Pages

Tuesday 15 January 2013

Love Riddles 03

Tuesday 15 January 2013
. . .


Naural duduk mengoyangkan kaki. Dia berada dekat perhentian bas sekarang ni, ada meeting kejap lagi tu yang dia terlebih rajin tunggu dekat sini. Dengan hari hujan lagi, kalau tak ada meeting tu mesti dia tengah membuta. Adoi! Dia orang ni pun kenapa lah nak menganggu hidup aku. Tak boleh ke final sem ni bagi hidup aku tenang sikit?

             Jam dilihat, kenapa tak ada bas lagi ni? Budak-budak ni pun tak ada kelas ke? Kenapa aku seorang aje yang duduk menunggu dekat sini? Puas diperahkan otaknya, nak mencari keganjilan hari ni. Tapi macam tak ada aje. Hari ni hari Jumaat, sekarang pukul 2 petang.

            Pukul 2? Larrhhh... memang sah-sah lah tak ada bas kan. Bukan budak laki baru lepas sembahyang jumaat ke? Dahinya ditepuk berkali-kali. Kenapa lah aku boleh lupa ni? Tapi macam mana? Meeting tu start pukul 2. Siapa budak kelas aku yang ada kereta eh? Ermmm...macam tak ada aje. Terpaksa lah...

            Hujan yang lebat itu diredah, ada lah dia terjumpa dengan dua tiga orang yang bawa payung tapi tak ada siapa pun yang offer share sepayung dengan dia. Kesian betul hidup dekat sini. Semua pun buat hal sendiri. Tapi buat hal sendiri tu tak kisah, yang paling tak boleh terima makhluk yang macam tadi. Tak nak tolong langsung insan dalam kesusahan macam dia ni.

               Baju dia dah mula basah, beg pun sama lah. Tapi nasib baik dia tak bawa buku, kalau tak lagi naya. Dah lah harga buku level universiti ni mahal! Kasut dia dah dipenuhi air, berbunyi-bunyi bila jalan. Mesti kecut kaki aku ni. Lagi pun, ada ke patut si Naural ni pakai baju putih. Memang seksi lah, nampak semua lekuk badan dia. Tapi mana Naural ni mana kisah, yang dia kisah sekarang nak attend meeting tu aje. Ni pun memang tak perasan yang baju dia dah nampak tembus dalam.

                Sampai dekat selekoh di stadium, dia dah tak terasa hujan. Apa hujan dah berhenti ke? Dilihat tempat lain macam ada air menitik turun lagi. Dia mendongak. Payung? Macam mana payung ni tegak sendiri?

           Adoi Naural! Tak akan sebab kena hujan terus jadi tut tut tut ni. Dah memang lah payung tak boleh tegak sendirikan. Mesti lah ada yang memegang.

             Dia menoleh, mata dia membulat. Siapa laki ni? Mata dikebil-kebilkan. Nak berfikir.

         “Kenapa lah pergi redah hujan ni? Nah pegang payung ni kejap”. Naural hanya menurut. Blur ni. Memang blur. Apa hujan ni dah slowkan otak aku nak interpret data ke?

            Laki tu dah keluar satu kain dari beg dia. Dilap lembut wajah Naural. Naural kaku berdiri. Apa dah jadi ni? Kenapa tiba-tiba aje. Dari mana dia datang? Kenapa dia baik sangat nak keringkan muka aku ni?

            “Kalau tak lap nanti awak demam”. Naural masih diam. Dia ralit pandang muka laki tu. Muka laki tu? Ermmm... tak lah juga. Dia tak nampak muka dia pun, sebab dah terlindung dengan topi.

            “Hish saya tak faham lah kenapa kena redah hujan ni semua. Tak boleh tunggu hujan ni berhenti ke? Tak sayang nyawa sampai sanggup lari-lari macam tadi? Kalau tergelincir jatuh masuk longkang macam mana? Suka nak cederakan diri sendiri”. Panjang lebar dia membebel. Naural garu kepala. Apa dah jadi ni?

          Kepalanya pulak jadi sasaran kain tu. Dilap perlahan, lama juga dia buat. Naural dari tadi hanya memandang raut dia...eh...bukan-bukan pandang topi dia.

            “Nak pergi mana sebenarnya ni?”

            “Kelas, ada meeting”.

