. . .
“Jaket siapa tu?” Orang lain tengah sibuk buat tutorial,
si Faiza ni sibuk nak tanya soalan yang memang tak ada kaitan.
“Aku
lah”. Malas dia nak jawab sebenarnya.
“Sejak
bila kau ada jaket macam ni?” Dia pandang jaket tu lama. Badan si Naural ni tak
lah besar mana, tapi jaket yang dia pakai dua kali ganda saiz badan dia kut.
Tapi..wangi!
“Semalam”.
“Huh?”
“Aku dah
ada sejak semalam”. Tak pandang raut Faiza pun sepanjang dia orang berbual, nak
siapkan tutorial punya pasal. Nasib baik demam dia dah baik, tapi tu pun lepas
kena paksa makan ubat dengan Faiza lah. Kalau nak rela sendiri makan memang tak
lah. Tak sanggup nak korbankan lidah dia melawan kepahitan ubat-ubat tu.
“Bila
kau beli?” Penuh curiga betul muka si Faiza ni.
“Ada
lah, kau berminat sangat pasal jaket ni kenapa?”
“Mana
aku tak minat, kau mana pakai jaket ni. Lagi satu kenapa ada bau wangian laki
dekat baju ni? Jangan nak cakap tu bau ayah kau”.
Naural
terkedu! Kuat sangat ke bau ni? Ingatkan dia seorang aje boleh bau. Hari ni dia
pakai pun sebab rasa tenang dapat bau wangian tu.
“Hah! Kenapa kau diam? Tipu aku lah tu”.
Jari ditunjukkan tepat ke arah muka Naural.
“Eh..tak..tak mana ada aku tipu”.
Tergagap juga lah nak jawab, sebab semua ni tiba-tibakan.
“Entah
kenapa susah aku nak per..”.
“Kak,
nak minta tolong boleh?”
Naural
tarik nafas lega. Nasib baik budak ni datang, selamat lah dia dari soalan si Faiza
ni.
“Boleh.
Apa dia?” Faiza pandang Naural, ketap bibir. Selamat pulak kawan dia ni. Tak
puas hatinya!
******
Sepanjang hari Naural pakai jaket tu, dia rasa selesa,
panas dan selamat. Tapi selamat kenapa? Kalau selesa dengan panas tu mungkin
boleh faham lagi lah. Jangan kata yang dia dah tersuka tuan jaket ni. Adoi! Susah lah macam ni.
Masa
tengah beratur nak ambil makanan, Naural ternampak bayangan laki bertopi
semalam. Bila dicari balik tak jumpa. Bukan nak apa pun just nak pulangkan jaket ni aje. Sebab dari dalam kelas ramai yang
asyik bertanya sampai malas dia nak berjawab dah. Last-last dia cakap..
“Yup! Ni boyfriend aku punya. Puas hati?”
Lepas
cakap macam tu terus tak tanya dah. Manusia zaman sekarang ni pelik betul lah.
Tak ramai yang puas hati dengan kebenaran, penipuan juga yang dia orang
percaya. Tapi bila dah terbongkar nak tuduh kita menipu pulak. Tak faham betul
kan.
Lepas
dah mencari-cari tak ada tadi, Naural mengeluh. Salah timing kut, tapi kalau dia makan dekat sini mesti lah fakulti ni
juga kan? Kalau macam tu senang lah dapat dia jumpa laki tu lagi nanti. Dia
tersenyum, sebelum mencium bau wangian jaket tu semula, lalu menapak ke kaunter
nak bayar harga nasi.
Faiza
pulak dari tadi mata dia tak lepas pandang tingkah Naural. Apa pelik kawan aku
yang satu ni. Ada ke patut cium jaket lepas tu senyum seorang-seorang. Jaket
siapa sebenarnya? Nampak macam dah angau aje?
“Kau
kenapa?” Terus dia bertanya, bila Naural duduk.
Naural
berkerut. Apa aku dah buat?
“Kenapa
dengan aku?”
