. . .
Radwa cuba melelapkan mata. Jam dah menunjukkan pukul 2
pagi. Tapi matanya seakan tak mahu lelap. Tak kan tak biasa lagi dengan katil
ni, dah tiga hari dia masuk rumah ni. Dua malam lepas senang aje nak lelapkan
mata. Pelik juga. Entah kenapa, dari pagi tadi dirasakan macam ada sesuatu
perkara tak baik yang akan terjadi.
Hari ni hari cutinya. Dari pagi sampai ke petang dia
menemani Raed di pejabat. Atas permintaan Raed sendiri. Dia nak Radwa
menemaninya hari ni sepanjang hari. Walaupun bosan, tapi berbaloi juga lah
sebab dapat tengok raut handsome tu
sampai puas tadi. Perangai lelaki tu semasa buat kerja lain sangat dengan Raed
yang dia pernah kenal. Dia kenal Raed yang kepala angin, kaki perempuan yang
dulu. Sekarang pulak, Raed yang manja, nakal, romantik dan selesa didekati.
Tapi
tadi sisi Raed yang baru pertama kali dilihatnya. Raed yang berkarisma.
Tiba-tiba jatuh cinta sekali lagi dengan Raed. Sepanjang hari tersenyum melihat
lelaki itu. Dia suka lelaki yang mengambil serius kerjanya. Berapa kali juga
lah kantoi dengan Raed sebab asyik tilik wajah dia.
Tapi
perasan ni. Perasan apa? Kenapa badan dia berpeluh-peluh walaupun malam ni tak
panas. Siap pakai penghawa dingin lagi. Ada masalah ke? Keluh hatinya.
***********************
“Kau ok tak Radwa? Kenapa nampak pucat aje ni?”
Dia orang baru aje sampai di hospital. Sejak duduk
serumah dia orang sering kali naik kereta bersama ke tempat kerja. Lain cerita
lah kalau waktu kerja tak sama.
Hari ni
perangai Radwa nampak lain sangat. Pucat aje dari rumah. Makan pun sikit sangat
tadi. Sejak malam tadi dia dah perasan tapi lupa nak tanya. Ada masalah dengan
Raed ke?
“Aku ok
aje. Tak dapat tidur lena semalam. Tak cukup tidur, sebab tu pucat kut”. Terang
Radwa. Tak nak Azlin susah hati.
“Aku
masuk dulu lah. Kau jangan risau. Aku ok aje”. Radwa menepuk bahu kawannya itu
sebelum melangkah masuk ke biliknya.
********************
“Radwa!” Jerit Azlin. Dia merempuh masuk bilik Radwa.
Nasib baik tak ada patient sekarang.
Radwa
meletakkan tangan ke dadanya. Terkejut mendengar jeritan Azlin yang tiba-tiba
itu. Baru satu jam tadi mereka berpisah, sekarang dia dah datang balik. Ada
apa-apa ke?
”Faris! Faris,
Radwa”. Ujar gadis itu termengah-mengah. Dia berlari tadi ke bilik Radwa,
sampai kena tegur banyak kali. Tadi dia tak peduli ada sesuatu benda penting
nak disampaikan pada Radwa.
“Kenapa
dengan dia?” Tanya Radwa. Tiba-tiba jantungnya berdegup kuat. Debaran di dada
semakin terasa. Dia rasa takut. Tapi tak tahu takutkan apa.
“Faris
dah meninggal pagi tadi”.
“Huh?”
Radwa
terkejut. Dirasakan degupan jantungnya berhenti seketika. Mustahil. Tipu! Baru dua
hari lepas dia berborak dengan Faris, dia sihat aje masa tu. Siap
tergelak-gelak lagi.
Pandangannya
menjadi semakin gelap, sebelum dia jatuh pengsan.
“Radwa!!!”
*******************
Raed meraup mukanya. Dia risau dengan keadaan Radwa. Tadi
masa di pejabat dia mendapat panggilan telefon daripada Radwa. Tapi bukan Radwa
pemanggilnya. Jantungnya seakan berhenti berdegup mendengar bicara pemanggil.
