Pages

Saturday 12 January 2013

Pelindung Cinta 22

Saturday 12 January 2013


. . .

Seperti yang mereka dah janjikan semalam, hari ni Radwa dan Raed keluar menguruskan segala persiapan untuk majlis parents Raed. Banyak juga yang nak kena buat ni. Dah lama malam esok event dia. Ok, check list..

            1. Tempat
            2. Kek
           3. Tetamu
           4. Hadiah

           Adoi! Banyak lagi ni. Tapi satu pun belum ada lagi. Memang banyak kerjalah hari ni. Balik pun lambat nampaknya. Tapi tempat kira dah selesai kut, sebab dia orang nak buat dekat rumah aje. Tetamu? Ermm.. biar Raed lah yang uruskan.

 Ok, uruskan kek dulu. Raed dan Radwa masuk ke kedai KekeWorld, kedai yang memang agak femes dalam membuat kek fondant. Semua ni pun idea Radwa. Dia yang beria sangat nak kek yang boleh buat bentuk-bentuk. Macam tanah liat pun ada. Sempat juga lak mereka berbalah pendapat tadi.

        “Tak nak kek biasa lah Raed, saya nak kek fondant. Nak reka design dia sendiri”. Tangannya disilangkan. Tanda protes.

            “Tapi sama aje lah sayang. Cantik macam mana pun, nanti makan sama aje. Sekejap aje semua tu”.

           “Tak sama! Nanti ambil gambar mesti cantik. Awak mana tahu apa-apa, saya ni perempuan kalau boleh saya nak mama suka dengan design yang bakal saya buat nanti. Bosan lah kalau beli kek biasa aje”. Bibirnya mencebik. Simple minded lah Raed ni.

         Raed mengeluh. Betul lah, sampai bila-bila dia tak faham perempuan. Sebab kek pun, Radwa nak mogok dengan dia.

            “Ye lah sayang. Saya ikut awak aje ok. Lepas ni saya diam aje. Tak nak cakap apa-apa. Semua ikut idea sayang”. Gaya mengunci bibir dilakukan. Radwa tersenyum. Yeay!

               “Ok. Good boy!”

               Pintu kedai itu ditolak.

            “Welcome to KekeWorld”. Satu pelayan yang comel pakai apron berwarna light purple mengalukan kedatangan mereka. Lebar lagi senyuman dia orang, suka lah tu ada customer masuk.

            Wahh, heavennya. Kek yang berwarna-warni disusun cantik di satu rak kaca. Di bahagian lain pulak terdapat kek dengan bentuk yang bermacam. Sebut aje nak bentuk apa semua ada. Bentuk bola, princess, stage dengan orang main instrumen, gambar cartoon-cartoon dan macam-macam lagi lah. Berjaya juga lah buat mulut Radwa ni terlopong. Raed yang dekat sebelah dah geleng kepala. Macam budak-budak lah sayang. Rungut Raed.

             Radwa yang perasan dengan tingkah Raed menjelir lidah. Sibuk aje!

            “Nak order kek miss?”

             “Yeah, you all boleh design apa-apa bentuk ke?” Teruja Radwa ni bertanya. Dah memang dari dulu dia berangan nak masuk kedai kek ni. Tapi nak design untuk siapa pulak kan. Untuk diri sendiri, macam tak patut pulak. Tercapai juga impian dia ni sekarang.

            “Boleh, anything customer nak memang kita akan tolong buat. Miss nak design sendiri ke nak pilih mana-mana dari katalog kami?”

           “Nope, saya nak design sendiri kalau boleh. You tolong lukis kan”. Radwa tersenyum. Raed pulak dari tadi memandang sekeliling. Try nak faham kenapa lah Radwa ni suka sangat kek macam ni. Tapi agak comel lah. Tak sangka pula sayang dia suka benda-benda comel.

            “Ok, boleh. Kejap saya ambil buku. Before tu miss boleh pilih flavour kek yang miss nak”. Gadis itu mengamit seorang lagi pelayan lain untuk menghantarkan sampel kek.

            “Ok, miss duduk dekat sini dulu. Pilih flavour. Ada enam jenis rasa dekat kedai kami. Coklat, Vanilla, Red Velvet, Coffee, Blueberry dan Tiramisu. Enjoy!” Gadis itu tersenyum sebelum beredar.

