali belon dirungkaikan. Dibawah keluar. Dia duduk di bangku berhampiran, nasib baik tak panas pagi ni. Kalau tak boleh terbakar kulit dia, sekarang ni pakai sunblock pun macam tak berguna.
           
        Belon dibelek. Tak ada surat, ayat apa-apa pun tak ada. Apa ni? Betul ke ayat yang dia selesaikan malam tadi? Kenapa tak ada apa-apa ni? Mesti ada yang tak kena ni. Dia dah kena tipu ke?
          
        Ya Allah kenapa lah dia ni pun ikut aje arahan semalam tu kan. Bukannya nak pertimbangkan dulu segala kemungkinan. Dia duduk mengeluh. Sia-sianya. Buang masa aje datang sini, dah lah dia tak ada kelas pagi. Kalau tadi dia tak datang, boleh lagi tidur bangun lambat. Semalam pun dah bazirkan masa dia selesaikan teka-teki tu.
     
        Dia melangkah pergi. Nampak lemah sangat. Tiba dekat satu laluan yang penuh dengan pokok tajam. Tak tahu lah nama pokok tu apa. Belon semua pecah. Kuat bunyi dia, hampir nak melatah juga Naural ni. Nasib baik tak ada makcik atau pakcik tua dekat sini, kalau tak ada yang tuduh aku ni jadi pembunuh nanti. Ye lah, kalau makcik atau pakcik tu ada sakit jantung, tak ke mati terkejut dengar bunyi kuat ni.
       
        Naural mengeluh lagi. Lepas satu, satu pulak masalah yang datang. Di sebabkan baru minggu lepas Naural dah daftar online jadi ahli Rakan Alam Sekitar, maka dirajinkan juga diri menurunkan badan. Nak mengutip sisa-sisa belon tadi.
        
         Aik? Ada kertas kecil? Ada 2 pulak tu, siap tulis nombor 1 dengan 2 lagi. Datang dari mana ni? Fikir punya fikir dengan bahan bukti yang terdampar depan dia ni, akhirnya jawapan dapat dicari. Kepalanya ditepuk, tergelak kecil. Patut lah tak jumpa apa-apa klu, klu tu ada dalam belon ni rupanya.

*****************************

Pintu bilik dibuka. Sempat dia menegur jiran bilik sebelah dia tadi. Nasi bungkus diletak atas meja, nanti lah baru makan. Ada perkara lagi penting nak buat ni. Beg dia diselongkar, nak cari kertas kecil warna biru tadi.

      Kertas tertulis nombor 1 dibuka, dibaca isinya. Larrhh...Ada teka-teki lagi ke? Rasa nak hantuk aje kepala, kenapa lah dalam banyak-banyak makhluk dalam UKM ni aku juga yang jadi insan terpilih nak jawab semua teka-teki hamba Allah ni.
       
       (i) [sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6-x^2) from -4.5 to 4.5] (you)
   
         p/s : Gunakan cara yang biasa awak guna nak cari jawapan tutorial. Gerenti senang aje nak cari jawapan dia. Lepas dah dapat selesaikan, baru buka kertas nombor 2. Macam biasa semua tutorial ada deadlinekan, so deadline awak ialah 31 Disember ni. Good luck Again..
    
        Apa ni? Aku tahu lah aku budak Math, tapi kenapa bagi persamaan ni. Adui, masalah datang lagi. Kalau semalam yang macam senang tu pun dah habiskan 5 jam dekat sana, yang ni mesti berhari-hari lah. 31 Disember? Tu bukan lagi 2 hari aje ke? Kenapa lah orang ni kejam sangat. Dah lah aku ni tak pandai, lagi nak sesakkan otak aku ni. Kesian kau otak, maafkan tuanmu yang tak berdaya ini.

          Satu malam Naural berjaga, dia kaji persamaan tu. Kenapa dia cakap persamaan? Sebab dia dah tak tahu nak panggil benda tu apa. Tapi secara logiknya yang tu bukan persamaan sebab tak ada tanda sama dengan. Ok kalau sesiapa yang tak tahu sama dengan tu apa. Sini simbul dia [ = ]. Ok tu dia. Harap readers semua dah jelas. Kalau perhatikan balik nombor tadi memang tak ada kan.

         Ok, sambung balik pasal Naural ni. Malam tu memang dia tak selesaikan langsung teka-teki tu, dia tidur dalam keadaan frust. Esok dalam kelas, ramai tegur kenapa mata dia sembab, dia terpaksa tipu lah cakap tengok Running Man sampai lebam biji mata dia, pada hal dia bukan peminat cerita tu pun. Lepas habis kelas, dia dapat satu hadiah yang buat air mata dia hampir nak mengalir sebab terharu. Tutorial! Kena submit esok pulak tu! Haii la..tambah lagi bebanan aku ni.

