. . .
“Kau
nak belajar ke tak nak ni?” Suara dia dah meninggi. Geram tengok dia ni, dari
tadi bukan nak tumpu perhatian asyik dengan
phone aje.
“Nakkk”.
Malas dia menjawab.
“Kalau
nak boleh tak serius sikit, tolong simpan phone
tu sekarang. Sakit mata aku tengok perangai kau ni”. Dia dah bercekak pinggang.
Mata dah mengecil, geram punya pasal.
“Kenapa
pulak? Biar lah. Papa upah awak untuk ajar saya. Bukan nak larang-larang saya
macam ni. Kelas ni saya bayarkan, kenapa nak ikut cakap awak pulak”. Matanya
tak mengalih sikit pun dari screen phone.
Ajad
Muslim mendekati Eryna, phone
dirampas. Sebelum terus dihempasnya ke lantai. Mata Eryna dah mencerlung pandang,
tak membuat dia rasa gentar pun.
“Apa ni?
Gila ke baling phone orang”.
Ditinggikan suara. Air mata dah bergenang. Hadiah birthday dia! Sampai hati laki ni hancurkan, dah lah dia baru dapat
semalam.
“Sekarang
baru kita boleh belajar dengan tenang, dah tak ada dah bunyi bising phone kau tu nak menganggu”.
Eryna
nak ketap bibir. Matanya yang memerah memandang lama pada Ajad yang dah
menghadap white board. Ada sesuatu
yang ditulis di sana.
Peraturan kelas ni :
1. Jangan main phone.
2. Jangan tidur.
3. Jangan nak mengutuk tutor!
4. Dilarang makan chewing gum, minum
air aje boleh.
5.Pastikan semua kerja yang diberi
siap.
Belum
lagi peringatan yang keenam ditulis, dah terdengar bunyi hempasan pintu. Dia
berkerut. Tubuhnya dipusingkan ke belakang. Mulutnya melopong. Bertuah punya
budak! Boleh pulak dia keluar macam tu aje, bukan nak bagitahu aku.
6. Jangan keluar semasa tutor mengajar!!
******
“Pa!!” Eryna menjerit. Tumpuan Datuk Manan pada kerjanya
tergangu. Apa lagi lah yang anak gadis dia ni nak?
“Kenapa
ni sayang? Sayang papa ni menangis ke?”
“Pa,
Ryna benci tutor tu. Papa kena pecat dia sekarang juga. Ada ke dia pergi
hancurkan phone Ryna tadi. Dia jahat
pa!” Mukanya disembamkan ke dada papanya. Mengadu perihal tutor tadi.
"Betul ke apa yang Ryna cakap ni Ajad?" Tangisan Eryna makin menjadi-jadi. Makin kuat pulak bila Ajad ni ada.
"Betul ke apa yang Ryna cakap ni Ajad?" Tangisan Eryna makin menjadi-jadi. Makin kuat pulak bila Ajad ni ada.
“Dia
yang mengada pa. Ada ke masa Ajad mengajar dia pergi main phone. Tak patut betul”. Ajad duduk di sofa single. Hanya dikerling seketika ke arah Eryna sebelum menumpukan
sepenuh perhatian ke arah tv.
“Pa!!
Pecat lah dia”. Kaki dah dihentak-hentak. Geram sebab papa tak ambil apa-apa
tindakan pun.
“Nanti
papa belikan Ryna phone baru. Jangan
lah menangis macam ni. Dah tak comel anak papa ni”. Pipi anaknya dikesat. Sejak
kematian isterinya, Eryna dijaga seperti seorang puteri. Bukan puteri raja,
tapi puteri di hatinya. Ni aje tinggalan bukti kasih sayang dia dah isteri
tercinta. Permata yang satu, akan dijaga sebaik mungkin.
“Ryna
tak nak phone tu pa. Ryna nak papa
pecat dia aje”. Esakan mula berlagu kembali.
Ajad
mencebik. Dasar anak papa! Asyik nak mengadu aje kerjanya.