Terus dia bergesa-gesa berlari keluar. Nak segera menuju ke hospital.
“Raed,
kenapa ni?” Syed Rayyan menegur. Raed dilihat pucat wajahnya.
“Ada hal
sikit. Hari ni aku tak masuk. Cuti!” Terus Raed berlari ke keluar. Pertanyaan
Syed Rayyan dibiarkan. Lantak lah, sekarang Radwa lagi penting. Fikirnya.
Raed
sampai ke hospital. Terus matanya mencari bayang Azlin, nak tahu perihal Radwa.
“Azlin,
Radwa macam mana?”
“Dia dah
ok. Tertekan dengan kematian Faris. Tambah dia tak cukup tidur lagi semalam.
Sebab tu kut dia pengsan pagi tadi”.
Dia menarik
nafas lega.
“Ok, thanks Lin. Aku masuk jumpa dia kejap”.
Raed menolak daun pintu. Hatinya tak senang selagi tak melihat keadaan Radwa
sendiri.
Keadaan
Radwa yang terbaring lemah memilukan hati dia. Siapa yang tak sedih tengok
gadis kesayangan dia terlantar sakit macam tu. Dia mengeluh.
“Sayanggg.
Kenapa awak tak jaga diri ni”. Diusapnya lembut wajah Radwa.
Wajah
gadis kesayangannya itu nampak tenang. Masih belum sedarkan diri lagi.
“Jangan
takutkan saya macam ni lagi. Hampir terhenti jantung saya dengar sayang pengsan
tadi. Sayang dah janji tak kan tinggalkan saya lagi kan. Bangun sayang. Tengok
saya. Saya ada dekat sini”.
Raed
duduk di katil sebelah Radwa. Tangan Radwa digenggam erat. Takut melihat Radwa
kaku begitu. Air mata yang mengalir dikesatnya. Dia tak sanggup membayangkan
gadis itu meninggalkannya lagi. Dia lemah tanpa Radwa.
“Raed..”
Panggil Radwa perlahan. Lemah sangat.
“Sayang.
Sayang dah sedar. Alhamdulillah. Saya risau sangat tadi”. Terus dipeluk erat
tubuh tu. Teresak dia menangis. Nasib baik Radwa dah sedar.
“Awak
menangis Raed. Tak macho lah. Saya ok aje ni. Tak cukup tidur aje”.
“Mana
ada sayang ok. Sayang pengsan tadi. Takut saya kalau jadi apa-apa tadi. Tak
senang hati saya”.
Radwa
tersenyum. Tangan lelaki itu dipegang.
“Saya ok
dah Raed. Faris, Faris mana?” Radwa baru teringat nak bertanya.
“Faris
dah tak ada sayang”.
“Awak
tipu kan. Dia ada lah Raed. Tadi baru saya jumpa dia. Dia senyum dekat saya
tadi. Jangan tipu saya Raed. saya nak jumpa Faris. Bawa saya jumpa dia”.
“Sayang
dengar cakap saya, Faris dah tak ada. Dia meninggal pagi tadi. Semua yang awak
nampak tu mimpi”.
“Tipu!
Awak tipu saya. Bawa saya keluar, saya nak jumpa Faris. Cepat Raed. Cepat!” Radwa
ingin mencabut wayar ditangannya. Dia nak ke wad Faris. Tak percaya dengan kata
Raed tadi. Mustahil. Raed tipu. Telah hati dia.
“Sayang,
jangan. Sayang tak sihat lagi. Rehat dulu. Esok saya bawa sayang jumpa dia”.
Raed menghalang tindakan Radwa. Sedih melihat Radwa yang tak dapat mengawal
dirinya.
“Tak
nak. Awak tipu saya!” Jerit Radwa. Dia nak jumpa Faris sekarang juga.
“Ok-ok
sayang. Jangan turun dulu. Saya papah sayang”. Pinggang Radwa dipegang.
