Pages

Tuesday 8 January 2013

Pelindung Cinta 13

Tuesday 8 January 2013
. . .

Raed tersenyum, semua telatah Radwa kini sangat membuatkan dirinya bahagia. Hampir memadamkan segala perbuatan gadis itu pada dirinya dulu. Hampir tak terasa sakit lagi dengan perbuatan lama Radwa. Hatinya pun dah mula menerima kehadiran Radwa semula. Memang setiap saat kalau Radwa tak kerja dia akan datang menemaninya. Temani ke? Sebab mereka akan just duduk diam buat kerja masing-masing.

            Tak gaduh. Tapi entah rasa macam janggal nak bercakap mungkin dari pihak Radwa. Tapi Raed macam biasa lah, dia nak uji gadis tu. Sebab tu dia hanya mendiamkan diri. Nak tengok usaha Radwa dekatinya. Dah lama juga gadis itu tak mula langkah apa-apa sejak malu kes love notes tu. Ada rasa menyesal pulak cakap macam tu dulu, kalau tak mesti dia dengan Radwa dah berbaik sekarang ni.

            Petang tu, Radwa tak datang. Dia cakap ada hal sebab tu lambat datang. Ermm.. Raed punya reaksi macam biasa lah. Diam!

            Tadi ada juga seorang doktor perempuan ajak dia pergi sambutan hari jadi patient kanak-kanak dekat sini. Disebabkan bosan, dia melangkah pergi juga lah. Mana tahu dapat jumpa nurse cun nanti. Hah? Ada hati nak curangkan Raed ni. Apa lah!

  Sempat lagi fikirannya melayang semasa melangkah ke sana. Lagi dua hari aje dia dekat sini. Lepas tu Radwa pun dah susah nak jumpa. Selama ni Radwa yang banyak menjaganya. Walaupun dia tunjuk marah, tunjuk protes dekat gadis tu mula-mula tapi sejak kes Radwa pikat dia, dia dah terima segala yang Radwa buat. Mungkin dia ni jenis yang tak lah keras mana pun hati. Sebab baru sikit aje Radwa mula langkah, dia dah cair. Kata-kata Zareen dulu pun agak menakutkan dia juga.

 Terdengarkan seperti ada kemeriahan, kakinya melangkah ke arah tu. Dilihatnya ruangan besar tu dah dipenuhi dengan nurse dan kanak-kanak. Dia hanya berdiri diluar. Tak ada mood untuk masuk. Terdengar tiba-tiba nama Radwa disebut. Radwa aku ke? Dia meninjau dari luar. Dijongketkan kaki, tak nampak pulak.

           Raed masuk ke ruang tu. Berdiri di celah-celah orang ramai. Nasib baik ada juga patients lain yang menyibuk dekat situ, tak lah nampak obvious sangat dia berdiri dekat situ. Radwa! Ada dekat sini rupanya. Patut lah. Kenapa lah tak cakap tadi nak pergi sini. Bukan nak ajak dia sekali. Kecil hati! Tapi...kalau Radwa ajak Raed nak ikut ke?

            Dia nampak Radwa mencapai gitar. Mungkin nak menyanyi. Memang dia dah tahu dari dulu yang gadis ni mempunyai suara yang lunak. Penyanyi sekolah katakan. Mana pernah missed mana-mana pertandingan.

            Tapi kenapa pulak Radwa nampak takut. Selalunya dia yang paling excited kalau dapat chance nak nyanyi. Mungkin dah lama tak nyanyi kut. Andai Raed.

            Suara merdu kedengaran. Dihayatinya lirik itu. Dia tersenyum. Dia ada terdengar gadis yang berdiri sebelah Radwa tadi menyatakan lagu tu untuk lelaki yang Radwa sedang ehem..ehem.. Ehem-ehem tu equal to pikat ke? Kalau macam tu, laki tu dia lah kan.

            Tapi...Radwa betul-betul maksudkan lirik lagu tu ke? Dia terasa sebak. Mungkin betul ada sebab kenapa gaadis tu tinggalkan dia dulu. Rasa bersalah tiba-tiba. Habis aje lagu kakinya terus melangkah pergi. Tak sanggup lagi berdiri lama dekat situ.

 *******************

Radwa masuk lambat bilik Raed hari ni. Dia leka berborak dengan Azlin tentang rancangan mereka yang seterusnya. Tadi dia orang nampak Raed melangkah pergi dengan wajah masam. Tanda-tanda macam rancangan nak gagal lagi. So, this time dia akan prepare betul-betul. Nak sediakan diri sebelum Raed memalukan dia lagi. Pintu bilik Raed dikuak.

            “Raed, sorry lambat saya pergi birthday party patient sini tadi”. Sengaja bagitahu balik.

            “Urmm...Ok”.

