Pages

Friday 11 January 2013

Love Riddles 01

Friday 11 January 2013
. . .


“Mama, papa jangan lah tinggalkan adik seorang dekat sini. Baru aje datang tak kan dah nak balik”. Naural memeluk tubuh mama dia. Tak nak bagi dia orang balik.

            “Tak boleh lah sayang. Papa ada hal, tak boleh lama ni”. Kepala anaknya diusap kasih.

            “Naural ni manja sangat, bukannya ni tahun pertama kamu pun. Dah final sem dah. Manja sangat!”

         “Bukan manja lah pa. Naural ni bukan selalu balik rumah pun, lebih-lebih lagi sekarang. Banyak sangat paper work, assignment, final year project dengan exam lagi, dah tak boleh balik rumah selalu macam dulu”.

         “Tak apa lah, ni yang terakhirkan. Lepas dah habis sem nanti adik duduk lah puas-puas dengan mama dulu then baru kerja. Tapi untuk kali ni aje fokus dulu dengan kelas and study ok”. Lembut aje Puan Maria memujuk anaknya.

             “Ermm.. Ok lah ma, tapi janji ok nanti mama kena selalu call adik”.

            “Aww..papa! Sakit lah”. Digosok pipinya berkali. Ada ke patut papa cubit tadi. Tak patut. Tak patut.

          “Naural..Naural. Bila lah anak bongsu papa ni nak membesarkan. Asyik manja-manja dengan mama aje. Papa tengok pun jeles. Mana mama nak ingat papa bila duk layan Naural aje”.

            Naural mengekek ketawa. Papa jeles? Mamanya dipandang. Alahai..comelnya mama. Dah merah muka. Sempat lagi Naural nak gelakkan mama dia.

            “Aww.. mama. Sakit lah. Tadi papa cubit belah kanan, ni mama pulak cubit belah kiri. Habis merah dah pipi adik”.

            “Tu lah, siapa suruh gelakkan mamakan”.

             Naural tertawa lagi. Mama..mama..

            “Mama comel tadi. Merah dah muka”.

            Naural dah mula melarikan diri. Takut! Mama macam nak cubit lagi aje. Cubit dekat pipi tak apa lagi. Kalau dekat hidung memang tak sanggup. Sakit!

            “Adik dah tak payah lari. Mama bukan larat nak kerja adik pun. Dah sini, mama nak balik ni”. Dikuatkan sikit suara nak panggil Naural yang dah menjauh. Apa takut sangat si Naural ni.

            “Alahh.. Nak balik dah ke?”

            “Ye lah sayang. Kan tadi dah cakap tak boleh lama”.

            Naural memuncung. Tak sukanya saat macam ni. Tak sukanya kena tinggal dekat sini. Dah dua tahun lebih duduk hostel, tapi tiap kali kalau tengok parents dia balik mesti air mata dia mengalir. Manja!

            “Ok ma. Janji call adik malam nanti”. Tangan mamanya disalam. Kemudian kedua-dua belah pipi Puan Maria dicium berkali-kali. Encik Naim dah menggeleng, tersenyum.

             “Papa, jaga mama baik-baik. Jangan asyik buli mama aje. Kesian mama Naural nanti. Papa dah lah nakal”. Aik? Kita pulak yang kenakan.

            “Adik lagi nakal dari papa. Sini”. Dipeluk tubuh anak perempuan dia. Anak yang paling manja dari dulu dengan mereka. Tak sama dengan perangai kakak dia yang lebih suka hidup berdikari.

             “Study baik-baik”.

            “Baik papa”. Air mata dah mengalir bila tengok papa dengan mama dia dah masuk dalam kereta. Air mata Puan Maria pun mengalir. Anak dengan mama sama aje.

            “Papa dengan mama. Hati-hati”. Tangan dilambaikan. Dilihat kereta tu sehingga hilang dari pandangan dia.

            “Adoi! Air mata, kenapa lah kau mengalir. Buat malu aje lah. Patut lah sampai sekarang aku tak ada boyfriend. Siapa lah nak jaga perempuan cengeng macam akukan?” Air mata dikesat, sebelum dia pun berlalu ke cafe.

               Dari jauh ada mata yang memandang. Anak manja? Dia tersenyum.

