Pages

Monday 21 January 2013

Love Riddles 07

Monday 21 January 2013
. . .


“Hai semua”.

            Hari ni rajin pulak Faiza ni turun padang pukul 5 petang. Tu pun semata-mata nak jumpa Luth lah. Siap bawa bekal lagi. Tapi roti dengan tuna aje lah, kolej dia bukan ada dapur pun nak masak semua ni. Kalau ada pun, dia reti masak ke eh? Entah lah...

          Danny mendengus sebelum menapak pergi. Tinggalkan Luth dengan Amir dan Ejad. Faiza hanya memandang. Teruk sangat ke aku?

            “Kenapa dia tak suka saya?”

            “Entah lah”. Luth pun tak sampai hati nak cakap benda betul.

            “Ada air tak? Nak”.

            Faiza tersenyum pandang Ejad. Kan kena beramah dengan kawan-kawan Luth. Kalau tak jangan harap lah dia nak senyum-senyum ni semua. Untuk Luth aje boleh.

            “Thanks. Mana dapat roti dengan tuna ni?”

            “Beli tadi”. Dia pandang Luth. Luth tak nak jamah makanan yang dia bawa ni ke?

            “Luth awak tak nak ke? Rasa lah sikit”. Dihulurkan satu roti.

            “No thanks”.

             Amir dengan Ejad dah tergelak. Salah timing lah awak offer cik Faiza.

            “Luth tak suka makan lepas bersukan, awak kena tunggu lagi dua jam kut baru dia makan roti-roti ni”.

            “Ohh..” Sebab tu ke? Ingatkan tak sudi tadi. Dapat juga tahu satu lagi benda pasal Luth ni. Macam berguna juga rapat dengan kawan Luth ni.

            “Apa lagi yang Luth tak suka?”

         Masa Luth ada pulak tu dia bertanya. Tapi Luth tak dengar kut, sebab dia kalau baca memang tak sedar dunia sekeliling dia.

            “Ermm.. tak banyak lah yang saya tahu. Kalau nak tahu lebih kena tanya Danny sebab dia satu bilik dengan Luth. Yang saya tahu Luth ni tak suka makan makanan pedas lah. Perut dia tak tahan, kalau makan nanti mesti muntah. Lembikkan”.

             Tak patut betul kutuk Luth, dah lah boleh ketawa pulak tu. Kesian Luth.

            “Ohh.. lagi?”

            “Dia ni anak tunggal”.

            “Ohh..lagi? Lagi?” Makin bersemangat nak tahu lagi.

            “Dia suka warna hitam dengan biru, tak suka minum air sejuk. Bukan jenis kaki lepak, tapi memang suka sangat tengok bola”.

           Wahh..bertuahnya dapat laki macam ni. Kalau bab kaki suka bola tu tak ada hal lah, dia boleh terima.

            “Lagi?”

            “Dia dah ada girl yang dia minat”.

             Mata Faiza membulat. Hati terasa pilu tiba-tiba.

             “Dah lama dia minat girl tu. Cantik, comel, gila-gila...”

            “Dah-dah, tak payah nak mengarut lagi, kau pergi masuk main game tu dulu. Ada ke patut nak bagitahu semua pasal aku dekat Faiza ni”. Nasib baik dia sempat hentikan kata Amir ni, kalau tak semua pun mesti dia cerita.

            “Ye lah.. Takut sangat lah kau ni, semua pun dah tahu kut”.

            “Blah lah”. Sempat dibalik botol air kosong ke arah Amir. Tergelak-gelak dia orang.

            “Betul ke?”

            “Apa yang betul?”

            “Pasal girl tu. Awak ada minat sesiapa ke?”

          Luth mendengus. Ni si Amir punya pasal lah, kan dia ni dah banyak tanya sekarang. Tu yang dia malas nak kecoh.

            “Yup..memang ada”.

             Faiza tersentap! Bila dengar dari mulut Luth sendiri rasa berganda sakit.

            “Siapa dia tu? Saya kenal ke?”

            “Entah lah, mungkin ya, mungkin tak. Kenapa nak tahu dia siapa?” Ada curiga juga. Sebab tadi nampak jelas muka Faiza berubah. Cemburu? Rasanya mungkin betul.

