Pages

Saturday 19 January 2013

Love Riddles 05

Saturday 19 January 2013
. . .


“Jom lah Naural, aku dah ok ni”. Air mata yang masih berbaki dikesat. Kalau dia menangis lagi pun tak guna rasanya. Luth pun bukannya kenal dia.

             “Betul ni?” Jelas nampak muka Naural risau.

            Tadi dia orang tak jadi tengok wayang, Naural ni tak nak nanti Faiza ni makin meraung-raung pulak. Dia pun ada nampak dengan jelas laki tadi. Laki yang bernama Luth tu. Dah diperah berkali-kali fikiran dia pun masih tak dapat ingat laki tu. Siapa dia?

         Faiza cuba lakarkan senyuman. Memang payah, tapi kalau tu yang dapat kurangkan kerisauan Naural, tak apa.

            “Ok, sorry risaukan kau. Tiba-tiba pulak aku menangis, mesti kau ingat aku tak betul tadi kan”.

            Faiza ketawa, tapi yang dengar hanya bunyi esakan yang kuat. Naural jadi makin kalut, ingatkan Faiza ni dah ok.

          “Iza, dah lah tu. Risau aku tengok kau macam ni”. Kepala Faiza ditarik, didekatkan ke bahunya. Makin kuat esakan kawan dia.

              “Kau suka Luth sangat ke?”

               Faiza mengganguk.

              “Kau ada bagitahu dia?”

               Faiza menggeleng pulak. Malu kut nak bagitahu. Dia pun mana tahu nak cakap apa nanti.

              “Kau nak aku tolong tak?”

            “Tolong?” Sengau dah suara Faiza ni. Ya lah dari tadi asyik menangiskan, harap tak ada lah orang lalu lalang depan dia ni salah sangka.

             “Nak aku tolong?”

              Dahi Faiza. Apa yang Naural nak tolong?

        “Tolong apa? Aku tak faham”. Dia duduk tegak, pandang raut Naural. Jelas nampak keyakinan yang tinggi pada Naural. Tapi untuk apa?

             “Dapatkan Luth. Nak tak?”

           “Naural..tak ada apa lah. Tu semua cinta monyet aje, aku mengaku yang memang dah lama aku sukakan Luth. Dari minggu orientasi lagi, tapi aku tahu aku ni tak lah cantik mana untuk tarik perhatian dia. Cukup lah aku minat dia dalam diam, dia tak perlu tahu”.

            Dari orientasi. Dah lama kut. Macam mana lah Faiza ni boleh bertahan selama tu pendam perasaan dia? Tak sakit ke?

            “Lama tu. Kau tak kisah dia dengan perempuan berpeluk macam tadi? Siap cium-cium lagi. Kau boleh terima tengok laki yang kau suka duduk dengan perempuan lain? Kau boleh terima semua tu?” Laju aje Naural ni cakap, sengaja nak takutkan Faiza.

            Faiza hanya menggeleng. Memang lah dia tak sanggup. Tapi apa lagi dia boleh buat. Dia bukannya sesiapa dalam hidup laki tu, apa hak dia nak halang Luth dari rapat dengan orang lain. Tanpa sedar air mata yang hampir kering tadi mengalir balik. Sedih kut fikirkan semua ni.

           “Orang kata kalau kita sayangkan seseorang kita kena biarkan dia kecapi kebahagian dengan orang yang mampu bagi dia semua tu kan”.

           “Memang betul apa yang kau cakap Iza, tapi macam mana kau tahu kebahagian Luth tu bila dengan dia orang semua? Kau tak cuba lagi, apa salahkan dekati dia dulu, kenali dia. Mana tahu apa yang kita nampak tadi salah faham aje”.

            “Aku tak berani Naural, aku tak berani. Memang aku suka tengok muka dia, dengar suara dia. Tapi nak cakap dengan dia...aku memang tak boleh”.

             “Cuba dulu Iza...”.

             “Aku tak boleh”...

              Naural menggengam tangan Faiza.

              “Aku akan tolong kau”....

 ******

“Kau ingat tak apa yang aku cakap ni?” Sengaja tegaskan suara. Tak nak Faiza main-main. Kawan dia ni bukannya betul sangat, ada nanti dia tak bagi pulak benda tu.

            “Malu lah Naural”. Muka dia dah merah.

            “Malu? Sejak bila kau malu huh? Kau nak Luth ke tak nak?”

            “Memang lah nak”.

            “So, apa lagi. Kita kena teruskan juga. Kau kena dekati dia macam yang aku suruh, biar dia kenal kau, nampak kau. Jangan nak mengada malu-malu ok!” Mata dibulatkan. Tangan dah dicekak pada pinggang.

            “Ye lah, aku buat. Apa-apa nanti aku bagitahu kau. As’salam”. Terus Faiza menapak pergi. Naural hanya tersenyum melihat. Yeah! Berjaya juga pengaruh fikiran si Faiza ni. Selalunya aku yang kena.

            “Nahh..”

