Pages

Thursday 10 January 2013

Pelindung Cinta 18

Thursday 10 January 2013
. . . 

“Betul awak dah kuat ni Radwa?”

            Semalam, lepas balik dari rumah Radwa. Raed menangis lagi, sekarang ni dia lemah sangat. Emosi dia senang tersentuh kalau berkaitan Radwa. Kalau dulu, mana pernah dia nak menangis. Sedih macam mana pun cool aje. Kali terakhir pun masa zaman-zaman hati dia sakit sebab Radwa mungkir janji. Tapi tu dah lama sangat.

            Lepas dapat panggilan dari Radwa semalam, hampir nak melompat kegembiran rasanya. Gembira yang Radwa dah tak bersedih, tak mogok makan macam dulu lagi. Tak tahu lah apa yang Azlin dah buat tapi dia bersyukur sangat. Tak ada lah, dia jadi macam Kassim Selamat nanti.

            Semalam dia setia mendengar semua luahan hati Radwa. Memang Radwa tertekan, dia takut kehilangan. Memang begitu karakternya. Tapi Raed tak pernah sebelum ni berdepan dengan Radwa yang ni. Masa banyak mengubah gadis kesayangannya ni. Radwa yang dulu kuat dan tabah. Tapi sekarang lain sekali.

            “Raed, awak dengar tak saya cakap apa?” Muka Radwa masam. Marah sebab Raed tak hiraukan dia.

              “Larrh sayang. Sorry termenung pulak tadi. Sayang cakap apa?”

            “Saya cakap, saya dah ok. Saya dah terima pemergian Faris. Saya dah cukup kuat untuk datang melawat”.

            “Oh, ok. Good girl”. Diusap kepala Radwa yang ditutup dengan selendang berwarna putih. Nampak ayu sangat sayang dia pakai selendang hari ni.

            “ Ayu lah sayang hari ni. Nampak comel aje pakai selendang”.

          “Jangan kenakan saya lah Raed. Kita nak melawat pusara Faris ni. Serius sikit”. Lengan Faris dipukul. Sempat juga menjeling lelaki itu, langkah dipanjangkan. Kalau jalan sebelah Raed mesti kena buli lagi.

            “Sayang tunggu lah. Kenapa tinggalkan saya dekat belakang. Dah tak sayang saya lah tu”.

  Radwa mencebik. Modal sama aje tiap kali merajuk.

 “Awak lambat jalan lah. Baik awak duduk dalam kereta aje tadi”

 “Sampai hati sayangg”. Dia berjalan pantas. Bersaing jalan dengan Radwa.

 Langkah Radwa terhenti. Dah jumpa pusara yang dicari. Matanya terasa panas tiba-tiba. Nampak sangat dia masih tak kuat lagi.

 Raed membentang tikar. Air bunga diberi kepada Radwa. Kemudian surah Yassin dibaca bersama. Habis aje bacaan, batu nisan tu disentuh Radwa.

 “Maafkan akak sayang, maafkan akak datang lambat ziarah Faris”.

 Raed menapak jauh sikit, dia sedih nak dengar luahan hati Radwa tu. Masa perkebumian Faris memang Radwa tak dapat datang. Dia tak sedarkan diri masa tu, Azlin aje yang pergi jadi wakil dia orang.

 Raed memandang sekeliling. Dulu tiap hujung minggu dia akan datang ke sini. Tapi tak sangka hari ni dia akan melangkah masuk. Dulu dia hanya berani melihat dari jauh aje. Tadi pun teragak-agak kakinya nak melangkah. Lepas ditegur Radwa baru dia masuk berjalan juga bersama.

 Pusara adiknya dipandang. Walaupun agak jauh dari tempat Raed berdiri masih dapat dilihatnya. Dia cam akan pusara itu, walaupun tak pernah pergi dekat. Radwa yang sudah selesai, melipat tikar. Raed didekatinya.

 Dari tadi Raed seperti termenung. Arah mata Raed memandang, dipandang Radwa. Danisya! Radwa melihat Raed kembali. Nampak air mata yang bergenang di mata lelaki itu.

  Radwa memegang tangan Raed. Raed menoleh, tersenyum.

 “Dah sayang?”

 “Dah, awak termenungkan apa?”

 “Teringat dekat adik saya. Pusara dia ada dekat sini juga”.

