. . .
“Wei, turn kau
pulak”. Jeritan tu memang mampu mengejutkan dua insan yang saling memandang
dari tadi. Dua-dua terkejut. Malu kut kena tangkap pandang anak orang macam tu.
“Hah? Kejap-kejap”. Laju aje dia turun
bermain.
Naural
pulak ditinggalkan, menghadap senyuman nakal kawan-kawan laki tu. Makin tebal
dah terasa muka dia ni. Panas!
“Strike! Hebat lah kau. Boleh menang
kalau selalu macam ni”. Bahu laki tu ditepuk. Kalau gaya dia main macam tu,
memang ada can dia orang menang lah
kali ni.
Naural
tersenyum. Thumbs up ditunjuk. Memang
hebat lah laki ni. Rasa kecil pulak, tapi memang dia kecil pun kan.
“Thanks. Awak punya turn pulak”.
Naural
pilih bola. Nak ambil yang ringan macam tak best
aje, nak ambil yang berat sikit lah.
Lepas
dah pilih dia mula melangkah tapi entah macam mana disebabkan bola yang agak
berat tu buat Naural hampir nak jatuh. Bukan hampir lah, tapi memang dah jatuh
pun. Teka jatuh dekat mana? Jeng..jeng..jeng..
Atas
riba lelaki tu. Dua-dua terkejut, tapi laki tu kemudian dia ukir senyuman bukan
main lebar lagi. Suka lah tu, ni baru betul dengan perumpamaan bagai bulan
jatuh ke riba kan.
Naural
pulak dia tutup mata, muka dia memang dah panas. Dia tahu dia jatuh tapi dia
tak sedar jatuh atas riba laki bertopi tu. Dia takut nak buka mata sebab
sekarang ni mesti semua dah pandang dia. Memang betul pun, tapi just group dia aje lah. Yang lain tak
perasan.
Lepas
dah berminit-minit tunggu tapi tak ada wakil yang nak main dekat depan, seorang
ni pun volunteer lah masuk. Dia tahu
yang masing-masing Naural dengan kawan dia tu mesti tak sedar dengan dunia
sekeliling dah sekarang ni.
Naural
buka mata lepas akal dia dah boleh berfikir dengan normal, dia pelik juga
sebenarnya sebab tak sakit pun. Tempat yang dia duduk ni lembut tak pun keras
macam lantai batu ni. Buka aje mata mulut dia melopong. Aku duduk atas riba
dia? Malunya!
“Sorry-sorry. Saya tak sengaja. Sorry awak”. Cepat-cepat dia nak bangun.
Segan dah kut. Dua pasang mata lain tu dari tadi tersengih-sengih tengok. Apa
yang nak disengihkan pun tak tahu.
“Tak
apa. Bukan selalu dapat peluang macam ni pun”. Perlahan aje, memang niat nak
bagi Naural aje yang dengar.
Muka
Naural makin merah lah jadinya. Peluang? Bunyi macam gatal aje laki ni.
“Gatal
lah awak ni”. Dia mendengus. Mula menapak nak cari tempat duduk jauh sikit.
Tapi baru setapak dia melangkah, tangan dia dah terasa ditarik. Dia berpusing,
melihat.
“Saya
tak gatal lah, kalau gatal pun dengan awak aje. Tak payah nak duduk jauh-jauh,
duduk sebelah saya aje”. Ditarik kuat lagi tangan Naural, paksa Naural duduk
juga sebelah dia.
“Kenapa
pulak? Tak nak lah”. Naural cuba bangun lagi. Tapi tak berjaya sebab kali ni
bahu dia dipegang kuat, halang dia bangun.
“Jangan
berani bangun. Awak mana boleh duduk jauh dari saya sayang”.
Sayang? Dia
panggil aku sayang? Ke aku yang salah dengar ni? Pelik juga kan.
“Awak
panggil saya sayang?”
“Hah? Mana ada. Awak salah dengar tu”.
Seboleh-boleh dia nak denykan.
Aik? Memang betul lah kut, kalau tuan
punya badan pun dah cakap tak. Tak kan aku nak perasan pulak.
“Dah,
kejap. Turn saya pulak main tu”.
Naural
hanya pandang. Betul ke tak tadi? Rasa macam ada dengar lah..
******
“Awak tak reti main ke?”
“Bukan
tak reti, tapi dah lama tak main aje. Sebab tu satu pin pun tak jatuh.