“Kalau
tak nak phone tu dah lah. Tak payah
nak merengek-rengek macam tu. Mengada sangat!”
“Pa
tengok tu, dia cari pasal dengan Ryna lagi”.
Datuk
Manan mengeluh. Susahnya nak jaga anak manja dia ni. Selalu ada aje yang tak
puas hati dalam pandangannya.
“Dah lah
sayang, berhenti menangis. Nak makan ais krim tak?” Datuk Manan mengumpan. Tahu
kegemaran anak dia ni.
Ajad dah
menggeleng, guna ais krim pun boleh ke? Kejap aje mata tu dah membulat, suka.
Senangnya jadi Eryna ni.
“Nak pa!
Nak! Vanilla ya pa. Nak banyak-banyak”. Dijeritkan pada papanya yang dah menuju
ke dapur. Tangan dah ditepuk-tepuk. Sukanya! Dapat makan ais krim.
“Macam
budak kecil! Dah 17 tahun pun macam ni ke?”
“Apa
awak cakap?” Dia dah berdiri depan Ajad. Matanya laki tu ditenung. Tajam!
“Ohh. Nak ulang lagi ke? Aku cakap kau ni
tak matang, macam budak kecil. Sebab ais krim pun dah bertepuk tangan macam tu.
Cuba lah matang sikit, jadi macam budak 17 tahun yang lain. Ni sebab phone pun boleh menangis-nangis macam
tu. Malu aje!”
Air mata
yang dah kering tadi kembali menitis mendengar kata-kata Ajad. Lama dia berdiri
di situ, sebelum dia berlari ke atas. Masuk dalam bilik, kunci pintu. Dah tak
ada selera dah nak makan ais krim!
“Eh? Mana Ryna ni? Bukan tadi dia yang
nak makan ais krim”.
Ajad
hanya mengangkat bahu. Malas nak cerita apa yang dah jadi tadi. Lebih baik
Datuk Manan tak payah tahu.
“Dia dah
masuk bilik pa. Tak apa ais krim tu biar Ajad tolong habiskan, rugi aje kalau
tak ada yang makan”. Cawan ditangan Datuk Manan diambil. Makan ais krim dulu
lah, baru fikir pasal Eryna ni. Nomm.Nom...Sedap-sedap!
Rugi aje si Ryna tu merajuk, kan dah tak dapat makan ais krim. Tapi salah dia
jugakan..
******
“Pa, Ryna tak nak lah. Kenapa papa tak pecat dia lagi”.
Kakinya dihentakkan pada lantai. Geram sebab Ajad lagi yang mengajarnya. Dah
tak ada cikgu lain ke dekat dunia ni.
“Sayang,
papa tak sempat nak cari cikgu lain. Kamu belajar dengan Ajad dulu”. Diusap
lembut kepala anaknya. Memujuk.
“Tapi
pa. Dia jahat!”
Ajad dah
mula menjeling. Tajam. Apa dia ingat aku tak dengar ke semua yang dia cakap.
Nak kena ni.
“Cepat
lah, dah pukul berapa ni”. Jam ditangan diketuk-ketuk. Bila lah drama ni nak
habis. Dia tengok pun dah bosan. Tak penat ke nak menangis macam tu?
“Ryna
tak nak masuk pa. Ryna tak nak belajar dengan dia”. Suaranya tinggi, kuat. Nak
tunjuk protes. Siapa suruh hancurkan phone
dia semalam.
“As’salam
pa”. Terus ditarik tangan Eryna masuk ke dalam. Pintu bilik terus ditutup.
Ditekan punat lock. Eryna yang dah
menjerit-jerit pun hanya dibiarkan. Dipekakkan telinga.
Datuk
Manan tergamam! Apa dah jadi ni? Eryna kena culik depan mata dia? Tapi biar
lah, dalam rumah sendiri juga.
“Apa
ni..jan”. Kata-katanya mati. Matanya membulat. Ajad dah cium mulutnya. Lama.
Muka dia dah memerah.