        Radwa mengetap bibir. Raed nampak lain malam ni. Sebelum ni dia cool aje layan handphone, sampai dirinya pun tak dilayan. Tapi hari ni lelaki itu seakan gelisah duduk di katil. Macam ada masalah.

           Raed mendiamkan diri. Dia tak tahu macam mana nak mulakan kata. Malam ini dia memang nak berbicara kisah lama mereka. Tapi tak tahu macam mana. Dia dah lama tak jumpa sisi Raed yang bercinta dengan Radwa dulu. Terasa janggal.

             “Radwa”.

             Radwa memandang Raed. Rasanya tadi dia terdengar ada yang memanggil namanya. Raed ke yang panggil?

            “Awak panggil saya ke Raed?”

         “Ermm. Ada something nak discuss. Boleh ke?” Raed sudah bersedia nak mengungkap kembali cerita lama.

            Radwa menghampiri katil Raed. Kerusi di sebelah katil diambil.

            “Bincang pasal apa?”

           “Kenapa awak tinggalkan saya dulu?” Soalnya ingin tahu. Dah lama dia ingin mendapatkan kebenaran. Tadi dia dapat merasakan gadis itu ikhlas cintakannya. Sebab itu dirasakan mereka perlu berbincang. Nak memulakan segalanya semula tanpa rahsia dan sakit hati.

            “Saya..saya ada masalah tak dapat dielakkan dulu”. Radwa tergagap. Alasan dicarinya tanpa berfikir.

              “Saya tunggu awak tiga tahun Radwa. Sakit penantian tu. Tapi satu call, mesej or email pun saya tak dapat dari awak. Sampai saya putus asa. Hilang semangat nak hidup. Tapi sekarang awak muncul balik, kenapa?” Raed tak dapat menahan diri. Semua ditanya bertalu-talu. Air matanya mengalir. Sedih mengenang kembali kisah lama dia.

         Tangan lelaki itu digenggam Radwa. Dia tak suka melihat air mata lelaki itu. Pantas tangannya mengesatnya. Raed hanya diam, membiarkan.

             “Raed, saya tak boleh bagitahu kenapa saya tinggalkan awak dulu. Tapi semua yang saya buat sekarang sebab saya cintakan awak. Cinta yang saya nak dapatkan balik dari awak. Saya nak Raed yang dulu. Maafkan saya kalau semua ni semakin buat awak terluka dan maafkan saya sebab saya awak accident”. Radwa memandang lelaki itu. Lama. Bergenang air matanya.

             Raed hanya mendengar. Matanya tak lepas dari memandang mata Radwa. Ingin mencari kejujuran di situ. Nampak terpancar rasa cinta yang mendalam. Tapi untuk dia ke? Dah lama dia nantikan saat ni, dia dan Radwa bersatu kembali. Tapi kisah dulu macam mana? Boleh ke dia teruskan hubungan ni kalau kebenaran belum terungkai lagi?

  “Awak janji tak akan tinggalkan saya lagi?” Raed nak dapatkan kepastian. Tak nak terluka lagi.

             “Ya”. Radwa pasti.

             “Tak akan buat hati saya terluka lagi?”

             “Ya”.

             “Tak akan mungkiri apa-apa janji lagi?”

             “Ya..tak akan”. Tangan dah diangkat, macam nak berikrar.

             “Kita teruskan janji kita dulu?”

             “Ya”. Radwa mengganguk.

             “Betul ni?” Raed gembira. Matanya bersinar-sinar.

               Radwa dah berkerut. Berfikir.

              “Janji apa?” Tanya Radwa blur.  Ada apa-apa ke dia pernah janji kan dulu?

              Raed diam aje. Mukanya dah masam.

           “Opss.. Sorry-sorry.” Raed menekup mulutnya. Tak sengaja. Dia terlupa janji tu. Janji yang bukan dibuat olehnya.

               “Ermm, yang tu tak boleh lagi”.

            “Kenapa pulak? Tadi awak cakap awak sayang saya”. Raed merajuk. Tak suka Radwa bermain tarik tali dengan dia.

            “Dah dua kali saya tackle awak, satu yang love notes, second lagu tadi. Saya tahu awak dengarkan. Saya nampak tadi. So, awak pun kena buat juga lah macam tu untuk tuntut janji tu balik. Kalau saya cair nanti, mungkin boleh kut”. Radwa sengaja nak balas dendam. Penat nak pujuk Raed dulu, kena lah balas balik. Nak terasa lelaki tu pulak yang pujuk dirinya.

            “Aik, bukan saya ke yang patut merajuk sekarang?”

            Radwa mencebik.