Sedihnya”. Sedih kut tadi, bila dah sampai turn
dia lagi sekali, pin satu pun tak jatuh. Masuk longkang. Malunya dengan group ni. Mesti dia orang benggangkan?
“Tak apa
lah, awak dah lama tak main aje. Bukannya tak pernah mainkan”.
“Tapi still sedih, sorry kalau saya punca group
ni kalah nanti. Saya nak minta maaf awal-awal lah”.
“Tak ada
apa lah”. Kepala gadis tu diusap.
Walaupun
Naural tak nampak tapi dia tahu yang laki tu mungkin tersenyum disebalik topi
dia tu. Hati yang sedih tadi pun bertukar jadi berbunga-bunga.
“Jom..”.
Tangan Naural ditarik. Kerutan di raut Naural dibiarkan dulu.
“Nak
pergi mana ni? Kawan saya ada dekat sana, kalau saya pergi nanti mesti dia orang
susah nak jumpa saya”. Naural menoleh ke belakang. Nak tengok Dila lah, tapi
tak ada satu pun yang perasan. Semua tengah sibuk bermain.
“Tak
pergi mana pun lah, kita nak ambil tempat yang kosong ni aje. Tempat ni pun
tersorok sikit. Tak ada lah yang nak ganggu kita nanti”.
Tersorok?
Tak ada yang nak ganggu? Apa dia nak buat dekat aku ni? Muka Naural berubah
jadi pucat.
Laki tu
tertawa. Comelnya awak...
“Saya
tak apa-apakan awak ok. Just nak ajar
awak main aje. Dah tak payah nak fikir bukan-bukan lagi”.
Naural
yang dengar dah tarik nafas lega. Nasib baik, kalau dia nak apa-apa kan aku
tadi memang dah kena tendangan warisan keluarga aku ni.
“Ok jom.
Mula-mula awak pilih bola dulu”.
Naural
mendekati tempat bola-bola banyak tu. Macam-macam warna ada, dia angkat
satu-satu. Nak rasa berat dia, lepas dah puas hati satu bola warna biru
dicapai.
“Dah
pilih. Dah boleh main?”
Laki tu
pandang bola pilihan Naural. Macam tak kena aje. Dia merapati Naural, tapi
Naural pulak mengundur. Apa dia nak buat ni? Mencurigakan lah.
“Naural
dah stop. Saya nak tengok bola yang
awak pilih tu aje ok”. Naural berhenti. Bola ditangannya diberi pada laki tu.
Bola ditimbang-timbang. Kenapa lah bola ni yang dia pilih. Adoi! Naural..Naural..
“Kenapa
pilih bola ni?”
“Sebab
warna biru satu lagi sebab dia berat, senang nak jatuhkan semua pin tu nanti”.
“Kalau
senang kenapa tadi tak ada satu pun yang jatuh?” Ohh...sentap! Naural dah menunduk. Salah ke fakta tu?
“Bola ni
berat sangat, biasanya untuk laki aje. Awak yang perempuan, badan kecil macam
ni ambil aje yang ringan sikit. Tak payah nak sakitkan tangan pegang
berat-berat ni”. Naural hanya mendengar. Takut nak mencelah.
“Dah
pergi cari yang lain. Yang ni bagi saya aje”.
Naural
mencebik, malasnya dia ni nak ambil bola sendiri.
“Ok
sini, tunjuk cara awak selalu main. Saya nak tengok dulu cara awak, lepas tu
baru saya ajar”. Dia bagi laluan kepada Naural. Nak tengok skill yang Naural ada dulu. Senang dia nak tengok kesalahan Naural
nanti.
Naural
bersemangat tunjuk cara dia. Dibaling bola bowling
tu, pergerakan kaki dan tangan dia berubah seiring dengan balingan tadi. Laki
tu hanya memerhati dari sudut tepi. Tajam dia memerhati.
Tapi tu
lah, pergerakan tangan dengan kaki tu dah cantik tapi kenapa still masuk longkang?
“Apa dah
jadi ni? Kenapa masuk longkang lagi?” Naural dah macam nak nangis. Sedihnya!
“Dah-dah,
jangan nangis. Saya tunjuk, sini”. Tubuh Naural ditarik mendekatinya. Dia
berdiri di belakang tubuh Naural, nak mengajar.
