Pages

Wednesday 23 January 2013

Love Riddles 08

Wednesday 23 January 2013
. . .


“Dah sampai! Bestnya, first time aku datang sini”. Sengaja didepakan tangan, pandangan pelik orang lain dia tak ambil kisah pun. Lantak lah, macam kau orang tak pernah jakun kan.

            “First time?”

            “Ye lah, kenapa? Pelik ke?”

            “Pelik lah kut. Selama tiga tahun kau dekat UKM tu ni first time datang?”

          “Ye-ye.. First time. Kau nak berapa kali aku ulang ni, nak aku pergi buat announcement tak?” Geram pulak dengan si Dila ni. Berapa kali entah nak ulang pertanyaan sama.

            Yang lain dah gelak, kelakar sangat lah tu tengok pertengkaran Naural dengan Dila ni. Tapi tak tahu lah part yang mana kan.

            “Sebelum ni kau selalu pergi mana?”

            “Kajang. Aku malas sikit bab nak keluar ni Dila, sebab nanti mesti aku blur. Tak tahu nak buat apa. Nak makan apa”.

            “Laarhh. Kau ni dah tahap kesian kuasa dua ni. Ok lah jom, kita terus pergi main bowling lah. Memang tu tujuan asalnya kan”.

            Naural sempat buat muka tadi. Ada ke cakap aku ni kesian kuasa dua. Tak ada lah teruk sangat kan? Tapi rasanya memang teruk kut kes Naural ni, apa lah yang ada dekat Kajang tu. Tak mencabar langsung lah hidup dia ni.

           Ohh...tak mencabar ya? Tak apa, tunggu. Nanti dia akan buktikan yang dia ni mampu sahut apa-apa aje cabaran ok!

******

“Ada game lah hari ni lah. Nak join tak?”

            Yang lain tak kisah, dia boleh on aje apa-apa. Nak join boleh, nak buat game sendiri pun boleh. Tapi macam biasa lah, yang kalah belanja makan.

            “Kita join lah ok. Jom kena daftar dekat kaunter tu dulu”. Disebabkan memang yang lain diam aje, serahkan semuanya pada dia, Dila apa lagi. Dia terus lah bertindak jadi ketua. Boleh dera dia orang ni nanti kan. Yes!

            “Kak macam mana nak daftar untuk join game tu?” Dia selaku ketua yang berjaya dengan yakinnya bertanya.

            “Yang tu adik kena isi form ni dulu”.

         “Ohh..ok”. Borang yang diberi tu diisi. Ahli kumpulan dia yang lain semua tengah sibuk sarung, test-test kasut. Apa lah dia orang ni tak membantu aku kan. Kesian betul jadi ketua, ingatkan aku boleh buli dia orang tapi ni belum apa-apa dah kena buli. Sedihnya...

            “Ok dah kak. Lepas tu dah boleh masuk ke? Tak ada syarat apa-apa lagi?”

            Lama akak tu baca, melihat, kaji dan analisis borang yang dah berisi tu. Sebelum matanya kembali mengarah ke arah Dila kemudian geng Dila yang lain.

            “Awak datang enam orang ya?”

            “Yup-yup. Boleh tak kak? Dah ada enam orang ni boleh bentuk satu kumpulan rasanya”.

            “Ermm..tak boleh lah dik”. Macam teragak aje akak ni bagitahu. Kenapa pulak tak boleh ni?

            “Kenapa pulak tak boleh tak? Tak cukup orang ke atau tempat semua dah penuh?” Tadi dia perhati macam ada aje yang kosong.

         “Bukan lah, tempat ada lagi. Awak pun tak ada masalah tak cukup orang, tapi terlebih sebenarnya”.

           “Hah? Terlebih?” Dia nak berapa orang sebenarnya ni kak?” Dila garu kepala. Macam leceh aje semua ni.

           “Satu kumpulan kena lima orang aje. Kalau adik nak ikut seorang tu kena berpecah lah join kumpulan lain. Boleh tak?”

            “Hah? Berpecah pulak?”

            “Haah dik. Boleh tak?”

            Berat juga ni. Sampai kena berpecah. Fikir...Fikir...Ada alternatif lain tak?

