Pages

Friday 11 January 2013

Pelindung Cinta 20

Friday 11 January 2013


. . .

Radwa membisikkan sesuatu ke telinga Shuib, seorang kanak-kanak rumah Sinar Permata. Kanak-kanak itu terus berlari ke arah Raed kemudian. Bunga ros merah tiga kuntum ditangannya diserahkan kepada Raed.

           Raed berkerut. Siapa pulak yang minat dekat aku ni? Adui, mesti Radwa jeles ni kang. Tapi nota kecil yang terselit di dalam jambangan kecil itu tetap dibaca.

            - For you sayang - Radwa -

Kemudian bibirnya mengukir senyuman. Tak habis-habis lagi surprise dari Radwa rupanya. Matanya melingas mencari sayangnya. Tak jumpa pun. Mana Radwa menghilang?

“Sayang, mana kak Radwa?”

 Budak itu hanya menjongket bahu. Tak tahu.

 Tiba-tiba tangannya terasa ditarik. Tangan kecil Shuib memegang tangannya. Ditarik untuk masuk ke dalam rumah. Ingat tadi budak tu dah lari ikut kawan-kawan dia yang lain. Datang sini balik rupanya.

“Jom abang. Kita masuk dalam sama-sama”.

“Ada apa ni? Kenapa ramai berkumpul dekat sini”. Dilihatnya kak Dini, Tasya dan budak-budak yang lain. Tapi mana Radwa?

“Ok. Hai sayang-sayang semua. Termasuk Raed sekali. Hari ni semua tahu birthday abang Raed kan. So akak ingat nak nyanyi something special untuk dia. Tapi jangan gelak ok”. Matanya dibulatkan, bagi peringatan awal-awal. Nanti tak lah malu sangat.

Raed yang duduk di sebelah Shuib, tergamam. Radwa nak nyanyi untuk dia? Sweetnya sayang aku hari ni. Dia tersenyum memandang Radwa. Betul-betul dah cair dengan Radwa hari ni. Pandai gadis tu mencuri hati dia.

Gitar yang dibawa tadi dipetik. Mata memandang Raed seketika. Tanpa suara mulutnya mengatakan... “Untuk awak sayang”. Lagu Realize dari Colbie Caillat kedengaran.

Take time to realize
That your warmth is
Crashing down on in

Take time to realize
That I am on your side
Didn't I, didn't I tell you

But I can't spell it out for you
You know it's never gonna be that simple
Thought I can't spell it out for you

If you just realize what I just realized
Then we'd be perfect for each other
And we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed out on each other now

Take time to realize
Oh-oh I'm on your side
Dindn't I, didn't I tell you

Take time to realize
Oh-oh I'm on your side
Oh

But I can't spell it out for you
You know it's never gonna be that simple
Thought I can't spell it out for you

If you just realize what I just realized
Then we'd be perfect for each other
And we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed out on each other now

It's not the same
No it's never the same
If you don't feel it too
If you meet me halfway
If you would meet me halfway
It could be the same for you

If you just realize what I just realized
Then we'd be perfect for each other
And we'll never find another
Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed out on each other now

Just realize what I just realized
We'd never have to wonder if we missed out each other now

We missed out on each other now..
Realize


Radwa membuka matanya. Tadi sepanjang lagu dia menutup mata, nak ambil feeling katakan. Kalau buka nanti tak sampai pulak. Lagi segan ada lah sebab Raed sedang tengok dia aje dari tadi.

Raed menepuk tangan. Kuat. Terharu sangat. Radwa dihampiri. Tangan gadis itu digenggam erat.

Thanks sayang. Thanks sebab hadir dalam hidup saya balik. I love you soo much, sayang”. Tangan Radwa dicium lembut. Lama.

 Radwa tersenyum. Kepala lelaki itu diusap lembut.

Wahhh, romantiknya abang Raed, kak Radwa. Tasya pun nak cari pakwe macam abang lah nanti”. Jerit Tasya. Suka sangat tengok kelakuan Raed tadi.