*********************

Suasana di foyer PPSM, kalau yang tak tahu nama panjang dia Pusat Pengajian Sains Matematik mula riuh rendah dengan suara-suara sumbang student yang baru habis kuliah. Kenapa Naural ada dekat sini? Sebab dia pun salah seorang makhluk Allah yang belajar dekat sini. Pagi ni dia terlebih rajin pulak nak datang awal, pukul 8 pagi dah duk bertapa dekat sini. Sedangkan kelas baru nak mula pukul 10 pagi. Dia datang sini pun bersebab sebenarnya. Nak tiru tutorial! Hai lahh Naural, ni kan sem akhir awak, lagi mahu tiru orang ka?

            “Kau dah hantar Naural?” Kelas baru aje habis. Dia pandang Naural yang dari tadi sibuk mengunyah roti dia. Hantu roti minah ni! Kalau tengok dekat bilik dia satu bahagian tengah almari tu penuh dengan bermacam roti. Boleh lah aku jadi share partner si Naural ni buka kedai roti nanti. Dia tergelak, tapi dalam hati aje lah.

            “Dah lah, nasib baik sempat”. Naural tertawa. Kawan dia yang sibuk bertanya tadi malas nak ambil kisah gelak Naural tu. Mesti happy lah sempat menirukan. Apa lah yang kelakarnya.

              “Kau tak takut kena marah ke nanti?”

             “Apasal pulak kena marah?” Naural buat muka blur. Rasanya aku tak pernah missed class lagi. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?

            “Last week ada dua orang budak kena panggil masuk bilik Dr. D, dia orang kena marah kut. Semuanya sebab meniru. Dia pun pelik lah macam mana budak yang selalu dapat markah rendah suddenly dapat full mark”.

              “Uhhuk..uhukss”. Dadanya ditepuk. Adoi! Sakitnya.

              “Kau ok tak ni?”

            “Ok-ok. Tapi serius ke? Betul kau tak tipu kan?” Cuak dah Naural. Muka dah pucat. Terus roti disimpan, tak ada mood nak makan dah.

              “Betul lah, buat apa aku nak tipu kau. Tapi pun aku bu... Woi! Kau nak pergi mana?” Terkejut dia dengan perangai Naural. Tiba-tiba aje berlari. Nak pergi mana?

             “Tunggu aku kejap. Aku nak pergi ambil jawapan tutorial lah. Takut!” Kejap aje dia menoleh. Kena cepat ni, sebelum Dr. D tanda better aku selamatkan dulu. Tapi lepas dah dapat nak buat apa? Sempat ke dia nak cari jawapan? Hahh.. lantak lah, yang penting selamatkan kertas tu dulu.
           
*******************

“Dapat tak?” Monyok aje kawan dia ni.

              Naural mengeluh. Faiza dah buat muka simpati. Simpati dengan nasib Naural ni. Kesian kawan aku ni.

            “Tak. Dr dah balik, bilik dia dah tutup tadi. Habis lah riwayat aku lepas ni Iza. Macam mana ni?”

              “Dah lah Naural, maybe kau bernasib baik nanti. Dr tu pun ikut mood dia aje nak marah ke apa. Masa kau nanti aku harap mood dia baik lah, dah jom aku belanja kau roti nak?”

              Naural hanya menggeleng. Sedih kut, roti pun tak boleh guna nak kurangkan kesedihan dia ni. Mama, adik sedih ni...

              “Dah lah Naural, aku pulak yang takut tengok kau sedih macam ni. Aku belanja makan nak tak?”

                 Makan? Mata Naural dah bersinar-sinar.

              Faiza dah mengeluh, baik punya kawan lah kau ni Naural. Pujuk guna roti tak jalan, makan juga kau nak. Kerja nak habiskan duit aku lah tu.

              “Jom-jom. Aku pun dah lapar ni. Cepat lah, dah nak dekat pukul 1 ni, nanti tak ada tempat lagi dekat restoran terapung tu”.

                Mulut Faiza dah melopong. Dia pulak yang lebih ni. Haiii.. dah lah baru masuk PTPTN ni kalau hari-hari macam ni memang tak dapat bertahan sampai habis sem lah. Kenapa lah aku kenal si Naural ni dulukan?
           
**************************

“Kan aku dah cakap cepat tadi. Kau tu jalan lambat sangat lah Iza. Tengok dah tak ada tempat lagi ni”. Membebel pulak cik Naural kita ni. Bukan tadi ada orang tu merajuk ke? Cepat betul merajuk dia ni hilangkan.

             “Aik? Aku yang kenakan. Sekarang ni siapa yang nak belanja?”

            Naural tersengih. Comel aje tangan dia menunjuk ke arah Faiza. Baru sedar lah tu. Baru sedar dia salah.

