. . .
“Azlin!” Pintu bilik Azlin dirempuh Radwa.
“Opss. Sorry-sorry. Ingatkan tak ada patient tadi”. Radwa termalu sendiri.
Lupa nak bertanya dengan nurse di
luar dulu.
“Ok, dah
siap. Awak boleh ambil ubat di kaunter nanti. Jangan lupa apa yang saya pesan
tadi”. Azlin pun terkejut terkejut tengok Radwa yang tiba-tiba rempuh masuk tiba-tiba
bilik dia tadi. Tak bertempat betul Radwa ni. Semua pun nak redah.
“Kau ni
kenapa Wa? Nasib baik patient aku tu
tak ada sakit jantung. Kalau tak susah aku”. Geram dia dengan kelakuan Radwa.
“Sorry la Lin. Aku lupa nak tanya nurse tadi”.
“Apa
cerita langkah pertama kau tu. Jadi tak?” Soalnya nak tahu perkembangan Radwa.
Tapi kalau tengok dari muka Radwa sekarang pun macam dah boleh tahu apa jadi.
Nampak sangat semua.
“Tak.
Kan aku dah kata awal-awal yang dia tak akan cair punya. Kau tak percaya. Buat
malu aku aje buat semua tu. Dia gelakkan aku lagi kut”.
“Betul
ke dia tak cair Wa. Keras betul lah hati mamat tu. Hari-hari makan batu apa”.
Azlin tak puas hati. Geram sebab ideanya tak menjadi. Buat malu aje jadi Love Sifu Radwa kalau macam ni.
Radwa
mendiamkan diri. Kerusi di depan Azlin ditarik. Penat dah diri. Malas nak
fikirkan hal itu lagi.
“Nak
teruskan juga ke semua ni?”
“Kenapa
kau nak give up ke?” Tak akan cepat
sangat Radwa ni putus asa.
“Aku tak
tahu lah. Malu lah Lin”.
“Hye Radwa. Janganlah sedih macam ni. Sorry lah, aku tak tahu pulak hati Raed
tu keras sangat. Kalau tak aku dah pakai idea kaw-kaw punya tadi”. Tangannya dirapatkan. Memohon maaf dengan
Radwa.
Muka
Radwa nampak keruh sangat. Azlin yang tengok ni pun dah takut. Apa yang Raed
cakap tadi? Tapi kalau betul hati si Raed ni keras, apa lagi yang dia kena buat
untuk cairkan hati dia?
“Aku tak
tahu lah nak teruskan ke tak Lin. Tapi kalau menyerah awal sangat pun tak guna
juga. Dah alang-alang kita buat ni teruskan aje lah. Aku malas nak fikir
apa-apa dah”. Putus Radwa. Tetap nak teruskan rancangan mereka. Mana tahu lepas
ni Raed tersangkut ke dengan mana-mana cara dia. Usaha tangga kejayaan kan. Tapi dalam kes dia ni boleh guna ke perumpamaan ni?
“Betul
ni Wa? Aku tak nak nanti tiba-tiba kau tak nak teruskan pula. Kalau nak stop better sekarang, masa hati kau tak
sakit sangat dengan dia. Kau kena make
sure hati kau kental nak teruskan rancangan ini. Lagi-lagi lepas dia balik.
Maybe kalau kita teruskan dia akan
malukan kau pulak depan kawan-kawan dia nanti. Kau sanggup tak? Hati kau boleh
terima?” Azlin bukan nak provok Radwa. Tapi tu mungkin hakikat yang Radwa akan
lalui nanti. Dia tak nak Radwa yang sakit hati nanti.
Radwa
menelan air liur. Sampai macam tu sekali? Tidak pernah dia terfikir rancangan
ni akan bagi kesan macam tu sekali. Dia termenung seketika. Membiarkan Azlin
ternanti-nanti keputusannya. Tak nak buat tergesa-gesa, sebab mungkin perkara
ni akan mengubah masa depannya nanti. Baik dan buruk rancangan ni nak
diimbangkan.
“Kita
teruskan lah Lin. Dah alang-alang kan”. Keputusan dibuat. Muktamad!