“Raed, segan lah. Apa lah cium tangan saya depan budak-budak ni. Tengok dia orang dah cakap apa”. Radwa mencebik. Tebal mukanya menahan segan. Makin ramai pulak budak yang berani mengusiknya.

Sorry sayang. Tadi pun sayang usap kepala saya kan. Kita jadi kosong-kosong ok”.

 Radwa mencebik. Asyik kena aje.

“Ok adik-adik semua. Sorry ya tadi buat drama pulak depan ni. Ok semua datang sini abang nak bagi hadiah. Siapa cepat dia dapat”. Terus kanak-kanak semua berlari ke Raed. Nak hadiah punya pasal.

 Radwa ketawa melihat tingkah mereka. Dia pun tak sangka Raed sempat membeli semua hadiah ni semalam. Bila entah dia pergi beli. Patut lah beria dia tanya berapa orang kanak-kanak penghuni Sinar Permata. Jumlah laki perempuan pun nak tahu.

 “Sayang jangan berebut. Semua dapat ok. Beratur dulu. Kalau tak abang Raed tak bagi. Beratur baik-baik semua”.

 Kanak-kanak semua mendengar kata. Sekejap aje dah ada jadi satu barisan. Sampai aje depan Raed semua kanak-kanak itu mencium pipi Raed. Tanda berterima kasih. Ada 23 budak di sana. So, Raed dapat 23 ciuman. Wah, untung dia. Ramai yang sayang.

“Sayang tak nak ke?” Tanyanya lepas budak terakhir dah berlalu pergi. Masih ada lebih satu hadiah lagi. Memang sengaja dibeli untuk Radwa.

“Nak!!”

“Ok, boleh”. Senyuman nakal Raed dah keluar. Pipinya ditunjuk.

“Awak kenapa?”

Kiss dulu. Semua yang ambil tadi kiss saya. Awak pun kena juga. Mana boleh ambil free aje”. Pipinya disuakan menunggu Radwa.

Pap!

“Sampai hati sayang tampar saya. Sakit lah. Mesti dah merah pipi saya ni”.

“Mana ada? Siapa suruh awak gatal sangat. Jangan harap nak saya kiss awak. Gatal!” Mengada aje lebih Raed. Mana kuat pun ditampar tadi. Bukan tampar sangat, setakat macam tepuk aje. Tak sakit lah. Tu lah siapa suruh gatal sangatkan.

Raed memuncungkan mulutnya. Tangan disilangkan. Nak merajuk.

Tapi Radwa buat bodoh. Terus melangkah pergi. Dah faham sangat dengan kerenah Raed ni.

           “Sampai hati sayang!” Jerit Raed. Radwa hanya tersenyum. Kejap aje rajuk Raed tu. Tak apa!

 ********************

“Ok semua. Jom solat berjemaah”. Semua kanak-kanak perempuan sudah siap memakai telekung masing-masing. Nampak comel semua.

            Agak lama juga mereka berdua berada di rumah Sinar Permata ni. Masing-masing seakan tak sanggup lagi nak balik. Gembira sangat menghabiskan masa bersama kanak-kanak yang riang ni. Radwa pulak banyak menghabiskan masa berborak dengan kak Dian. Dia serahkan semua kanak-kanak untuk dijaga oleh Raed. Tak bosan pulak laki tu layan semua kerenah mereka. Asyik ketawa lagi ada lah.

            Ruang tempat solat itu dah penuh. Bayang Raed dicari. Mana Raed ni? Tak akan dia uzur kut. Tadi zohor tak perasan pulak dia solat dengan siapa. Mungkin dengan budak-budak ni kut. Tak kan dia...

            “Shuib jadi imam malam ni ya. Semua dah ada ni”.

         “Eh? Tak apa. Biar saya yang jadi imam. Saya yang paling tua kan”. Raed baru masuk. Dibetulkan songkoknya.

          Masa lalu disebelah Radwa tadi dia sempat membisik.. “Sampai hati sayang tak tunggu saya”.

             “Ok semua, rapatkan saf. Allahu akbar”...

           Radwa solat khusyuk di belakang berimamkan lelaki kesayangannya. Tak sangka suara Raed semerdu ni semasa mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Berdosanya terasa sebab cakap macam tu tadi.

