Pages

Monday 7 January 2013

Pelindung Cinta 12

Monday 7 January 2013
. . .

“Azlin!” Pintu bilik Azlin dirempuh Radwa.

            “Opss. Sorry-sorry. Ingatkan tak ada patient tadi”. Radwa termalu sendiri. Lupa nak bertanya dengan nurse di luar dulu.

               “Ok, dah siap. Awak boleh ambil ubat di kaunter nanti. Jangan lupa apa yang saya pesan tadi”. Azlin pun terkejut terkejut tengok Radwa yang tiba-tiba rempuh masuk tiba-tiba bilik dia tadi. Tak bertempat betul Radwa ni. Semua pun nak redah.

            “Kau ni kenapa Wa? Nasib baik patient aku tu tak ada sakit jantung. Kalau tak susah  aku”. Geram dia dengan kelakuan Radwa.

                “Sorry la Lin. Aku lupa nak tanya nurse tadi”.

               “Apa cerita langkah pertama kau tu. Jadi tak?” Soalnya nak tahu perkembangan Radwa. Tapi kalau tengok dari muka Radwa sekarang pun macam dah boleh tahu apa jadi. Nampak sangat semua.

              “Tak. Kan aku dah kata awal-awal yang dia tak akan cair punya. Kau tak percaya. Buat malu aku aje buat semua tu. Dia gelakkan aku lagi kut”.

             “Betul ke dia tak cair Wa. Keras betul lah hati mamat tu. Hari-hari makan batu apa”. Azlin tak puas hati. Geram sebab ideanya tak menjadi. Buat malu aje jadi Love Sifu Radwa kalau macam ni.

            Radwa mendiamkan diri. Kerusi di depan Azlin ditarik. Penat dah diri. Malas nak fikirkan hal itu lagi.

            “Nak teruskan juga ke semua ni?”

            “Kenapa kau nak give up ke?” Tak akan cepat sangat Radwa ni putus asa.

            “Aku tak tahu lah. Malu lah Lin”.
           
            “Hye Radwa. Janganlah sedih macam ni. Sorry lah, aku tak tahu pulak hati Raed tu keras sangat. Kalau tak aku dah pakai idea kaw-kaw punya tadi”. Tangannya dirapatkan. Memohon maaf dengan Radwa.

            Muka Radwa nampak keruh sangat. Azlin yang tengok ni pun dah takut. Apa yang Raed cakap tadi? Tapi kalau betul hati si Raed ni keras, apa lagi yang dia kena buat untuk cairkan hati dia?

            “Aku tak tahu lah nak teruskan ke tak Lin. Tapi kalau menyerah awal sangat pun tak guna juga. Dah alang-alang kita buat ni teruskan aje lah. Aku malas nak fikir apa-apa dah”. Putus Radwa. Tetap nak teruskan rancangan mereka. Mana tahu lepas ni Raed tersangkut ke dengan mana-mana cara dia. Usaha tangga kejayaan kan. Tapi dalam kes dia ni boleh guna ke perumpamaan ni?

            “Betul ni Wa? Aku tak nak nanti tiba-tiba kau tak nak teruskan pula. Kalau nak stop better sekarang, masa hati kau tak sakit sangat dengan dia. Kau kena make sure hati kau kental nak teruskan rancangan ini. Lagi-lagi lepas dia balik. Maybe kalau kita teruskan dia akan malukan kau pulak depan kawan-kawan dia nanti. Kau sanggup tak? Hati kau boleh terima?” Azlin bukan nak provok Radwa. Tapi tu mungkin hakikat yang Radwa akan lalui nanti. Dia tak nak Radwa yang sakit hati nanti.

            Radwa menelan air liur. Sampai macam tu sekali? Tidak pernah dia terfikir rancangan ni akan bagi kesan macam tu sekali. Dia termenung seketika. Membiarkan Azlin ternanti-nanti keputusannya. Tak nak buat tergesa-gesa, sebab mungkin perkara ni akan mengubah masa depannya nanti. Baik dan buruk rancangan ni nak diimbangkan.

              “Kita teruskan lah Lin. Dah alang-alang kan”. Keputusan dibuat. Muktamad!