Membantu dia berdiri.
Mereka
menuju ke wad Faris. Ramai orang berkumpul dekat sana. Azlin pun ada sekali
dicelah-celah orang ramai. Nampak aje Radwa, dia terus menghampirinya.
“Kenapa
kau datang sini? Kau tak sihat lagi lah Wa”.
“Aku nak
jumpa Faris Lin. Bagi aku masuk tengok dia”. Azlin pandang Raed, Raed hanya
menggeleng. Dia memang tak dapat halang Radwa tadi. Dia yang berdegil nak ke
sini. Apa lagi dia boleh buat. Terpaksa ikut aje lah.
Radwa
masuk ke dalam. Dilihat di atas katil. Kosong!
“Mana
Faris Lin? Aku nak jumpa dia. Bawa aku jumpa dia!” Suara Radwa meninggi.
“Pihak
hospital dah bawa arwah, untuk mandikan”.
“Arwah?
Dia hidup lagi lah Lin. Aku jumpa dia tadi. Kenapa kau panggil dia arwah pulak?”
Orang
ramai yang mendengar merasa pelik. Sedih pun ada tengok keadaan Radwa tu. Raed
meraup mukanya. Tak tahu macam mana nak buat Radwa terima berita itu. Dia tahu
hubungan Radwa yang agak rapat dengan kanak-kanak itu.
Azlin menggeleng
kepala.
“Tak
Radwa. Faris dah meninggal pagi tadi. Kejap lagi lepas zohor nak dikebumikan.
Keadaan dia dah nazak semalam. Semua yang kau nampak tu mimpi aje”.
Radwa
menggeleng. Tak percaya. Kenapa semua tipu dia? Tak mungkin Faris dah tinggalkan
dia. Tak mungkin. Dia melangkah ke belakang, tubuhnya disandarkan ke dinding.
Rasa kakinya tak mampu lagi menanpung badannya.
“Raed,
Lin tipu saya kan. Cakap yang Lin tipu saya aje. Dia main-mainkan saya kan. Tak
mungkin Faris dah tak ada. Dia cakap nak tunggu sampai kita kahwin, dia cakap
nak jadi pengapit saya, dia cakap dia tak akan tinggalkan saya”. Radwa masih
tak percaya. Dicengkam bahu Raed. Memandang matanya tajam.
“Tak
sayang. Dia tak tipu sayang. Semua tu betul”.
“Awak
pun tipu saya. Kenapa semua nak tipu saya ni”. Radwa memukul lengan dan dada
lelaki itu berulang kali. Raed hanya membiarkan. Air mata gadis itu deras
mengalir.
“Sayanggg..”.
Ingin digapai jari Radwa. Tapi Radwa mengelak.
“Tak,
tak mungkin. Tak mungkin”. Diulang Radwa berkali-kali. Yang lain menangis
melihat Radwa begitu.
“Sayang.
Sabar sayang. Sabar. Mengucap. Jangan macam ni, sayang tak sihat lagi”.
Dirangkul tubuh Radwa erat. Ingin memberi Radwa kekuatan. Tangisan Radwa
semakin kuat.
“Saya
ada. Saya ada untuk sayang. Saya tak akan tinggalkan sayang”. Pujuk Raed. Tak
sanggup dia melihat keadaan Radwa yang selemah ini.
Tangisan
Radwa semakin perlahan sebelum dia tak sedarkan diri semula.
********************
“Sayang makan sikit. Dari pagi sayang tak makan kan”.
Didekatkan sudu ke mulut Radwa. Menunggu gadis itu membuka mulut.
“Sayang.
Please demi saya. Sayang makan
sikit”.
Radwa
hanya kaku. Sudah tiga hari Faris meninggalkan mereka. Selama tu juga keadaan
Radwa seperti mayat hidup. Dia tak pergi kerja, hanya memerap di bilik. Makan
tak nak. Keluar pun tak nak. Bercakap lagi lah tak, diam aje.