           “Tak boleh tunggu bas ke? Kenapa nak redah juga hujan ni? Kalau nak redah pun bawa lah payung sekali”.

             “Bas tak ada. Payung lagi tak ada”.

             Terdengar laki tu mendengus. Tanda tak puas hati sangat lah tu.

         “Kenapa tak tumpang kawan aje?” Masih tak puas hati. Tangan dia masih setia keringkan rambut Naural. Tapi yang paling tak tahan, ada ke dia orang buat scene ni masa hujan, berdekatan stadium dengan hanya dilindungi dengan sebuah payung yang saiz sederhana. Cuba bayangkan berapa dekat jarak dia orang sebenarnya sekarang ni. Dekat kan? Dekat sangat.

           “Kawan semua tak ada kereta”.

            Laki tu mendengus lagi. Semua yang Naural cakap dia tak puas hati. Kalau macam tu baik tak payah tanya.

            Naural dah buat muka, mungkin otak dia baru boleh proses kut?

           “Jom, saya hantarkan. Tak payah nak buat muka macam tu. Tak comel ok”. Tangan gadis tu ditarik. Disebabkan dia yang jalan depan, dia dah tak duduk bawah payung lagi lah. Bajunya dah basah, tapi hanya dibiarkan. Diri dia terasa tak penting sekarang, yang penting Naural.

          Naural hanya mengikut. Memang dia tak puas hati, dah lah bebel dekat dia tadi, sekarang tarik-tarik tangan pulak. Sakit ok! Mesti merah kejap lagi ni.

          Sepanjang perjalanan yang dirasakan beribu batu tu walaupun hakikatnya tak lah jauh pun dalam 5 minit dah sampai, sunyi saja dalam kereta. Naural menoleh memandang ke luar, laki tu hanya tenang memandu.

        Sampai aje di depan kelas dia, Naural cepat-cepat keluar. Tapi cepat lagi tangan laki tu memegang. Erat! Naural cuba rungkai pun tak boleh.

         “Stay situ, jalan keluar dulu”. Di berpaling ke seat belakang, macam nak mencari sesuatu. Naural memang dah tak dapat gerak, sebab tangan dia dah kena kuncikan. Makin nak lepas makin kuat dia pegang.

          “Sini”. Tubuh Naural ditarik mendekatinya. Mata saling bertentang.. Cup..cup...cup salah tu writer, sebab bukan laki tu dah lindung muka dia dengan topi ke? Haah! Ye lah, Naural hanya pandang topi laki tu aje sebenarnya.

         Makin dekat, makin terbau kuat wangian laki ni. Wanginya! Dia terpesona, hanya disebabkan wangian dia. Pelik ada, tak pelik pun ada juga. Yang peliknya sebab laki tu ‘laki’ kut, tapi yang tak pelik sebab Naural ni suka simpan botol perfume buat koleksi. Memang pengumpul tegar ni!

         Tubuhnya yang basah terasa hangat tiba-tiba. Dia tak sedar apa yang dah berlaku sebab dari tadi dia menutup mata menghayati bau wangian dia. Tanpa dia sedar sepanjang dia tutup mata tadi laki tu ralit pandang muka dia. Tersenyum. Hampir aje tangan nak mengusap raut comel tu. Tapi...nasib baik dapat kawal.

           Naural membuka mata, badannya dipadang. Jaket?

        “Ambil jaket tu pakai, dapat tutup badan awak tu. Saya tak nak nanti ada mata nakal yang pandang. Saya tak suka. Ni aje yang saya boleh tolong, seluar dengan baju yang dah basah tu memang tak dapat tukar. Saya tak bawa spare. Kalau boleh nanti elakkan duduk dekat bilik air-cond lama sangat. Saya tak nak awak demam”. Kepala gadis tu diusap lembut. Mata Naural membulat, tapi kenapa tangan dia tak terniat untuk tepis tangan laki tu pun? Apa maksud kata dia tadi? Dia yang susah?

        “Dah..dah...keluar. Tadi kata dah lambat nak datang sini. Ada ke patut dia termenung pulak”. Dahi gadis tu dijentik perlahan. Dia tertawa. Comel sangat Naural ni!

            Naural tersedar. Dahinya ditepuk. Tujuan? Nak sedarkan tuan dia ni lah, ada ke tenggelam dalam pandangan laki tu. Lepas totally dah sedar, dia terus melangkah keluar. Bahaya..bahaya..kenapa lah dengan aku hari ni?

