. . .
“Welcome bro. Kau betul-betul dah sihat ke ni?
Tak nak pulak nanti aku kena papah kau hantar hospital balik”. Gurau Syed
Rayyan. Dia gembira melihat Raed sudah kembali memulakan kerja.
Raed
tergelak. Tak ambil hati langsung dengan kata-kata Syed Rayyan tu.
“Harap
masin lah kan. Nanti hari-hari aku boleh jumpa sayang aku”. Berharap aje lah
Raed. Tak patut betul doa macam tu. Dah elok sembuh nak pulak sakit balik.
“Haii, tak sabar pulak aku nak tengok
siapa gadis tu. Dah angau sangat kau ni aku tengok. Mesti hebatkan dia dapat
cairkan hati kau yang keras ni”.
“Woit, ada ke patut kutuk aku macam tu.
Tapi betul lah kan, aku memang dah angun sangat dengan dia ni. Tak tahu lah
dapat buat kerja ke tak nanti ni”. Raed tertawa. Setuju dengan kata Syed
Rayyan. Dia memang keras hati dulu. Tapi sekarang tak lagi. Semua sebab Radwa.
“Kau
jangan main-main Raed, kalau buat kerja tak betul nanti aku suruh papa potong
gaji kau”.
“Kau ni
memang kan. Asyik salah guna kuasa aje. Macam mana lah papa kau tak sayang aku
lebih. Pekerja contoh ni, mana pernah silap buat kerja. Lagi mendatangkan
keuntungan ada lah”. Sengaja nak membangga diri. Tapi memang betul pun, disebabkan
dia syarikat ni dapat banyak tender.
Raed ni rajin mengejar, tapi Syed Rayyan pulak lagi suka buat kertas kerja.
Syed
Rayyan mecebik. Bangga diri pulak si Raed ni.
“Ok lah
Ray. Aku masuk dulu. Mesti berlambak kerja aku kan, dengan kerja yang kau janji
nak lambakkan lagi tu. Jumpa rehat nanti lah”. Dia berlalu pergi kebilik. Apa
lah Raed ni. Ada ke dia percaya yang Syed Rayyan nak lambakkan kerja dia. Dia
pun tak lah sekejam tu.
******************
“Raed, dah masa rehat ni. Jom lah lunch. Aku tunggu dekat luar”. Dia dah agak yang lelaki itu tak
akan sedar yang dah masuk masa rehat. Fokus sangat buat bekerja.
“Ok.
Kejap lagi aku datang. Kau turun dulu lah”. Tangannya sibuk mengemas mejanya
yang dah berselerak. Banyak dokumen yang
disemaknya tadi. Tak menang tangan. Kalau dah kahwin nanti macam mana lah, silap-silap
kena bawa balik semua ni buat dekat rumah. Mana boleh balik kerja lambat kan,
mesti Radwa bosan tunggu dia balik nanti. Amboi, jauh pulak Raed ni berfikir.
Sayang.. saya pergi lunch ni. Jangan lupa makan. :)
Di hantar mesej kepada Radwa.
Ok. Saya makan dengan Azlin nanti. Take care!
Ok sayang pun sama. Love you!
Love you too <3
Sayang.. saya pergi lunch ni. Jangan lupa makan. :)
Di hantar mesej kepada Radwa.
Ok. Saya makan dengan Azlin nanti. Take care!
Ok sayang pun sama. Love you!
Love you too <3
Tersenyum Raed baca mesej Radwa tadi. Terus dia menapak
keluar. Mencari bayang Syed Rayyan.
“Bro, jom makan”. Ajak Raed. Dia perasan
satu kelibat perempuan yang didiri di hadapan Raed. Tapi tak dapat melihat
gerangan orangnya kerana hanya belakangnya aje yang nampak. Siapa pulak lah
perempuan ni?
“Huh? Ok jom. Raed, Nadiya nak join kita sekali”.
Muka
Raed berubah. Nadiya? Menyusahkan minah ni. Semak! Nadiya yang berpusing
tersenyum memandangnya tak dilayan. Dia terus aje berlalu.
Lepas
membuat pesanan, hanya kedengaran suara Raed dan Syed Rayyan aje yang berborak.
Semuanya berkenaan dengan projek syarikat. Banyak yang dia dah ketinggalan,
sebab tu nak catch up balik. Sepanjang itu, Nadiya pulak ralit memandang
wajah Raed, sambil tersenyum.
Syed
Rayyan yang perasaan membuat isyarat mata kepada Raed. Dia sendiri pun tak
berapa suka dengan cara Nadiya yang nampak sangat nak pikat Raed. Dulu
sepanjang perkenalan mereka, Nadiya bukan perempuan jenis ni. Apa lah penyebab
dia berubah sampai macam ni sekali.