Sudah
puas Azlin dan Raed memujuknya. Azlin yang bersandar di pintu bilik Radwa
mengelap air matanya. Dia sedih melihat Radwa begitu. Tak sangka pemergian
Faris memberikan kesan mendalam pada Radwa.
“Sayang.
Buka mulut. Makan sikit. Ni semua saya yang masak untuk sayang”. Raed sabar
memujuk. Dia dah tak tahu macam mana nak buat Radwa makan. Segala makan
kesukaan gadis itu dah dibawa, tapi responnya tetap sama. Lama dia tunggu tapi
Radwa hanya membatu.
Raed
keluar. Air matanya tak dapat ditahan lagi.
“Raed
kalau kau pun lemah macam ni, siapa lagi yang boleh pujuk Radwa”.
“Aku tak
boleh Lin. Tengok Radwa macam tu aku rasa sakit. Dia dah tak macam dia”.
“Kau
kena kuat Raed. Radwa bergantung pada kau sekarang. Kita kena bagi dia masa
lagi. Semua ni buat fikiran dia makin tertekan. Kau pun tahu kan dia tu anak
yatim. Kawan baik dia pun meninggalkan dia juga. Dia tak boleh terima orang
yang dia sayang pergi lagi. Faris tu memang rapat dengan dia. Sebab tu dia
sedih. Kita kena faham keadaan dia, tolong dia jadi kuat hadapi semua ni”.
Azlin duduk menghadap Raed. Dia tak nak melihat Raed juga lemah menghadapi
Radwa yang ni.
“Parents angkat dia? Kau cuba call dia orang. Mana tahu mama dia boleh
tolong Radwa”.
“Huh?” Azlin mengelabah. Parents angkat Radwa parents kau lah. Macam mana ni? Keluh
hatinya. Tak akan nak bocorkan rahsia ni sekarang. Dengan keadaan Radwa macam
ni lagi.
“Hu...urmm..Tak payah lah Raed. Nanti dia
orang makin risau pulak tengok Radwa macam ini. Kita pun dah cukup. Kalau
memang dah tak boleh buat apa baru aku
call”. Azlin memberi alasan. Tapi boleh ke Raed terima? Tak akan tak nak
bagitahu parents angkat Radwa. Mesti
Radwa nak jumpa dengan mama dia.
“Kalau
kau cakap macam tu ok lah. Aku tak tahu macam mana nak pujuk Radwa lagi. Hati
aku sakit Lin”.
“Kita
bagi dia masa lagi Raed. Kau balik dulu, hari pun dah lewat ni. Aku boleh handle Radwa. Kalau ada apa-apa nanti
aku inform kau”.
Raed
mengeluh. Dia rasa tak berguna sangat, tak tahu macam mana nak memujuk Radwa
lagi.
“Ye lah.
Aku balik dulu. Kejap aku nak jumpa Radwa”.
Azlin
mengeluh. Dia pun buntuh sebenarnya. Tak tahu lagi macam mana nak pujuk Radwa.
Dulu masa parents Radwa meninggal pun
macam ni. Sampai demam panas Radwa berhari-hari. Tapi masa tu arwah Danisya
ada. Tak ada lah risau sangat. Nak kena panggil Datin Zara ke?
**********************
Azlin masuk kembali berjumpa Radwa. Tadi Raed baru aje
balik. Barang-barang di tangannya diletakkan di atas katil. Sebelah Radwa.
Radwa
yang dari tadi duduk termenung memandang dinding di hadapannya masih kekal
begitu. Apa-apa yang dibawa Azlin dan Raed tak langsung menarik perhatiannya.
Dia masih tak dapat terima berita kematian Faris. Dia takut. Takut kehilangan.
Rutinnya kini hanya menangis. Termenung, menangis dan menangis. Sampai Raed dan
Azlin yang tengok pun takut. Menangis sekali pun ada kadang-kadang.
“Radwa,
kalau Danisya tengok kau macam ni dia mesti sedih”.
Nama
Danisya seakan menyedarkan Radwa. Azlin dipandangnya. Pandangan itu nampak
kosong.