“Pegang
bola ni macam ni. Kalau salah pegang pun boleh buat tangan awak sakit lepas
baling nanti”. Jari Naural disentuh, ditunjukkannya cara yang betul. Terasa
lembut pegangan dia.
“Kemudian,
badan ni. Awak salah dekat sini lah tadi”. Dia tunjukkan cara yang betul. Bahu
Naural pulak disentuh.
Naural
dah sesak nafas. Dekatnya aku dengan dia ni? Dah nampak macam tengah berpeluk.
Tapi tak lah juga, kalau orang lain yang tengok maybe buat andaian yang dia orang tengah berpeluk lah kut. Dekat
sangat sampai boleh bau wangian dia lagi. Wanginya! Naural tutup mata, nak
menghayati lah kononnya. Semua yang laki tu ajar memang tak masuk dalam kepala
dia. Dia tak dengar pun.
“Awak
faham tak?”
“Hah?” Baru Naural ni tersedar. Apa dia
cakap tadi?
“Awak
faham apa yang saya ajar tadi tak?”
“Hah..ermm... dengar lah kut”. Dia
tersengih, tak sedar pun laki tu dah diri depan dia sekarang ni. Malunya! Mesti
dia nampak aku tengah berangan tadi ni.
“Betul
ni dengar?”
“Betul-betul”.
“Kalau
macam tu, main. Saya nak tengok, tapi guna cara yang saya ajar tadi. Bukan cara
awak ok”.
Naural tercengang. Apa cara dia? Aku tahu setakat macam mana nak pegang tu aje lah. Yang lain tu memang tak dengar pun.
Naural tercengang. Apa cara dia? Aku tahu setakat macam mana nak pegang tu aje lah. Yang lain tu memang tak dengar pun.
Naural
diri tegak juga, bola dipegang guna cara yang dah diajar tadi. Masa dia dah nak
mula baling tu, dah dihalang oleh laki tu.
“Salah
lah awak, bukan macam tu. Kan tadi saya dah kata jangan guna cara awak. Guna
cara yang saya ajar”.
Tangan
Nuaral kembali disentuh, kali ni degupan jantung dia yang kuat dibiarkan dulu.
Kena dengar apa yang cikgu bowling ni
nak ajar. Tak kan kali kedua pun nak berangan kan?
Kali ni
tangan Naural dibantu oleh tangan laki tu. Bola sama-sama dibaling. Kalau
perasan tadi memang gerakan tangan dan kaki dia orang ni sama. Macam dah pro kut. Pin-pin depan ditengok.
Mulut
Naural berbuka. Serius? Semua jatuh.
“Yeah! Semua jatuh. Semua jatuh!” Dia
melompat-lompat. Sukanya. First time
kut, selalunya mesti beberapa kali percubaan juga lah baru semua tu nak jatuh.
Ni sekali aje? Hebatnya aku. Ok..cop..cop..bukan
aku. Tapi cikgu bowling ni. Hebatnya
dia!
“See..kan boleh jatuh semua. Good girl”. Kepala Naural diusap.
Naural
hanya senyum. Sukanya dapat jatuhkan pin-pin tu. Bukan main lebar senyuman
Naural.
Tangan
laki tu berhenti mengusap. Terpaku kejap tengok senyuman Naural ni. Manisnya,
cantik Naural senyum macam ni.
“Ok.
Sekarang saya nak tuntut upah saya pulak”.
“Hah? Ada upah ke?” Naural dah rasa nak
menangis ni. Dia mana ada duit nak bayar.
“Mesti
lah ada. Saya tak ajar orang free ok.
Semuanya kena ada upah”.
“Tapi
bukan saya yang minta pun tadi. Awak yang offer
diri, baik hati sangat nak ajar saya kan”. Mulut Naural memuncung. Geram. Tak
puas hati.
“Ohh, tadi tu. Saya geram tengok game yang senang ni pun awak tak lepas.
Sebab tu dari berterusan sakit mata tengok baik saya ajar”.
Mulut
Naural terbuka lagi. Terkejut. Sentap! Ada ke patut? Ada juga orang macam ni
kan. Apa yang sakit mata? Dah tutup muka dengan topi tu pun nampak lagi ke? Dia
pun tak faham lah macam mana laki ni boleh nampak? Tak jatuh pun masa jalan.
“Ok lah,
apa upah awak? Berapa?” Dompet dikeluarkan. Tunggu dia cakap harga aje ni.
“Saya
tak nak semua ni, simpan dompet awak”. Dompet Naural diambil. Dimasukkan balik
dalam beg gadis tu.