Azlin
yang mendengar terkedu. Tak sangka Radwa sanggup teruskan juga rancangan ni.
Adui..Habis lah aku!
***************************
Radwa menemani Raed malam tu. Dah berjanji untuk
menjaganya sebelum ni. Sebelum Raed sedar diri lagi. Tak mahu lagi terleka.
Semalam tak jaga Raed pun dah buat dia rasa bersalah.
Malam ni bilik itu sunyi saja. Tak kedengaran pun suatu
suara dari Radwa mahupun Raed. Berbeza dengan hari sebelumnya, hari-hari mesti
ada pergaduhan. Tapi kali ni Radwa hanya diam membisu. Masih malu lagi dengan
kejadian tadi. Tapi pandangan asyik dialihkan ke arah kotak pemberiannya di sebelah
katil Raed. Ingatkan Raed dah buang kotak tu. Radwa tersenyum. Tak lah keras
mana hati Raed ni.
Raed
pulak baring sambil menilik handphonenya.
Dia malas nak bercakap dengan Radwa. Takut termarah gadis itu pulak nanti.
“Raed, you ok
tak?’” Tiba-tiba pintu biliknya dirempuh seseorang. Radwa dan Raed menoleh.
Terkejut juga, tiba-tiba aje kan.
Siapa perempuan ni? Girlfriend
baru Raed ke? Fikir Radwa. Dia tak pernah nampak pun perempuan ni.
“Kau siapa? Aku kenal ke?”
“Sampai hati you
lupakan I. I ni Nadiya lah. Kawan Syed Rayyan”.
Berita kemalangan Raed baru diketahuinya. Nasib baik dia
terniat nak hubungi Syed Rayyan tadi. Syed Rayyan ada di luar negara sekarang
ada meeting penting. Sebab tu dia
yang disuruh melawat Raed bagi pihaknya. Terkejut pun ada pada mulanya tapi
peluang ni takkan dilepaskannya. Masa ni lah nak ambil hati Raed.
“Oh. Ok”. Perempuan kampung tu rupanya. Dia mengeluh
bosan. Mesti nak mengurat aku lah tu.
“Raed, I ada
buatkan bubur untuk you ni. Kejap I hidangkan untuk you”. Bekas makanan
yang dibawanya terus dibuka tanpa mendengar jawapan Raed.
Raed yang melihat hanya membiarkan. Tak kuasa nak cakap
apa. Bukan perempuan tu kisah pun dengan jawapan dia.
Radwa melihat perempuan itu dengan Raed berulang kali.
Jeles tengok perempuan tu menghidangkan bubur untuk Raed. Sedangkan buburnya
dulu langsung tidak dipandang. Matanya mengecil. Sakit hati!
“Nah Raed, buka mulut you.
I nak suapkan ni”. Sudu didekatkan ke
mulut Raed. Menunggu Raed membuka mulut.
1 saat. 2 saat. 60 saat. Masih tutup.
“Raed, I nak
suap ni. Buka lah mulut”. Rengek Nadiya.
Raed masih membatu. Radwa yang melihat hampir nak ketawa.
Dibongkokkan badannya ke bawah. Mulutnya ditutup dengan tangan takut tawa
terlepas. Raed melihat Radwa. Suka lah tu aku tak layan minah ni kan? Senyum
ditahan. Kalau senyum nanti, minah gedik ni perasan pulak.
“Raeeedd. Sikit aje”.
Nadiya malu dengan Radwa. Malu kerana ada orang lain yang tengok layanan
dingin Raed padanya.
Raed hanya mendiam diri. Nak layan pun tak guna. Bukan
dapat apa-apa pun. Dah penat merengek diam lah nanti.
Radwa
memandang pelik sketsa di depannya. Kenapa Raed diam aje malam ni? Tak sihat
ke?
Terus
didekatinya lelaki itu. Tangannya spontan merasa dahi Raed. Raed terkejut.
Dipandangnya Radwa.
“Awak
sakit ke Raed?”
“Wei,
yang you pegang-pegang boyfriend I ni kenapa?” Marah Nadiya tiba-tiba. Tak suka tengok gadis lain sentuh
Raed. Tangan Radwa ditepisnya.