        Balik bilik pun dia tak dapat selesaikan masalah tu. Semua budak-budak genius dalam kelas dah ditanya. Tapi semua terdiam. Terkejut tengok soalan dia. Sah-sahlah tak tahu kan. Dengan kecewanya dia balik bilik tadi. Hari ni dia dah buat keputusan nak give up. Malas nak fikir lagi semua ni.Tutorial pun dia tak buat lagi. 

***********************

“Naural? Dah siap tutorial semalam dapat?” Jiran dia menegur. Apa lah baik punya timing jiran dia ni, masa mulut dia penuh dengan buih toothpaste juga dia nak tanya. Puas dibuat isyarat tangan nak bagi jiran dia ni faham.. ‘kejap tunggu aku berus gigit dulu’.
            
         “Ok done! Apa lah kau ni Dila, masa aku nak berus gigi lah kau nak tanya kan. Terbantut dah mood aku nak berus tadi”.
           
           Kawan dia tergelak. Apa ada kena ada mood ke?
          
          “Tak ada maknanya mood-mood kau tu. Tutorial dah siap tak? Aku nak pinjam ni”.
      
         “Belum lah, kau ni pun satu kan. Dalam kelas kita tu punya ada ramai budak pandai kenapa tak pergi tiru dia orang aje. Aku juga yang kau nak tanyakan”.
       
         “Tak boleh lah, nanti lecterur pelik pulak tengok markah aku. Sebab tu aku pilih kau”.
        
         “So, kau nak cakap aku ni ting tong lah?”
         
         “La la la la-la”. Hissh menyanyi pulak minah ni. Sengaja nak sakitkan hati aku lah tu.
        
         “Petang ni kita bincang sama lah Dila. Nanti aku datang bilik kau”.
    
         Tepat pukul 4 petang dia pergi bilik Dila, semua pun sebab nak siapkan tutorial tu lah. Kalau tak nanti marah dia pulak sikit untuk final nanti. Lepas berhempas pulas buat kerja yang memang tahap susah sangat tu, dia duduk bersandar. Tiba-tiba mata teracap pada kertas warna biru.
       
         Eh? Bukan hari ni hari last ke teka-teki ni? Laarhh..nak give up ke? Tapi memang satu apa pun dia tak faham. Macam mana ni?
        
       “Naural, kita ni memang patut dari dulu bersatu buat semua tutorial ni kan. Dengan kepakaran aku menyelak buku cari jawapan tambah lagi dengan kau yang hebat cari jawapan dari google. Memang meletup lah!” Dia tertawa. Ketawakan diri sendiri. Apa lah nak jadi dengan dia ni.
        
        Kejap? Cari dari google? Tu ke hint yang dia nak sampaikan tu? Tubuh Dila dipeluk sebelum dia terus keluar, bawa semua lappy dengan kertas-kertas yang dia bawa tadi. Rasanya macam dah tahu aje jawapan teka-teki tu. Muka blur Dila tak dilayan.
         
      “Eh? Kau dah nak balik ke? Kejap lah, teman aku borak”.
    
        “Sorry lah Dila. Aku ada hal ni. Bye and thanks”. Pintu bilik Dila ditutup rapat. Dia memang tak ceritakan perihal teka-teki ni pada sesiapa. Sebab kawan dia dekat U ni pun memang tak ramai, yang nak kata rapat pun macam tak ada. Biasa lah kan bila zaman universiti, mana lagi nak dapat kawan yang sanggup ke hulu ke hilir dengan dia. Semua lagi suka buat hal sendiri.
            
         Laptop dibuka, enjin carian google dibuka. Kertas biru dibelek balik.

(i) [sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6-x^2) from -4.5 to 4.5] (you)
           
        (i) dengan (you) ni rasanya perkataan. Tapi yang tengah tu apa? Dia taip semua dalam google. Kotak search ditekan. Link paling atas dibuka. Mulut dia melopong. Cantiknya! Ada ke graf macam ni? Kenapa dia sendiri tak tahu? Ok readers, kalau nak tahu try buat macam Naural ni ya, nanti akan nampak sendiri apa yang Naural ni nampak. Then, apa reaksi kau orang, tulis lah dalam petak komen tu. Heheh..Ok stop!
            