            “Saja, nak kenal gadis pilihan awak. Nanti boleh saya berkenalan dengan dia?” Air mata yang nak mengalir ditahan. Sakitnya. Kenapa lah dia mengada sangat nak tackle Luth ni. Kan dah rasa sakit sekarang.

          Luth nampak. Luth perasan air mata yang bergenang tu. Semua dah terjawab sekarang. Memang betul rupanya Faiza ni sukakan dia. Tapi sorry hati dia dah terisi. Dia tak boleh terima.

            “Satu hari nanti. Satu hari nanti saya akan kenalkan dengan awak. Insyaallah”.

           “Bila?” Faiza tak sabar nak jumpa dengan gadis yang berjaya memikat hati Luth ni. Mesti dia cantik, lagi hebat. Sebab tu mungkin Luth pilih gadis tu. Aku ni bukannya ada apa pun, tak lah cantik, pandai tu tak. Siapa lah nak ambil aku jadi girlfriendkan?

            “Satu hari nanti. Mungkin masa tu pun awak dah ada boyfriend”. Luth tertawa.

            Terpandangkan ketawa Luth tu air mata Faiza mengalir. Kenapa aku tak boleh miliki hati laki ni? Dia bukan untuk aku ke?

            “Luth..masuk! Sampai bila kau nak duduk situ. Jom main lah”. Kuat Danny memanggil. Sakit hati tengok Faiza ni. Sengaja lah tu nak ambil peluang masa yang lain sibuk bersukan. Macam tak malu aje datang sini, dah lah satu padang ni penuh dengan laki aje.

            “Sorry lah awak, saya kena masuk main dulu. Awak balik lah, panas ni. Duduk sini pun bukan boleh buat apa-apa”.

            Faiza memandang larian kecil Luth memasuki padang. Dia perasan jelingan dari Danny. Kenapa laki ni tak suka dia? Aku ni ada aura jahat ke? Mungkin sebab tu pun Luth tak nak aku kan...

 ******

Naural mengaru kepala. Sekarang ni dia dalam kelas Mathematical Modelling. Subjek killer sem ni lah. Susah betul nak faham apa yang lecturer ni ajar, dari tadi gaya macam syok sendiri pun ada. Kalau didarab, tolak, bahagi kemudian dibundarkan rasanya dalam seminit tiga slide kut dia baca. Laju gila kan. Tak patut lah macam ni, mana lah student nak faham kalau ajar laju-laju. Lepas tu kalau salah buat tutorial, kita juga yang disalahkan. Kesian kut, dah lah bayar yuran mahal.

            Naural mendengus. Geramnya! Dia tengok budak-budak baris depan, tengah bercakap. Bising lah...

            “Shusshh...shusshh”.

            Terus diam. Magik kan? Tu lah kuasa perkataan ‘shussh..shussh’. Tiap kali guna mesti akan berjaya. Motif buat macam tu bukan nak suruh dia orang diam pun, just nak kacau aje.

          Barisan yang depan-depan semua poyo aje. Buat-buat faham lah tu. Tapi dia orang memang budak kira ajar bijak lah. Stok-stok untuk meniru tu, tu yang pentingnya kawan-kawan baris depan macam ni masa zaman universiti.

            “Wei! Kau kenapa ni?” Pelik juga dengan si Faiza ni. Dalam dua tiga hari ni diam aje. Bila dia tanya bukannya nak jawab. Ada masalah dengan laki nama...nama apa eh? Lupa lah..

          “Tak ada apa”. Tekun dia pandang depan. Tapi bukan baca slide atau dengar apa yang lecturer tu cakap, dia tengah fikir pada Luth dengan girl yang dia suka lagi. Siapa girl tu? Dia nak sangat jumpa. Gadis yang sama masa dekat Mid ke?

            Naural mencebik. Masa ada masalah datang cari aku. Ni kenapa pulak nak main simpan-simpan tiba-tiba. Geram pulak!