         “Eh..kejap”. Laki dalam kereta yang asyik tersenyum tu terkejut. Adoi! Naural ni pun jangan lah tiba-tiba aje masuk. Kening dia jongketkan nak bertanya kenapa?

            “Lupa nak cakap thanks tadi, lain kali boleh tumpangkan saya lagi ok”. Dia tersengih, kejap aje dah datang balik perangai gila Naural ni. Naural...Naural..

            Laki tu tersenyum, dia memandang side mirror. Curi-curi pandang Naural sebelum dia menghilang.

            “Anything for you honey...anything..”

********************

Tadi baru aje tamat sesi yang paling dinantikan oleh semua pelajar-pelajar dari semua lapisan, dari sekolah hingga lah ke universiti. Quiz time! Ya...quiz. Ada ke patut lecturer tu baru bagitahu malam semalam melalui email pasal semua ni.

             Tapi dia sempat juga lah duduk menyibuk dekat bilik jiran dia ni, Dila. Kawan satu kelas juga. Sepanjang malam bukannya study tapi sibuk duk cium bau burger yang memang ada jual bawah blok ni. Sedapnya! Berapa kali juga lah dia orang ni telan liur masa belajar tadi, bila dah tak tahan, digagahkan diri turun juga. Dah lah dia pakai baju nipis, memang syok lah. Sebab sejuk gila!

            “Kau ok tak ni Naural?” Kenapa nampak Naural ni macam nak rebah aje. Risau betul dengan tahap kesihatan kawan dia ni.

               “Ok aje...”. Tak jauh dia berjalan dah jatuh. Tapi sembat Fiza paut tubuh dia tadi.

            “Macam ni kau kata tak ada apa? Dengan dahi panas macam ni?” Muka Fiza nampak serius. Susah juga lah nak nampak Fiza ni serius. Hari ni pecah rekod. Rasa macam nak tangkap gambar pulak. Hampir aje tangan Naural nak ambil phone, tangan dia ditepuk.

              Naural terkejut!

            “Kau kenapa ni? Jangan ingat dengan diam macam ni kau selamat dari soalan aku ok. Aku tak kan berhenti tanya sampai aku dapat jawapan”. Wahhh! Kagumnya, makin serius dah muka dia.

             “Argghhhh!”

             “Sakit lah”. Tangan Faiz yang mencubit pipi dia tadi dipukul berkali-kali. Sakit kut!

            “Padan muka! Kau yang tak nak bagi tahu aku kan”. Didekatkan kembali tangan, tapi kali ni ke arah pingang dia pulak.

               Oh no! Tempat lain boleh, tapi situ...

              “Ok-ok, memang aku demam pun”. Perlahan aje jawapan dia.

            “So kali ni sebab apa? Hari tu selsema sebab main hujan apa kali ni bilik kau pulak ke yang hujan ke? Sebab tu demam berturut-turut?”

              “Tak lah,bukan pun. Dah lah Iza jangan tanya lagi, kepala aku pening sangat ni”.

              “Hishh kau ni pun kalau sakit tadi duduk bilik aje lah”.

              “Mana boleh kan ada kuiz tadi”.

            “Aku kan boleh tolong cover. Aku tak faham lah kenapa kau kena susahkan diri macam ni”.

            “Tak ada apa lah Iza, aku ok aje ni. Tak payah risau lah....jom lah pergi cafe. Aku terasa nak makan bubur lah”.

             Iza hanya mengeluh. Tahu tu semua tektik nak lepaskan diri dari soalan dia lah tu. Macam dia tak kenal Naural ni macam mana.

********************

“Macam mana kau boleh demam balik ni?”

             Naural dah garu kepala. Ingatkan dah habis topik ni tadi. Ada sambungan pulak.

            “Aku redah hujan semalam, tu aje lah. Terlupa nak bawak payung”. Naural jatuhkan muka di meja. Nak rehat kejap.

            “Redah hujan!!”

             Mulut Naural melopong. Dia perasan semua yang lain dah pandang dia orang lain macam.

            “Woi! Agak-agak lah yang kau pergi jerit kenapa?”

            “Yang kau pergi redah hujan pulak kenapa?” Dua saling tak puas hati.