 “Nak pergi tengok tak?”

      “Tak apa lah sayang”. Dia melangkah. Radwa berkerut dahi. Tangan Raed dicapai. Menghalang langkah laki tu.

             “Jangan cakap yang awak tak pernah melawat pusara adik awak?”

             Raed terkedu! Macam mana Radwa tahu? Nampak sangat ke dari tingkah dia tadi?

             “Huh? Ermmm..saya tak”.

          “Dah-dah, simpan aje semua alasan awak tu. Sekarang jom kita pergi sama-sama. Awak tahu yang mana kan?” Sengaja nak uji Raed.

             “Tapi sayang. Saya belum sedia lagi”.

             “Belum sedia dari segi apa?”

           “Saya rasa bersalah dengan arwah. Kalau dulu saya ambil berat pasal dia mesti dia tak pergi dulu. Saya pentingkan diri”.

            Air mata yang nak mengalir ditahan Radwa. Bukan awak aje yang pentingkan diri Raed, tapi saya pun sama.

            “Raed..Sampai bila awak nak salahkan diri awak dalam hal ni. Semua ni takdir yang dah tertulis untuk arwah adik awak. Awak kena terima kenyataan tu. Sampai bila nak halang kaki awak untuk datang sini. Pergi lah ziarah, sedekahkan bacaan Yassin untuk arwah. Tu yang seeloknya kan”.

             Raed mengeluh. Dia memandang lagi ke arah pusara Danisya. Terjaga pusara tu. Mesti ada yang selalu datang situ. Tapi siapa? Mama dengan papa ke? Muka Radwa dipandang.

                “Tapi awak kena teman saya”.

            “Mesti lah, tak kan awak nak tinggalkan saya seorang dekat sini”. Sama-sama mereka berjalan menghampiri pusara Danisya. Sempat Radwa mengesat air mata tadi, tak nak Raed syak apa-apa pulak. Dah lama dia tak melawat pusara arwah. Rindunya..
           
*****************

Bro, semalam Nadiya call aku”. Syed Rayyan mengambil tempat duduk di hadapan Raed. Dia baru aje ambil makanan tadi. Baru teringat nak ceritakan hal Nadiya ni pada Raed.

            “So, kenapa? Aku bukan ada apa-apa pun dengan dia. Tak minat lah”. Raed berlalu pergi. Malas nak tahu hal Nadiya. Turn dia pulak nak ambil makanan.

            Syed Rayyan mengeluh. Macam mana nak cakap ni. Tuan badan dah suruh. Tak kan nak buat-buat tak ingat pulak. Kacau lah! Rungut Syed Rayyan.

            “Bro, dengar lah”.

            “Kalau pasal Nadiya kampung tu aku tak nak”. Tegas Raed.

            “Memang pun pasal dia. Dia..”.

            “Aku tak nak tahu. Diam Ray!” Potong Raed.

            “Tapi, dia suruh aku sampaikan juga”.

            “Ok fine. Apa?” Terpaksa juga dengar. Tapi dengar aje lah.

            “Dia masuk hospital, dia suruh kau datang melawat dia”.

         What? Sebab tu aje? Bengang betul terasa hati. Minah ni siapa, nak suruh aku datang melawat pulak.

            “Tak ada masa aku Ray. Dari melawat dia baik aku pergi jumpa awek aku. Lagi best kut. Perempuan tu ada masalah lah. Lepas ni aku tak nak dengar kau sebut nama dia lagi depan aku. Lantak lah dia sakit ke apa ke. Aku tak ada kaitan pun dalam hidup dia tu”.

            Perempuan ni kerja asyik nak menggangu dia aje. Asal nampak aje mula lah nak buat lagak kucing betina gatal. Macam tak pernah nampak laki aje.

          “Kau pergi lah tengok dia. Kejap pun tak apa. Aku kesian lah tengok dia. Hari-hari dia sebut nama kau. Tanya kenapa kau tak datang. Sampai aku pun tak tahu nak cakap apa”.

        “Malas lah aku. Tu semua taktik dia aje. Pura-pura sakit untuk tarik perhatian aku. Sedangkan sikit pun aku tak kesian. Daripada dia tanya pasal aku, baik dia tanyakan perihal mak bapak dia dekat kampung tu”. Raed meneruskan suapan yang tergendala sebab hal Nadiya tadi.