            “Huh?” Mulut Luth terbuka kecil. Apa perempuan ni nak? Kenapa bagi dia benda ni pulak.

            “Untuk awak, ambil lah”.

          “Saya?” Jari ditunjuk ke muka sendiri. Member dia yang lain dah tahan gelak. Tak sangka hari ni dapat tengok scene macam ni. Tapi wait?...bukan ni kawan Naural ke?

            “Yup. Awak lah, ambil ni. Dari saya special untuk awak”.

        Dalam teragak pun masih lagi lah tangan Luth bergerak ambil benda tu. Dipandang bungkusan berbalut cantik tu. Tapi dia memang tak minat langsung nak buka.

          “Untuk apa? Hari ni bukan birthday saya pun”. Pelik juga, selalunya dia banyak dapat benda macam ni masa birthday dia aje.

            “Saja aje. Untuk perkenalan. Saya nak kenal dengan awak. Boleh?”

            “Oh, kawan? Boleh aje, tak ada masalah pun”. Baru Luth ni tersenyum, lega dia. Ingatkan si Faiza ni minat dekat dia ke apa. Sebab kalau betul dia confess tadi memang awal-awal dah kena reject lah. Tapi setakat kawan tak ada masalah.

             “Thanks, saya nak join sekali duduk meja ni boleh?”

             Luth pandang kawan dia yang lain, kening diangkat bertanya. Nampak ada yang ok aje tak kisah ada juga yang tak berapa suka. Ye lah kan, dekat meja ni ada lapan kerusi, ada satu aje kerusi kosong. Tu pun sebelah Luth. Kalau Faiza ni nak duduk dia seorang aje lah perempuan.

             “Ermm..duduk lah. Bukan nak buat apa pun kan. Jom lah study sekali”.

          Melebar senyuman Faiza. Naural! Aku berjaya! Aku berjaya dapatkan perhatian dia. Terima kasih!!

            “Course apa?”

            “Matematik, awak engineeringkan”.

             Kawan Naural rupanya..

          “Haah..”. Sepatah aje dia jawab sebelum sambung belajar balik. Bukan dia tak nak layan tapi esok dia ada exam. Lain kali lah ya...

            “So, kawan awak yang satu lagi tu mana?” Lepas hampir dua jam diam baru dia bersuara. Ada seorang dua yang dah selamat meneroka dunia mimpi. Yang lain masih tekun lagi menghadap buku. Dia pulak, nak hilangkan tension kejap.

             “Kawan?”

          “Ye lah, kawan awak yang bagi saya ubat hari tu. Dia tak datang sekali ke?” Pelik juga sebab bukan selalunya dia datang dengan Naural ke? Kenapa hari ni bayang Naural tak nampak pun.

          “Ohh.. Dia tu mana suka datang sini. Lagi suka duduk bilik aje kalau study. Saya dah berapa kali juga lah ajak tapi dia memang tak kan nak punya”. Yang lain dah pasang telinga nak dengar. Semua pasal Naural seakan menarik perhatian mereka.

            Patut lah...patut lah tak pernah nampak bayang dia dekat sini....

 ******

Pintu bilik Naural diketuk berkali-kali. Dah hampir 15 minit juga lah dia berdiri tegak depan bilik Naural ni. Bukan apa dia just excited nak cerita apa yang dah berlaku antara dia dengan Luth tadi.

        “Naural kau ada dekat mana ni?” Terus dihubungi kawan dia tu. Memang dah tak boleh sabar.

            “As’salam”.

             Padan muka! Kan dah kena perli, tu lah nampak tak sabar sangat.

            “W’salam..sorry Naural. Kau ada dekat mana ni? Aku ada depan bilik kau aje ni”.

            “Serius? Ada dekat depan bilik aku?” Terdengar Naural ketawa. Apa punya kawan lah.

            “Jangan lah gelak. Kau ada dekat mana ni? Aku nak jumpa”.

            “Sabar lah, tunggu aku balik kolej. Nanti aku roger kau”.

            “Lama ke kejap?”

            “Ermm...tak sure. Sebab aku pun baru sampai padang ni. Maybe lagi dua atau tiga jam kut. Kau tunggu aje lah, bukan ada apa-apa yang penting pun kan”.

          “Dua tiga jam? Lamanya Naural..aku ada hal betul-betul penting nak bagitahu ni. Kau dekat padangkan. Tunggu aku dekat situ, dalam 40 minit aku sampai. Nak mandi dulu ni”. Terus panggilan dimatikan. Naural pandang phone tu pelik. Bukan tadi dia cakap penting ke? Kenapa 40 minit baru nak datang? Apa-apa aje lah Faiza, asalkan kau bahagia dah.

          Naural bersandar pada dahan pokok. Hari ni terasa nak datang sini pulak, dah berapa hari dia tak datang. Sebab demam lah kan. Gitar dicapai. Tangan direngangkan. Dah lama tak main ni, takut kejang pulak nanti.

            “Do re mi...do re mi....do re miiiii”. Ok cantik! Nasib baik tak berkarat lagi suara aku ni.