            Azlin yang mendengar terkedu. Tak sangka Radwa sanggup teruskan juga rancangan ni. Adui..Habis lah aku!

 ***************************

Radwa menemani Raed malam tu. Dah berjanji untuk menjaganya sebelum ni. Sebelum Raed sedar diri lagi. Tak mahu lagi terleka. Semalam tak jaga Raed pun dah buat dia rasa bersalah.

Malam ni bilik itu sunyi saja. Tak kedengaran pun suatu suara dari Radwa mahupun Raed. Berbeza dengan hari sebelumnya, hari-hari mesti ada pergaduhan. Tapi kali ni Radwa hanya diam membisu. Masih malu lagi dengan kejadian tadi. Tapi pandangan asyik dialihkan ke arah kotak pemberiannya di sebelah katil Raed. Ingatkan Raed dah buang kotak tu. Radwa tersenyum. Tak lah keras mana hati Raed ni.

            Raed pulak baring sambil menilik handphonenya. Dia malas nak bercakap dengan Radwa. Takut termarah gadis itu pulak nanti.

 “Raed, you ok tak?’” Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh seseorang. Radwa dan Raed menoleh. Terkejut juga, tiba-tiba aje kan.

  Siapa perempuan ni? Girlfriend baru Raed ke? Fikir Radwa. Dia tak pernah nampak pun perempuan ni.

 “Kau siapa? Aku kenal ke?”

 “Sampai hati you lupakan I. I ni Nadiya lah. Kawan Syed Rayyan”.

 Berita kemalangan Raed baru diketahuinya. Nasib baik dia terniat nak hubungi Syed Rayyan tadi. Syed Rayyan ada di luar negara sekarang ada meeting penting. Sebab tu dia yang disuruh melawat Raed bagi pihaknya. Terkejut pun ada pada mulanya tapi peluang ni takkan dilepaskannya. Masa ni lah nak ambil hati Raed.

 “Oh. Ok”. Perempuan kampung tu rupanya. Dia mengeluh bosan. Mesti nak mengurat aku lah tu.

“Raed, I ada buatkan bubur untuk you ni. Kejap I hidangkan untuk you”. Bekas makanan yang dibawanya terus dibuka tanpa mendengar jawapan Raed.

 Raed yang melihat hanya membiarkan. Tak kuasa nak cakap apa. Bukan perempuan tu kisah pun dengan jawapan dia.

 Radwa melihat perempuan itu dengan Raed berulang kali. Jeles tengok perempuan tu menghidangkan bubur untuk Raed. Sedangkan buburnya dulu langsung tidak dipandang. Matanya mengecil. Sakit hati!

 “Nah Raed, buka mulut you. I nak suapkan ni”. Sudu didekatkan ke mulut Raed. Menunggu Raed membuka mulut.

 1 saat. 2 saat. 60 saat. Masih tutup.

 “Raed, I nak suap ni. Buka lah mulut”. Rengek Nadiya.

 Raed masih membatu. Radwa yang melihat hampir nak ketawa. Dibongkokkan badannya ke bawah. Mulutnya ditutup dengan tangan takut tawa terlepas. Raed melihat Radwa. Suka lah tu aku tak layan minah ni kan? Senyum ditahan. Kalau senyum nanti, minah gedik ni perasan pulak.

“Raeeedd. Sikit aje”.  Nadiya malu dengan Radwa. Malu kerana ada orang lain yang tengok layanan dingin Raed padanya.

 Raed hanya mendiam diri. Nak layan pun tak guna. Bukan dapat apa-apa pun. Dah penat merengek diam lah nanti.

           Radwa memandang pelik sketsa di depannya. Kenapa Raed diam aje malam ni? Tak sihat ke?

      Terus didekatinya lelaki itu. Tangannya spontan merasa dahi Raed. Raed terkejut. Dipandangnya Radwa.

            “Awak sakit ke Raed?”

            “Wei, yang you pegang-pegang boyfriend I ni kenapa?” Marah Nadiya tiba-tiba. Tak suka tengok gadis lain sentuh Raed. Tangan Radwa ditepisnya.