            “Hah! Tahu pun. So, kena ikut rentak aku lah ok. Kau lah tak sabar sangat, sakit tangan aku ni kena tarik tadi”. Digosok tangannya. Dah merah. Naural yang perasan tak mampu nak buat apa melainkan.....senyum aje lah.

             “Tapi dah tak ada tempat kosong lah Iza. Nak makan tempat lain tak?” Perlahan aje suara Naural. Takut kena marah lagi. Serik!

             Faiza memandang segenap ruang dalam cafe tu, nak duduk dekat bawah tu macam tak best aje. Sebab gelap! Dekat atas ni macam penuh...eh? Tak lah.

              “Naural, tu ada kosong. Kita share meja aje lah nak?”

            “Mana? Ada ke, aku tak nampak pun”. Mata dia mencari. Sampai badan pun berpusing-pusing semata-mata nak cari tempat yang Faiza cakap tadi.

              “Tu hah. Jom lah”. Faiza tarik tangan Naural. Lambat sangat Naural ni buat keputusan.

              “Tapi tu meja laki lah. Nak ke?”

            “Sejak bila pulak kau malu dengan laki ni Naural, selama ni semua pun kau belasah aje. Kenapa hari ni lain macam aje”.

             Naural tersipu malu.

            “Ni kan final sem, aku tak nak lah belasah aje macam dulu tu. Nak praktis jadi perempuan melayu terakhir ni”.

          “Dah tak payah nak gedik, nak muntah aku tengok. Kau pergi tanya dia orang boleh tumpang meja tak”. Tubuh Naural dah ditolak.

            “Aku? Kenapa bukan kau aje?” Jari ditunjuk ke muka sendiri. Aku ingat tadi Faiza ni yang nak tanya. Alih-alih aku pulak yang kena. Malu sangat lah tu.

            “As’salam, hai, hello semua”. Baik punya mukadimah Naural ni bagi. Semua dah pandang dia. Ada lah dalam lima orang. Rasa pelik sebab tiba-tiba kena tegur.

           “Yup! Ada apa?” Danny bertanya. Salah seorang member meja tu. Yang lain masih setia pandang muka Naural. Sampai Naural ni pun naik cuak.

             “Meja belah sana tu kosong tak? Kawan saya ni nak duduk tapi dia malu nak tanya. So, dia suruh saya yang tanyakan”. Ambil kau Faiza! Tu lah tak nak tanya lagi.

            Mata Faiza dah membulat. Tapi bertambah lagi bulat, bila dia tengok muka-muka yang duduk meja tu. Luth! Luth ada lah. Wahh...bertuahnya dia dapat duduk satu meja dengan laki ni.

              “Woi Iza, yang kau tercegat tu kenapa? Sini lah”. Tangan Faiza ditarik.

              “Hah, dia ni lah yang nak duduk sini. Boleh tak?”

            “Dia aje ke?” Makin lebar senyuman Faiza dengar suara Luth. Seksinya! Dengar suara pun boleh tergoda lah.

            “Apa yang..dia aje?” Muka Naural blur. Aku cakap apa tadi eh? Dah lupa pulak. Sebab dari tadi dia lagi tertarik nak tengok reaksi Faiza ni. Kenapa nampak excited semacam ni?

             “Blur lah kau ni Naural”. Ditepuk perlahan tangan Naural. Naural pulak? Dia mampu garu kepala aje lah.

            “Tak-tak, dia sekali nak duduk sini. Boleh tak?” Ohh, please abang Luth, cakap boleh. Dah lama teringin nak duduk dekat dengan abang ni.

            “Ermmm..ok duduk lah”. Dia sambung berbual balik. Dah tak ada apa pun nak tanya. Tapi ada lah dua tiga pasang mata dekat meja tu yang setia pandang dia orang.

           “Thanks, tolong jagakan beg kita orang kejap ok, nak ambil nasi ni. Jangan mencuri! Jangan selongkar! Dosa!” Sempat lagi Naural ni bagi peringatan. Tak sedar tu dia yang minta tolong tadi.

             Yang lain dekat meja tu gelak aje. Naural...Naural...

             “Dia comel lah”. Komen Amir.

            “Yup dia memang comel pun”. Tersenyum Luth memandang ke arah Naural. Kelam kabut betul nak ambil nasi tu, ada ke sampai terjatuh pinggan-pinggan lain.
           
*******************

“Apa jadi dengan jawapan tutorial tu? Dah give up?”