I'm so glad you made time to see me
How's life? Tell me, how's your family?
I haven't seen them in a while
You've been good, busier than ever
We small talk, work and the weather
Your guard is up, and I know why
Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind
You gave me roses, and I left them there to die

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and make it alright
I go back to December all the time

These days, I haven't been sleeping
Staying up, playing back myself leaving
When your birthday passed, and I didn't call
Then I think about summer, all the beautiful times
I watched you laughing from the passenger side
And realized I loved you in the fall
And then the cold came, the dark days
When fear crept into my mind
You gave me all your love, and all I gave you was goodbye

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you, saying I'm sorry for that night
And I go back to December all the time
It turns out freedom ain't nothing but missing you
Wishing I'd realized what I had when you were mine
I go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time.....


            Naural membuka mata, tu pun lepas terdengarkan tepukan. Mula-mula dia nak marah juga orang tu tapi tak jadi bila melihat siapa yang berdiri depan dia ni.

            Laki bertopi! Kenapa lah dia suka lindung muka dia macam tu?

           “Suara awak merdu. Saya suka”.

           Naural terkedu! Malunya! Dia dengar aku menyanyi tadi? Tak pernah kau orang lain dengar nyanyian dia. Faiza kawan yang dikira agak rapat dengan dia tu pun tak pernah dengar.

            “Lagu apa tadi?”

            “Huh? Ermmm...ermm..”.

           Laki tu tertawa. Comelnya dia ni. Tergagap-gagap macam tu. Selalunya ada aje yang nak dijawab, lain pulak hari ni.

           Naural terpaku. Dia ketawa? Kenapa dengar seksi sangat. Adoi hati! Tolong lah jangan gatal sangat ye...

        “Lagu Back to December”.. Lama juga Naural ambil masa nak jawab. Terkejut lagi ni. Selama dia bertapa dekat sini mana pernah ada yang tepuk tangan lepas dia nyanyi.

            “Ohh.. December?”

          “Hah? Jaket? Nak jaket awak balik tak? Dah lama saya nak pulangkan ni”. Entah kenapa gerangan laki ni senang pulak Naural nak ingat. Mungkin sebab kes hujan tu kut so senang sikit laki ni melekat dalam fikiran dia.

            Laki tu tertawa lagi.

            Naural berkerut. Aku ada buat lawak ke?

          “Tak apa, nak pulang boleh nak simpan pun boleh. Jaket tu boleh jadi pengganti saya nanti”. Sengaja diperlahankan ayat hujung tu.

            Naural berdiri. Mana boleh dia simpan jaket tu. Orang punya ni, memang lah terasa berat juga nak pulangkan tapi ...tak boleh buat hartakan.

           “Tak apa-tak apa. Ni bukan saya punya, tak elok kut simpan harta orang. Awak ambil lah”. Dia menapak mendekati. Rendahnya aku, ada ke paras telinga dia aje. Sakit kepala nak cakap dengan dia ni.

            Jaket diserahkan, Naural berdegil juga suruh laki tu ambil. Dalam terpaksa dia capai juga lah. Malas nak buat scene gaduh hanya sebab jaketkan.

            “Thanks”. Sepatah dia menjawab sebelum nak duduk balik. Bunyi degupan jantung dia dah lain irama. Dadanya dipegang. Apa dah jadi dengan aku ni? Lagi beberapa langkah nak sampai di tempat dia duduk tadi, terasakan jaket disarung ke tubuhnya. Dia berpusing.

            “Ni awak punya lah, kenapa bagi saya balik?”

          “Sebab saya nak selalu dekat dengan awak”. Lepas aje cakap macam tu dia terus melangkah pergi. Ditinggalkan Naural yang memang tengah blur sangat sekarang ni. Apa dah jadi? Jaket ditubuhnya dipandang.

            “Jangan duduk lama sangat dekat sini. Kalau awak sakit saya juga yang susah nanti”. Terbuka kecil mulut Naural terdengarkan jeritan laki tu. Dia siapa sebenarnya? 


6 comments:

Anonymous said...

Assalam,hai Kak =Dv
sambung lagi..sambung lagi... ea?ea?

misztyra9@ said...

@Anonymous
ea? ea? hehe

| feynaa | said...

waaa sambung cepat !!! :DD

Anonymous said...

best sgt2..luth dh mcm lelaki misteri plak..
kak,knpa la faiza tu nk ngorat luth..
naural pon satu,yg pgi skong faiza tu knpa???
luth tu kn dia punya a.k.a aku punya jgak..
hehehe...
sambung lg kak!!!!
xsbr ni!!!

-noorwieyl-

misztyra9@ said...

hehe..nor pun nak berebut Luth? :P

Anonymous said...

akak!!!Luth kite punye sorang..hihi..tetibe je...aik ape kes ni..faiza minat Luth?beraninye dia...huhu..ni mendatangkan kemarahan..ceh2..eh2 sape laki yg bertopi tu?mesti Luth kan?wah2..pandainye dia sembunyi disebalik topi..hihi
nasirah comel

Kehidupan seorang penulis © 2014