“Mana
aku tahu kenapa dengan kau. Yang tu kau aje yang ada jawapan dia”. Bengang
pulak Faiza. Ada ke patut orang tanya dia, dia tanya kita balik. Tak menjawab
soalan langsung.
“Serius.
Aku tak tahu kau tengah cakap apa ni”.
“Kau
sihat tak sebenarnya? Kenapa tersenyum-senyum cium jaket tu tadi”.
“Uhuk..uhuk”. Dalam tersendak pun, sempat
lagi mata dia membulat dengan ayat kawan dia tadi. Macam mana si Faiza ni boleh
perasan pulak. Dah bosan sangat ke apa, sampai semua yang aku buat nak perhati.
“Kau
perhatikan aku dari tadi ke?”
“Tak ada
maknanya”.
Senyuman
jahat dah terukir di bibir Naural.
Faiza
pandang pelik. Mesti ada aje dia nak mengenakan aku nanti. Dah kenal sangat dah
perangai kau Naural.
“Jangan
cakap kau suka aku”.
Mulut Faiza
terbuka, sampai situ si Naural ni berfikir. Laju aje tangan dia mencubit lengan
kawan dia tu. Tu lah mulut tak ada insurans lagi, kan dah kena.
“Sakit
lah..kejam lah kau ni”. Digosak-gosak bahagian lengan kirinya. Perit!
Mama..sakit..
“Kau
lah, ada ke sampai fikir macam tu sekali. Melampau tu, aku tak minat perempuan
ok. Aku setia dengan Luth sampai bila-bila”. Tersengih-tersengih dia. Sebut
nama pun dah reaksi macam tu. Over ok!
Naural berfikir. Luth? Siapa Luth ni? Memang
dia susah sikit nak cam orang. Tak kira lah baik dengan dia ke tak ke. Contoh
macam si Faiza ni lah, walaupun satu kelas, lepas tiba bulan baru completely ingat kawan dia ni. Sampai Faiza
pun dah naik menyampah bila Naural asyik tanya nama dia siapa aje.
“Luth
siapa?”
“Adoi! Aku lupa lah kau ni ada masalah
nak ingat orang, dah lah kalau aku bagitahu pun bukannya masuk dalam kepala kau
tu”. Dia sambung makan, dah lah tadi tergendala. Tak sedap lah makan nasi
sejuk.
“Aku pun
tak faham lah Naural, kenapa lah kau ni susah nak ingat orangkan. Bukan setakat
nama aje muka dia orang pun kau tak ingat. Betul tak?”
“Ermmm..ye lah kut”.
“Bukan
kut, tapi memang betul kau tak ingat. Masa kecil-kecil kau pernah terhantuk ke,
apa-apa ke?” Tiba-tiba berminat pulak nak tahu. Sebelum ni tak ada pulak.
“Ayah
aku cakap aku pernah demam panas beberapa hari dulu. Mungkin sebab tu kut”.
“Eh? Boleh ke?”
“Mana
lah aku tahu, tu ayah aku cakap. Kalau nak tahu pergi lah tanya doktor. Aku pun
tak tahu kenapa. Redha aje lah, dah aku tak ada kelebihan nak ingat orang, nak
buat macam mana”.
Faiza
mencebik. Membebel pulak si Naural ni.
Luth yang duduk dimeja belakang terkedu. Dia dengar semua
yang Naural cakap tadi. Susah nak ingat orang. Dia tak ingat aku?
******
“Woi! Yang kau
termenung ni kenapa?”
Luth
memandang ke arah Danny. Sekarang ni semua tengah duduk di satu meja dekat
fakulti dia orang. Ada projek bersama yang nak dibuat. Biasa lah kan kerja
budak engineering.
“Kau ada
masalah ke?”
Luth
mengeluh, buku yang diselak tadi ditutup. Dia pandang satu-satu muka yang
tengah tunggu jawapan dia sekarang ni.
“Dia tak
ingat aku”.
“Hah? Dia tak ingat kau?” Amir dengan
muka blurnya bertanya.
“Dia tak
ingat kau?”