Raed dah
pandang Nadiya tajam. Tak suka cara Nadiya menepis tangan Radwa tadi. Hatinya
tiba-tiba panas.
“Hello, boleh cakap baik-baik tak miss. Sekarang ni awak dekat hospital.
Bukan pasar malam nak jerit-jerit macam ni”. Perli Radwa. Tak berkenan dengan
perangai perempuan tu.
“Raed,
tengok dia perli I. Biar lah I nak buat apa pun kan”. Adunya kepada
Raed. Mengharap lelaki tu back up
dia.
Radwa
meluat. Raed hanya melihat Radwa.
“Saya
rasa baik awak balik, Raed pun nak rehat. Tak elok awak kacau masa rehat dia.
Sebab awak masa rehat dia tak cukup nanti. Lagi satu, Raed tak suka bubur”.
Raed
tersenyum. Sengaja ditutup mulutnya dengan tangan. Tak nak ada yang nampak. Aku
tak suka bubur? Wahh, Radwa dah pandai jeles lah. Ok, satu point untuk tu.
“Suka
hati I lah nak balik bila. Kalau
boleh I nak teman dia malam ni. Tak
lah Raed sunyi sangat nanti”.
“Thanks aje miss. Tapi tu tanggungjawab saya. Awak tak payah nak susahkan diri.
Saya seorang dah cukup”.
“Tak
nak! I nak stay sini jaga Raed. Kenapa you
nak halang pulak. Dia boyfriend I. So, I lah yang kena jaga dia”. Suara Nadiya ditinggikan.
“Dah la!
Jangan nak buat drama dekat sini boleh tak. Kau pergi balik aje la. Radwa boleh
jaga aku”. Arah Raed. Nadanya kedengaran tertahan. Sedang menahan marah. Geram dengan
tingkah Nadiya. Gedik sangat.
Radwa
tersenyum. Raed back up dia. Macam
tak percaya pulak.
“Tapi
Raed..”
“Woi
perempuan kampung, kau ni tak faham bahasa ke apa? Aku cakap balik, balik lah”.
“Sampai
hati you Raed. You panggil I perempuan
kampung lagi. I ada nama lah. You jangan ingat I akan putus asa. You
milik I aje faham!”. Nadiya menjerit.
Dia benci dengar kata panggilan laki tu untuknya. Terus dia berlari keluar.
Radwa
dah pandang pelik. Lari? Dia ingat ni padang ke? Suka hati aje.
“Girl awak ke?” Soal Radwa.
“Mana
ada. Siapa nak perempuan physco macam
tu”. Raed tak sanggup bayangkan hidupnya kalau perempuan tadi tu betul-betul
jadi girlfriend dia.
Radwa
ketawa.
“Suka
kan gelak kan orang. Dah fikir idea lain ke nak pujuk aku nanti?”.
“Huh?”
Kepalanya digarukan. Tu lah Radwa, kan dah kena. Masa gelakkan perempuan tu tak
fikir apa-apa pulak kan.
**************************
Ada sambutan hari jadi di wad kanak-kanak hari ni.
Sepanjang hari Radwa berada di sana menolong membuat persediaan. Lagi pun, dia
kerja sebelah malam hari ni. Raed pun tak kisah kut kalau dia tak ada hari ni.
Kalau Love Sifu tahu yang dia tak jaga Raed
mesti kena membebel. Tapi apa boleh buat, sambutan tu lagi penting buat dia
sekarang.
Belon diikat di setiap katil, makanan disediakan, topi
sudah dipakaikan pada semua kanak-kanak yang ada. Hari ni Radwa nak rehatkan
diri dia dari semua masalah. Berkaitan Raed dan yang lain. Nak bergembira aje
dengan kanak-kanak ni semua.
“Ok,
Faris ajak kawan-kawan datang sini. Kita berkumpul mengelilingi kek. Faris diri
dekat depan. Ni kek Faris kan”.
Faris
mendengar kata. Cepat aje dia berdiri ikut arahan Radwa lepas semua kawan-kawan
yang lain dipanggil. Dah tak sabar lah tu. Dari tadi asyik menyengih aje.
“Ok. Jom
ramai-ramai nyanyi lagu selamat hari jadi untuk Faris”.