         Berbalik pada cerita ni pulak, Naufal rasa dia dah dapat selesaikan. Kalau combinekan bukan bawa masuk..I Love You ke? Betul ke ni jawapan dia? Nak buka kertas nombor 2 macam takut pulak. Tak akan semua ni dia buat semata-mata nak confess perasaan dia. Tapi kenapa tiba-tiba? Dia kenal aku ke?
            
        Diberanikan diri juga buka kertas nombor 2. Makin berdebar-debar ni, tangan dia pun dah menggigil. Sejuk makin terasa. Macam nak jawab final exam aje rasanya. Dibuka, kemudian digosok-gosokkan matanya. Betul ke apa yang aku baca ni? Hampir nak menangis Naural sebab terharu.
           

 *******Yes! Thats true. I love you...
            Saya dah agak budak Math macam awak mesti dapat selesaikan teka-teki ni...
            Jumpa saya 31 Disember ni 10 malam...
            Di Kelab Danau, tempat paling tinggi dalam golf club tu.. I'll waiting for you.. :)



           Dah nak hampir tiga tahun aku depan sini baru hari ni ada yang nak confess. Memanglah ada sikit rasa terharu tu. Tapi apa jaminan yang semua ni bukan hanya mainan budak nakal yang tak ada purpose of life. Dah lah dia perempuan. Nak pergi golf club yang gelap tu. Berani ke dia? Malam tahun baru pulak tu.

        Lepas ditimbangkan segala kemungkinan, dia ambil keputusan nak pergi juga. Dia ni kan memang jenis yang buat dulu kesan dia nanti baru fikir. Sebab tu dia pergi juga. Malam ni memang sehabis cantik dia berdandan. Tak tahu kenapa tapi hatinya yang berkeinginan begitu.

          Malam tu dia naik bas, majoriti yang ada dalam satu bas yang sama dengan dia dah pandang pelik. Abang driver pun sama. Pelik sangat ke penampilan aku malam ni? Bajunya dipandang. Ok je. Mungkin over sikit sebab dah malam kan. Tapi tak kisah lah.
            
         Sampai dekat depan Danau, dia turun. Aik? Malam ni terang pulak tempat ni. Tapi dia tulis cari tempat yang paling tinggi kan? Haii..semput lah aku macam ni. Nasib baik tak pakai high heel, kalau tak mesti dah melecet.
         
       Eh? Ada golf cart lah. Boleh pinjam kejap tak rasa-rasanya. Sebab kalau nak naik sendiri memang tak sanggup lah. Penat kut. Dah lah tak tahu dekat mana. Kiri. Kanan. Dia menoleh. Gaya dah macam pencuri pulak.
        
        Terus ditekan pedal, golf cart bergerak. Suka dia, sebab naik benda ni pun tersenarai dalam impian dia juga lah. Tiba dekat satu kawasan dia dah nampak kelipan cahaya berwarna kuning, dilarikan golf cart ke arah tu.
        
         Ada lelaki! Terasa debaran dalam dadanya. Betul lah semua tu, dia ke yang bagi semua teka-teki tu? Untuk apa? Kenapa tak berdepan sendiri aje?
        
        “Hai?” Naural beranikan diri tegur. Tak sabar sebenarnya nak tengok muka laki tu. Tapi dari gaya nampak macam hensem aje, tak percaya lah pulak ada laki hensem yang sukakan dia.
      
       “Hai”. Laki tu menoleh, dilemparkan senyuman yang teramat manis untuk Naural. Akhirnya Naural berjaya juga selesaikan semua tu. Takut juga semua rancangan malam ni tak berjaya.
      
         “Penjaga lift? Kenapa? Semua ni..”. Naural keliru. Tak akan lah dia. Laki yang dia minat, laki yang sama sakitkan hati dia masa pertama kali dia jejakkan kaki dalam perpustakaan. Semua tu rancangan dia ke?
     
         “Ada sebab kenapa saya buat macam tu. Sorry kalau buat awak pening, geram nak selesai teka-teki tu”.
      
         “Memang pun. Susah kut, kenapa tak bagi surat luahkan aje. Tak payah lah saya nak guna sangat otak yang memang saya dah simpan just untuk jawab exam aje ni”.
      
           Luth tergelak. Comelnya dia malam ni!
    
          “Tak boleh lah sayang, saya nak mulakan hubungan ni dengan something yang lain dari lain. Saya nak tengok sejauh mana sayang boleh selesaikan love riddles tu. Sayangkan math student, tak akan tak mampu kan”. Dia tersenyum, menghampiri Naural. Tapi setapak dia maju, setapak juga Naural mengundur.
    
         Sayang? Banyak lah dia punya sayang. Tak tahu ke yang aku ni sampai tak tidur malam sebab benda tu.
      