          Raed dah pandang Nadiya tajam. Tak suka cara Nadiya menepis tangan Radwa tadi. Hatinya tiba-tiba panas.

            “Hello, boleh cakap baik-baik tak miss. Sekarang ni awak dekat hospital. Bukan pasar malam nak jerit-jerit macam ni”. Perli Radwa. Tak berkenan dengan perangai perempuan tu.

         “Raed, tengok dia perli I. Biar lah I nak buat apa pun kan”. Adunya kepada Raed. Mengharap lelaki tu back up dia.

                Radwa meluat. Raed hanya melihat Radwa.

            “Saya rasa baik awak balik, Raed pun nak rehat. Tak elok awak kacau masa rehat dia. Sebab awak masa rehat dia tak cukup nanti. Lagi satu, Raed tak suka bubur”.

            Raed tersenyum. Sengaja ditutup mulutnya dengan tangan. Tak nak ada yang nampak. Aku tak suka bubur? Wahh, Radwa dah pandai jeles lah. Ok, satu point untuk tu.

              “Suka hati I lah nak balik bila. Kalau boleh I nak teman dia malam ni. Tak lah Raed sunyi sangat nanti”.

            “Thanks aje miss. Tapi tu tanggungjawab saya. Awak tak payah nak susahkan diri. Saya seorang dah cukup”.

             “Tak nak! I nak stay sini jaga Raed. Kenapa you nak halang pulak. Dia boyfriend I. So, I lah yang kena jaga dia”.  Suara Nadiya ditinggikan.

             “Dah la! Jangan nak buat drama dekat sini boleh tak. Kau pergi balik aje la. Radwa boleh jaga aku”. Arah Raed. Nadanya kedengaran tertahan. Sedang menahan marah. Geram dengan tingkah Nadiya. Gedik sangat.

              Radwa tersenyum. Raed back up dia. Macam tak percaya pulak.

              “Tapi Raed..”

              “Woi perempuan kampung, kau ni tak faham bahasa ke apa? Aku cakap balik, balik lah”.

           “Sampai hati you Raed. You panggil I perempuan kampung lagi. I ada nama lah. You jangan ingat I akan putus asa. You milik I aje faham!”. Nadiya menjerit. Dia benci dengar kata panggilan laki tu untuknya. Terus dia berlari keluar.

            Radwa dah pandang pelik. Lari? Dia ingat ni padang ke? Suka hati aje.

           “Girl awak ke?” Soal Radwa.

         “Mana ada. Siapa nak perempuan physco macam tu”. Raed tak sanggup bayangkan hidupnya kalau perempuan tadi tu betul-betul jadi girlfriend dia.

            Radwa ketawa.

           “Suka kan gelak kan orang. Dah fikir idea lain ke nak pujuk aku nanti?”.

         “Huh?” Kepalanya digarukan. Tu lah Radwa, kan dah kena. Masa gelakkan perempuan tu tak fikir apa-apa pulak kan.
           
 **************************

Ada sambutan hari jadi di wad kanak-kanak hari ni. Sepanjang hari Radwa berada di sana menolong membuat persediaan. Lagi pun, dia kerja sebelah malam hari ni. Raed pun tak kisah kut kalau dia tak ada hari ni.

            Kalau Love Sifu tahu yang dia tak jaga Raed mesti kena membebel. Tapi apa boleh buat, sambutan tu lagi penting buat dia sekarang.

  Belon diikat di setiap katil, makanan disediakan, topi sudah dipakaikan pada semua kanak-kanak yang ada. Hari ni Radwa nak rehatkan diri dia dari semua masalah. Berkaitan Raed dan yang lain. Nak bergembira aje dengan kanak-kanak ni semua.

            “Ok, Faris ajak kawan-kawan datang sini. Kita berkumpul mengelilingi kek. Faris diri dekat depan. Ni kek Faris kan”.

            Faris mendengar kata. Cepat aje dia berdiri ikut arahan Radwa lepas semua kawan-kawan yang lain dipanggil. Dah tak sabar lah tu. Dari tadi asyik menyengih aje.

            “Ok. Jom ramai-ramai nyanyi lagu selamat hari jadi untuk Faris”.

