. . .
“Dah sampai! Bestnya,
first time aku datang sini”. Sengaja
didepakan tangan, pandangan pelik orang lain dia tak ambil kisah pun. Lantak
lah, macam kau orang tak pernah jakun kan.
“First time?”
“Ye lah,
kenapa? Pelik ke?”
“Pelik
lah kut. Selama tiga tahun kau dekat UKM tu ni first time datang?”
“Ye-ye..
First time. Kau nak berapa kali aku
ulang ni, nak aku pergi buat announcement
tak?” Geram pulak dengan si Dila ni. Berapa kali entah nak ulang pertanyaan
sama.
Yang
lain dah gelak, kelakar sangat lah tu tengok pertengkaran Naural dengan Dila
ni. Tapi tak tahu lah part yang mana
kan.
“Sebelum
ni kau selalu pergi mana?”
“Kajang.
Aku malas sikit bab nak keluar ni Dila, sebab nanti mesti aku blur. Tak tahu nak buat apa. Nak makan
apa”.
“Laarhh. Kau ni dah tahap kesian kuasa
dua ni. Ok lah jom, kita terus pergi main bowling
lah. Memang tu tujuan asalnya kan”.
Naural
sempat buat muka tadi. Ada ke cakap aku ni kesian kuasa dua. Tak ada lah teruk
sangat kan? Tapi rasanya memang teruk kut kes Naural ni, apa lah yang ada dekat
Kajang tu. Tak mencabar langsung lah hidup dia ni.
Ohh...tak mencabar ya? Tak apa, tunggu.
Nanti dia akan buktikan yang dia ni mampu sahut apa-apa aje cabaran ok!
******
“Ada game lah
hari ni lah. Nak join tak?”
Yang
lain tak kisah, dia boleh on aje
apa-apa. Nak join boleh, nak buat game sendiri pun boleh. Tapi macam biasa
lah, yang kalah belanja makan.
“Kita join lah ok. Jom kena daftar dekat
kaunter tu dulu”. Disebabkan memang yang lain diam aje, serahkan semuanya pada
dia, Dila apa lagi. Dia terus lah bertindak jadi ketua. Boleh dera dia orang ni
nanti kan. Yes!
“Kak
macam mana nak daftar untuk join game
tu?” Dia selaku ketua yang berjaya dengan yakinnya bertanya.
“Yang tu
adik kena isi form ni dulu”.
“Ohh..ok”. Borang yang diberi tu diisi.
Ahli kumpulan dia yang lain semua tengah sibuk sarung, test-test kasut. Apa lah dia orang ni tak membantu aku kan. Kesian
betul jadi ketua, ingatkan aku boleh buli dia orang tapi ni belum apa-apa dah
kena buli. Sedihnya...
“Ok dah
kak. Lepas tu dah boleh masuk ke? Tak ada syarat apa-apa lagi?”
Lama akak
tu baca, melihat, kaji dan analisis borang yang dah berisi tu. Sebelum matanya
kembali mengarah ke arah Dila kemudian geng Dila yang lain.
“Awak
datang enam orang ya?”
“Yup-yup. Boleh tak kak? Dah ada enam
orang ni boleh bentuk satu kumpulan rasanya”.
“Ermm..tak boleh lah dik”. Macam teragak
aje akak ni bagitahu. Kenapa pulak tak boleh ni?
“Kenapa
pulak tak boleh tak? Tak cukup orang ke atau tempat semua dah penuh?” Tadi dia
perhati macam ada aje yang kosong.
“Bukan
lah, tempat ada lagi. Awak pun tak ada masalah tak cukup orang, tapi terlebih
sebenarnya”.
“Hah? Terlebih?” Dia nak berapa orang
sebenarnya ni kak?” Dila garu kepala. Macam leceh aje semua ni.
“Satu
kumpulan kena lima orang aje. Kalau adik nak ikut seorang tu kena berpecah lah join kumpulan lain. Boleh tak?”
“Hah? Berpecah pulak?”
“Haah dik. Boleh tak?”
Berat
juga ni. Sampai kena berpecah. Fikir...Fikir...Ada alternatif lain tak?
“Kalau
tak nak join game, rasanya ada tempat
tak untuk kami main?”