            “Ok. Apa-apa aje lah Iza”. Terus dia pandang depan. Kalau Faiza ni tak nak bagitahu dia pun malas lah nak desak. Hal dia, urusan dia kan. Biarkan dia selesaikan sendiri.

            Faiza hanya diam. Dia memang tak ada mood langsung nak cakap. Tapi dengan Naural aje lah. Sebab dengan orang lain dia ok aje, boleh aje bergelak tawa. Naural yang tengok pun terasa. Dah lah tiba-tiba ignored dia.

            Faizal ni dia salahkan Naural sebab desak dia dekati Luth dulu. Kalau Naural tak paksa mesti dia tak payah dengar kebenaran yang memilukan hati dia tu. Mesti dia tak akan kena perli dengan kawan-kawan Luth. Mesti lepas kejadian Mid Valley tu dia dah ok. Tapi ni, sekarang, dia jadi makin teruk. Rasa sakit sangat!

            Habis aje kelas, Faiza terus melangkah keluar. Langsung tak tunggu Naural. Naural hanya mampu pandang aje lah, dia dah berkali tanya pun jawapan dia..

            “Tak ada apa-apa lah”..

            “Aku ok aje..”

            Sampai dia malas dah nak bertanya. Membazir masa dan tenaga mulut dia aje. Laju tangan dia mengemas buku yang bersepah.

            “Naural, nak main bowling tak?”

          “Main bowling? Dekat mana?” Kejap aje Naural dah happy balik. Dia memang suka sangat main bowling. Dari dulu dia memang juara lah main benda tu. Tapi dah lama juga tak main ni, masih juara lagi ke?

            “Dekat Times Square. Nak tak?”

          “Times? Jauhnya. Tempat lain tak ada ke? Aku malas lah nak berhimpit dalam train tu nanti. Kau tahu lah keadaan dalam train jam sekarang ni macam mana kan”. Tadi sempat dia tengok jam kejap. Dah pukul 2 petang. Kejap aje rasa masa berlalu.

            “Tak payah naik train lah. Kita pergi naik kereta, ada yang drive. Nak ikut tak?”

            Mata Naural bersinar-sinar. Serius? Ada kereta? Bestnya..senang hidup. Tapi Faiza macam mana?

            “Faiza?”

             Lama Dila berfikir. Kalau masih ingat lagi, Dila ni jiran si Naural ni.

           “Ermmm..susah lah. Sebab sekarang ni termasuk kau dah enam orang. Aku ajak kau pun sebab tahu kau ni gila bowling. Faiza tak dapat join”. Teragak juga Dila nak cakap, sebab dia tahu Naural dengan Faiza ni agak rapat.

            “Ohh.. ya ke?”

            Lama dia ambil masa nak fikir. Kalau duduk dalam bilik pun bukan ada apa nak buat kan?
          “Aku nak join lah, aku pun tension duduk menghadap dinding, katil dengan meja dalam bilik aku tu”.

            “Yeah! Cukup orang dah. Aku pun tak pernah keluar dengan kau lagi kan sebelum ni kan. Ok, hari ni kita enjoy!”

            Naural tertawa. Comel tengok telatah Dila ni. Dia orang memang satu kelas, tapi Dila ni dulu nampak macam sombong tu yang dia tak berapa nak rapat dengan Dila. Tapi sejak hidup berjiran ni dia baru tahu rupanya Dila ni gila-gila macam dia juga. Best juga dapat luangkan masa dengan Dila dengan geng dia ni. Boleh tambah lagi kawan, ni pun sem last kan.

            “Jom Naural, solat dulu dekat atas then kita pergi Times. Kau pernah pergi sana tak sebelum ni?” Dila tarik tangan Naural, dah lah dia orang lalu sebelah Faiza yang tengah sibuk kononnya lah berborak dengan geng lain. Boleh kan Faiza tu buat macam tak kenal dia. Sampainya hati...

            30 minit lepas tu semua pun menuju ke kereta. Masa dah nak dekat tu baru Naural perasan rupanya Faiza dengan geng tu ada lagi dekat foyer ni. Tak tahu lah buat apa. Tapi nampak rancak sangat berborak. Tapi sama macam tadi, dia buat tak nampak Naural.