Raed
hanya buat bodoh. Bukan dia tak sedar tingkah Nadiya tu. Tapi malas nak
melayan. Kalau marah kang, buang air liur aje. Perempuan ni mana faham bahasa.
“Raed you dah sihat?”
Syed Rayyan yang sedang minum air hampir tersedak. Amboi,
lembutnya suara. Tadi masa cakap dengan dia tak pun selembut ni.
Raed
membatu. Tak nak layan. Dihadap aje makanan yang baru sampai tadi. Sedap! Apa
lah yang sayang dia tengah makan sekarang ni? Patut tadi dia ajak aje Radwa
keluar makan sama, tak ada lah dia kena menghadap perempuan ni. Rasa menyesal
pulak.
“Raed, I suka you. You nak jadi boyfriend I?” Diluahkan perasaannya. Sejak berjumpa Raed, hari-hari wajah
lelaki itu diingatinya. Tapi nak berdepan takut, hari ni pun diberanikan
dirinya kerana dah rindu lama tak mengadap wajah handsome Raed.
Raed
sudah tersenyum sinis. Syed Rayyan pulak dah tersedak. Beraninya dia ni, ada ke
selamba aje luahkan perasan macam tu. Raed pun bukannya suka sangat dekat dia.
Cari masalah betul lah Nadiya ni.
“Layak
ke kau jadi girlfriend aku?”
“I rasa I layak. I kan cantik, you pulak handsome. Memang layak apa. You
tak bangga ke nanti kalau kita berdampingan orang akan puji I. Mesti you suka kan”. Nadiya tersenyum membayangkannya. Dia berjalan
berpegang tangan dia Raed. Tak sabarnya nak tunggu saat tu.
Nak termuntah juga lah Raed mendengarnya. Apa perempuan
ni tak tengok cermin ke apa? Tengok lah baju dia, make up dia semua. Duduk satu meja dengan dia pun dah buat aku
malu, apa lagi jalan sama-sama.
“Pardon? Bangga
kau kata. Apa kau tak sempat tengok cermin ke pagi tadi”. Direct aje Raed sound Nadiya.
Nadiya menilik penampilannya. Atas. Bawah. Cantik aje.
Mana ada apa-apa masalah.
“Ok aje Raed. Cantik lah”. Puji dirinya sendiri.
Syed Rayyan yang mendengar sudah tak tahan nak ketawa.
Raed macam biasa dengan muka kelat dia. Mencebik.
“Memang sah lah kau tak tengok cermin. Baju warna merah
terang, seluar warna hijau terang. Warna kuku kau tu, kuning? Apa fesyen yang
kau pakai ni. Belum lagi dengan warna rambut kau yang pelik tu. Agak-agak lah
minah. Kau tak nampak ke semua orang tengah pandang kau pelik sekarang ni”.
Nasib baik warna kasut perempuan tu dia tak nampak, kalau tak lagi bertambah
malu. Dia pakai kasut warna pink
tadi. Match ke?
Ketawa Syed Rayyan kedengaran. Dia dah tak dapat menahan
ketawanya dari meletus. Dari pejabat tadi dia memang nak gelak. Tapi
mengenangkan Nadiya tu agak rapat dengannya ditahan aje. Buat malu juga lah
sebab dari pejabat sampai sini banyak mata yang memandang pelik ke arah Nadiya.
Dah jauh sangat berubah Nadiya ni. Pengaruh mana pun tak tahu.
Nadiya memandang dirinya. Buruk sangat ke? Ni trend sekarang apa.
“Mana apa pelik Raed. Dia orang pandang sebab jeles
tengok I yang cantik ni jalan sebelah
you. Ni semua trend sekarang lah”. Ujar Nadiya tak mahu kalah. Jatuh imejnya jika
lelaki yang dia cintai kutuk macam tu.
“Banyak lah kau punya trend.
Kalau orang lain pakai mungkin cantik lah, tapi kau. Naah..Langsung tak. Aku dah kenyang lah Ray. Aku balik dulu. Buat
sakit mata aje duduk sini”. Raed berlalu pergi. Panggilan Nadiya yang memanggil
dirinya dibiarkan saja.
“Ray, tak cantik ke I?”
Dia bertanya. Sedih. Kecewa melihat cara layanan Raed padanya.
“Nadiya, dah cukup lah. Raed kalau tak suka memang dia
tak suka”. Dua-dua kawannya. Tapi sekarang Raed dah ada yang punya, dia tak
nanti Nadiya yang lagi makan hati dengan perangai Raed.
Nadiya menunduk. Air mata yang keluar dilap.
“You cantik
Nadiya. Tapi lagi cantik, Nadiya yang I
kenal dulu. Kenapa you berubah sampai
macam ni sekali?”