“Tak
boleh dik, tempat ni semua dah booked
untuk game hari ni. Memang hari ni
tak ada aktiviti lain melainkan game
ni aje. Kalau nak main terpaksa join
juga lah”.
Adoi! Susah betul lah. Ada juga tempat
macam ni. Kenapa sebelum ni dia pergi tak ada masalah pun.
“Erm.. kejap ya
kak saya bincang dengan yang lain dulu”. Dia tersenyum sebelum mendekati kawan
yang lain. Tak sampai hati lah pulak nak cakap, semua nampak macam tak sabar
aje nak main. Nak bagitahu ke tak nak ni?
“Girls, kejap
ada masalah ni”.
Semua dah pandang ke arah Dila. Masalah apa? Pelik juga
ni, tapi Naural rileks aje, dia masih
tengah cuba kasut lagi. Tak ambil kisah pun apa yang Dila nak cakap, sebab dia
tahu Dila ni boleh selesaikan lah.
“Satu group lima
orang aje, kalau nak main juga seorang kena pecah masuk kumpulan lain”.
“Hah? Tak kan
lah sampai kena berpecah ni”.
“Kena lah, aku dah pujuk akak tu. Tapi still tak jalan. Dia cakap tak adil lah,
ni peraturan lah, malas dah aku nak pergi pujuk. So sekarang ni keputusan terletak dekat tangan kau orang. Nak join ke pergi tempat lain aje?”
“Kalau
macam tu tak payah lah main, kita pergi tengok movie aje lah Dila”. Memang tak ada yang setuju pun, dengan idea
berpecah tu.
“Eh kau orang, jangan lah macam ni. Jom
lah kita main”. Naural main peranan pulak.
“Tak
boleh lah Naural, kesian sesiapa yang kena berpecah tu nanti. Kita tengok movie lah”. Dila guna kuasa sebagai
ketua dah keluar arahan.
“Larrh, kenapa nak tengok movie pulak. Kita datang sini kan nak
main bowling. Nak release tension. Nanti kalau dapat
cerita apa-apa nanti makin tension pulak.
Berbaloi ke dengan harga tiket tu?”
Semua
buat gaya berfikir. Dah lah lama. Sampai akak dekat kaunter tu pun dah
jeling-jeling. Dia orang ni nak join
ke tak? Game dah nak start ni.
“Join aje lah Dila. Kau tak payah
pening-pening. Biar aku aje yang pecah, pergi join group lain ok. Tak payah nak muka blur tu. Tak comel langsung”.
Yang
lain dah ketawa. Memang kelakar lah kalau dapat tengok muka Dila sekarang ni.
“Tak apa
ke Naural? Dah lah kau tak biasa dengan tempat ni, tak kan nak biarkan kau yang
join group lain”.
Gelak
semua mati. Haah jugakan. Kesian si
Naural ni, tapi dia tak kisah kut.
“Tak ada
maknanya Dila, bukan aku nak pergi mana pun. Game tu pun dekat sini aje kan. Tak payah risau lah, aku bukan
budak-budak ok”. Kaki Naural menapak ke arah kaunter. Kesian pulak dengan akak
ni. Dari tadi menunggu jawapan dari dia orang.
“Kak,
set kita orang join game ni. Saya
kena masuk group mana?” Bukan main
semangat Naural tanya. Sengaja nak bagi Dila nampak yang dia tak ada masalah
pun nak join group lain.
“Awak
masuk group laki tu boleh? Dia orang
aje yang tak cukup orang”.
Naural
telan liur.
“Group laki kak?
“Yup, boleh tak?”
“Ermm.. Boleh lah kak, tak kisah lah
janji dapat main”. Dia tersenyum kecil. Agak payah lah. Kenapa lah dalam
banyak-banyak group dekat sini group laki juga yang aku kena join. Kepala digarukan. Nak tarik diri
macam tak patutkan.
******
“Hai..”
“Hah?” Semua blur. Ye lah tiba-tiba aje kena tegurkan.
“Kau
orang, group yang tak cukup orang tu
kan? Saya nak join boleh?” Dalam satu
nafas dia cakap. Takut wei, bukan
takut tapi segan? Entah lah.