Syed Rayyan hanya mengeluh. Dah orang tak nak, nak buat macam manakan. Nadiya ni pun satu, dah tahu  Raed tak suka pergi lah cari orang lain.

 **********************

I miss you <3

            Radwa tersenyum membaca mesej Raed lewat petang tu. Rindukan dia sangat lah tu. Mesti tengah bosan. Selalunya Raed pergi lepak dekat rumah kawan baiknya, Syed Rayyan. Dia dah tak pergi kelab lagi, tu pun lepas merah telinga dia dengar bebalan Radwa pasal aktiviti malam dia dulu.


         - Sayangg, saya rindulah :(


            Mesej masuk lagi. Tak menyempat betul Raed ni. Mesej tadi pun belum dibalas lagi


           - Ye, saya tahu. Awak tak lepak dengan Ray ke malam ni?


           - Tak, bosan lah sayang. Esok jumpa nak?


           - Tak boleh. Esok saya ada date lah :p


           Terus Raed menghubungi Radwa. Langkah mayat dia dulu kalau nak keluar dengan laki lain.

            “Sayang curang dengan saya!”

            “As’salam Raed”.

             Raed mendengus. “W’salam, awak nak pergi mana esok?”

             Radwa tergelak. Raed cemburu! Tukar terus panggilan. Tak panggil sayang dah.

            “Saya ada hal sikit esok”.

            “Hal apa? Kenapa tak bagitahu saya?”

           “Adalah”. Sengaja dirahsiakan agenda esok. Asyik dia aje kena buli. Sekali sekala buli Raed tak salahkan.

            “Bagitahu lah saya. Sampai hati kan. Sekarang sayang macam dah tak sayang saya. Semua nak rahsia. Saya tak suka lah”.

             Raed merajuk. Sama aje. Macam budak kecil.

         “Alaah sayang saya ni. Asyik merajuk dengan saya aje kan. Nak kenakan sikit pun tak boleh. Saya nak pergi rumah Sinar Permata esok”.

            “Sinar Permata? Saya tak pernah dengar pun. Rumah siapa tu sayang?”

            “Rumah boyfriend nombor dua saya”.

            “Sayang! Sampai hati! Curang!”

         Tawa meletus. Raed mencebik tak puas hati. Tapi bukan boleh nampak pun, dia orang tengah cakap dalam telefon kan.

            “Rumah Sinar Permata tu rumah anak yatim lah sayang. Dah lama saya tak pergi melawat anak-anak dekat sana. Sebab tu tergerak hati nak pergi esok”.

            “Sengaja sayang ni. Suka buli sayakan”. Lega hati dia, nasib baik bukan rumah laki lain kalau tak memang esok ada yang tumpah darah ni.

            “Saya nak ikut sayang esok lah”. Dia nak teman Radwa esok, tujuan dia nak tengok cara gadis itu melayan kanak-kanak. Nanti senang dia nak jaga anak mereka. Haii, berangan jauh dah si Raed ni.

             “Ermm, ok. Pukul 8 esok awak ambil saya dekat rumah”. Memang pun rancangannya nak bawa Raed sekali. Kalau Raed tak nak ikut tadi memang akan dipaksa juga. Nasib baik dia yang rela ikut.

            “Awalnya sayang. Saya susah lah nak bangun pagi macam tu. Lambat sikit boleh?”

            “Tak boleh! Kalau tak, tak payah  ikut esok”.

            “Sayang ni kejam. Ye la, saya nak ikut. Tapi sayang kejutkan saya esok ok”.

            “Ok. Dah awak pergi tidur. Lambat pulak nak bangun esok”.

          “Ok sayang. Good night. Mimpikan saya malam ni. Love you sayang”. Tak sabarnya nak tunggu esok. Nak jumpa Radwa!

**********************

“Lin, macam mana eh?” Muka Azlin yang sedang ralit menonton televisyen dipandangnya.

              “Macam mana apa”. Muka Radwa tak dipandang. Masih tekun menonton.

            “Macam mana aku nak buat Raed pindah rumah parents dia balik?” Kepalanya digaru-garu. Pening memikirkan hal ni. Sekarang nak semakkan fikiran Love Sifu dia ni pulak.