“I sayangkan
Raed. I cinta dia sangat Ray. Sejak
pertama kali I jumpa dia I dah jauth suka dekat dia. Tapi dia
panggil I perempuan kampung. You tak tahu bertapa kecewanya I dengar. Macam rasa dah ditolak
walaupun I tak luahkan lagi perasaan I. Sebab tu I ubah penampilan I, tapi
dia still tak pandang. I nak buat apa lagi Ray. I nak dia”.
“I tak tahu nak
cakap apa Nadiya. Maybe you kena belajar lupakan dia lepas ni.
Raed dah berpunya. I harap you jangan ganggu dia lagi. Biar dia
cari kebahagiaan dia sendiri. Kembalikan balik Nadiya yang I kenal dulu”. Syed Rayyan berdiri. Dia mahu pulang ke pejabat.
“Fikirkan apa yang I
cakap tadi. I balik dulu”.
Raed dah berpunya? Tapi betul ke? Laki tu kan playboy, dia mana pernah setia dengan
satu perempuan selama ni.
“I tak akan
putus asa Ray. Kalau I tak dapat
Raed, semua pun tak akan dapat dia. Biar puas hati I. You jangan ingat you dah lepas dari I Raed”. Dia nekad dengan kata-katanya tadi. Dia ketawa tiba-tiba.
Orang meja sebelah dah pandang semacam. Apa menakutkan lah dia ni.
**********************
“Sayang nanti jangan lupa call mama hari-hari. Jangan lupa makan. Jaga diri baik-baik. Jangan
asyik sangat kerja sampai tak jaga kesihatan. Kena selalu datang sini jumpa
mama, kalau tak mama yang datang sana”. Nasihat berjela-jela dari Datin Zara
khas untuk Radwa.
Hari ni
Radwa akan berpindah ke rumah Azlin. Tadi Azlin ada datang menolong dia
berkemas, lepas dah siap dia balik. Dia cakap nak sambut Radwa di rumah.
Apa-apa aje lah Lin. Asalkan kau bahagia. Nasib baik barang dia pun tak banyak.
“Ye
mama. Radwa tak lupa semua tu. Mama pun sama kena jaga diri ok. Jangan
sedih-sedih lagi. Mama tunggu Radwa bawa pulang Raed ya”.
Datin
Zara tersenyum.
“Ok
sayang. Sayang pun jaga diri”. Pipi Radwa diciumnya. Tangan gadis itu dipegang
seakan tak mahu lepas. Air matanya bergenang.
Radwa
memeluk tubuh Datin Zara. Erat.
Dato’
Ammar hanya melihat. Terasa sedih juga dengan pemergian Radwa. Dia dah biasa
mendengar celoteh gadis itu. Mesti sunyi balik rumah dia lepas ni.
“Radwa
pergi dulu mama, papa”. Ujarnya sebelum masuk ke kereta. Berat hati juga nak
pergi. Tapi terpaksa juga.
***********************
Raed melihat handphonenya.
Dia menunggu panggilan Radwa. Tadi dia nak pergi ke rumah Radwa tapi tidak
dibenarkan. Entah kenapa entah tak boleh. Sebab tu sekarang dia menunggu gadis
itu di kondo, dari tadi dia tunggu dalam kereta. Dia pun nak kenal juga dengan
mama angkat Radwa tu. Dia terkejut juga dengar pasal kematian orang tua Radwa,
mesti Radwa down sangat masa tu. Tapi
nasib baik dia dah ada mak angkat, tak lah dia risau sangat.
Deringan
phone dia kedengaran. Nama pemanggil
dilihat. My love Radwa! Terus aje dia
menjawab.
“As’ salam sayang. Sayang ada dekat mana sekarang? Dah
lama saya tunggu ni. Dah gerak keluar tak?”
Radwa hanya ketawa.
“Tengok dekat depan awak”.
“Sayang!” Raed menjerit. Tak sangka kereta Radwa dah
berada dekat depan kereta dia. Tangannya melambai-lambai. Excited! Macam dah tertahun pulak tak jumpa, pada hal baru malam
semalam dia orang dinner bersama.
“Saya tak perasan pun sayang dah sampai”. Kata Raed, lepas
keluar dari kereta nak berjumpa Radwa.
“Tu lah. Ada orang tu sibuk nak merajuk dengan saya tadi.
Mana dia nak perasan”. Perli Radwa.
Raed mencebik kemudian ketawa. Hidung Radwa dipicitnya
lembut. Perasan aje Radwa ni kan. Dah cam sangat lah tu nada suara dia masa
merajuk macam mana.
“Raed! Lemas lah”.
Raed hanya menjelir lidah.