“Erm..join lah sekali. Memang tak cukup
orang pun”. Naural tersenyum. Suka lah tu sebab dapat main. Dah lama dia tak
main kut. Nasib baik dia orang ni nampak macam tak kisah aje. Tapi dia pulak?
Kisah tak?
Baru
Naural nak duduk dia baru perasan lelaki bertopi tu pun ada. Dia ni nak main games juga ke? Kalau pakai gaya topi
macam tu boleh nampak ke nanti? Tak sangka pulak dia orang ni satu group.
“Hai..kita
jumpa lagi”.
Denyutan
jantung Naural dah berdetak lain. Haihh..dengar
suara dia pun dah bagi kesan teruk macam ni dekat aku. Kalau tengok muka dia
nanti macam mana lah kan? Mesti pengsan terus ni.
“Hai, thanks. Nak jaket?” Tempat duduk sebelah
laki tu diambil. Jodoh dia orang ni kuat ke? Asyik jumpa aje.
Dia
tertawa. Memang serius, gaya Naural ni menawan hati dia. Sentiasa comel, tapi
kenapa entah tiap kali jumpa dia mesti hal jaket tu juga yang nak dicakapkan.
Apa dah tak ada topik lain ke sayang?..
“Awak
ada bawa ke?”
Naural
tersengih. Memang dia tak bawa pun, tapi tu lah tiap kali nampak dia mesti hal
jaket tu juga yang jadi topik. Laki bertopi dan jaket? Dah sebati kut dalam
diri dia. Sebati? Hah Naural...dalam
hati dah ada bertaman-taman ke?
“Tak”.
Naural tertawa kecil. Sedar salah dia.
Ketawa
Naural, buat laki terpegun. Comelnya dia. Ketawa dia. Boleh tak nak hentikan
masa sekarang? Bukan selalu dapat dengar gelak Naural.
“Nanti
saya bawa ba..”. Dia terdiam. Baru sedar sekarang ni tumpuan laki tu 111.11%
pada dia. Muka dia memerah. Segannya. Mana pernah ada orang tenung dia macam
tu. Walaupun muka laki ni dah ditutup dengan topi dia tahu yang pandang mata
laki tu ralit pada dia.
Naural
telan liur. Dah makin gelisah. Nak pandang laki tu pun macam tak berguna aje.
Sebab? Dia pakai topi kan, mana boleh nampak muka dia. Naural hanya mampu
pandang bawah. Ke arah lantai lah. Kaki dia dah mula bergerak-gerak. Tak tahu
nak buat apa sangat lah tu.
Laki tu
tersenyum. Comel sangat telatah Naural ni. Untung betul dia hari ni sebab dapat
jumpa Naural lagi.
“Dah
lah, tak payah pandang lantai tu. Bukannya cantik sangat pun. Kotor ada lah”.
Sengaja nak alih perhatian Naural dari terus pandang lantai. Takut karang ada
yang tak balik sebab tekun sangat kaji lantai tu.
“Hah?” Terus mukanya didongakkan.
“Dah tak
payah tengok lantai kotor tu. Baik tengok saya aje kan bagus”.
“Tapi
sama aje”. Perlahan aje suara Naural ni. Malu lagi lah tu.
“Apa
yang sama? Awak nak cakap saya kotor lah ni?”
“Bukan
lah, kalau pandang awak pun bukannya boleh nampak muka. Nampak topi aje, kalau
cakap pun rasa macam cakap dengan topi. Lebih baik tengok lantai ni”.
Laki tu
tertawa. Comel lah awak sayang.
“Tu sama
maksud dengan awak nak tengok muka saya ke?”
“Erm..ye kut. Saya tak suka lah cakap tak
tengok muka ni. Rasa macam cakap dengan alien
aje”. Mulut dicebikkan.
Dia
ketawa lagi. Aku ada cakap benda lawak tadi ke? Macam tak kena aje punchline dia. Kalau dari tadi dia ni gelak,
boleh lah aku buat show sendiri kan. Wahh..boleh kaya ni. Kejap ya kita bagi
peluang si Naural ni nak merapu kejap, ada ke patut masa macam ni juga dia
pilih nak fikir pasal show lah apa
lah.
