Pages

Saturday 12 January 2013

Love Riddles 02

Saturday 12 January 2013
. . .


Gitar dicapai, hari ni Naural pakai simple aje, rambut disanggulkan tinggi. Macam baru lepas pantang tu. Kasut sneakers dipakai. Dia berlari keluar dari blok, mata lain yang memandang pelik tak dihiraukan. Lantak lah, aku bukan kenal dia orang semua pun. Tapi yang paling tak senonohnya ada ke dia mengunyah roti sambil berlari. Tolong ya adik-adik jangan sekali-kali tiru aksi ni.

            Perhentian bas dituju, disebabkan dia ni belum ada kereta, terpaksa lah banyak bergantung dengan perkhidmatan bas ni. Berlari-lari dia ke sana, ada mata yang memandang menyampah, yang pelik pun ada juga. Dah lah dengan bawa gitar, makan lagi memang lah kena pandang pelikkan.

            Tempat yang nak dituju dah sampai. Padang UKM! Sebenarnya jarak antara padang dan kolej yang Naural ni duduk tak lah jauh pun. Dia setakat duduk dekat Kolej Keris Mas aje pun. Warga UKM rasa jauh ke?

            Matanya melilau pandang pemandangan padang yang hijau meluas. Cantiknya! Tangan didepakan, nafas ditarik. Sebelum dilepaskan kuat. Leganya! Memang tempat ni dia selalu pergi untuk hilangkan tekanan atau nak cari inspirasi. Tapi hari ni dia datang sebab tension. Tension pasal hal tutorial semalam. Nasib baik final sem tak ada kelas banyak sangat. Tu pun sebab masa sem satu dulu dia dah ambil banyak subjek.

            Sampai di tengah padang, satu pokok yang agak besar. Yang mampu memberikan teduhan padanya dituju. Tempat favourite dia! Dia duduk bersila, bersandar. Gitar dipegang.
                                                  
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

            Mata Naural tertutup menyanyikan lagu Cinta Bersatu nyanyian Liyana Jasmay. Dia memang suka luahkan perasan macam ni. Dengan menyanyi, walaupun lagu yang dia nyanyi ni memang tak ada kaitan dengan perasan dia sekarang. Ye lah kan, ada ke masa tengah sedih dia nyanyi lagu cinta. Macam tak kena aje?

            Tanpa Naural sedar ada yang mendengarnya. Tekun mendengar, sambil bibir tak lepas tersenyum. Kedudukan dia orang tak jauh pun. Memang tak jauh. Kalau Naural ni duduk bersandar di dahan pokok, dia pulak bersandar pada pokok yang sama juga. Tapi berdiri pada dahan yang membelakangkan Naural.

            Kepalanya bergerak-gerak menghayati lagu. Apa sebenarnya perasaan gadis ni sekarang? Kalau semalam dia menangis, tapi kenapa hari ni nyanyi lagu cinta pulak? Dah ok ke? Dari tadi dia ekori Naural dari bilik dia, bila nampak Naural turun di pandang dia pun terus mengikut. Di tangan dah siap dengan kamera, semua gambar gadis tu tadi dah ditangkap. Terpaksa lah tangkap curi-curi dulu.

            Terdengarkan keluhan Naural dia mengintai sikit. Kenapa dengan Naural ni? Ada masalah apa sebenarnya? Tapi dari tadi Naural hanya berdiam, memang patut lah kan. Tak kan tiba-tiba Naural nak cakap pulak. Dia pun tengah duduk seorang dekat sini kalau cakap nanti, ada kang orang lain claim dia gila pulak.

            Lagi pun dah nak gelap ni, bila lah Naural nak balik. Dia pulak yang risau. Bila hujan dah renyai-renyai turun baru nampak gaya Naural seperti nak bangun, dia laju menyembunyikan diri. Tak nak Naural sedar dengan kehadiran dia. Belum sampai masa lagi dia nak berdepan dengan Naural.. belum lagi.

**********************

Achuuuh..achhuuuh”. Habis dah tiga paket tisu. Kawan sebelah dia dah tutup hidung, takut terjangkit pulak nanti. Jangan main-main, sakit selsema lah yang paling orang tak suka. Seksa nak tidur nanti.

