Sunday, 27 January 2013

Saya nurse awak lah! 1

Sunday, 27 January 2013


Zahran membuka mata. Terpaksa juga pejam celik berkali-kali disebabkan silau. Ruang bilik yang dihuninya diperhati. Penuh dengan patung? Hospital pun ada patung ke? Ke nurse salah hantar wad ni? Dia cuba bangun tapi dirasakan sangat payah.

            “Aww..sakitnya! Apa dah jadi dengan aku ni?” Last memori yang dia ada, dia accident. Tapi apa yang cedera? Kenapa dia rasa satu badan dia sakit? Teruk ke kemalangan tu?

            “Hai, ada rasa sakit mana-mana?”

            Zahran memandang gadis tu. Cukup cantik dengan berbaju putih. Putih? Dia ni nurse ke? Cantiknya dia! Lama dia memandang gadis tu, sampai gadis tu pun segan.

            “Awak? Awak?” Dilayangkan tangannya depan Zahran. Dia pun dah cukup segan dengan pandangan laki ni. Kena cepat alihkan pandangan laki tu, kalau tak makin merah lah muka dia nanti.

          “Huh?” Zahran tersedar. Ya Allah apa lah aku ni, pandang anak orang sampai macam tu sekali. Jangan Zahran, jangan..Ingat tunang kau.

            “Awak ada sakit dekat mana-mana ke?”

            “Kenapa kau tanya aku pulak? Kau kan nurse, mesti lah dah tahu kan. Kalau tak, buat apa kau masuk bidang ni dulu”.

            Mulut Haura terbuka kecil. Tak sangka tiba-tiba dia kena marah pulak. Nurse? Sejak bila aku jadi nurse ni?

            “Tapi saya ni bukannya..”.

            “Jangan banyak cakap boleh tak. Sini tolong aku, aku nak pergi toilet”. Dihulurkan tangan. Kalau dia dah boleh gerak memang tak harap pun pertolongan nurse ni. Tapi dia memang tak boleh gerak langsung.

            Haura menelan liur. Aku ke kena tolong?

           “Saya ke? Tapi..”.

           “Apa tapi-tapi. Cepat lah tolong aku. Kalau tak aku buang aku buang aje dekat sini. Satu hal pulak kau nak tukar cadar ni kan. So, kau pilih mana?”

         Lama Haura berfikir. Dicapai juga tangan Zahran membantu pemuda tu bangun. Zahran pulak meletakkan tangannya yang tak berbalut pada pinggan Haura. Haura dah terasa nak menjerit. Tak pernah ada yang berani pegang dia macam tu. Muka Zahran dipandang, tak puas hati.

        “Apa? Kau ingat aku suka sangat ke? Ni pun terdesak lah. Kalau tak, tak ingin aku nak pegang”.

            Haura dah bengang. Tapi gagahkan hati juga untuk tolong Zahran. Dah lah sakit, ada hati nak sakitkan hati orang pulak tu. Geramnya!

            “Woi, dah. Cepat lah pegang tangan aku ni. Licin lah toilet ni”. Tangannya cuba mencapai tangan Haura diluar. Bila dapat aje, terus ditarik. Haura yang tak ready apa-apa pun tak sempat nak tampung berat Zahran.

            “Haaaah..”

 Dua-dua dah selamat terjatuh dalam toilet. Muka mereka dekat sangat, tapi Haura masih tak perasan. Zahran yang pada mulanya nak marah tak jadi. Dia ralit tengok muka cantik yang hanya jarak 3 inci dari mukanya. Segenap muka gadis tu dipandang. Cantiknya dia!

           Disebabkan Haura ni masih tutup mata, dia memang tak perasan lah mata Zahran yang dari tadi ralit tenung dia. Bila mata dibuka aje, dia terkedu. Cuba untuk bangun, tapi tangan Zahran dah pegang kemas pinggang Haura. Tak nak kasi dia bangun.

         Makin lama makin dekat muka Zahran, Haura dah makin menjauh. Tapi sampai mana lah dia boleh menjauhkan. Badan dia pun memang dah tak boleh gerak. Zahran tersenyum, lalu bibir merah tu dijamahnya. 

            Zahran melepaskan puatan. Dia tersenyum nakal.

            “Manis!”