   Faiza ni bukan main suka dapat duduk sebelah Luth. Awal-awal lagi dia dah cop. Lagi best sebab Luth tak pergi lagi, pinggan dia orang dah licin tapi still tak pergi lagi. Tunggu aku lah kut. Haii..perasan betul kawan Naural ni.

            Naural mengeluh. Keluhan dia tu memang berjaya tarik perhatian hampir semua dekat meja tu. Pinggan dijauhkan, pada hal nasi belum habis pun. Dia bangun nak cuci tangan. Faiza dah tepuk dahi. Adoi! Mulut aku ni pun, kenapa lah gatal sangat nak tanya hal tu balik. Langkah Naural diperhati, sampai dia kembali balik ke meja.

             “Sorry Naural. Aku dah kacau mood makan kau”.

            “Tak apa lah, benda dah jadikan. Aku pun pandai sangat, kalau semalam aku buat soalan tu mesti tak jadi masalah hari ni. Tak apa lah Iza, bukan salah kau pun. Kau makan lah, aku dah tak ada selera”.

          Laju Faiza menyuap. Rasa bersalah pulak buat selera makan Naural hilang, tapi lagi bersalah kalau makan tak habis. Habiskan dulu lah.

            “Sorry Naural, kau tak payah lah fikir sangat. Jom keluar nak?” Satu lagi taktik nak pujuk Naural balik.

            “Tak payah lah, aku nak balik bilik aje. Nak tidur lupakan semua ni”. Siapa yang tak sedihkan. Dah lah ni final sem, kalau carry mark dia pun dah teruk macam mana nak back up final dia nanti. Kalau dia tertangkap meniru macam mana? Takutnya fikirkan semua tu. Sakit kepala!

            “Jom lah Naural, aku belanja kau tengok wayang nak? Ada cerita best sekarang ni, mana tahu dapat kurangkan tension kau tu”. Masih tak serik Faiza ni memujuk, dia sedih. Sedih sebab buat Naural jadi macam ni, kalau dia tak cakap tadi mesti kawan dia ni ok aje. Tak kisah lah berhabis duit pun, asalkan dapat kembalikan balik Naural yang gila-gila tu.

             Naural tersenyum. Takut sangat lah Faiza ni.

            “Tak payah lah nak habiskan duit kau Iza. Aku lepas tidur nanti ok lah. Kau dah bayar tak semua ni?”

            “Arrghh! Haah lah, aku belum bayar lagi. Kejap-kejap kau tunggu aku”. Tadi dia nampak yang beratur nak bayar ramai sangat tu yang dia orang makan dulu. Mak cik cafe ni pun sporting aje, dia tak kisah. Asalkan bayar lah.

            Naural mengesat air mata yang mengalir. Sedihnya rasa. Dah last sem ni makin tertekan pulak.

            Air mata? Dia menangis? Air mata tu buat Luth tergamam. Dia pun sedih tengok Naural sedih. Apa yang buat awak sedih Naural?..


p/s : ni percubaan aje. Tak tahu nk buat intro mcm mna sebenarnya..kalau nk suruh tukar atau mybe tak best boleh tinggalkan komen..tanx ^_^
           

7 comments:

Anonymous said...

saya panggil cik penulis akak la k...
sbb cik penulis tua setahun dari saya..
intro dh ok...teruskn!!!!hehehe...

-noorwieyl-

misztyra9@ said...

@Anonymous
blh je nak pnggl apa2 pn..hehe..tanx noorwieyl. nk pnggl apa eh? pjg sgt tu..hehe

Anonymous said...

suke3..nice try akak..hihi..tak sangke Naural ni sbenarnye manje...good job akak..xsabar nk tggu next en3...memang best..terbaek...hihi
- nasira comel-

Anonymous said...

akak blh panggil noor jer..

misztyra9@ said...

@Anonymous
ok..hi nor slmt b'knalan.. ^_^ bru nk kenalkan..hehe

Unknown said...

BEST TERUSKAN YA TQ,

sya said...

hi, i suka story nie. i dah baca cerpen nie. u follow story tu exactly @ nak change a bit story dia. cerpen dia i suka sgt. diff style of propose. cerita dia lain sikit. kalau u keluarkan novel, sure i beli. hehe. tapi kan i rasa itz too early buat pembaca dpt tahu luth minat dekat naural.sebab dia intro je kan.mcm tak de suspen je kan nanti. later propose part kita orang dah tahu siapa org tu. dlm cerpen ada pembayang je kan org tu ialah luth. ini opinion i je, tapi story mmg thump up. hehe. teruskan usaha.

Kehidupan seorang penulis © 2014