Kelihatan ruang itu meriah dengan kanak-kanak seramai 22
orang termasuk juga nurse-nurse yang
menjaga mereka.
Faris ni
kanak-kanak yang selalu keluar masuk hospital. Badannya lemah senang diserang
penyakit. Dia kenal dengan Faris pun masa dia nampak budak itu sedang duduk
menangis di kerusi taman. Sedih sebab tak dapat join kawan-kawan yang lain bermain.
“Kenapa
adik menangis ni? Sakit ke?”
“Kenapa
saya tak macam dia orang kak?” Tanya budak tu. Polos sekali pandangannya.
“Adik
pun boleh main macam dia orang. Nak akak tanyakan tak?”
“Tak.
Mama tak kasih. Mama cakap badan Faris tak kuat. Kalau Faris ikut main nanti
Faris sakit”.
Usia Faris dalam 3-4 tahun mungkin, petah sekali dia
bercakap. Comel! Tapi apa sakit dia? Kenapa dia tak dapat ikut main sekali?
“Faris
sayang mama tak?”
“Sayang.
Sayang papa. Sayang mama. Semua Faris sayang”.
“Kalau
Faris sayang, Faris kena dengar cakap mama. Kalau tak nanti mama sedih”. Pujuk
Radwa. Menggunakan pendekatan lain semasa menghadapi kanak-kanak begini.
“Mama
sedih ke kak?” Tanya Faris polos.
Melihat
anggukan Radwa terus dia menyambung kata lagi.
“Faris
tak nak main lah kak. Cikgu taska Faris cakap kita tak boleh buat mama kita
sedih nanti kita dapat dosa. Faris tak nak dosa, nak pahala aje”.
Tersenyum Radwa mendengarnya. Mudahnya pemikiran mereka.
Kan best kalau dia pun macam tu.
Sejak
itu Radwa sering melawat Faris. Tiap kali akan dibawa sekali hadiah. Dia tahu
Faris bosan sepanjang hari duduk di katil. Nak pergi main pun tak boleh. Paling
dia tak sangka bila doktor cakap tahap kesihatan dia semakin merosot. Dia yang
mendengar pun terkejut. Sangkanya tahap kesihatan Faris dah makin elok.
Disebabkan itu, Radwa mengambil keputusan nak
berikan satu hari yang tak akan dapat Faris lupakan. Sambutan hari jadi! Dia
dah rancang awal-awal dengan parents
dengan doktor yang rawat Faris.
Tamat
sahaja lagu dinyanyikan. Lilin ditiup. Hari ni dia nampak gembira sangat. Kek
bergambar Ben 10 kartun kesukaan
Faris, dipotong. Dibahagikan sama rata pada semua yang datang memeriahkan
suasana.
“Radwa,
apa kau buat dekat sini”. Soal Azlin pelik. Semasa dia terpandangkan kemeriahan
di ruang tu, dijenguknya seketika. Tak disangka pulak yang Radwa ada sekali. Bukan
dia kena jaga Raed ke?
Radwa
tersengih. Kantoi pulak!
“Aku
sambut birthday Faris kejap. Nanti
aku pergi tengok Raed. Kejap aje”. Matanya dikelip-kelipkan. Memohon kawannya
tu faham.
“Urmm”.
Azlin seakan berfikir. Senyuman diukirkan. Sangat menakutkan senyuman itu
dimata Radwa. Habis lah!
Azlin
berdiri di tengah. Sebelah kek.
“Ok,
adik-adik. Akak nak ucapkan happy
birthday pada Faris. And, kak
Radwa dengan senang hati nak nyanyikan sebuah lagu untuk kita semua. Baru
bertambah meriah kan”. Mata dikenyitkan.
Radwa
melopong. Tak sangka Azlin akan kenakan dia. Agak-agak lah kawan, suara aku
mana best.
“Denda
sebab hari ni sebab kau tak buat next
step pikat Raed”. Bisiknya ke telinga Radwa.
Jahatnya!
Jerit hati Radwa.
“Ok, ni
dia gitar Wa”.