            “Naural? Kau ok tak ni? Nak pergi PK?” Ok, PK tu singkatan bagi Pusat Kesihatan, dekat semua universiti pun adakan. Tapi malas nak pergi. Sebab? Sebab malas nak tunggu lama semata-mata nak ambil satu ubat aje.

            “Ha...achuuuuhh”. Baru aje nak bercakap terbersin pulak.

           “Hishh kau ni, agak-agak lah. Aku kena nanti aku saman kau”.

            Naural jelir lidah. Tak kisah pun.

         “Kau lah kan. Masa aku bersin juga nak tanya. Kau cakap apa tadi eh? Aku lupa dah”. Naural tersengih sebelum bersin lagi. Faiza dah geleng kepala tengok. Alahai..kesin pulak aku tengok Naural ni.

            “Aku cakap kau nak pergi PK tak lepas kelas ni? Aku boleh teman kau nanti”. Naural ni memang dia senang lupa apa yang orang tanya kalau ada salingan lain selepas pertanyaan tu. Macam contoh kes tadi lah, lepas Faiza tanya dia terbersinkan. Sebab tu dia lupa.

          “Malas lah Iza. Kau tahu lah tempat tu macam mana kan. Tak nak lah”. Mulutnya mencebik. Tak suka pergi tempat tu.

              “Cuba bagi tahu aku kenapa kau tak nak pergi sana?”

             “Kena ke? Aku malas aje lah”. Susah Naural ni nak bercakap. Hidung dia rasa tak selesa sekarang. Gatal-gatal.

              “Kena! Wajib!” Mata dibulatkan, gimik nak buat Naural takut aje.

             “Ok lah. Satu sebab aku memang tak suka pergi tempat tu. Kedua sebab aku tak suka bau ubat. Busuk! Ketiga, kalau makan ubat yang dia orang bagi pun tak bagi apa-apa kesan pada aku. Keempat, servis dia orang lambat. Kelima, sebab tak ada pun doktor-doktor muda yang hensem dekat situ. Keenam..”.

         “Hah! Dah-dah! Tak payah bagi banyak sangat alasan. Kau ni memang pandai mengelakkan. Masa nak bagi alasan tu laju aje menjawab, aku tak kira. Lepas kelas ni kita pergi juga!”

            “Tapi...”. Terkedu Naural bila mulut dia dah kena tutup dengan tangan Faiza. Siap buat gaya kunci bibir lagi. Adoi! Bala!

************************

“Nanti ambil ubat awak dekat kaunter depan. Nak cuti rehat tak?” Mata Naural bersinar-sinar bila dengar kata doktor tu.

              “Boleh dapat cuti ke doc?”

            “Ermmm...tak boleh!” Naural dah buat muka, apa yang kelakarnya doktor. Tak kelakar ok! Dah lah dah meragut kegembiraan dia. Apa punya doktor lah. Lain kali tak nak datang sini lagi. Ni pun Faiza punya pasal lah.

            “Ainun Naural, sini ambil ubat awak”. Kuat betul mak cik kaunter ni menjerit. Bukan aku dengan Faiza aje ke dekat sini. Saja lah tu. Tak payah lah nak uji suara awak yang memang dah kuat tu kak.

            “Luth...Naural tu Luth lah”. Naural pandang Faiza sekilas sebelum turut memandang ke arah Faiza tunjuk. Siapa dia tu? Luth? Luth siapa?

              “Siapa Luth tu? Aku tak ken.... Acchhuuuh”. Bukan main kuat Naural ni bersin. Satu aras ni boleh dengar rasanya, Faiza dah menjauh. Segan nak mengaku kawan lah tu, apa lah. Dia bukan apa, segan. Sebab Luth dah toleh berkali-kali pandang dia orang tadi. Mesti nak cakap ‘apa tak senonoh lah perempuan ni’.

            “Sorry lah dik, akak tak dapat bagi ubat ni. Bukan tak nak bagi, tapi stok memang dah tak ada. Baru aje habis tadi. Sekarangkan asyik hujan aje, tu yang cepat habis”.

            Amboi! Suara bukan main lembut pulak, tadi cakap macam nak kasi roboh satu bangunan ni. Gatal betul. Pantang nampak laki hensem. Tapi betul ke hensem? Entah lah, tak perasan sangat muka laki tu tadi. Tapi rasanya tu Luth yang Faiza asyik angaukan dari tadi. Luth tu lah, Luth ni lah...