          “Bukan awak dah cair ke? Kalau tak awak tak tanya soalan tadi kan”. Radwa tersenyum. Dia tahu lelaki itu sengaja mengenakannya. Panggilan dirinya sudah berubah. Tak lagi guna ‘aku’, ‘kau’.

          “Mana ada. Belum lagi lah. Awak ni memang tak romantik lah Radwa. Love notes tu aje mana cukup”. Raed menggeleng kepala bila terlihat gadis itu ingin membangkang katanya.

            “Ye la, saya pergi jumpa kawan saya dulu lah. Nak tanya next step apa nak buat lepas ni”. Radwa mengeluh. Melangkah pergi. Ingatkan dah settle tadi. Rungut hatinya. Tapi bukan dia dah fikir awal-awal dengan Azlin tadi ke? Mesti Radwa ni dah lupa.

             Tangan Radwa dipegang. Menghalang gadis itu pergi.

          “Tadi dah janji tak nak tinggalkan saya lagi kan”. Muka Raed sengaja dicomelkan meraih simpati.
           
 *************************

“Sayangg. Kan dah janji nak teman saya hari ni”. Tak puas hati Radwa nak melangkah keluar.

            “Saya kena kerja lah Raed. Ada hal kecemasan. Mana boleh biarkan”. Pujuk Radwa. Sedih tengok Raed macam tu. Tapi kerjanya pun penting. Dilema!

            “Ye la, orang lain lagi penting dari saya kan. Awak pergi aje lah”. Hai lah. Dah merajuk tahap teruk ni. Mengada betul Raed.

              “Sekejap aje lah sayang. Nanti saya datang balik”. Kepala lelaki itu diusap lembut.

               Raed tersenyum meleret. Nakal dipandangan Radwa.

            “Bestnya dengar sayang panggil saya sayang. Ok-ok sayang boleh pergi tapi dah habis terus datang sini. Kalau lambat saya merajuk”. Manja. Sengaja nak bermanja dengan Radwa.

           “Ye. Kejap aje ni kalau tak ada apa yang serius. Awak baca dulu majalah itu semua. Nanti pejam cilik saya dah ada balik depan awak”. Malam semalam Radwa ada belikan beberapa majalah yang dirasakan Raed boleh menghadap. Tak nak lelaki itu bosan.

          “Majalah tu mana sama dengan sayang. Bukan boleh baca pun, teringat kat sayang aje nanti. Sayang tak payah pergi lah”. Mengadu Raed. Lepas mereka berbaik semalam. Raed kelihatan sangat manja dengan Radwa. Nak melepaskan rindu mengadanya.

            “Kejap aje. Promise tak lama. Kalau tak awak boleh denda saya”.

             Denda? Raed suka dengan tawaran Radwa tu. Menarik.

            “Ok”. Ujarnya sepatah bersetuju. Radwa terus melangkah.

            “Eh, kejaplah”. Tangan Gadis itu dipegang. Tak mahu lepas.

            “Raed. Saya dah lambat ni”.

            Raed tetap menggeleng. Tak nak lepaskan lagi Radwa ni pergi. Beratnya hati, dah lah dia orang baru baik. Tak puas lagi tengok muka Radwa. Mana cukup satu hari nak ganti tiga tahun.

            “Panggil saya sayang lagi sekali, baru saya lepaskan”.

            “Sa..”. Kata-katanya dipotong.

         “Ehem..ehem..”. Azlin dah tersenyum melihat tangan Radwa digenggaman Raed. Dah berbaik ke dia orang ni? Tadi dia main masuk aje bilik Raed. Ketuk pun tak. Macam tu bilik kawan dia pulak kan.

            “Eh Azlin. Kejap, aku baru nak pergi ni”. Dia tersenyum malu. Segan dengan kawannya. Pegangan tangan cuba dirungkaikan.

            “Tak apa. Take your time. You ni Raed kan, laki yang Radwa su...”. Mulut Azlin pantas ditutup Radwa. Segan.

          “Radwa su apa?” Soalnya kembali. Tapi macam dah tahu aje sambungan ayat itu. Senyuman dileretkan. Wajah Radwa dah makin panas.

          “Raed. Lepaskan”. Tegurnya tegas, tapi masih kedengaran lembut di telinga Raed. Memohon lelaki itu melepaskan tangannya. Dari tadi Azlin dah tersenyum nakal.

             “Ya la. Kedekut!” Raed mencebik. Kemudian ketawa. Kelakar tengok Radwa kalut macam tu. Malu lah tu dengan kawan dia.

              “Radwa memang kedekut pun. Nanti I sambung cerita lagi semua pasal Radwa ni. Bye”. Gelak Azlin.

            “Dah! Jom. Cepat, nanti kena marah pulak”. Tangan Azlin ditarik. Dah cukup malu tadi. Tak nak bagi peluang Azlin dengan Raed kenakan dia lagi.