Radwa
berkerut. Mana pulak Lin ni dapat gitar. Macam dah rancang nak kenakan aku
pulak. Bibir diketap menahan geram.
“Oh ok,
sebelum kak Radwa ni nyanyi. Tadi dia ada cakap yang lagu ni khas ditujukan untuk
someone special. Untuk seseorang yang
dia tengah ehem...ehemm.. sekarang. So
Radwa apa lagi”.
“Banyak
lah kau punya ehem..ehem”. Marah Radwa perlahan. Matanya dibulatkan.
“Oh, boyfriend kak Radwa eh?” Usik seorang
kanak-kanak di situ.
“Larh,
kak Radwa dah berpunya ke? Baru nak cop”. Kedengaran suara lain kanak-kanak
lain kecewa. Tak padan dengan kecil, dah gatal!
“Kak
cepatlah. Tak sabar nak dengar suara akak ni”. Faris pulak bersuara.
Muka
Radwa merah mendengarkan beberapa usikan nakal kanak-kanak di situ. Tangannya
mencapai juga gitar. Not pertama kedengaran. Nak test dulu.
Nafas
ditarik, dihembuskan kembali. Seakan mengumpul keberanian. Lagu dedicate untuk Raed ke? Nak nyanyi lagu
apa ni? Lama juga dia berfikir.
Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
One step closer
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
One step closer
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
Radwa menyanyi dengan penuh perasaan lagu A Thousand Years lagu original Christina Perri. Ditujukan semuanya
untuk Raed. Lepas habis dia menyanyi, semua tepuk tangan. Ada yang seakan nak
menangis, mendengar Radwa sampaikan lagu penuh perasaan tadi, ada yang tergamam
mendengarkan suara merdunya, senang cerita memang boleh nampak macam-macam gaya
lah.
“Thanks semua”.
Radwa gembira. Puas hati ramai yang suka dengan lagu yang disampaikannya.
“Sweetnya akak,
nanti Faris dah besar pun dah cari girlfriend
macam akak lah. Hari-hari dia boleh nyanyi untuk Faris”. Angan budak itu.
Radwa hanya tersenyum mendengar angan Faris. Mulanya
sengaja dia nyanyikan lagu tu. Sebab rasanya lagu tu aje yang dia ingat. Tapi
entah kenapa sepanjang lagu tadi dia teringatkan Raed. Sebab tu tiba-tiba
nyanyi penuh perasaan pulak.
“Ehem..ehem”.
“Apa? Sakit tekak ke cik kak?” Perli Radwa. Malas nak
melayan. Kalau dah senyum-senyum macam tu. Ada lah tu nak kenakan aku.
“Ada orang tu nyanyi untuk cik abang ke? Nyanyi penuh
perasaan nampak. Untuk dia kan”. Jari ditunjukkan lurus ke arah seseorang yang
sedang melangkah pergi dari ruang itu. Raed!
“Kau kenakan aku Azlin. Sampai hati. Malu lah aku, dah
lah lepas ni nak menghadap dia”. Tangan ditepuk ke dahi. Asyik kena aje dia
dengan Love Sifu ni. Nak buat next step pun agak-agak lah. Janganlah buat
depan budak-budak ni. Kan dah kantoi.
Azlin ketawa. Dia tahu Radwa dah sedar rancangannya itu.
Tapi terpaksa juga buat. Lagi dua hari laki tu nak discharged. Kalau tak buat sekarang, bila lagikan. Tadi pun dia tak
sangka nak buat langkah ni. Tapi dah nampak Raed ada, gitar pun ada juga. Apa
lagi, teruskan aje lah.
Lepas first step
hari tu tak jadi Radwa seakan tak nak mulakan langkah seterusnya. Ya-ya aje
bersemangat nak teruskan hari tu. Walaupun step
ni macam tiba-tiba aje keluar, tapi tak apa lah. Yes! Second mission completed!
3 comments:
hai nice blog, nice story..sy juga penulis baru =)..kalau rajin, singgah lah ke blog sy.. =)
so sweet..mesti raed terharu dgr radwa nyanyi utk dia...
sambung lg cik penulis..
@Anonymous
dah2 smbung..hehe..esok sy masuk lg entry baru..tnguu.. XD
Post a Comment