            “Kalau tak nak join game, rasanya ada tempat tak untuk kami main?”

          “Tak boleh dik, tempat ni semua dah booked untuk game hari ni. Memang hari ni tak ada aktiviti lain melainkan game ni aje. Kalau nak main terpaksa join juga lah”.
         Adoi! Susah betul lah. Ada juga tempat macam ni. Kenapa sebelum ni dia pergi tak ada masalah pun.

Erm.. kejap ya kak saya bincang dengan yang lain dulu”. Dia tersenyum sebelum mendekati kawan yang lain. Tak sampai hati lah pulak nak cakap, semua nampak macam tak sabar aje nak main. Nak bagitahu ke tak nak ni?

Girls, kejap ada masalah ni”.

Semua dah pandang ke arah Dila. Masalah apa? Pelik juga ni, tapi Naural rileks aje, dia masih tengah cuba kasut lagi. Tak ambil kisah pun apa yang Dila nak cakap, sebab dia tahu Dila ni boleh selesaikan lah.

“Satu group lima orang aje, kalau nak main juga seorang kena pecah masuk kumpulan lain”.

Hah? Tak kan lah sampai kena berpecah ni”.

“Kena lah, aku dah pujuk akak tu. Tapi still tak jalan. Dia cakap tak adil lah, ni peraturan lah, malas dah aku nak pergi pujuk. So sekarang ni keputusan terletak dekat tangan kau orang. Nak join ke pergi tempat lain aje?”

         “Kalau macam tu tak payah lah main, kita pergi tengok movie aje lah Dila”. Memang tak ada yang setuju pun, dengan idea berpecah tu.

          “Eh kau orang, jangan lah macam ni. Jom lah kita main”. Naural main peranan pulak.

         “Tak boleh lah Naural, kesian sesiapa yang kena berpecah tu nanti. Kita tengok movie lah”. Dila guna kuasa sebagai ketua dah keluar arahan.

          “Larrh, kenapa nak tengok movie pulak. Kita datang sini kan nak main bowling. Nak release tension. Nanti kalau dapat cerita apa-apa nanti makin tension pulak. Berbaloi ke dengan harga tiket tu?”

          Semua buat gaya berfikir. Dah lah lama. Sampai akak dekat kaunter tu pun dah jeling-jeling. Dia orang ni nak join ke tak? Game dah nak start ni.

            “Join aje lah Dila. Kau tak payah pening-pening. Biar aku aje yang pecah, pergi join group lain ok. Tak payah nak muka blur tu. Tak comel langsung”.

            Yang lain dah ketawa. Memang kelakar lah kalau dapat tengok muka Dila sekarang ni.

           “Tak apa ke Naural? Dah lah kau tak biasa dengan tempat ni, tak kan nak biarkan kau yang join group lain”.

            Gelak semua mati. Haah jugakan. Kesian si Naural ni, tapi dia tak kisah kut.

           “Tak ada maknanya Dila, bukan aku nak pergi mana pun. Game tu pun dekat sini aje kan. Tak payah risau lah, aku bukan budak-budak ok”. Kaki Naural menapak ke arah kaunter. Kesian pulak dengan akak ni. Dari tadi menunggu jawapan dari dia orang.

            “Kak, set kita orang join game ni. Saya kena masuk group mana?” Bukan main semangat Naural tanya. Sengaja nak bagi Dila nampak yang dia tak ada masalah pun nak join group lain.

           “Awak masuk group laki tu boleh? Dia orang aje yang tak cukup orang”.

            Naural telan liur.

            “Group laki kak?

            “Yup, boleh tak?”

          “Ermm.. Boleh lah kak, tak kisah lah janji dapat main”. Dia tersenyum kecil. Agak payah lah. Kenapa lah dalam banyak-banyak group dekat sini group laki juga yang aku kena join. Kepala digarukan. Nak tarik diri macam tak patutkan.
           
******

“Hai..”

            “Hah?” Semua blur. Ye lah tiba-tiba aje kena tegurkan.

            “Kau orang, group yang tak cukup orang tu kan? Saya nak join boleh?” Dalam satu nafas dia cakap. Takut wei, bukan takut tapi segan? Entah lah.