               Yes! Masa ni lah yang ditunggu-tunggu. Cake time!

              “Sayang? Bukan tadi kita dah makan ke? Tak kenyang?”

             “Nope! Tengok kek ni buat saya jadi lapar balik”. Lebar senyuman dia menghadap kek-kek ni. Jom makan!

            Memang semua perempuan ada perut extra untuk dessertkan? Macam sayang dia ni.

            Radwa dan Raed merasa semua kek. Tapi Radwa lah yang paling excited, setiap kek kalau boleh dia nak habiskan. Raed dapat satu sudu aje. Raed menggeleng tengok. Hari ni banyak sangat perangai Radwa yang buat kepala dia tergeleng-geleng. Cukup lah Radwa nak bagi dia senaman muka. Tak larat dah rasanya.

 “Sayang dah lah tu. Banyak dah awak makan. Pelayan tu dah tengok lain macam aje”.

            Radwa melihat ke arah pelayan yang dimaksudkan. Dia hanya tersenyum. Dengan pegang kek lagi. Tak sopan betul. Bibir pun dah comot.

            “Sayang ni makan macam budak kecil lah. Cakap kita budak kecil, dia lagi lah. Makan pun comot. Sini”. Bibir Radwa dilap lembut dengan jarinya.

              Jari itu dibawa ke mulut.

             “Urmmm... Sedap!”. Raed tersenyum menggoda.

  Radwa memandang Raed. Bergetar dada dia semasa Raed menyentuh bibirnya tadi. Raed pun merasakan rasa yang sama. Pandangan bertaut lama. Raed nampak menggoda sangat. Radwa tergoda.

Miss? Dah buat pilihan?” Mereka dikejutkan dengan pertanyaan tiba-tiba itu. Radwa mengalih pandang. Cepat memandang ke arah orang yang bertanya. Panas terasa mukanya. Kenapa lah terbuat drama dekat kedai ni pulak.

 Kacau lah dia ni! Marah Raed.

Huh? Dah. Saya pilih tiga flavours lah. Sebab nak buat 3-tier kek”.

“Ok”. Gadis itu mencatat.. “ Miss nak yang mana?”

Urmm.. Red Velvet, Vanilla and Bluberry. Tak nak rasa dia kuat sangat macam Coklat dengan Tiramisu. Flavour ni lembut sikit rasa dia”.

“Raed ok tak pilihan saya?” Menoleh ke arah Raed. Haii, dengan phone lagi. Apa lah ada dalam tu. Mencurigakan betul!

“Raed?” Digoyangkan bahu laki itu kejap.

Huh? Kenapa sayang?” Raed terpinga-pinga.

“Ok tak saya pilih Red Velvet, Vanilla and Bluberry?”

“Ok sayang. Saya ikut aje, remember”. Dikuncinya mulut seperti tadi. Radwa mengetap bibirnya. Main-main aje Raed ni.

“Ok lah miss. Betul tiga flavours kek tu”. Kesian pulak Radwa dengan pelayan ni sebab dapat customer macam dia orang.

“Ok design dia pulak nak yang macam mana, bentuk?” Gadis itu dah sedia nak melukis.

Errm.. saya nak yang paling atas bentuk vase warna light coklat, dalam tu ada bunga orkid. Orkid hutan, warna putih. Make it real ok. Sebab yang tu unsur paling penting dalam kek ni. Ermm... yang middle pulak, buat macam bentuk briefcase dan untuk base bentuk empat segi. Just warna putih plain. Ada perkataan, Happy Anniversary Mama and Papa. We All Love You! Ok possible tak?”

Raed dah terlopong dekat situ. Tak sangka Radwa punya idea macam tu sekali. Kesian juga dia tengok gadis tu dari tadi melukis. Terkejar-kejar. Dia pun tak terfikir. Tapi bunga orkid? Macam mana Radwa tahu mama suka bunga orkid?

“Ok, boleh miss. Tapi bila nak?”

“Esok”.

“Huh? Ermm.. Biasanya kek macam ni kena order seminggu awal miss”. Pelayan tu hampir tak terkata tadi.

Alah, boleh lah. Esok event tu. Please...”. Raed disikunya. Nak minta pertolongan Raed pulak.

“Saya boleh bayar double kalau sempat siap esok”. Tawar Raed. Tak sampai hati pulak tengok Radwa berharap sangat macam tu.