            “Tak apa lah kak. Thanks. Yang tu saya cari dekat luar nanti”.

            Naural hanya memerhatikan langkah laki tu. Bila sampai depan dia aje, dia perasan laki tu pandang dia. Dengan padangan tajam. Tajam ok! Apa masalah dia? Kenal pun tak. Faiza dekat sebelah dah tersengih-sengih. Terasa bertuah sebab terjumpa dengan laki ni dua hari berturut-turut. Aura Luth ni memang kuat lah sampai boleh buat kawan dia jadi macam ni sekali.

           “Woi! Jom, kau nak bermalam dekat sini ke?” Ditarik tangan Faiza. Takut karang terlanggar dinding pulak. Orang tengah angaukan. Jalan lah kasi dia jalan sendiri. Membahayakan betul.

           “Naural aku kena pergi library kejap lah. Ada meeting kejap. Kau nak ikut tak?” Dia orang baru aje sampai ke kawasan fakulti balik. Tadi jalan kaki aje, malas nak tunggu bas.

            “Tak nak lah. Kau pun tahu aku ni alergik dengan librarykan. Malas lah, kau pergi aje. Kita jumpa dalam kelas aje nanti”.

            “Ok, aku pergi dulu lah. Dah lambat ni. Bye!” Naural hanya menggangguk. Malas pulak nak menyaut tadi.

            Naural melangkah tanpa arah. Dia tak tahu nak pergi mana. Kelas ada lagi satu jam baru nak start. Dengan keadaan hidung dia ada masalah teknikal ni, memang tak syok lah berjalan. Tapi memang salah dia lah ada ke duduk dekat bawah pokok tu sampai hujan. Memang dapat lah hadiah ni kan.

               Sampai ke cafe terapung langkah dia terhenti. Duduk lepak sini lah, best juga. Orang pun tak ramai. Ok lupa pulak nak terangkan kenapa kita orang panggil cafe ni cafe terapung, sebab bawah dia ada air. Tapi sekarang air tu dah kering lah.

            Naural ambil tempat duduk paling belakang. Earset dikeluarkan, dipasang ke telinga. Mendengar lagu ni memang hobi dia, terasa cepat aje masa berlalu kalau dengar lagu. Sebab Naural ni bukan just dengar tapi dia try nak berada dalam dunia lagu tu. Semua lirik dia selami.

            “As’salam. Sini ada orang?” Naural mendongak. Terkedu! Ada lima laki depan dia. Meja lain dipandang. Tapi semua dah full.

             Dia hanya geleng aje.

            “Maksud gelengan tu apa? Ya? Atau tak?” Mata Naural dan laki tu bersatu. Laki ni! Bukan Luth ke?

            “Yang tu kalau nak tahu pergi ambil kelas bahasa isyarat sem depan. Saya nak jelaskan pun susah”. Selamba aje jawapan Naural. Yang lain dah gelak, kecuali Luth. Dia tersenyum aje.

            “Ni final sem kita orang lah”. Laki lain pulak yang bersuara. Tak faham pun duduk juga. Ingatkan nak pergi cari tempat lain. Sengaja lah tu nak kacau aku. Mentang-mentang aku seorang aje perempuan dekat sini.

            “Ermm..apa-apa aje lah”. Naural bangun. Kelas dia dah nak start ni. Kan dah cakap kalau dengar lagu rasa sekejap aje masa berlalu. Tambah dengan kehadiran lima jejaka ni, lagi lah buat dia rasa cepat-cepat nak pergi.

             Naural mula menapak, tapi dia berpatah balik.

            “Awak pun selsema ke?”

             Dahi Luth berkerut. Nampak sangat ke?

            “Yup! Why?

          “Nah ambil ubat selsema ni. Makan ikut arahan atas ni, satu biji tiga kali sehari lepas makan. Lepas makan ni ambil ubat ni pulak. Makan sampai habis, jangan buang pulak”. Paket ubat diletak di depan Luth.

            Laki tu punya reaksi? Dia terkedu!

            “Kenapa nak bagi saya pulak? Ni awak punyakan? Ambil lah, saya boleh beli dekat luar”.