“Habis
tu kalau bukan duit awak nak apa?”
“Tolong
jangan senyum macam tadi dengan orang lain. Saya tak suka, saya tak boleh
terima. Tu aje”. Lepas cakap dia berlalu. Nak sambung balik main.
Naural
terdiam? Tu upah dia? Tapi kalau dia tak boleh senyum, then nak buat apa? Susah juga ni...
******
Naural tersenyum sendiri. Dia dah jatuh cinta ke? Kenapa
dari tadi dengupan jantung dia ni dah lain. Semalam pun dia terasa berat hati
nak balik. Ye lah dia kena balik dengan Dila and the geng kan.
Ok-ok
lupa nak bagitahu yang, group yang
dia join tu menang. Dia pun ada
sumbang juga lah. Tu pun boleh buat lepas kena diajar tadi. Tiap kali dia strike mesti tangan laki tu ditepuk.
Masa mula-mula Naural pelik juga kenapa, laki tu tunjuk telapak tangan dia, dah
lama sikit baru dia faham. Nak high five
rupanya.
Beberapa
pusingan terakhir tu memang penuh gelak tawa dari group dia orang lah. Naural pun dah boleh join sekaki nak bergurau. Sporting
sangat dia orang semua ni, laki bertopi tu lagi lah. Ada aje yang nak diusik si
Naural ni.
Tapi
kalau ingat lagi upah yang dia kenakan tu memang kejam lah. Tak boleh senyum!
Tapi tadi dia ada tambah lagi.
“Tak
boleh senyum untuk laki lain. Dekat saya aje boleh”.
Tu lagi
kejam kan? Senyuman tu kan sedekah, senang aje nak dapat pahala. Tapi laki tu
pulak pergi halang, tak apa lah lain kali depan dia aku senyum aje. Sampai cramp muka ni pun tak apa. Tebus balik
sedekah tu. Tapi boleh ke? Tu macam dah serupa gatal pulak.
Dadanya
dipegang. Sekarang ni dia tengah berbaring sambil dengar lagu. Jantung apa dah
jadi ni? Kenapa dah mula mainkan irama lain?
Sedang
dia tersenyum-senyum sendiri atas katil, sambil dengar love song. Yang memang cute-cute,
sweet-sweet lirik dia tu...
Tuk..tuk..tuk..
Bunyi
ketukan yang kuat mematikan semua perasan
sweet dan cute tadi. Adoi! Siapa lah pulak yang mengacau aku
ni. Malas dan lemah aje langkah yang diatur mendekati pintu. Bila terbuka aje,
reaksi Naural?
“Haahhh?” Muka terkejut..
5 comments:
:)
1 . "Naural buka mata lepas akal dia dah boleh berfikir dengan normal,..."
i suka ayat ni
2. "Walaupun Naural tak nampak tapi dia tahu yang laki tu mungkin tersenyum disebalik topi dia tu. Hati yang sedih tadi pun bertukar jadi berbunga-bunga."
ooo... cinta dah berputik ya... hihihi
3. Nak lagiii, nak lagi... :)
^_^
:P
PS: TEN Pin Bowling Tips for Beginners
http://www.youtube.com/watch?v=pCFt_aH93dA
akak!!!!!!sweet gilerrr...sampai nangis kite bace part ni..really2 sweet...alamak kite dh terjatuh hati kat lelaki bertopi tu la..hihi..camne ni??tapi hati kite kate lelaki bertopi tu Luth..ceh2..confiden lak kite...haaaaaaaaaa...kite xley stop senyum la akak...hhhihihii..im falling love akak...
-nasira comel-
SEPULUH : tq utk tips tu..sy pn xtahu sebenarnya..hehe..main bantai aje tulis...
nasira : sampai menangis. xpa nanti ada satu bab ni mmg lg blh menangis..hehe (kejam kan)
kak!!!!sweet nye.....
saya pon nak jugak bljr main boling dgn lelaki bertopi tu...
sy tau,lelaki tu luth saya...
nasira,jgn jeles ok..hihi...
nak lagi kak!!!!
-noorwieyl a.k.a noor-
kak noorwieyl!!!tu Luth kite la..pleas stay away from my Luth...hihi..owh akak nk rebut ngan kite ye?heheh..mane boley!!laki bertopi tu pon kite punye gak..peace2!!hihi
-nasira comel-
Post a Comment