               Tamat solat, bacaan doa kedengaran sebelum mereka bersalaman.

         “Comel sayang pakai telekung. Mesti cantik kalau sayang saya ni pakai tudung kan”. Tersenyum dia memandang Radwa. Nampak polos sangat gadis ini dalam kain telekung dia.

              “Satu hari nanti Raed. Awak pun nampak seksi lah pakai baju melayu macam ni. Tergoda saya”. Dia tersenyum mengoda. Sengaja ingin menduga hati Raed. Dikenyitkan mata sebelum berlalu pergi.

            Raed terkedu. Dilekapkan tangan di dadanya. Kuatnya jantungnya berdegup. Radwa, Radwa suka sangat menduga hatinya macam tu.

*******************************

“Kak Dian, kami balik dulu lah ya. Dah lewat ni”.

           “Ok Radwa. Nanti datang lah lagi. Ajak Raed sekali. Budak-budak tu pun mesti suka nanti”.

            “Insyaallah kak Dian. Kalau nak datang nanti saya inform dulu”.

            Kak Dian memeluk Radwa. “Dia memang sesuai untuk Radwa”, bisiknya. Tak nak Raed pun dengar juga.

            Radwa hanya tersenyum mendengar. Dia tahu yang kak Dian pun suka dengan hubungan dia orang ni.

          Raed dan Radwa berlalu ke kereta. Nak bergerak pulag. Dah lewat sangat. Jam pun dah menunjukkan pukul 8 lebih.

            “Sayang saya nak pinjam masa awak kejap boleh?” Tanyanya masa mereka sedang dalam perjalanan pulang. Ada dalam 15 minit lagi nak sampai rumah gadis tu.

            “Pinjam masa? Buat apa?”

            “Nak pinjam dua jam sayang. Saya nak bawa sayang pergi satu tempat ni. Boleh tak?”

            “Ok, tapi dua jam aje ya. Saya dah penat sangat ni. Badan saya letih lah”.

            “Ok sayang. Sayang tidur lah dulu. Dah sampai nanti saya kejutkan”.

            Kot yang selalu ada tergantung di dalam keretanya diambil. Dipakaikan pada Radwa. Tak mahu gadis itu kesejukan. Dari tadi dia melihat Radwa menggigil-gigil. Sejuk mungkin. Air-cond pun dah diperlahankan.

            Raed memandang Radwa yang sedang terlena. Dah 10 minit dia tiba. Tapi tak sanggup nak mengejutkan Radwa. Dia nampak penat sangat, kesian pulak nak ganggu tidurnya. Pipi Radwa diusap sayang.

            Kakinya kemudian melangkah ke bonet kereta. Dibaringkan dirinya di situ. Nak ambil angin. Tempat ni memang dia selalu akan datang kalau dirinya perlukan ketenangan. Bukit yang tertinggi di Kuala Lumpur. Tak ramai pun yang tahu port ni.

            “Raed..”

            “Eh? Sayang dah bangun”. Dia tersenyum melihat gadis itu. Nampak mamai sangat.

            “Dah. Kenapa tak kejut saya. Dah lama ke sampai?”

          “Tak lah lama sangat. Sayang lena sangat tadi. Tak sanggup pulak saya nak kejutkan”. Anak rambut Radwa yang berselerakan dibetulkan. Sempat tangannya mengusap kepala Radwa.

            “Cantiknya!” Radwa melopong. Tak sangka akan melihat pemandangan begitu. Dia teruja.

           Raed tersenyum. Sudah menjangka reaksi macam tu. Dari bukit ni boleh nampak hampir seluruh bandar Kuala Lumpur. Sesiapa pun mesti akan suka. Masa mula-mula dia datang sini pun reaksi dia sama macam Radwa.

            “Sayang suka?”

            “Suka sangat. Pandai awak cari tempat ni Raed”.

         “Syukur awak suka. Tempat ni tempat saya tenangkan diri. Kalau saya ada masalah, memang sini saya datang. Jerit sorang-sorang. Nak kasih lepas semua masalah”.

              “Awak pernah bawa girl lain datang ke?”