 Haura tersedar. Bibirnya ditutup. Apa dia dah buat ni? Kenapa dia relakan aje tadi? Dadanya dah turun naik. Marah mungkin.

            “Tak guna pun nak marah aku. Kau juga yang rela tadi kan”. Pautan tangan pada pinggang Haura dilepaskan. Haura lantas bangun. Jarinya diluruskan menunjuk pada Zahran.

         “Awak ni tak guna! Saya dah tolong tapi ambil kesempatan pulak. Dah lah, awak baring dekat situ sampai bila-bila. Saya tak nak tolong”. Terus Haura berlalu. Dia geram, maruah dia rasa dipijak. Sampai hati dia ambil kesempatan tadi. Tapi salah dia juga tak melawan tadi, lagi membalas ada lah. Malunya!

            Mata Zahran dah membulat. Apa! Tak guna punya perempuan, kau yang buat aku jatuh.

           “Woi! Sini lah, kau yang buat aku jatuh kan. Woi!”. Zahran menjerit-jerit. Hampir 10 minit juga lah sebelum Haura muncul balik. Muka dia masam.

           “Nak apa? Bangun lah sendiri”.

“Kalau aku boleh bangun dah lama aku bangun”.

Haura ketap bibir. Larrh..salah cakap lah pulak. Muka Zahran dah berubah. Mukanya merah menahan marah.

Sorry..sini saya tolong”. Tangan Haura ditepis. Kuat.

        “Awak, sorry lah. Saya terlepas cakap tadi”. Tak sampai hati dia tengok Zahran berusaha untuk bangun. Dah berapa kali dia bangun tapi jatuh balik. Tiap kali Haura nak menolong, mesti tangan dia ditepis.

            “Tak payah. Aku tak hadap sangat dengan pertolongan kau tu. Dah pergi lah, aku boleh bangun sendiri”.

            Haura telan liur. Dia tak akan pergi selagi tak tolong Zahran. Dia tahu tadi salah dia, dia nak betulkan balik semua tu. Tangan Zahran dipegang kuat, diseriuskan muka dia. Tapi Zahran tak takut pun, lagi ditolak tangan tu ada lah. Tapi Haura pegang balik.

            “Woi! Jangan pegang tangan aku lah”.

            “Awak lah. Jangan tolak tangan saya boleh tak”.

            “Aku tak nak kau yang tolong lah. Pergi panggil orang lain, aku tak nak kau”.

            Dua-dua dah makin bengang. Saling lawan mata, tak puas hati.

            “Tak nak!”

           Zahran dah pandang tajam pada Haura. Apa masalah dia ni? Kalau aku dah tak nak dia yang tolong kenapa tak panggil orang lain aje. Menyusahkan lah!

            “Kenapa pulak tak nak? Pergi panggil orang lain juga!”

            “Tak nak! Tak nak! Tak nak! Sebab saya ni nurse awak lah!”

         Zahran tergamam! Dipandang muka Haura yang dari tadi merungut sebab perangai dia. Secara tak sedar dia pun ikut bangun, dibiarkan dirinya dipapah oleh Haura. Sedar-sedar dia dah sampai dekat katil. Langkah Haura yang makin jauh pergi diperhatikan.


Dah dua minggu Zahran dekat sini, dalam tempoh tu dia banyak menghabiskan masa dengan ikuti rawatan yang disediakan. Tapi ada something yang pelik dengan tempat ni. Sebab tempat ni sebenarnya rumah, doktor pun tak ada. Selalunya doktor datang lepas tu pergi. Apa tempat ni sebenarnya? Siapa pulak Haura tu? Kenapa tak ada satu pun ahli keluarga dia yang datang melawat?

            Dah lah sepanjang dua minggu ni dia asyik bergaduh aje dengan Haura. Ada aje yang tak kena. Memang dia perasaan yang Haura lah yang selalu sediakan makanan, pakaian.. tapi kenapa dia yang kena buat? Dia tak takut ke duduk berdua aje dalam rumah ni, tak takut kena tangkap?

            “Hai. Dah makan tak?” Zahran yang sedang menonton tv dipandang.

            “Dah”.

            “Nak apa-apa tak?”

            “Tak nak”. Hanya sepatah aje dari tadi Zahran ni jawab.