  Kelihatan ruang itu meriah dengan kanak-kanak seramai 22 orang termasuk juga nurse-nurse yang menjaga mereka.

           Faris ni kanak-kanak yang selalu keluar masuk hospital. Badannya lemah senang diserang penyakit. Dia kenal dengan Faris pun masa dia nampak budak itu sedang duduk menangis di kerusi taman. Sedih sebab tak dapat join kawan-kawan yang lain bermain.

            “Kenapa adik menangis ni? Sakit ke?”

            “Kenapa saya tak macam dia orang kak?” Tanya budak tu. Polos sekali pandangannya.

            “Adik pun boleh main macam dia orang. Nak akak tanyakan tak?”

           “Tak. Mama tak kasih. Mama cakap badan Faris tak kuat. Kalau Faris ikut main nanti Faris sakit”.

  Usia Faris dalam 3-4 tahun mungkin, petah sekali dia bercakap. Comel! Tapi apa sakit dia? Kenapa dia tak dapat ikut main sekali?

             “Faris sayang mama tak?”

             “Sayang. Sayang papa. Sayang mama. Semua Faris sayang”.

            “Kalau Faris sayang, Faris kena dengar cakap mama. Kalau tak nanti mama sedih”. Pujuk Radwa. Menggunakan pendekatan lain semasa menghadapi kanak-kanak begini.

               “Mama sedih ke kak?” Tanya Faris polos.

               Melihat anggukan Radwa terus dia menyambung kata lagi.

            “Faris tak nak main lah kak. Cikgu taska Faris cakap kita tak boleh buat mama kita sedih nanti kita dapat dosa. Faris tak nak dosa, nak pahala aje”.

   Tersenyum Radwa mendengarnya. Mudahnya pemikiran mereka. Kan best kalau dia pun macam tu.

            Sejak itu Radwa sering melawat Faris. Tiap kali akan dibawa sekali hadiah. Dia tahu Faris bosan sepanjang hari duduk di katil. Nak pergi main pun tak boleh. Paling dia tak sangka bila doktor cakap tahap kesihatan dia semakin merosot. Dia yang mendengar pun terkejut. Sangkanya tahap kesihatan Faris dah makin elok.

          Disebabkan itu, Radwa mengambil keputusan nak berikan satu hari yang tak akan dapat Faris lupakan. Sambutan hari jadi! Dia dah rancang awal-awal dengan parents dengan doktor yang rawat Faris.

       Tamat sahaja lagu dinyanyikan. Lilin ditiup. Hari ni dia nampak gembira sangat. Kek bergambar Ben 10 kartun kesukaan Faris, dipotong. Dibahagikan sama rata pada semua yang datang memeriahkan suasana.

           “Radwa, apa kau buat dekat sini”. Soal Azlin pelik. Semasa dia terpandangkan kemeriahan di ruang tu, dijenguknya seketika. Tak disangka pulak yang Radwa ada sekali. Bukan dia kena jaga Raed ke?

             Radwa tersengih. Kantoi pulak!

        “Aku sambut birthday Faris kejap. Nanti aku pergi tengok Raed. Kejap aje”. Matanya dikelip-kelipkan. Memohon kawannya tu faham.

        “Urmm”. Azlin seakan berfikir. Senyuman diukirkan. Sangat menakutkan senyuman itu dimata Radwa. Habis lah!

             Azlin berdiri di tengah. Sebelah kek.

         “Ok, adik-adik. Akak nak ucapkan happy birthday pada Faris. And, kak Radwa dengan senang hati nak nyanyikan sebuah lagu untuk kita semua. Baru bertambah meriah kan”. Mata dikenyitkan.

            Radwa melopong. Tak sangka Azlin akan kenakan dia. Agak-agak lah kawan, suara aku mana best.

            “Denda sebab hari ni sebab kau tak buat next step pikat Raed”. Bisiknya ke telinga Radwa.

            Jahatnya! Jerit hati Radwa.

            “Ok, ni dia gitar Wa”.

          Radwa berkerut. Mana pulak Lin ni dapat gitar. Macam dah rancang nak kenakan aku pulak. Bibir diketap menahan geram.