Lepas
aje pautan, Eryna menunduk. Segan!
Ajad
tersenyum. Diam pun dia ni, ingatkan tak reti nak diam. Boleh lah dia mulakan
kelas hari ni. Tenang, tanpa suara Eryna.
“Ok,
kita mulakan dengan ulangkaji subjek tingkatan empat dan bla bla bla”...
******
Meja makan diam aje malam ni. Datuk Manan pandang Ajad
dengan Eryna siling berganti. Apa dah jadi ni? Muka Ajad biasa aje tapi kenapa
anak dia nampak macam gelisah. Ada apa-apa dah berlaku ke?
“Ryna?
Kenapa ni?”
Tiba-tiba
air mata Eryna mengalir. Dia ni memang tak boleh tegur lah, senang aje air mata
dia turun. Dah macam paip rosak aje.
“Pa!
Tadi dia usik Ryna”. Jari dia dah lurus menunjuk ke arah Ajad.
Dahi
Ajad dah berkerut. Apa lagi Ryna ni?
“Usik?”
Eryna
mengangguk kepala berkali. Ajad yang memandangnya dijeling.
“Dia
cium Ryna tadi pa. Dekat bibir ni. Dia tak malu pa. Papa kena cari orang lain
juga gantikan dia. Ryna tak nak dia jadi tutor Ryna lagi”.
Datuk
Manan dah ketawa. Aduhai anak dia ni pun. Muka Ajad dah memerah. Tu pun nak
cerita ke? Apa si Ryna ni tak malu?
“Ryna..Ryna..Apa
salahnya si Ajad ni nak cium kamu”.
Mata
Eryna dah membulat. Tak salah?
“Salah
lah pa. Mana boleh tutor cium anak murid dia sendiri”.
Ketawa
Datuk Manan tercetus lagi.
“Tak
salah lah sayang. Dia kan suami kamu. Apa salahnya dia nak buat macam tu”. Muka
Ajad dan Eryna masing-masing dah memerah. Segan bila Datuk Manan cakap pasal
topik ni.
“Tapi pa”...
“Tak apa
lah sayang. Tak akan tu semua pun papa nak ajarkan”. Ajad yang dengar dah
tersedak.
Datuk
Manan tersenyum.
“Dah-dah
makan, jangan asyik nak gaduh aje”.
Dua-dua
mula diam. Tekun menghadap makanan. Dah tak berani nak cakap apa-apa. Nanti
kena bahan pulak dengan Datuk Manan lagi.
******
“Tadi pergi cakap macam tu depan papa kenapa? Tak malu
ke?” Terus disembur Eryna lepas dia orang dah berdua dalam bilik.
“Biar
lah. Nak malu apa, tu kan papa saya”. Eryna mencebik. Air matanya ditahan. Dah
nak menangis lah tu.
“Aku tak
tahu lah macam mana boleh masuk dalam life
kau ni. Kenapa entah aku setuju dengan mama dulu nak kahwin dengan kau.
Sekarang rasa menyesal pun ada”.
Eryna
tersentak. Menyesal? Selama ni dia memang tak ingin pun nak kahwin dengan aku?
“Dah lah
pergi tidur. Esok awak dah nak masuk sekolah, kalau apa-apa jadi nanti aku pulak
yang dipersalahkan. Dasar anak manja betul!”
Eryna
hanya memerhati Ajad yang dah bentang tilam nak tidur di bawah. Dia mengeluh.
Kenapa lah kisah dia dah laki ni tak macam pasangan suami isteri yang bahagia
di luar sana.
******
“Morning pa!”
Kerusi sebelah Ajad ditarik. Terasa dia bila laki tu mula menjauhkan jarak
kerusi mereka.
“Siapa
yang hantar Ryna hari ni?” Datuk Manan yang khusyuk membaca akhbar dari tadi
bertanya.
“Papa”.
“Ajad!”
Eryna
dengan Ajad dah saling berpandangan. Nampak sangat muka Ajad tak puas hati.