            “Jangan pandang saya macam tu sayang. Awak orang pertama ok”. Hidung Radwa dipicit. Tak percaya saya lagi, kan dah kena.

             Radwa tersenyum. Comel!

            “Kenapa awak bawa saya datang sini malam ni?”

            “Ermm..Sebab saya nak tunjuk sayang tempat ni”.

          “Bila-bila pun bolehkan. Kenapa pilih malam ni?” Radwa duduk disebelah Raed. Sudah penat berdiri. Raed menolongnya.

           “Sebab hari ni hari yang saya rasa happy sangat-sangat. Semua sebab sayang. Buat surprise party untuk saya, bagi saya bunga ros, nyanyi untuk saya dan yang paling penting kenalkan saya dengan kanak-kanak rumah Sinar Permata”.

            Radwa tergelak manja. Semua tu memang dia dah rancang awal. Sebab tak tahu nak bagi Raed hadiah apa. Bila kak Dian call dia tiba-tiba satu hari ni, terus terlintas idea tu semua. Azlin pun tolong dia juga. Lagi pun, dia memang teringin nak bawa Raed kenal semua anak-anak tak bernasib baik itu. Nak buka mata dia.

            “Sebab sayang, saya dah sedar satu perkara malam ni. Beruntungnya saya sebab masih ada parents lagi. Sebab ikutkan rasa hati, saya keluar dari rumah. Saya yang masih ada ibu bapa ni tak appreciate dia orang langsung, sedangkan budak-budak yang tak ada tu mengharapkan sangat kehadiran orang tua dia orang. Bodohnya saya, sayang”. Sepanjang perjalanan tadi dia berfikir akan perkara ni. Terasa menyesal sangat. Kenapa lah terlambat sangat dia sedar semua ni. Keluhnya.

            “Tak apa sayang. Awak belum terlambat lagi. Masih sempat awak nak baik dengan mereka kan. Lagi pun, saya pun teringin nak jumpa parents awak”. Air mata Raed dilap dengan tangannya.

            “Sorry sayang. Saya janji nanti saya kenalkan ya. Saya tak nak sebab keras kepala saya, sayang saya ni tak merasa ada mertua pulak”.

            Radwa tersenyum. Akhirnya, Raed dah sedar. Dia terdiam lama. Air mata bergenang. Gembira sebab berjaya juga buka mata Raed. Mesti Datin Zara suka ni. Tunggu mama, tak lama lagi Raed balik...

            “Tak apa. Take your time. Bila anniversary parents awak?”

            Raed berfikir. Bila ya? Phone dikeluarkan. Nasib baik ada record dalam phone.

            “Lagi empat hari. Sayang lagi empat hari aje! Macam mana ni?” Raed mengelabah.

            “Kenapa?”

         “Saya kalau boleh nak sambut dengan parents saya nanti. Dah lama tak sambut macam dulu. Dulu saya yang aturkan majlis untuk mereka. Sayang, awak kena tolong saya”.  Berharap Radwa dapat membantunya. Dia sudah berazam untuk memohon kemaafan daripada mereka. Banyak dah kesalahan yang dia buat.

            “Ok sayang. Saya akan tolong awak. Awak jangan sedih lagi. Mesti parents awak akan terima maaf awak nanti. Senyum please untuk saya”.


              Raed memandang Radwa. Tangan gadis itu dari tadi digenggam. Nak meminjam semangat. Bersyukur sangat Radwa ada dengannya sekarang. Dia tersenyum akhirnya. Permulaan hari yang happy, berakhir juga dengan kegembiraan.

3 comments:

Anonymous said...

Yeah...finally,Raed sedar jgak...Misi Radwa nk bwk Raed balek jumpe parents akn berjaye...suke3...sweetnye Radwa n Raed...hihi..untungnye kalo dpt suami cam Raed...haha..tetibe berangan pulak..cant wait 4 next en3...
-nasira comel-

Anonymous said...

raed n radwa pasangan yg comel la...
sweet sgt2..
nk lagi cik penulis..

-noorwieyl-

Unknown said...

best.....sangat2.

Kehidupan seorang penulis © 2014