Mata pelayan tu bersinar-sinar. Dapat double kut. Siapa yang nak kasi.

Senyuman Radwa dah melebar.

“Ok, saya try. Miss isi form ni dulu. Bagi alamat sekali. Esok kami hantar terus dekat tempat event tu berlangsung”. Akhirnya dia terima juga. Dapat double lagi, dia pun agak tak sampai hati nak kecewakan hati pelanggan dia ni.

“Ok, thanks”.

            Fuhh.. Lega. Selesai dah satu kerja. Ok. Next!

“Sayang, macam mana awak tahu mama suka bunga orkid?” Soal Raed semasa mereka baru sahaja keluar dari kedai kek tadi.

Radwa mengigit bibir. Alamak, apa nak jawab ni?

         "Erm. Saya.. Hah! Masa teman awak hari tu saya terperasan dekat rumah awak ada rumah orkid. So, saya buat assumption yang mama awak mesti peminat orkid. Betul tak?" Nasib baik sempat fikir jawapan yang agak logik untuk Raed.

            “Ohh...Pandai sayang saya ni. Memang mama suka sangat dengan orkid. Mana-mana dia pergi mesti cari bunga tu. Lepas ni nak buat apa pulak sayang?”

            “Hadiah!”

*************************

“Raed dah lenguh lah kaki saya dari tadi. Tak akan tak ada satu pun yang awak minat nak jadikan hadiah?” Radwa berjalan menuju ke satu bangku. Sakit dah kakinya akibat banyak berjalan hari ni.

                “Sayang. Sorry. Tapi tak ada lah. Sakit ke kaki?”

            “Ermmm...”. Kasut ditanggalkan. Sakit lah pakai high heel. Kenapa orang lain pakai selamba aje eh? Tak sakit ke?

            “Kesian sayang saya ni. Dah lah esok nak pakai tenaga lagi teman saya hias majlis. Sorry sayang. Meh sini saya tolong”. Dicapainya kaki Radwa. Dia mengurut perlahan. Nak mengurangkan kesakitan.

            Dada Radwa berdebar-debar lagi. Aduhai, hati jangan lah macam ni. Kalau selalu macam ni, petanda kena kahwin cepat lah nampaknya. Raed pun dah pandang senyum menggoda padanya. Mana lah jantung tak berdegup kencang.

            “Dah kurang sikit sakit tak sayang?”

            “Dah..dah”. Ditarik kakinya menjauhi tangan Raed. Segan dengan kelakuan lelaki itu. Dah lah ramai yang tengok tadi.

             “Ok. Lega hati saya. Nak rehat kejap ke nak teruskan. Dah pukul 5 ni”. Jam dilihat.

             “Cari terus lah Raed. Tapi nak cari apa eh?”

             Raed ketawa. Tempat kosong disebelah Radwa didudukinya.

             “Betul juga kan. Tak guna juga jalan kalau tak tahu apa nak beli. Sayang ada idea tak?”

  “Jewel untuk mama?”

     Raed berkerut. Macam tak sesuai aje.

           “Then, papa nak bagi apa?” Tak kan nak bagi mama aje kan, fikir Raed. Raed duduk bersandar. Tangannya diletakkan di atas bangku tempat Radwa bersandar.

            Hish, Raed ni. Nak juga letak tangan atas tu. Nampak macam tengah peluk aku pulak. Rungut Radwa.

            “Sayang? Dah terbang sampai mana ni? Saya panggil tak dengar”. Pipi Radwa dicuitnya.

            “Mana ada. Tengah fikir ni... Hah! Baju batik! Beli corak sama untuk mama dengan papa. Ok tak?”

            “Menarik juga tu sayang. Pandai sayang saya ni. Nanti kan sayang, kita pun patut beli juga. Dah alang-alang cari ni, boleh cari untuk kita sekali, boleh pakai masa majlis nanti”.

            “Serius ni Raed? Tak payah lah kut”.

            “Kenapa pulak tak nak. Kena lah sayang. Kalau tak, maknanya sayang tak sayang saya”.

            “Saya sayang awak lah. Tapi segan”.