           “Mana tunang aku? Kenapa sepanjang aku duduk sini tak ada ahli keluarga aku yang datang pun? Ni tempat apa sebenarnya?”

         Haura tergamam! Tak sangka yang Zahran nak bertanyakan hal tu hari ni. Dia belum bersedia lagi nak menjawab.

            “Ermm..ermm”. Haura tak tahu nak jawab apa buat masa ni.

            “Apa? Aku nak jawapan lah”.

            “Saya tahu, tapi bukan saya yang patut jawab semua tu”.

          Dahi Zahran berkerut. Siapa sebenarnya dia ni? Betul ke dia nurse aku? Kenapa tak nampak macam nurse pun. Tiap kali kalau doktor datang dia mana ada tolong apa-apa. Jenis ubat pun dia tak tahu sangat.

            “Kau ni siapa? Apa kau nak sebenarnya?”

            “Saya ni nurse awak lah. Mesti lah saya nak awak sembuh”.

            “Hissh. Geram lah aku dengan kau ni. Dah pergi main jauh-jauh jangan kacau aku lagi”.

            “Tapi ubat ni. Awak kena makan dulu baru saya pergi”. Ditunjukkan beberapa biji ubat di tangan. Zahran dah ubat muka menyampah. Tak bosan ke dia ni?

            “Meh sini..”. Ubat diambil kasar, terus dimasuk semua dalam mulutnya. Haura dah buat muka seram. Macam mana dia boleh makan semua tu? Tak tercekik ke?

            “Dah. Puas hati? Kau boleh keluar sekarang”.

            “Tapi..”

            “Apa lagi ni?”

         “Badan awak seksi lah. Lain kali pakai lah baju, tak malu ke nak kasi orang lain tengok”. Haura menjeling, terus berlalu pergi. Diketuk kepalanya bila tiba diluar. Apa lah kau ni Haura. Kenapa lah kau pergi cakap pasal badan dia tu?

            Zahran tersenyum. Badannya dipandang. Badan aku seksi?



“Selamat malam”. Selimut Zahran diangkat, membalut badan Zahran.

         “Ermm..”. Dia masih sibuk baca majalah. Tu aje yang dia ada nak hilangkan bosan dia. Phone dia memang dah tak tahu pergi mana. Laptop memang sah-sah lah tak ada.

            “Nak pakai stoking tak?”

            “Kau ingat aku ni budak-budak ke apa? Aku dah besar lah”.

             Haura mencebik. Tanya pun tak boleh. Garang sangat!

         “Hah! Kalau kau buat mulut macam tu lagi nanti, siap! Nak kejadian dalam bilik air tu berulang lagi ke?”

            Haura cuak. Mulutnya ditutup dengan telapak tangan, terus dia berlari keluar. Takut juga nak berlama dalam bilik Zahran. Kaki dia pun dah mula nak sembuh, kalau dia betul-betul buat tadi macam mana? Tak ke dia juga yang susah.

            Zahran ketawa. Kelakar lah dia ni. Memang best kalau dapat kacau Haura. Dompet dia diambil, dibukanya. Irdina! Rindunya aku pada dia ni. Kenapa dia tak datang sini pun melawat aku? Apa dah jadi sebenarnya ni? Kenapa dia rasa macam terkurung?



Woi! Aku nak minta tolong ni”.

            Haura hanya mencebik. Aku ada nama lah. Bukannya ‘woi’. Jangan harap aku nak layan. Nak minta tolong panggil lah baik-baik.

            “Woi! Pekak ke huh?”

            Diam lagi. Tak ada apa respon.

            “Haura!”

            “Yup saya. Nak apa?”

        “Kau memang sengaja aje nak naikkan marah aku kan? Tadi aku panggil bukan nak menyaut”. Dibaling satu bantal pada Haura.

            “Dah awak panggil ‘woi’ tu bukan nama saya, buat apa nak menyaut”. Dengan beraninya Haura membalas. Makin hari makin kurang dah takut dia pada laki ni.

            “Kau ni kan!” Terus dibaling lagi bantal yang lain. Tu aje yang diboleh buat nak lepaskan geram.

            Dah?” Tanya Haura lepas semua bantal atas katil tu dia baling. Geram juga lah tengok, sebab gerenti lepas ni dia yang kena kemas balik kan. Memang lah dalam rumah ni ada pembantu lain. Tapi dia orang pun ada kerja lain yang nak dibuat dari melayan laki ni punya kerenah aje.