         “Sayang? Siapa yang bagi awak lesen nak panggil saya sayang huh? Saya bukan sayang awak lah. And lagi satu, kan lagi macho kalau awak sendiri yang face to face luah semua ni”.
   
         “Tak kira, mulai hari ni sayang ‘sayang’ saya. Lagi pun saya tak perlu nak jadi macho, sebab saya memang dah tersedia macho dalam mata awak kan?”
        
           Muka Naural dah memerah. Dia tahu ke yang selama ni aku minat dekat dia?
        

          “Comel lah muka sayang memerah. Malu ya sebab saya tahu perasaan sayang selama ni?”
      
          “Eh? Mana ada. Perasan apa yang awak cakap ni?”
   
          “Saya perasan sayang selalu curi pandang saya. Walaupun muka sayang dah tertutup dengan buku saya nampak mata sayang ralit pandang saya”.

            Dahi Naural berkerut. Aku tak pernah nampak pun dia pandang aku selama ni.

           “Mana ada. Tipu! Saya tak pernah nampak pun awak pandang saya selama ni”.
     
          Senyuman Luth dah melebar. Trap question! Kan dah terjerat si Naural ni. Tu lah siapa suruh tak nak mengaku tadi.
        
            “Nampak sangat yang sayang selalu pandang saya kan”.
      
           Muka Naural dah makin panas, ditepuk-tepuk mukanya. Kononnya nak kurangkan rasa malu dia lah. Kenapa lah aku ni mudah sangat tertipu dengan soalan tu.
      
            Luth melutut, depan Naural. Satu kotak kecil dari poket dikeluarkan. Cincin! Naural makin terkejut. Pipinya dicubit. Betul ke semua ni? Laki yang dia minat selama ni tengah melutut sambil pegang cincin?
    
           “Sayang sudi tak jadi kekasih saya. Peneman saya masa susah senang. Selalu dengar luahan hati saya, sanggup tunggu saya sampai dapat kerja lepas tu baru kita kahwin. Yang paling penting sanggup selesaikan semua love riddles yang saya bagi. Sayang sudi tak?..Please” Mata dikelip-kelipkan. Harap Naural terima, dah lama dia tunggu gadis ni, hari ni bila hampir nak dapat dia tak akan lepaskan.
    
          Naural terharu. Air matanya mengalir. Macam ni ke rasa dilamar, bertuahnya dia dapat rasa perasaan ni. Rasa bahagia teramat sekali.
  
          “Saya sanggup..” Luth dah melonjak gembira. “Tapi..” Muka laki tu dah pucat, kenapa ada tapi pulak?
   
         “Saya tak nak jawab lagi semua teka-teki tu. Penat, sakit kepala, tak cukup tidur semua saya rasa masa nak selesaikan semua tu. Dah serik. Tak nak!”
     
       Luth ketawa. Tak apa lah kalau Naural tak nak, yang penting gadis tu sekarang dah jadi girlfriend dia.
      
        “Tak apa sayang. Semua tu saya yang akan tolong selsaikan nanti”. Tangan Naural dicapai, disarungkan cincin yang berkilau cantik ni. Mata Naural pun dah silau tengok kilauan dia.
       
          Lepas aje cincin tersarung, semua bersorak. Keluar dari tempat dia orang bersembunyi. Yang laki pergi ke Luth, peluk dia. Yang perempuan pulak ucapkan congrat pada Naural. Malam tu memang semua rancangan Luth, tapi dia orang ni lah extra yang tolong hias tempat ni.
        
            “Jom sayang makan. Semua dah siap tu, tunggu nak makan aje”.
       
             Langkah Luth diikut, kerusi yang ditarik Luth didudukinya. Sedapnya nampak!
      
         “Macam mana awak kenal saya?” Sambil makan sambil bertanya. Dah sesak dengan pertanyaan dalam fikiran dia ni.
       
           “Ingat lagi tak malam yang awak selamatkan lelaki dari dipukul tu?”
     
        Malam laki dipukul? Mesti lah dia ingat, kalau dia datang lambat mesti lelaki tu dah teruk tercedera. Nasib baik lah dia ada simpan nada siren polis, dapat juga gunakan dalam situasi macam tu. Tapi macam mana Luth tahu?
  
            “Saya lelaki tu”.
  
            “Huh?”

           “Betul sayang. Saya lelaki tu, lelaki yang sayang tolong. Dah lama dah kan kejadian tu berlaku, sejak tu juga cinta saya dah lama mekar untuk sayang. Cuma tak berani nak luah aje”.

            "Tapi bukan gelap ke masa tu? Macam mana awak kenal saya?"