“Serius?”
Ramai pulak tiba-tiba nak tanya.
“Tapi
dia tu siapa?” Danny garu kepala. Aku ada tinggal apa-apa ke ni?
“Dia
lah....”
Ye lah.
Tapi ‘dia’ tu siapa?
“So, nak buat macam mana? Boleh ke
teruskan kalau kau pun dia tak ingat?” Amir tanya lagi. Soalan Danny tu dia
buat tak tahu aje. Kawan dia ni memang lambat sikit, nanti malam kut baru dia
tahu siapa ‘dia’ tu.
“Aku pun
tak tahu, kita ikut rentak aje lah...” Yang lain hanya memandang. Kesian juga
dekat kawan dia ni. Tapi apa nak buat, Luth awal-awal dah bagi warning jangan pandai-pandai nak buat
apa-apa sendiri. Semuanya mesti datang dari dia. Pasrah aje lah Luth..
******
“Naural nak pergi tengok movie tak?”
“Cerita
apa?”
Lama
Faiza berfikir. Dia nak keluar sebenarnya, bosan dah duduk terperap dalam bilik
si Naural ni. Naural pun bukan nak layan dia borak pun, dari tadi asyik
menghadap laptop aje.
“Ermmm..Hobbit nak?”
“Hobbit?
Serius? Kalau Hobbit mesti lah nak. Gila kut kalau tak pergi tengok, dah lama
aku tunggu cerita tu”. Bersinar-sinar mata dia dengar ajakan Faiza tadi. Memang
dah lama dia nak pergi tengok, tapi tak ada yang nak teman aje.
“Ok.
Set! Lagi 30 minit nanti kita jumpa dekat bus
stop. Kau jangan nak lambat pulak”.
“Selama
ni pernah ke aku lambat?” Mata dia dibulatkan, tanda tak puas hati dengan kata
Faiza tadi.
“Pernah
ok. Selalu! Hilang ingatan apa?”
******
Tiba aje di Mid
Valley Faiza dengan Naural dah bertepuk tangan. Kenapa? Sebab dia orang
rasa bangga dapat datang sini dengan kudrat sendiri tanpa pertolongan orang
lain. Nasib baik duduk dekat KL ni, tak ramai yang nak ambil kisah telatah
orang lain. Kalau tak mesti ramai dah label budak dua orang ni sakit mental
kut.
“Cepat-cepat
Naural, kalau lambat nanti mesti kena beratur panjang”.
“Tak
payah lah nak cepat sangat Iza, kita pergi makan dulu lah. Perut aku dah
berbunyi ni. Sakit kut dari dalam train
aku tahan lapar”. Mulut dimuncungkan. Sangat tak puas hati dengan cadangan
Faiza tadi.
“Tak
boleh lah Naural. Kau pernah pergi sini tak sebelum ni?”
Naural
menggeleng. Dia memang tak pernah datang sini pun sebelum ni, paling jauh dia
pernah pergi, Pekan Kajang. Pekan yang dulu pernah ada kes buaya terlepas tu.
Tapi masih tak dapat disalihkan lagi lah betul ke tak.
“Serius?”
Tak sangka dalam UKM ni ada juga makhluk Allah yang tak pernah jejakkan kaki
datang sini. Sebab tempat ni yang paling dekat and best untuk datang. Bagi budak UKM aje lah kut.
“Serius
lah, tak ada reason lah aku nak
datang sini dulu. Kalau barang habis aku beli aje lah dekat k-mart tu. Semua pun ada, mahal sikit tu
kira halal lah”.
“K-mart? Bosan gila hidup kau Naural”.
“Apa
yang bosannya? Aku rasa ok aje. Selama dua tahun setengah ni boleh aje aku
hidup tenang tak payah keluar-keluar ni”.
Dahi
Faiza berkerut. Memang susah nak faham insan bernama Naural ni.
Lepas
berbalah antara nak makan atau beli tiket, akhirnya Faiza yang menang. Memang
lah Naural tak boleh menang kalau apa-apa yang melibatkan Faiza. Kawan dia tu
hebat dalam nak mempengaruhi fikiran orang kut.