“Tak takut pun awak marah”. Laki tu menjauh. Sudah
menduga tangan Radwa yang ingin memukul lengannya itu.
“Dah lah malas nak layan awak. Awak ikut kerata saya
nanti”. Radwa terus tutup tingkap nak bergerak. Membiarkan Raed yang masih
belum masuk ke keretanya itu.
Dia hanya tertawa melihat laki tu melopong sebelum
berlari ke kereta. Tu lah, buli saya lagi tadi. Kan dah kena balik. Balasan!
***********************
Sebaik aje sampai di rumah Azlin, kereta diperlahankan.
Kereta diletak di dalam. Nasib baik rumah kawannya itu teres setingkat. Kalau
flat, tak ke penat nak angkat semua beg dia tu.
“Sayang,
sampai hati tinggalkan saya tadi”. Rungut Raed tak puas hati.
“Tu lah,
siapa suruh buli saya lagi. Sakit hidung saya. Tak nak kawan dengan awak dah”.
“Tak apa
Raed. Kalau Radwa tak nak kawan kau, aku ada”. Azlin tergelak, menyampuk. Terasa
gatal pulak tiba-tiba. Lelaki handsome
macam Raed siapa yang tak nak weyh.
Raed
hanya ketawa. Dia memandang Radwa. Dijelirkan lidah. Thumbs up ditunjuk pada Azlin. Bagus! Dah ada geng.
“Woi, gatalnya kau. Raed aku punya lah.
Kau pergi cari laki lain. Kalau kau kacau dia juga, aku tak nak pindah masuk
rumah kau hari ni. Aku lari pergi tempat lain”. Ugut Radwa. Dia jeles. Tak
suka.
Raed
tergelak. Azlin lagi lah ketawa. Lagi kuat dari Raed lagi, apa punya kawan lah
buat malu aje.
“Raed
ada orang tu jeles lah. Dengan kawan sendiri pulak tu”.
Radwa
malas nak layan, dia terus bawa masuk beg dalam. Dari duduk situ buat sakit
hati.
“Sayang,
tunggu lah saya. Saya tolong angkat beg masuk dalam”. Raed mengikut langkah
Radwa ke dalam.
“Eh? Berdiri
situ jangan gerak. Beku!”. Arah Radwa tiba-tiba.
Raed
berdiri tegak ditempatnya. Mendengar kata. Kalau tak nanti kena marah pulak
dengan Radwa.
“Kenapa
sayang?”
“Awak
mana boleh masuk dalam. Tunggu dekat luar aje. Ni rumah perempuan lah. Laki tak
boleh masuk”.
“Kenapa
pulak tak boleh? Saya nak tolong sayang saya aje. Bukan nak buat apa-apa pun.
Biar lah saya masuk tolong sayang”.
“Tak
boleh Raed. Tak manis. Awak tunggu luar kejap. Nanti kita borak dekat luar
lepas saya habis kemas. Beg tu awak tolong letak dekat pintu ya”. Ujar Radwa
sebelum berlalu masuk ke bilik.
“Raed,
kesian kau kena buli. Tak apa lah tu semua tanda sayang”. Azlin ketawa. Sengaja
nak sakitkan hati Raed.
Raed
mencebik. Tapi dia angkat juga semua beg Radwa letak dekat tempat yang Radwa
suruh. Lepas tu, dia duduk di bangku luar rumah. Nak duduk dalam takut kena
halau lagi.
Radwa
keluar kejap. Air dihantar kepada Raed. Terus dia berlalu masuk dalam. Tak tegur
Raed pun. Kalau cakap nanti tak siap pulak kerja mengemas dia.
Raed
hanya memandang Radwa. Sampai hati sayang!
“Ok dah
siap kemas”. Dia duduk di kerusi sebelah Raed.
Raed
hanya diam. Belek handphone aje. Tak
nak layan Radwa. Balas dendam.
“Raed,
kenapa ni?”
“Sayang
tak cakap dengan saya tadi. Hantar air lepas tu terus masuk dalam. Kesian
saya”. Raed buat wajah kesian.
“Alaa..
Budak manja saya ni. Tadi saya nak cepat kemas. Kalau tadi saya cakap mesti tak
masuk kena layan awak aje nanti”.
“Ok,
tapi lepas ni tak boleh buat saya macam tu lagi”.
“Ya
sayang, lepas ni saya tak buat lagi. Nanti 24 jam saya duduk dekat awak teman
awak borak ok. Puas hati?” Sengaja nak perli Raed.
"Puas!"
"Puas!"
1 comment:
huhu...berkali-kali dh jatuh cinta dkt raed...
comel la raed..
radwa pun sama..comel sgt lyn raed tu..
Post a Comment