            “Dari ni!” Ditunjukkan ID pelajar Naural.
    
            Aik? Macam mana Luth ada card dia, tu bukan card lama ke? Jangan cakap kad tu tercicir malam tu.
   
           “Ni sayang punyakan. Tercicir masa malam tu, dari sini saya kenal sayang. Tapi sebab ni tahun akhir kita, baru saya berani nak luahkan semua ni. Tak nak menyesal kemudian”.
  
            “Macam mana awak tahu yang saya pun suka dekat awak”. Makin perlahan suara Naural. Menahan malu, tapi nak tahu juga.
  
            “Sebab member saya cakap sayang suka curi pandang saya. Saya ni banyak mata lah dekat UKM ni and lagi satu laki dalam bas yang cakap belon...belon...belon tu pun saya juga”. Dikenyitkan matanya.
  
            Huh? Luth juga? Patut lah dia gelakkan aku. Tak patutnya, buat malu aje.
  
            “Sampai hati kenakan saya kan”. Naural pura-pura merajuk.
  
            “Sayang pun sampai hati cakap dengan laki lain. Saya jeles tengok”.
  
            “Huh? Nak cakap dengan laki lain pun tak boleh? Tapi bila? Awak pernah nampak ke?”

           “Pernah lah masa sayang pergi tasik tu, siap gelak tawa lagi dengan seorang mamat ni. Sakit hati saya tengok”.

              "Alarh.. kesian dia. Tu kawan saya aje lah. Bukan ada apa pun. Dia pun dah ada girlfriend. Saya kan memang dari dulu suka awak". Muka kembali merah. Luth dah tersenyum lebar. Comel lah Naural ni.
   
            “Serius ni? Tak tipu saya kan?”
  
            “Tak. Saya ni jujur, amanat, telus”.

           Luth tertawa, bertuahnya dia dapat Naural. Mesti lepas ni kehidupan dia makin gembira dan penuh gelak tawa.

             Bum.. bum..

      Bunyi percikan bunga api mengejutkan dorang. Terus dialihkan pandang ke arah langit. Cantiknya. Dah masuk tahun baru ke? Patutlah dah ada pertunjukan bunga api. Tapi baru tahun ni dia berpeluang tengok secara dekat. Disebabkan kedudukan dia yang agak tinggi. Siap dengan suasana romantik lagi.
  
       “Sayang...saya nak mulakan hubungan kita pada tahun baru ni. Senang awak nak ingat sampai bila-bila nantikan. I love you sayang so much, thanks sudi terima saya”.
  
        “I love you too and welcome”. Mata saling memandang. Saling berkata menggunakan bahasa mata.
    
        Naural tersenyum bahagia. Tak sangka dia dapat hadiah yang paling berharga sempena tahun baru ni. Kekasih hati! Dapat juga dia konvo nanti dengan Luth, tak sabarnya. So, kalau kau orang pun nak dapat kekasih yang tampan dan macho macam Luth ni, rajin-rajin lah selesaikan riddles macam yang dia buat. Mana tahu dapat kahwin dengan anak raja.



Sekian. Arigatou dozaemasu.. :D
           

8 comments:

Mahadher Abdul Halim said...

"rajin-rajin lah selesaikan riddles macam yang dia buat. Mana tahu dapat kahwin dengan anak raja."

ooo... macam DALAM cerita "MUSANG Berjanggut" tu ek?... hihi

^_^

misztyra9@ said...

eh? tak tahu pulak yg tu..mgkin kut..hehe :)

JiJi said...

aaa...mcm mna nak buat graf tu??x dpt pun...=((

btw, story ni best!! =))

misztyra9@ said...

@JiJi
hi jiji...tgk dkt chatbox sy..awk copy link dr situ je.. ^_^

za said...

Akak, mcm mana nak buat graf tu? Saya dah copy link pun tak boleh? hehe :)
nice:)

sepuluh said...

za,

pelik pulak, pokcik buat ok, boleh.

siap boleh 'redesign' lagi bentuk "LOVE" dlm graf tu.

:)

ps: tukarx kan figure / 'bermain' dgn figure 300 / 400 / 250 tu... :P

zainatul abu bakar said...

Waaa bestnya....nk selesaikn love riddle jugak! Heheh. Nk kne bli novel ni :)

misztyra9@ said...

Zainatul Abu Bakar : tq2!!! jom2 dapatkan LR smentara masih ada stok ni.. hehehe.. nnti dapat sama2 selesaikan teka-teki dgn Naural.. yeay!! hehehe.. ^^ :)

Kehidupan seorang penulis © 2014