            “Erm..join lah sekali. Memang tak cukup orang pun”. Naural tersenyum. Suka lah tu sebab dapat main. Dah lama dia tak main kut. Nasib baik dia orang ni nampak macam tak kisah aje. Tapi dia pulak? Kisah tak?

            Baru Naural nak duduk dia baru perasan lelaki bertopi tu pun ada. Dia ni nak main games juga ke? Kalau pakai gaya topi macam tu boleh nampak ke nanti? Tak sangka pulak dia orang ni satu group.

             “Hai..kita jumpa lagi”.       
    
            Denyutan jantung Naural dah berdetak lain. Haihh..dengar suara dia pun dah bagi kesan teruk macam ni dekat aku. Kalau tengok muka dia nanti macam mana lah kan? Mesti pengsan terus ni.

            “Hai, thanks. Nak jaket?” Tempat duduk sebelah laki tu diambil. Jodoh dia orang ni kuat ke? Asyik jumpa aje.

            Dia tertawa. Memang serius, gaya Naural ni menawan hati dia. Sentiasa comel, tapi kenapa entah tiap kali jumpa dia mesti hal jaket tu juga yang nak dicakapkan. Apa dah tak ada topik lain ke sayang?..

           “Awak ada bawa ke?”

            Naural tersengih. Memang dia tak bawa pun, tapi tu lah tiap kali nampak dia mesti hal jaket tu juga yang jadi topik. Laki bertopi dan jaket? Dah sebati kut dalam diri dia. Sebati? Hah Naural...dalam hati dah ada bertaman-taman ke?

            “Tak”. Naural tertawa kecil. Sedar salah dia.

          Ketawa Naural, buat laki terpegun. Comelnya dia. Ketawa dia. Boleh tak nak hentikan masa sekarang? Bukan selalu dapat dengar gelak Naural.

           “Nanti saya bawa ba..”. Dia terdiam. Baru sedar sekarang ni tumpuan laki tu 111.11% pada dia. Muka dia memerah. Segannya. Mana pernah ada orang tenung dia macam tu. Walaupun muka laki ni dah ditutup dengan topi dia tahu yang pandang mata laki tu ralit pada dia.

            Naural telan liur. Dah makin gelisah. Nak pandang laki tu pun macam tak berguna aje. Sebab? Dia pakai topi kan, mana boleh nampak muka dia. Naural hanya mampu pandang bawah. Ke arah lantai lah. Kaki dia dah mula bergerak-gerak. Tak tahu nak buat apa sangat lah tu.

            Laki tu tersenyum. Comel sangat telatah Naural ni. Untung betul dia hari ni sebab dapat jumpa Naural lagi.

          “Dah lah, tak payah pandang lantai tu. Bukannya cantik sangat pun. Kotor ada lah”. Sengaja nak alih perhatian Naural dari terus pandang lantai. Takut karang ada yang tak balik sebab tekun sangat kaji lantai tu.

            “Hah?” Terus mukanya didongakkan.

            “Dah tak payah tengok lantai kotor tu. Baik tengok saya aje kan bagus”.

            “Tapi sama aje”. Perlahan aje suara Naural ni. Malu lagi lah tu.

            “Apa yang sama? Awak nak cakap saya kotor lah ni?”

         “Bukan lah, kalau pandang awak pun bukannya boleh nampak muka. Nampak topi aje, kalau cakap pun rasa macam cakap dengan topi. Lebih baik tengok lantai ni”.

            Laki tu tertawa. Comel lah awak sayang.

           “Tu sama maksud dengan awak nak tengok muka saya ke?”

          “Erm..ye kut. Saya tak suka lah cakap tak tengok muka ni. Rasa macam cakap dengan alien aje”. Mulut dicebikkan.

         Dia ketawa lagi. Aku ada cakap benda lawak tadi ke? Macam tak kena aje punchline dia. Kalau dari tadi dia ni gelak, boleh lah aku buat show sendiri kan. Wahh..boleh kaya ni. Kejap ya kita bagi peluang si Naural ni nak merapu kejap, ada ke patut masa macam ni juga dia pilih nak fikir pasal show lah apa lah.