          “Segan? Pakai baju sama pun segan. Sayang ni, patut bangga sebab berdamping dengan saya yang hensem ni malam esok. Lagi satu, kalau orang tengok baju kita pun orang dah tahu yang kita ni couple. Tak ada lah orang berani nak mengusik sayang saya ni”. Panjang betul hujah Raed. Semata-mata nak Radwa pakai baju sama dengan dia.

            “Ok tapi tak nak batik ya”. Radwa beralah. Dia tak nak batik sebab tahu kain tu mahal. Tak nak lah Raed berbelanja lebih sebab dia.

            “Ok sayang. Jom masuk butik depan tu. Nampak macam cantik semua baju dia. Tengok baju yang patung tu pakai. Kalau sayang pakai mesti lagi cantik”. Tangan Radwa ditarik. Laju langkahnya. Radwa pun terpaksa langkah laju juga. Dah tangan dia dalam genggaman laki itu, kena lah ikut rentak Raed.

            “Biru ke coklat sayang? Saya rasa dua-dua cantik”. Kedua-dua baju tu Radwa pandang lama. Memang dua-dua cantik, tapi corak yang satu tu agak padat. Tak sesuai untuk orang berusia.

              “Raed yang coklat ni lah. Warna dia saya suka lah. Nampak mewah pun ada juga. Biru ni corak dia padat. Tak sesuai dengan parents awak nanti”.

             “Ok sayang. Saya ikut awak. Baju patung tadi saya belikan untuk awak ya. Jom pilih baju saya pulak. Cari yang sama warna dengan baju tadi”.

             Radwa mencari. Rasa malu pun ada juga. Baju tadi tu mahal. Ada ke untuk majlis satu hari aje nak beli baju mahal macam tu. Nak cakap tak, takut Raed pulak yang terasa.

            “Sayang, saya tak nak warna lain. Sama warna macam sayang tadi. Grey”. Tegur Raed bila perasan yang gadis tu membelek baju warna lain.

             “Ye Raed. Tapi baju ni pun cantik lah”. Raed menghampiri. Baju yang dipegang Radwa diperhatikan. Not bad, cantik juga.

            “Miss baju corak ni ada warna grey tak? Sayang saya ni minat dengan baju ni pulak”. Dikerlingnya Radwa.

            “Ada encik. Nak ke?”

            “Haah. Saya ambil ni, sekali dengan yang tadi”. Merujuk pada baju yang dijadikan display tadi.
            Radwa hanya mengeluh. Baju tu memang cantik. Tapi mahal, tu aje masalah utama dia. Kalau nak harapkan dia yang beli, memang tak akan lah kut. Gaji dia yang bulan-bulan tu pun bukannya banyak mana. Tapi Raed dah buat keputusan, siapa lah dia nak menghalangkan.

            “Ok lah sayang. Jom balik. Dah penat sayang saya ni berjalan satu hari. Kesian dia”. Jari Radwa digenggam balik. Takut gadis tu hilang kononnya.

 ********************

“Esok saya datang jemput sayang”. Dia orang dah sampai di hadapan rumah sewa Radwa.

            “Ok Raed. Awak hati-hati balik nanti. Esok kita jumpa lagi”. Pintu kereta dibuka. Matanya dah berat. Hanya ternampak bayang katil aje sekarang.

            “Nanti lah dulu lah sayang”. Raed keluar. Menuju ke arah Radwa yang sedang membuka pagar.

            “Nak apa lagi Raed. Tengok mata saya ni. Dah tak boleh buka dah. Penat! Mengantuk sangat dah ni”

            “Ok lah, sayang masuk tidur dulu. Jangan lupa solat dulu”. Dahi Radwa dicium lama. Ambil kesempatan sementara Radwa sedang mamai ni.

               Mata Radwa membulat. Terkejut!

            “Raed! Gatalnya awak!” Tak sempat dia nak pukul laki itu dia dah berlari masuk kereta. Raed tertawa. Matanya dikenyitkan sebelum bergerak pergi.

            Radwa? Masih terkaku di depan pagar. Dahinya disentuh. Jantungnya dup dup dup. Aku memang dah patut kahwin lah..


2 comments:

Anonymous said...

hahaha...a'ah..memang raed n radwa dh ptt kawin...
sweet couple sgt la dia orang ni..

-noorwieyl-

Anonymous said...

x sbr nk tau sambungn cite ni.... so sweetttt...

Kehidupan seorang penulis © 2014