             “Eh? Aku ingatkan dah settle. Bukan dia dengan kau ke sekarang?” Azlin memandang Radwa sekejap sebelum menonton balik. Cerita favourite lah katakan. Tak nak lepas tengok tu.

            “Memang lah, tapi aku tak pernah sentuh hal famili dia. Kau tahu kan macam mana hubungan dia orang. Tak berani lah aku”.

              “Aku pun mana tahu nak buat macam mana. Aku bukannya kenal sangat Raed dengan Datin Zara tu”.

            Bantal dicampak ke Azlin. Selamba aje kawannya itu. Kan dia dah cerita sebelum ni. Hilang ingatan apa?

             “Apa ni Wa. Jangan kacau aku tengok cerita ni lah. Kau tengok, hensem kan hero dia. Cair betul aku tengok dia ni. Kalau lah dia jadi pakwe aku, bestnya!”

               Aik? Hero korea? Sejak bila pulak Azlin ni minat laki jambu?

              “Jangan lah main-main Lin. Aku nak pertolongan kau sekarang. Kan dvd tu ada, kau pergi lah record dulu”.

            “Yela-yela, kejap. Masa-masa ni lah kau baru nak cari aku kan. Masa ada Raed aku dianak tirikan. Siapalah aku ni. Mana ada orang nak peduli. Masak pun tak reti, bergantung lagi hidup pada kau”. Azlin membebel sepanjang nak record cerita tu. Ada aje yang nak dirungutkan. Radwa pun malas nak kisah. Makin dilayan nanti makin panjang pulak rungutan dia ni.

            “Hah? Kenapa? Apa masalah kau sekarang? Cuba cerita”. Dia mengambil tempat duduk disebelah Radwa. Watak Love Sifu dah keluar.

            “Ada lagi seminggu aje lagi Lin. Anniversary parents Raed dah nak dekat. Tapi aku belum lagi buat Raed pindah balik rumah tu. Aku risau lah. Aku dah janji dengan mama dia kan”. Keluh Radwa. Dulu masalah nak tackle Raed, sekarang nak buat Raed pindah balik rumah parents dia pulak. Radwa, Radwa banyak sangat tanggungjawab kau.

            “Hubungan kau dengan Raed sekuat mana?”

            “Maksud kau?” Radwa memandang Azlin. Meminta penjelasan.

            “Dia marah tak kalau kau tipu dia lagi?”

          “Siapa tak marah kalau kena tipu Lin. Tapi aku tak nak lah tipu dia lagi kalau boleh. Dah banyak sangat kut aku tipu dia. Kalau rahsia aku simpan ni terbongkar aku takut dia tinggalkan aku aje nanti”.

             Azlin mengusap dagunya. Sedang berfikir.

            “Dia dah propose kau tak?” Dia baru teringat akan hal itu.

            “Belum lagi. Kenapa? Ada kaitan ke?”

            “Mestilah ada. Kalau belum senang sikit. Aku harap dalam seminggu ni dia propose kau lah ya. Tak pun kau kena tebalkan muka lah tanya dia”.

            “Huh? Tak nak lah aku. Kita tunggu aje lah dia”. Muka Radwa dah merah.

  Hish, segan sangat kawan aku ni. Rungut Azlin.

           “Tak boleh lah Wa. Masa dah tak lama. Kena juga dalam minggu ni”. Tekan Azlin. Benda serius ni, kata nak Raed pindah tadi. Tak kan benda mudah ni pun tak boleh buat.

          “Kau ni, suka buat macam ni. Rancangan semua tak pernah tak menyusahkan aku”. Rungut Radwa. Tak puas hati.

           “Eh? Kau nak ikut ke tak nak? Kalau tak nak tak apa. Kau terus kan lah fikir idea lain. Aku tak dapat nak bantu kau”. Azlin beralih duduk. Nak tengok balik cerita yang dia record tadi.

“Lin! Kau ni! Ye lah. Aku ikut. So, apa rancangan kau?” Radwa beralah lagi.

Azlin tersenyum. Nampak macam jahat juga lah. Apa aje lah rancangan kawan Radwa ni lagi. Kalau tak jadi tak tahu lah macam mana dengan Radwa nanti. Harap-harap lah berjaya.

1 comment:

Anonymous said...

makin mantap dh cter nie..
sambung lagi cik penulis..

-noorwieyl-

Kehidupan seorang penulis © 2014