            “Dari cara awak cakap macam pernah jumpa alien aje. Pernah jumpa ke?”

            “Pernah lah juga, ada lah beberapa kali”. Sengaja nak bangga lah tu. Tapi betul ke pernah? Macam nak cakap besar aje Naural ni.

            “Really? Dekat mana?”

            “Dalam hujan, dalam kereta, dekat padang and lastly dekat sini”.

            “Hah?” Kalau Naural boleh nampak lah kan, sebenarnya sekarang ni muka laki tu memang tengah blur habis.

            “Serius? Banyak macam tu? Dalam bentuk apa ni? Saya tak pernah jumpa pun”.

             Naural geleng kepala. Apa lambat sangat laki ni. Ayat mudah macam tu pun tak faham ke?

         “Dalam bentuk orang lah? Bukannya dia pelik pun. Ada aje dua mata, telinga. Tapi dia pernah bagi saya jaket sebelum ni. Wangi lagi”. Sempat Naural bagi satu lagi hint. Harap dia ni faham lah. Aku dah kehabisan idea ni.

              Lama laki tu diam. Naural dah jadi takut. Tu lah masa nak kenakan dia tadi tak fikir pulak kan. Masa ni baru nak takut. Memang betul lah dia jenis yang bertindak dulu, apa-apa yang lain letak tepi. 

               Bila terdengarkan tawa laki tu dia mendongak. Dia ketawa? So dia tak marah lah kan?

            “Saya lah tu kan? Alien tu saya?” Haiih, lambat betul otak aku ni nak proses. Ni mesti sebab Naural ni. Kalau gadis ni ada depan dia memang lambat sikit otak dia ni bekerja.

               “Ha..haah”.

            “Pandai lah awak kan”. Hidung gadis tu dicuit, kemudian dia sambung gelak. Geng dia yang lain dah pandang. Apa lah yang dia orang ni borakkan? Dari tadi asyik gelak aje kawan dia ni. Angau apa?

            Naural terkedu! Apa dah jadi tadi? Hidungnya disentuh. Lama dia terkaku. Dengar gelak dia lagi lah buat dia makin kaku.

             Dup dup dup...

            Ohh...jantung jangan lah dengup kuat sangat. Kalau dia dengar nanti macam mana? Tolong lah kesiankan tuanmu ni.

          “Saya boleh aje nak buka topi ni?” Lepas agak lama dia gelak baru dia mampu bercakap balik.

            Naural hanya diam. Tunggu aje apa yang dia nak cakap. Lagi pun lidah dia kelu kut. Dah tak boleh nak cakap lepas kena cuit tadi, jantung dia pun macam buat hal ni. Aturan nafas dah lain. Apa dah jadi dengan aku?

           Muka laki tu makin dekat. Tapi Naural tak mampu menjauh, dia dah terkaku kan. Apa yang dia boleh buat hanya membulatkan mata. Lagi dekat, lagi bulat. Bila dah rapat sangat, dalam beberapa inci baru dia berhenti rapat.

           “Jadi girlfriend saya dulu”.

            Degupan jantung Naura terasa terhenti. Seksinya suara dia. Tapi...jadi girlfriend dia?


4 comments:

syilla said...

arhhhh!!!!!!!!!!! naural kene jd girl laki bertopi 2 dlu bru die bukak topi die......
naural, tolong lah trima
aq nk sgt tau sape laki 2

Anonymous said...

kak tyra!!!!suka sgt...
xsbr nk tau apa jd pd naural n laki misteri tu!!!!
naural,terima laki tu...
bru kite tau sapa dia tu..
sambung kak...

-noorwieyl a.k.a noor-

Anonymous said...

aargghhh! me melting! rasa terpesona dengan lelaki-bertopi-dan-berjaket

-miya

Anonymous said...

ala bru perasan ade bab 8...alamak!!! sape laki bertopi tu?so misterious...ape??naural kene jadi gf laki tu,baru dia nk bukak topi...aduii..sape dia ye..naural jgn terima dia...naural hanye utk Luth!!!hihi..tetibe lak..tapikan akak..kite cam dpt rase yg laki bertopi tu cam Luth la..hihi
-nasira comel-

Kehidupan seorang penulis © 2014