            “Oh ok, sebelum kak Radwa ni nyanyi. Tadi dia ada cakap yang lagu ni khas ditujukan untuk someone special. Untuk seseorang yang dia tengah ehem...ehemm.. sekarang. So Radwa apa lagi”.

              “Banyak lah kau punya ehem..ehem”. Marah Radwa perlahan. Matanya dibulatkan.

              “Oh, boyfriend kak Radwa eh?” Usik seorang kanak-kanak di situ.

            “Larh, kak Radwa dah berpunya ke? Baru nak cop”. Kedengaran suara lain kanak-kanak lain kecewa. Tak padan dengan kecil, dah gatal!

            “Kak cepatlah. Tak sabar nak dengar suara akak ni”. Faris pulak bersuara.

            Muka Radwa merah mendengarkan beberapa usikan nakal kanak-kanak di situ. Tangannya mencapai juga gitar. Not pertama kedengaran. Nak test dulu.

            Nafas ditarik, dihembuskan kembali. Seakan mengumpul keberanian. Lagu dedicate untuk Raed ke? Nak nyanyi lagu apa ni? Lama juga dia berfikir.

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you 
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you 

Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

Radwa menyanyi dengan penuh perasaan lagu A Thousand Years lagu original Christina Perri. Ditujukan semuanya untuk Raed. Lepas habis dia menyanyi, semua tepuk tangan. Ada yang seakan nak menangis, mendengar Radwa sampaikan lagu penuh perasaan tadi, ada yang tergamam mendengarkan suara merdunya, senang cerita memang boleh nampak macam-macam gaya lah.

Thanks semua”. Radwa gembira. Puas hati ramai yang suka dengan lagu yang disampaikannya.

Sweetnya akak, nanti Faris dah besar pun dah cari girlfriend macam akak lah. Hari-hari dia boleh nyanyi untuk Faris”. Angan budak itu.

 Radwa hanya tersenyum mendengar angan Faris. Mulanya sengaja dia nyanyikan lagu tu. Sebab rasanya lagu tu aje yang dia ingat. Tapi entah kenapa sepanjang lagu tadi dia teringatkan Raed. Sebab tu tiba-tiba nyanyi penuh perasaan pulak.

“Ehem..ehem”.

“Apa? Sakit tekak ke cik kak?” Perli Radwa. Malas nak melayan. Kalau dah senyum-senyum macam tu. Ada lah tu nak kenakan aku.

“Ada orang tu nyanyi untuk cik abang ke? Nyanyi penuh perasaan nampak. Untuk dia kan”. Jari ditunjukkan lurus ke arah seseorang yang sedang melangkah pergi dari ruang itu. Raed!

“Kau kenakan aku Azlin. Sampai hati. Malu lah aku, dah lah lepas ni nak menghadap dia”. Tangan ditepuk ke dahi. Asyik kena aje dia dengan Love Sifu ni. Nak buat next step pun agak-agak lah. Janganlah buat depan budak-budak ni. Kan dah kantoi.

Azlin ketawa. Dia tahu Radwa dah sedar rancangannya itu. Tapi terpaksa juga buat. Lagi dua hari laki tu nak discharged. Kalau tak buat sekarang, bila lagikan. Tadi pun dia tak sangka nak buat langkah ni. Tapi dah nampak Raed ada, gitar pun ada juga. Apa lagi, teruskan aje lah.

Lepas first step hari tu tak jadi Radwa seakan tak nak mulakan langkah seterusnya. Ya-ya aje bersemangat nak teruskan hari tu. Walaupun step ni macam tiba-tiba aje keluar, tapi tak apa lah. Yes! Second mission completed!

3 comments:

Nurrul Shuada said...

hai nice blog, nice story..sy juga penulis baru =)..kalau rajin, singgah lah ke blog sy.. =)

Anonymous said...

so sweet..mesti raed terharu dgr radwa nyanyi utk dia...
sambung lg cik penulis..

misztyra9@ said...

@Anonymous
dah2 smbung..hehe..esok sy masuk lg entry baru..tnguu.. XD

Kehidupan seorang penulis © 2014