Azlin
menarik nafas sebelum menyambung kata.
“Dulu
masa kau sedih dia selalu ada kan. Aku tahu kau rindu dia. Masa kematian parents kau dulu pun kau macam ni. Tapi
Danisya ada masa tu. Aku tak tahu macam mana dia pujuk kau Radwa tapi tak lama
lepas tu kau dah ok”.
Azlin
mengeluh. Berat!
“Kau
kena tabah Radwa. Berita kematian Danisya dulu kau boleh terima dengan redha kan,
sekarang pun kau pasrah juga terima berita ni. Faris dah tak ada. Tu
hakikatnya, dia dah pergi tinggalkan kita semua. Kau tak boleh macam ni lagi.
Kau kena kuat. Hadapi semua ni. Raed, dia sedih tengok kau macam ni. Kau tak
sedih ke? Dulu Raed pun pernah accident
kan, macam mana perasan kau masa tengok dia lemah terbaring. Macam tu sekarang
apa yang dia rasa Wa. Bezanya kau dah sedar tapi dia terbaring kaku. Jangan
dera perasaan dia lagi”
Radwa mengalirkan air mata. Matanya memandang Azlin. Mata kawannya sudah merah. Menahan tangisan.
Radwa mengalirkan air mata. Matanya memandang Azlin. Mata kawannya sudah merah. Menahan tangisan.
“Ni
semua gambar Danisya. Mana tahu kalau tengok gambar dia boleh buat kau rasa
dekat dengan dia. Dapat rasa yang dia ada dekat kau sekarang. Aku keluar dulu. Jaga
diri baik-baik. Tapi satu aje aku minta, tolong jangan seksa diri kau lagi.
Lepaskan semua, redha. Jangan salahkan takdir, semua ni dah tertulis”. Azlin ingin
melangkah pergi. Dah tak tahan lagi hatinya.
“Linn...”.
Azlin
menoleh. Radwa panggil aku? Ya Allah. Air mata yang ditahan tadi terus
mengalir.
“Sorry dah buat kau dengan Raed risau”.
Radwa
memaksa dirinya untuk senyum. Walaupun susah. Dia nampak semua cara yang Azlin
dan Raed gunakan untuk mengembalikan Radwa yang dulu. Tapi dia masih membatukan
diri. Memekakkan telinga. Hari ni, entah kenapa dia baru tersedar. Kata Azlin
tadi, memberi impak padanya.
“Tak apa
Wa. Aku faham yang kau sedih tapi kenapa sampai dera diri kau macam ni. Aku tak
suka tengok Radwa yang ni”. Tangan Radwa dipegang.
Lega
hari Azlin tengok Radwa dah mula bercakap. Sebelum ni, dia macam bercakap
dengan dinding aje.
“Sorry. Aku memang susah nak handle pemergian orang yang aku sayang. Sorry susahkan kau. Susahkan Raed”. Air
mata mengalir lagi.
“Dah lah
Wa. Jangan menangis lagi. Kau kena tabah, kuat hadapi semua ni. Lagi pun kau
tak kesian kan aku ke? Dah berapa hari aku makan nasi bungkus. Sebab tu kau
kena bangun, masak untuk aku”. Muka dicomelkan.
“Lin!”
Bantal dibaling tepat ke muka Azlin. Geram. Akhirnya dengar juga Radwa ketawa.
Hantu punya kawan!
“Tolong call Raed, Lin. Aku nak cakap dengan
dia. Mesti dia tengah menangis lagi tu”.
Hish, Radwa ni. Ada hati nak kutuk Raed
lagi tu. Rungut Azlin. Tapi dia gelak juga. Memang pun agaknya. Raed kan,
apa-apa pasal Radwa dia memang touching
lebih sikit.
2 comments:
kesian faris..
kesian kt radwa xdpt nk terima kematian faris tu...
nk lagi cik penulis..
@Anonymous
ok dah kluar bab 18..slmt m'baca.. ^_^
Post a Comment