             Masih kedengaran tawa laki itu dari luar. Suka lah datang kenakan diri dia, Azlin pun sama. Siap nanti!

            “Kau dah ok dengan Raed ke?” Tanya Azlin. Nak marah pun ada ni. Kenapa lah Radwa tak inform pada dia semua ni, penat dia excited nak fikir idea baru untuk Radwa tadi. Keluh Azlin.

             “Baru aje malam tadi. Dia cair kut dengan lagu aku”. Radwa ketawa. Bangga berjaya buat Raed cair juga akhirnya. Mission totally completed!

             “Wei, agak-agak lah. Kalau nak harapkan kau. Sampai tahun depan pun Raed tu keras hati lagi kut. Ni semua ihsan idea superb aku ni”. Dia ketawa kuat. Banyak mata menoleh melihat. Takut mungkin dengan ketawa tu. Rawda malu juga lah. Tapi biarkan aje, sebab kawan punya pasal.

            “Kau kutuk aku lah tu kan. Aku malu lah. Anyway, thanks tolong aku selama ni. Kalau tak ada kau, betul kut yang sampai tahun depan pun benda ni tak settle. Thanks Lin”. Badan kawannya dipeluk. Terharu ada kawan macam dia.

            “No probs. Ada apa-apa masalah lagi, cinta ke, apa ke, jangan lupa rujuk aku. Aku ni tetap Love Sifu kau ok”. Matanya dikenyitkan. Sayang sangat nak lepaskan jawatan dia tu. Apa-apa aje lah Lin, asalkan kau bahagia.

*****************************

“As’salam bro. Sorry lambat datang melawat kau, ni pun aku baru sampai. Terus datang sini”. Ujar Syed Rayyan.

             Salam dijawab Raed. Buah pemberian Syed Rayyan diletak dimeja tepi.

            “Kau macam mana, dah sembuh tak?”

            “Ok lah. Macam ni lah keadaan aku. Projek dekat sana dah settle ke?” Raed nak juga ikuti perkembangan projek syarikat. Sepatutnya dia dengan Syed Rayyan yang kena follow-up kerja tu, tapi disebabkan dia accident kerjanya diserahkan kepada pegawai lain.

            “Kau rehat aje lah Raed. Kerja tu nanti aku settle kan dengan Zayne. Tapi so far ok lah tak ada masalah”. Masih juga memberitahu perkembangan projek. Kenal dengan perangai Raed yang agak serius berkerja. Sakit-sakit pun nak ambil tahu hal kerja.

             “Sorry lah, dah satu kerja kau kena cari orang ganti aku pergi meeting tu kan. Last minute pulak tu”.

           “Tak ada apa lah, kecil aje tu. Nanti kau dah sembuh aku lambakkan semua kerja aku dekat kau”.

   Dia tertawa tengok riak tak puas hati Raed.

             “Bila kau boleh keluar ni? Berapa hari dapat rehat?”

            “Esok aku keluar, rehat dekat sini dah cukup. Tapi macam tak nak aje bro. Berat hati pula nak tinggalkan hospital ni. Ada memori tu”. Dinding dipandang Raed sebelum matanya jatuh pandang ke kotak di atas meja. Dia tersenyum.

        “Kau dah sangkut dengan mana-mana nurse dekat sini ke?” Muka Raed kelihatan ceria berbanding kali terakhir mereka berjumpa. Macam gaya orang jatuh cinta mungkin.

            Raed ketawa senang hati. Pandai Syed Rayyan meneka. Tapi bukan dengan nurse sini lah.

          “Pandai kau. Tapi bukan dengan nurse sini. Ada lah. Nanti aku kenalkan kau dengan dia”. Raed asyik tertawa dari tadi. Suka cakap perihal hubungan dia dengan Radwa.

            “Oit, sejak bila pandai simpan rahsia dengan aku ni. Baru beberapa hari aku tak ada dekat sini kau dah pandai simpan kan. Ok fine”. Sengaja berpura-pura marah.

          “Larh, kau ni touching lah. Nanti aku kenalkan dia dengan geng kita yang lain. Dia kerja sekarang ni”. Tak sabar pula nak tunggu Radwa habis kerja. Jam dilihat. Cepatlah masa bergerak.

            “Happy aku tengok kau sekarang. At least lepas ni, lepas dah beban aku nak jaga kau. Tak payah menghadap kerenah macam-macam kau tu. Fuuhh, terasa ringan bahu aku ni wei”.

           Lengan lelaki itu dipukul sebelum mereka sama-sama tertawa. Semoga pilihan kau kali ni berkekalan Raed. Doa Syed  Rayyan.
                                                                                                             


1 comment:

Anonymous said...

comel nyer raed..
so cute..
hihi..

Kehidupan seorang penulis © 2014