            “Kenapa tak baling aje sekali dengan tilam ni, katil tu sekali. Mesti tak rasa marah lagi lepas ni”.

            Zahran ketawa. Tiba-tiba. Dia kelakar tengok raut Haura tadi. Geram sangat lah tu, sampai bercekak pinggang. Dengan rambut dia disanggul tinggi betul-betul nampak macam mak cik sedang membebel. Jarang nak nampak dia macam ni, selalunya kemas aje.

         Haura terkejut! Zahran ketawa. Comelnya dia ketawa, kenapa lah dia simpan ketawa tu selama ni. Takut dia cair ke? Tapi memang cair juga lah dengar dia ketawa tadi. Kenapa lah perempuan tu bodoh sangat tinggalkan dia.

            “Woi mak cik! Termenung aje kerja”.

           “Apa? Awak panggil saya mak cik? Saya yang comel ni awak panggil mak cik?” Jari lurus ditunjukkan pada muka.

            “Awak comel? Please la Haura, tak ok. Macam mak cik saya tengok awak hari ni. Siap dengan gaya bercekak pinggang tu”. Dijelirkan lidah sebelum ketawa lagi. Dah lah kuat. Haura yang dengan pun terasa bernanah telinga.

            Papp..

         “What? Haura!! Jangan lah”. Tak sempat lagi nak mengelak dari balingan bantal Haura. Suka pulak dia ni, tergelak-gelak baling. Zahran pun merelakan aje lah diri dia kena semua. Sebenarnya Zahran ni terpaku dengar tawa Haura. Tak pernah dia dengar pun sebelum ni.

            Dup..dup..dup..

          Kencangnya bunyi jantung dia. Nama Irdina makin terpadam. Oh no! Jangan kata aku dah mula sukakan Haura ni. Mak cik ni? Tak kan lah!



“Masak apa?”

           “Huh?” Haura pegang dada. Terkejut dia. Boleh pulak Zahran ni tertawa aje.

“Ya Allah. Awak ni pun Zahran kenapa tak bagi salam. Terkejut saya. Dah lah tak dengan bunyi pun berjalan”.

“Awak nak saya pakai kasut baby ke? Yang ada bunyi loceng-loceng tu. Tak macho langsung”.

Haura letak nasi goreng atas meja, Zahran pulak memang dah ready dengan sudu. Nak tunggu ambil masuk mulut aje. Sejak dia dah dapat kaki ni, ok pembetulan..sejak Zahran dah boleh jalan ni tapi tak lah betul sangat, terhenjut-henjut juga lah, dia asyik nak mengacau Haura aje. Mentang-mentang dia orang ni dah baik.

            “Awak dah mandi ke Zahran?”

            “Uhuk uhuk..”. Zahran tersedak, sesak dadanya.

         “Zahran, awak ni mesti makan tak baca doakan. Sebab tu lah tersedak”. Air dihulurkan. Bukan satu cawan tapi satu botol besar. Zahran laju aje meneguk. Nak kurangkan rasa sakit ni.

            “Awak ni kan Haura”...Berhenti kejap ambil nafas. Sakit dada aku!

            “Apa?”

        “Awak lah. Mana pernah saya makan tak mandi dulu. Saya tak sebusuk tu ok!” Mata dibulatkan. Haura tersenyum.

         Hidungnya didekatkan pada baju Zahran. Diciumnya sebelum tutup hidung. Dikipaskan depan hidungnya.
\
            Mata Zahran membulat. Apa maksud Haura ni?? Nak cakap aku busuk lah tu kan?

         “Lari!” Haura dah berlari pergi. Dah nampak gaya Zahran nak pukul dia. Zahran apa lari kejar lah. Dengan kaki dia yang terhenjut-henjut tu. Boleh aje dia ni. Satu rumah dia orang berpusing, tak cukup dalam rumah luar rumah pun di tawan juga. Gelak tawa Zahran dan Haura memenuhi laman rumah. Pembantu yang lain hanya tersenyum memandang. Tak sangka hubungan dia orang ni dah makin rapat.



1 comment:

Anonymous said...

Yang ni pun Best!>.<

-Am-

Kehidupan seorang penulis © 2014