            Apa salah aku Iza? Kenapa aku layan aku macam ni? Kalau aku yang salah bagitahu lah, tapi tolong jangan diam, jangan jauhkan diri. Semua ni buat hati aku sakit. Air matanya yang mengalir dikesat. Dia tak nak Dila dengan yang lain perasan. Masuk aje kereta, laju kereta tu meluncur pergi. Meninggalkan kawasan foyer jauh di belakang.

            “Apa dah jadi antara kau dengan Iza tu Naural?”

            “Hah?” Dia orang nampak ke? Apa nampak sangat ke layanan dingin Faiza dekat dia. Tapi macam agak ketara sangat lah kan. Dah seorang ke timur seorang lagi tercicir di selatan.

            “Nampak sangat eh?” Kepala digarukan. Tak tahu nak cakap apa ni.

            “Nampak lah, bukan aku aje yang perasan tapi semua budak dalam ni pun sama”.

            “Betul lah Naural, kita orang memang nampak. Ye lah selalunya kau asyik berkepit dengan Iza tu aje, tapi dua tiga hari ni dah tak pulak. Balik dengan pergi pun dah asing-asingkan?” Diana mencelah.

              “Betul-betul”. Yang lain pulak menyibuk nak dapat nama.

            “Entah lah Diana, Dila dan lain-lain. Aku pun tak tahu apa dah jadi sebenarnya ni. Tiba-tiba aje dia buat perangai macam tu”.

            “Kau tak cuba tanya ke? Mana tahu ada yang dia tak puas hati ke?” Dengan baik hatinya Dila menasihat.

            “Aku dah cuba. Banyak kali dah, tapi dia tak nak bagitahu pun. Dia macam nak jauhkan diri dari aku pun ada. Entah lah Dila, pening lah fikir semua ni. Sakit kepala aku. Sebab tu aku ikut kau keluar ni, mana tahu boleh lupakan masalah ni terus nanti”.

            “Kesian kau kan. Tak apa-tak apa. Enjoy aje main bowling dengan kita orang hari ni. Gerenti, dijamin, kau mesti happy punya lah, sampai nak tambah main lagi nanti”. Yakin betul si Dila ni. Macam mana lah dia tahu kan, bukan dia tak pernah keluar dengan Naural ke sebelum ni?

            “Harap-harap lah. Aku pun memang dah lama kut tak main bowling ni. Dah hampir dua tahun juga. Rezeki aku lah kiranya hari ni kan”. Bestnya. Tak sabar dah.

            “Serius dua tahun tak main?”

         “Ye lah. Aku kan dah cakap tadi yang aku malas nak berasak dalam train tu. Panas kut, dengan bermacam orang ada dalam tu. Sakit mata aku tengok”.

            “Poyo lah kau ni, nak main ajak lah aku. Tu lah sombong dengan aku lagi dulu. Kalau tak mesti tiap minggu kau boleh join kita orang pergi main”.

          “Tiap minggu?” Terkejut dia dengar kenyatan Dila tu. Tak percaya lah, bukan tak tapi susah nak percaya lagi tepat rasanya.

          “Ye lah, bowling ni yang boleh kurangkan tekanan kita orang. Sebab tu dah jadikan macam satu hobi”.

            “Bestnya...”

            “Memang lah best, lain kali kau join kita orang ok. Kita orang pun tak kisah kalau kau ikut sekali. Lagi ramai lagi best kan, dapat luang masa sama-sama sebelum semua pun makin jauh. Ni pun dah last sem kita. Lepas ni dah memang susah nak jumpa”.

            “Haahkan.. Last sem..”. Tapi Faiza nak jauhkan diri dari aku pulak. Sedihnya.... Nasib baik ada Dila and the geng ni. Tak lah rasa sunyi sangat dia nanti.

1 comment:

Anonymous said...

alahhh...x yah nk kawan ngan iza tu la naural...
meluat aku tgk si faiza tu...geram...
mmg pdn muka luth xnk ngan die tu..
hahaha....
kak tyra,as usual...good job!!!!!
hehe...nk lagi???...(wat muka kesian)

-noorwieyl a.k.a noor-

Kehidupan seorang penulis © 2014