“Dari
cara awak cakap macam pernah jumpa alien
aje. Pernah jumpa ke?”
“Pernah
lah juga, ada lah beberapa kali”. Sengaja nak bangga lah tu. Tapi betul ke
pernah? Macam nak cakap besar aje Naural ni.
“Really? Dekat mana?”
“Dalam
hujan, dalam kereta, dekat padang and
lastly dekat sini”.
“Hah?” Kalau Naural boleh nampak lah kan,
sebenarnya sekarang ni muka laki tu memang tengah blur habis.
“Serius?
Banyak macam tu? Dalam bentuk apa ni? Saya tak pernah jumpa pun”.
Naural
geleng kepala. Apa lambat sangat laki ni. Ayat mudah macam tu pun tak faham ke?
“Dalam
bentuk orang lah? Bukannya dia pelik pun. Ada aje dua mata, telinga. Tapi dia
pernah bagi saya jaket sebelum ni. Wangi lagi”. Sempat Naural bagi satu lagi hint. Harap dia ni faham lah. Aku dah
kehabisan idea ni.
Lama
laki tu diam. Naural dah jadi takut. Tu lah masa nak kenakan dia tadi tak fikir
pulak kan. Masa ni baru nak takut. Memang betul lah dia jenis yang bertindak
dulu, apa-apa yang lain letak tepi.
Bila
terdengarkan tawa laki tu dia mendongak. Dia ketawa? So dia tak marah lah kan?
“Saya lah
tu kan? Alien tu saya?” Haiih, lambat betul otak aku ni nak
proses. Ni mesti sebab Naural ni. Kalau gadis ni ada depan dia memang lambat
sikit otak dia ni bekerja.
“Ha..haah”.
“Pandai
lah awak kan”. Hidung gadis tu dicuit, kemudian dia sambung gelak. Geng dia
yang lain dah pandang. Apa lah yang dia orang ni borakkan? Dari tadi asyik
gelak aje kawan dia ni. Angau apa?
Naural
terkedu! Apa dah jadi tadi? Hidungnya disentuh. Lama dia terkaku. Dengar gelak
dia lagi lah buat dia makin kaku.
Dup dup dup...
Ohh...jantung jangan lah dengup kuat
sangat. Kalau dia dengar nanti macam mana? Tolong lah kesiankan tuanmu ni.
“Saya
boleh aje nak buka topi ni?” Lepas agak lama dia gelak baru dia mampu bercakap
balik.
Naural
hanya diam. Tunggu aje apa yang dia nak cakap. Lagi pun lidah dia kelu kut. Dah
tak boleh nak cakap lepas kena cuit tadi, jantung dia pun macam buat hal ni.
Aturan nafas dah lain. Apa dah jadi dengan aku?
Muka
laki tu makin dekat. Tapi Naural tak mampu menjauh, dia dah terkaku kan. Apa
yang dia boleh buat hanya membulatkan mata. Lagi dekat, lagi bulat. Bila dah
rapat sangat, dalam beberapa inci baru dia berhenti rapat.
“Jadi girlfriend saya dulu”.
Degupan
jantung Naura terasa terhenti. Seksinya suara dia. Tapi...jadi girlfriend dia?
4 comments:
arhhhh!!!!!!!!!!! naural kene jd girl laki bertopi 2 dlu bru die bukak topi die......
naural, tolong lah trima
aq nk sgt tau sape laki 2
kak tyra!!!!suka sgt...
xsbr nk tau apa jd pd naural n laki misteri tu!!!!
naural,terima laki tu...
bru kite tau sapa dia tu..
sambung kak...
-noorwieyl a.k.a noor-
aargghhh! me melting! rasa terpesona dengan lelaki-bertopi-dan-berjaket
-miya
ala bru perasan ade bab 8...alamak!!! sape laki bertopi tu?so misterious...ape??naural kene jadi gf laki tu,baru dia nk bukak topi...aduii..sape dia ye..naural jgn terima dia...naural hanye utk Luth!!!hihi..tetibe lak..tapikan akak..kite cam dpt rase yg laki bertopi tu cam Luth la..hihi
-nasira comel-
Post a Comment