Akhirnya
sampai juga di tingkat tiga, yang terpaksa ditempuhi dengan penuh ranjau dan
duri tadi. Tapi penuh ranjau dan duri tu hanya bagi pihak si Naural aje lah.
Semua tu sebab ramai sangat orang yang dia kena elakkan masa nak lalu sebab dia
tak suka manusia-manusia ni terlanggar sikit pun dia. Yang satu lagi sebab dari
bawah sampai ke atas ada banyak restoran kut. Dah lah dia lapar, makin kuat kut
bunyi perut dia.
“Panjangnya
Iza...”. Tak sangka sampai aje dekat kaunter tiket ni dia dihidangkan dengan
pemandangan barisan panjang ni. Serius? Hari kerja ni pun ramai orang? Apa dia
orang ni semua jenis yang tak kerja ke apa?
“Memang
lah. Tu sebab aku suruh beli tiket dulu, kalau tak nanti memang tak dapat lah”.
Tangan Naural ditarik, berlari kecil juga lah nak beratur.
“Kenapa
masa hari kerja pun ramai orang?”
“Sebab
kawasan ni kan ramai budak universiti. UM pun dekat kan, dia orang jalan kaki
aje dah boleh sampai”.
Naural hanya mendengar. Betul
jugakan. Mata dia melingas melihat orang ramai. Bila dia toleh balik ke arah Faiza,
nampak kawan dia tu dari tadi tekun pandang ke arah seseorang.
“Kau
pandang apa?”
“Tak ada
apa lah. Dah, tak payah tengok sana”. Baru aje dia nak tengok dah kena tolak
dengan Faiza.
“Siapa
sebenarnya yang kau nampak ni?”
“Tak ada
siapa lah Naural, tak ada siapa pun”.
“Betul?
Kenapa aku nampak kau macam nak menangis? Ok tak ni? Jangan nak buat aku
risau”. Naural dah hampir nak capai tisu. Memang nampak jelas kut muka Faiza ni
dah nak menangis. Tapi kenapa?
“Tak
payah lah Naural, kau ni over lah. Aku
ok”. Lepas cakap tu, dia orang terus diam sampai turn dia orang sampai. Naural dari tadi khusyuk pandang Faiza. Apa
dah jadi?
Ngam-ngam aje lepas beli tiket dia orang
dah terus boleh masuk. Tapi baru aje dia nak menapak masuk ke dalam line nak masuk dalam panggung, langkah
Faiza terhenti. Naural yang pelik terus pandang kawan dia.
Dia
terkedu!
Kenapa
Faiza menangis? Apa dah jadi sebenarnya?
“Kenapa
ni Iza?” Bahu kawannya disentuh. Esakan kecil dah terdengar.
“Luth...dia
dah ada girlfriend...”
Eh? Siapa Luth?
p/s : so far sampai bab 4 ni siapa yang tak berapa suka? Nak ikut jalan cerita ni ke nak ubah lagi? Kalau tak suka baik ubah dari awalkan..komen ya ..tanx :)
6 comments:
sampai hati sungguh Naural tak igt Luth hehehe
Luth ade girlfriend ? siapakahh ??
teruskn kak...
dh ok dh jln cter ni...
saya sokong akak...
-noorwiyel-
okeh tyra...cantekkkkk punye :)
akak xyah ubah ape2..dh ok ni..kite follow je yg ni..suke sangat3..cop.. Luth ade girlfriend??tidakk!!huhu..
frust jap...eh ni mesti plan Luth kan nk bg Naural igt dia...ceh2..ade gaye detective conan lak kite ni..heheh..anyway tis is veri nice n great love story..10 star utk akak..150% points utk akak..hihi..teruskan tambah yg sweet dlm story ni..hihi
-nasira comel-
@Anonymous
hehe..sweet eh? ni mesti pengaruh Raed & Radwa kan?
@| lady |
jeng3x kita tgu sama2... :P
Post a Comment