           “Hishh..tu lah orang sekarang. Suka sangat membazir, buat apa nak beli kalau saya dah bagi ni. Ambil aje lah. Tak payah nak beli lagi, saya pun bukannya suka makan ubat ni semua. Pahit! Buat saya mengantuk”.

              “Tapi...”

           “Blah..blah..blah”. Terus Naural berlalu. Kalau lama nanti dia pulak yang kena ambil paket tu. Tak nak lah! Kalau dia ambil nanti pun simpan dalam tong sampah juga, baik bagi orang yang lagi memerlukan kan?

            “Eh? Kejap.. Nah satu paket untuk awak”. Sepaket tisu diserahkan. Nasib baik dia bawa lebih. Dapat lah juga berbakti pada laki ni.

            Paket tisu tu dipegang. Luth tertawa. Tingkah gadis tu memang comel!

**********************

“Kau pergi mana tadi Naural? Aku call bukan nak jawab”. Faiza dan muka monyoknya. Memang tak dapat dipisahkan. Awal pulak meeting dia ni habis.

            “Tak pergi mana pun, aku duduk dekat cafe aje. Awal habis?” Seat sebelah Faiza diambil. Barisan kerusi yang hampir ke tujuh dari bawah.

            “Tak ada apa nak dibincangkan sangat pun.. Larrh ..kau dah makan ke? Aku baru ingat nak ajak keluar nanti”.

            “Dengan selsema aku ni? Hah! No..no..no.. Tak sanggup aku”. Tisu dari tadi tak lepas dari tangan Naural ni.

            “Makan lah ubat tu. Nanti kurang lah sikit”.

            “Aku dah bagi orang tadi”.

            “What? Kau bagi orang? Yang kau baik hati bagi orang lain tu kenapa? Diri sendiri pun tak terjaga ni baik pulak kau nak jaga orang lain kan. Kau bagi siapa ubat tu? Nanti aku pergi ambil balik”. Garang betul kak Faiza ni. Ubat aje pun.

            “Luth..”

            “Huh?” Rasa macam Naural ni sebut Luth. Tapi betul ke?

            “Aku bagi ubat tu pada Luth. Tadikan dia tak dapat ubat. Aku pun bukan makan pun, baik aku bagi aje dia”.

            Mulut Faiza dah melopong. Serius?

11 comments:

Anonymous said...

bes2...suke3...hihi...aik baeknye Naural bg ubat kt Luth...sweet...hihihi...alamak dh tersuke dgn Luth...zhahahaha...tp Raed tetap dlm hati...hihihi...sambung lagi..nk lagi...
- nasira comel-

misztyra9@ said...

@Anonymous
aik? dh tak nk pelindung cinta? hehe..nk Luth plk? :P

Anonymous said...

mestila saye nk pelindung cinta...setia pada pelindung cinta..hihi..tp Luth pon not bad...ala camne ni akak...dua2 saye dh jatuh hati...hihi...
-nasira comel-

misztyra9@ said...

@Anonymous
hehe.. sweet eh Raed? akak igtkan Radwa lg sweet..hehe.. xpe2 ambil aje dua2.. ^_^

Anonymous said...

waa...luth curi2 ambik gmbr naural la..saya suka saya suka...nak jugak la cam tu..nanti nk g lepak kt tingkst 16 MSU..huhu...saya dh tamak ni kak..nak luth n raed..haha..

-noorwieyl-

misztyra9@ said...

@Anonymous
hehe..nk g lepak sana buat apa? ohh..mesti ada minat sesiapa ni kan..jeng3x ..hehe

Anonymous said...

hehe...pandai akak teka erh..
tp xde la...
nk lepak kt tingkat yg ada swimming pool kt campus...mane tau ade senior yg hensem ke tgh mandi..hahaha...

Unknown said...

NAK LG BOLEH...

misztyra9@ said...

@baby mio
blh2..tp skrg akak tgh edit pelindung cinta dulu. hehe..

alynzaty said...

anyonyonyo. comel nye kak ! wujud tak luth kt ukm ? nak p cari nanti. kekeke

misztyra9@ said...

alyn : akak xjmpa lg lah. mna tahu skrg dah ada kan..hehe

nor : wahh bestnya. dah pergi usha ke? :P

Kehidupan seorang penulis © 2014