Kenapa pulak dia kena hantar budak tak matang ni. Menyusahkan aje lah.
“Huh? Siapa yang hantar sebenarnya ni?
Kalau nak papa hantar, Ryna kena cepat lah. Sebab kejap lagi papa ada meeting, tak boleh lambat ni”.
Eryna
memandang muka Ajad. Ajad mengeluh. Dia kena lagi.
“Tak apa
lah pa. Biar Ajad aje yang hantar Ryna hari ni. Takut papa terlambat pulak
nanti”. Dia beralah.
Masa
dalam kereta terjadi lagi pergaduhan antara mereka ni. Ada aje yang Eryna
dengan Ajad ni tak puas hati.
“Kau ni kan memang menyusahkan aku betul lah. Kenapa lah
tadi tak pergi ikut papa kau aje”.
“Tapi
tadi awak juga yang offer nak hantar
saya kan”.
“Tu
terpaksa tahu tak. Terpaksa! Kau ingat aku suka ke tumpangkan kau naik kereta aku
ni”.
“Papa
cakap boleh. Sebab saya ni isteri awakkan. Apa salahnya tolong hantarkan”. Beg
sekolah dipandang. Dia ni kadang-kadang aje berani melawan Ajad. Tu pun masa
laki ni jadi tutor dia. Tapi sebenarnya dia tak lah berani sangat.
“Menjawab.
Menjawab. Kau ni kalau satu hari tak menjawab tak boleh kan. Ada aje dengar
suara kau ni”.
“Tu
sebabnya saya ada mulut, untuk bercakapkan”.
Sebaik
kereta berhenti aje, terus dia mencerlung pandang ke arah Eryna. Tak suka dia
dengan mulut bising perempuan tu. Tapi tak suka pun kau cium dia juga hari tu. Tapi
tu bukannya dia teringin sangat pun, dia hanya nak diamkan perempuan bising ni
aje. Kalau tak dia pun tak rela kut.
“Dah
lah! Keluar dari kereta aku ni cepat. Menyampah aku, kau berlama dalam ni”.
Dihalau Eryna keluar. Air mata dia dah nak mengalir. Sampai hati Ajad halau
dia.
“Tak
payah nak menangis lah. Dah keluar, aku banyak kerja ni”.
Eryna
menghulurkan tangan, nak salam. Tapi Ajad tak sambut pun. Dia buat dek aje. Kenapa pulak lah tiba-tiba hari
ni Ryna ni nak salam tangan dia. Tak pernah-pernah pun selama ni nak buat macam
ni. Apa dah buang tabiat ke?
“Tak
payah salam semua ni. Tak malu ke orang lain tengok?”
“Awakkan
suami saya. Kenapa nak malu pulak?”
Ajad
mengaru kepalanya berkali. Tensionnya.
Macam mana nak cakap dengan budak tak matang ni?
“Ye lah
saya keluar ni”. Pintu dibuka. Sedih lama-lama dalam kereta tu. Ajad pun bukan
suka dia. Kenapa lah dia nak terhegeh-hegeh pulak.
Keluar
aje Ryna terus Ajad memecut laju keretanya. Nasib baik perempuan ni keluar
juga. Tak ada lah dia nak meninggikan suara lagi menghalau perempuan tu keluar.
p/s : sory untuk semua yg tertunggu2 cerita Perjalanan Cinta Kita, tengah cari idea lagi ni..hehe ^_^ enjoy cerpen ni dulu.. kalau ada apa-apa yg kurang komen lah ya...
2 comments:
bestttt....
kak tyra,diaorang kawen sbb apa???
-nnorwieyl a.k.a noor-
cerita baru ke??wah3..bestnye...hihi..terkejut kite bile Ajad kiss Eryana...igtkan dorang xde ape2..baru nk ckp si Ajad ni berani giler wat camtu kt Eryana..haha..rupenyer dorang dh kawen...agi terkejutz..hihi..awalnye kawen si Eryana ni...anyway kite suke jalan cerite ni..best2..
-nasira comel-
Post a Comment