         “Sebab aku nak cepat lah semalam, ada meeting pukul 2”. Malas aje Naural nak cakap, masih segan pun ada lagi.

            “Meeting? Tu lagi penting dari diri kau sendiri ke? Kenapa lah kau ni tak pandai jaga diri sendiri ni?”

              Naural menyentuh tangan kawannya, terharu pulak dapat kawan macam ni.

             “Terharunya aku dapat kawan macam kau”. Air mata dia mengenang.

          “Patut lah terharu, aku just fikir kalau kau demam nanti siapa yang nak teman aku shopping esok. So pastikan kau dah baik ok! Kalau tak kita putus!”

            Mulut Naural terlopong. Sebab tu? Hanya sebab shopping dia. Sengal punya kawan. Tak patut betul! Sedihnya...mama...adik nak mama.

 **********************8

Nah”. Naural hanya memandang botol-botol tu. Muka Fiza dipandang, kau orang pun tahu kan kalau Fiza ni dah tunjuk reaksi ni apa sebenar yang dia nampak kan. Luth..jejaka idaman dia.

            “Ambil balik semua ni”. Dahi Naural berkerut. Muka laki tu dipandang pelik, dah lah kacau dia dengan Fiza berborak, tiba-tiba aje datang mencelah. Salam apa pun tak bagi.

        “Mak saya cakap buruk siku kalau ambil balik”. Fiza hanya memandang dia orang silih berganti. Apa dah jadi ni? Tapikan...suara Luth seksi sangat!

            “Saya pulak tak suka ambil barang free”.

          Mata Naural membulat. Dari rasa lemah tadi terus bersemangat. Bersemangat nak lawan cakap dengan Luth. Ada ke patut dia buat statement macam tu.

            “Barang free? Sebab barang free ni lah awak baik kan?” Berani dia berdiri, membangkang kata Luth. Yang lain semua dah pandang lagi, ‘hai...tak habis-habis nak buat drama lah dia orang ni’.

            “Baik? Macam mana awak tahu saya dah baik? Nampak saya ni dah baik ke dalam pandangan awak tu?” Dia berdiri, sambil menyeluk poket. Smart! Puji Fiza, dia ni tak back up Naural pun dalam hal ni. Walau pun dia tak tahu cerita sebenar, dia akan back up Luth lagi lah.

            Naural meletakkan tangannya atas dahi Luth. Mulut Fiza membulat, bukan dia aje tapi kebanyakan student perempuan dekat cafe ni. Ye lah laki hensem pujian ramaikan, mana suka kalau ada yang sentuh.

                Naural tertawa, sebelum dijatuhkan tangan dia.

                Luth dah terkedu!

            “Suam, so saya dah dapat jawapan. Tak payah nak menipu kalau tak tahu cara dia”. Naural duduk balik, dah tak larat pulak rasanya.

             Luth berlalu pergi, bukan dia aje. Tapi empat orang laki lain pun ikut. Muka dia masa pergi tu tak boleh nak jelaskan, ada keliru, pelik semula ada lah. Fiza hanya melihat sebelum memandang Naural pulak. Botol Luth bagi tadi dipegang.

                Ubat demam? Selsema?

               “Ni yang kau bagi Luth dulu ke?”

               Naural hanya mencebik, kenapa lah laki tu pulangkan balik. Dia bukan nak pun, memang nanti akan disimpan dalam tong sampah ni.

              “Memang aku punya pun. Tak faham lah kenapa nak bagi balik”.

              “Memang betul kut dia tak suka barang free”.

               Naural pandang botol tu, lama. Berfikir. Ada juga laki macam ni kan....

3 comments:

Anonymous said...

ooowwwhhhh...
wat r romantik luth!!
kak, kali ni saya jatuh cinta sgt2 kt luth...
'anything for u honey..anything'...
ayat yg memikat hatiku...hehe...
kak,sambung lagi..

-noorwieyl-

Unknown said...

best la nak lg boleh tq.

Anonymous said...

alamak akak..kite xley lupekan Luth la..macam mane ni..huhu..akak sukenye kite ngan story ni..really sweet3..tp kan akak..kite tertanye sape laki yg tolong naural tu?Luth ke?so sweet..hihi..akak teruskan berkarya..,kite akan sokong akak..love you akak..
-nasira comel is back-

Kehidupan seorang penulis © 2014